Monday, November 21, 2011

.Perjuangan Yang Belum Selesai.

Kalau tengok countdown ticker tu, lagi 20 hari je si kaki kecil ni nak keluar melihat dunia. Itu pun kalau cukup 40 minggu lah. Tapi kalau dengan izin Allah dia dah tak sabar nak melihat dunia, cepat sikit lah daripada tarikh jangkaan.

Lagi 20 hari tu bermaksud jugak, waktu untuk aku makan apa saja sudah semakin singkat. Yelah, lepas ni kena lah tahan diri, nafsu tu untuk makan makanan yang sembarangan selama sekurang-kurangnya 44 hari. Tapi kalau nak hasil yang lebih memberangsangkan, pantang lama lah sikit kan, paling tidak jangan minum ais selama setahun. Boleh ke? -_-'

Baiklah, tinggalkan sekejap bayangan episod berpantang tu. Yang aku perlu fokuskan kini adalah perjuangan aku yang belum selesai ni. Ayat taknak power kan. Yelah, kawan baik aku dah selesai bertarung dalam bilik bersalin, itu pun cepat dua minggu dari expecting due, jadi aku ini yang kandungannya cuma berselang 2 minggu daripada dia, dah mula fikir macam-macam jangkaan.

Bila kau dengar cerita daripada kakak-kakak senior yang sudah 'lepas' daripada pertarungan tu, agak mengerikan jugaklah. Tapi mana yang nak bagi kita rasa optimis sikit akan cakap yang sakit nak bersalin tu macam lebih kurang senggugut je. Ok, lega sikit hati bila dengar. Tapi sakit senggugut darab 10x!! Hah, kau bayangkan. Aku ni orangnya dulu kalau senggugut memanglah sakit, walaupun masih boleh berjalan takdelah sampai berguling-guling, tapi rasa perut tu bila berkocak, sakit ya amat. Tuhan je yang tau.

Ini kalau digandakan sepuluh? Ya Allah, aku tak mahulah nak bayangkan yang bukan-bukan. Aku cuma nak follow the flow je. Aku cuma mampu doa yang Allah akan kurangkan kesakitan aku dan mudahkan proses aku nak bersalin nanti.

Yang best tu, bila kau mengandung kali pertama ni kan, macam-macam tips yang diaorang kongsi bila nak melahirkan. Selain itu, diaorang bagitau jugak tanda-tanda sebelum proses melahirkan berlaku. Ada yang pesan, jangan angkat punggung masa meneran, nanti koyak jadi besar sampai ke punggung, lepas tu nak buang air besar pun sakit terseksa.

Ada yang cakap masa tu cuma antara hidup dan mati je. Masa tu cuma tinggal kita dengan pencipta sahaja. jadi, beristighfar dan berselawat banyak-banyak. Yang bagus dalam kebanyakan cerita tu, suami-suami diaorang semua ada di sisi teman diaorang dalam labour room, dan bagi kata-kata semangat untuk isteri yang tengah bersabung nyawa tu. Ada seoarang abang kat ofis aku ni, anak dah 4 orang, empat-empat anak tu dia sambut, dia tunggu dekat tempat keluarnya bayi tu, berani sungguh.

Aku dah bagitau Irwan, yang aku nak dia ada sekali dengan aku nanti. Tapi memandangkan aku nak bersalin kat Johor, aku pun tak tahu dia akan ada ke tidak masa tu. Kalau ada syukur alhamdulillah lah. Lagipun dia macam tak yakin je nak masuk sekali, sebab aku tahu dia penakut sikit, lagi-lagi bila kena tengok darah kan -_-. Tapi, aku harap sangat dia ada. Barulah semangat datang kan :)

Ya Allah, aku harap Kau bantulah hambaMu ini mengharungi detik-detik melahirkan itu. Permudahkan lah segalanya, lancarkanlah proses tersebut dan selamatkanlah semuanya. Amin.

2 comments:

- Ms. Izyan - said...

gha..insyaAllah semuanya ok dan bjalan lancar. tp jgn pk sgt..
wat cm aku..mmg tak pk sakit cmne lgsung..wat cm biase..tp bdebar mmg ade..
bg aku..mcmmane skali pon, kita kene lalui jugak bersalin tu..so, tak payah pk sgt!
yg paling best, mse baby tu nak keluar :) hanya Allah je tau nikmat keseronokan tu, kita pon akan bersyukur dapat membuktikan kita adalah wanita yg terbaik yg dpt melahirkan zuriat buat suami tercinta :)
sentiasa berzikir dan ingat Allah k?
cayang kamoOoOo~
*aku mmg suke tgk kwn2 prggy n bsalin :)*

.Najihah A. said...

.Intan.

Tu lah, aku pun tak mau fikir sangat. Cuma rasa nervous tu asik datang je -_-'