Thursday, September 29, 2011

.Minggu 29.

Assalamualaikum.

Seminggu lebih dah tak update. Al-maklum, kesibukan tugas menjadi kekangan. Just nak update perkembangan aku sepanjang 29 minggu kehamilan. Wahhh sekejapnya masa berlalu. Lagi 11 minggu je untuk melahirkan (insyaAllah!), aku berdoa semuanya berjalan dengan sangat-sangat lancar. Amin!

Haa kandungan aku lebih kurang macam ni lah rupanya. Yang mana kepala baby tu dah mula turun - dan sebab itu jugaklah aku asyik ulang-alik ke tandas lebih kerap. Jadi kalau tengah-tengah malam tu, kalau aku rasa malas nak bangun, aku akan kurangkan minum pada waktu malam. Kalau tak, tido memang lah tak nyenyak asyik dok berjaga malam pergi kencing.



Alhamdulillah, hari tu masa aku pergi check-up, semuanya ok - maksudnya baby aku bersaiz normal, berat pun normal - baru 1.2kg (baru 1.2kg? berat aku punya lah naik sampai 20kg kot! tu berat part mana lah tu kan), dan aku juga bebas daripada hepatitis, darah tinggi dan diabetes - Syukur sangat sebab aku melantak macam-macam, semua benda nak dimasukkan dalam perut T_T

Mood aku? Biasalah kadang-kadang swing. Ada masa sensitif tak tentu pasal. Kalau dilayankan je perasaan ni, memang asyik kerja nak menangis jelah jawabnya. Padahal benda takde apa-apa pun, saja nak emo sendiri. Haih~

Cuma Irwan cakap kat aku, sejak aku pregnant ni, sikap aku dah tak berapa interesting macam dulu - maksudnya kalau dijadikan teman berbual tak berapa best gitu. Dia siap cakap, kalau masa mula-mula kenal dulu sikap aku macam ni, tak jadi dia nak couple dengan aku. hahaha. But aku admit, aku sekarang seorang yang forgetful, membosankan dan mendatar -_- Biasalah bila pregnant ni, benda-benda tak dijangka yang berlaku kan. Unpredictable action and feelings tu sudah jadi perkara lumrah.

Esok aku cuti. Sebab minggu ni aku nak pindah rumah. Ke sarang yang lebih baik, lebih kurang lah kot. Tapi satu apa aku tak kemas lagi. Tak larat wehh, balik kerja dah pukul berapa, masa yang ada waktu malam memang diallocate kan untuk merehatkan badan jelah. Jadi esok kena pulun habis lah kemas barang, sebab hari Sabtu lori tinggal datang untuk angkut semua barang je.

Walaupun aku tengah sarat ni, tapi aku cuba untuk tidak menyusahkan Irwan. Kesian dia balik kerja dah la lambat, cecah pukul 10 malam setiap hari, kalau semua nak harapkan dia kemas, mau putus urat dia kan. Mana yang boleh aku buat selagi mampu, aku buat lah. Tak boleh nak manja sangat kan :)

Habis je minggu ni, maksudnya lagi seminggu Irwan akan pergi outstation. Aku macamana? Jangan cakaplah, tahan jelah sedih ni. Kalau nangis guling-guling pun dia tetap kena pergi jugak. Redha jelah beb.

Hari ni genap 11 bulan kitaorang kahwin, sekejap sangat masa berlalu kan. Sekarang berdua, tak lama lagi bertiga pulak. Aku balik dulu lah, nak pergi celebrate monthanisary, dinner katanya :)


6 comments:

Edy Zaidi said...

ko pindah rumah jgn angkat yg berat2 lak gha

سيتي عإيشه Aisyah said...

selamat berpindah ke rumah baru...penat tau pindah umah..hehe..harap ko jaga kandungan..tak mo la sedih2..baru aku tahu perasaan ibu mengandung nie. take care ye

.Najihah A. said...

.Edy.

Aku angkat yang mana larat je :)

.Najihah A. said...

.Aie.

Tau takpe, penat gila kot!

Ehe~ sampai masa ko akan tau jugak perasaan ibu mengandung ni ;)

- Ms. Izyan - said...

takpe, kene tinggal, tabah sket, nnt baby jadik lg kuat :D mcm muzaffar, ramai kate die budak baik, maybe sbb die paham, ibu die mengandung n besarkan die sorg2..abah dtg weekend je~
kene rajin2 cakap ngn baby tau :D die sayang mummy die~

.Najihah A. said...

.Intan.

Hehe betul tu :) Tiap-tiap kali duduk sorang-sorang then cakap dengan baby ka, mesti rasa sebak. sobs.