Thursday, November 24, 2011

.Berkongsi Perasaan & Pengalaman.

Tinggal beberapa hari lagi je, sebelum aku melahirkan si kaki kecil ni. Jadi sebelum aku bye-bye pulang ke kampung halaman, aku nak cerita serba-sedikit pengalaman aku sewaktu mengandung. Walaupun pengalaman aku tidaklah seberapa, al-maklumlah pengalaman pertama kan, tapi apa salahnya, sharing is caring kot ;)

Macamana aku tahu aku pregnant, aku dah cerita dulu kan. Masa tu Tuhan je yang tahu betapa gembiranya aku, syukur tak terhingga. Yelah, takut jugak kalau aku tak mampu nak bagi zuriat pada Irwan. Aku mengaku, lima bulan 'kosong' memang buat aku rasa sedikit tertekan dan bimbang. Memanglah mulut cakap buat-buat cool, tapi dalam hati kegusaran melanda. Macamana kalau aku memang bermasalah untuk bagi zuriat? Memang masa sebelum kahwin kitaorang ada berbincang, Irwan cakap boleh ambil anak angkat, tapi anak angkat mana nak sama dengan anak daripada benih sendiri, daripada darah daging kita sendiri kan.

Nanti di penghujungnya, mesti suami akan rasa nak ada anak sendiri, ye tak. Lepas tu nanti akan timbullah isu-isu sensitif yang sememangnya akan membuat kaum wanita menjadi down gila lah. Dan aku semestinya tak mahu semua itu berlaku. Takut -_-

Setelah penat membeli tester yang mahal, akhirnya aku beli yang cap Watson je. Murah sikit T_T Bukan apa, tak mahu membazir kalau 'tak menjadi' lagi.

Positif! Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Tapi masih kurang yakin, sebab satu garisan tu samar-samar.

Menggunakan penguji di klinik, garisan pun jelas, memang sah benih menjadi! Syukur.

Masa mula-mula tu, macam rasa lambat bila nak tunggu perut ni membesar, tapi bila banyak benda yang berlaku dari hari ke hari, tau-tau je perut aku dah membulat. Tau-tau je aku dah kena pakai baju saiz L ke XL -_-'

Irwan pulak, sama macam suami-suami lain yang gembira dan tak percaya isteri dia dah pregnant. Tapi reaksi dia takdelah macam dalam drama Melayu tipikal yang asyik-asyik nak peluk isteri dan letak telinga kat perut isteri nak dengar apa yang baby kat dalam perut ni buat. Setakat hadiahkan ciuman ajelah :) Kot iye pun gembira, takkan sampai nak lambung isteri pulakkan :p

Walaupun Irwan tak menunjukkan sangat keterujaan dia, tapi aku tahu dia ambil berat. Dia berusaha untuk cuba berikan yang terbaik untuk aku. Untuk minum susu ibu mengandung tu pun, dia yang suruh. Dia cakap minum susu mahal takpe, janji baby kat dalam sihat dan dapat khasiat. Dia jugaklah yang bangun tengah malam bila aku kejut waktu aku sakit perut ke, kaki terkena simpul biawak ke, dia jugaklah yang sapukan minyak angin semua. Kalau aku sorang-sorang, mesti aku menangis jelah kejenya.

Sepanjang tempoh aku mengandung ni, aku memang berdikari jugaklah, sama macam sebelum aku mengandung. Irwan pun takdelah bagi special treatment macam jalan pimpin tangan, pegang pinggang semua tu. sebab dia tahu isteri dia ni orangnya berdikari, boleh buat semuanya sendiri. Cuma dia selalu pesan, supaya aku berhati-hati, lebih-lebih lagi semasa memandu, sebab aku ni kalau bawak kereta mana reti perlahan, lepas tu kalau jumpa orang-orang sengal yang tengah driving, mesti mulut nak maki dan menyumpah-seranah, which is memang tak baguslah kan untuk orang mengandung untuk mengeluarkan kata-kata yang tak elok. Bukan apa, takut dicontohi anak dalam perut tu nanti. Mintak simpang.

Memang masa mengandung ni, banyak cabarannya. Tapi aku rasa bagus jugak bila aku pregnant, jadikan aku orang yang lebih sabar. Aku ni walaupun cool orangnya, tapi ada jugak sifat hitamnya. Aku orangnya cepat lose temper, cepat nak mengamuk kalau ada benda yang aku tak suka, aku selfish dengan Irwan dan tak memahami situasi dia. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam isteri derhaka je, sebab banyak sangat melawan Irwan, banyak sangat sakitkan hati dia. Betul, tak tipu.

Walaupun layanan Irwan macam kesah tak kesah je sepanjang aku pregnant ni, tapi dia tetap sabar dengan perangai aku. Tension jangan cakaplah. Emosi pulak sentiasa tak menentu, sentiasa terganggu. Benda-benda sekecil zarah pun boleh dibuat gaduh. Kadang-kadang benda yang digaduhkan tu benda yang tak masuk akal. Tapi perangnya, macam benda dah tak dapat diselamatkan.

Yelah, aku yang tengah mengandung ni memanglah emosi gila kan, dan Irwan pulak mungkin belum dapat memahami sepenuhnya perangai orang mengandung ni. Nak pujuk memanglah dia fail -_-' Jadi sudahnya bila berlakunya perbalahan, endingnya mesti meleleh air mata aku. Pujuklah diri sendiri T_T Start dari situlah aku mula cakap-cakap dengan si kaki kecil ni. Bila macam tu, baru rasa timbul semangat untuk tak mahu terlalu beremosi. Kesian kat si kaki kecil ni, sebab mummy dia asyik sedih dan menangis. Harap-harap bila dia keluar nanti, takdelah dia ikut perangai aku yang gembeng ni.

Mujur jugaklah aku ni tak banyak karenah nak itu ini masa mengandung, kalau tak aku rasa lagi haru biru dibuatnya. Irwan cakap senang nak jaga aku masa mengandung. Mabuk pun sikit je, takdelah lama sangat, lepas tu semuanya ok. Cuma ada satu benda yang aku kecik hati dengan Irwan (dia tak tahu sampai sekarang ni), aku nak sangat makan Cendol Kader kat TTDI (sebelum ni dah pernah makan dah, tapi nak lagi), aku dah bagitau dia banyak kali, dia cakap nak bawak, tapi sampai sekarang tak bawak T_T

Yang aku rasa paling mencabar masa mengandung ni adalah aku masih maintain buat kerja-kerja rumahtangga sampai sekarang- memasak, mengemas, membasuh, mengemop dan sebagainya lah. Cuma diakhir-akhir ni je aku dah tak masak, sebab aku dah tak larat nak berdiri lama-lama. Irwan ada jugaklah tolong sikit-sikit buat kerja, itupun bila time aku betul-betul letih dan tak larat lah. Kalau tak, aku buat semua macam biasa. sebab dia tau isteri dia ni kan Superwoman, waktu mengandung tak manja macam wanita lain, kononnya lah -_-

Tapi memang tak pun. Ada sesetengah perempuan, start je mengandung, maknanya dia dapatlah lesen nak perintah suami buat itu ini. kerja dia cuma menjaga kandungannya sahaja. Suami pulak memang of course lah sayangkan isteri tu, dengan rela hati membantu isteri, siap suruh duduk je, jangan buat kerja berat-berat semua. Syurga kan?

Aku pulak, kerja apa yang aku tak buat. Semua aku buat, sampaikan masa rumah aku takde air, aku masih lagi angkut air dengan kedua-dua tangan memegang botol 5 liter. Bayangkan. Sampai ada satu masa tu kan, akibat aku terlalu lasak membuat kerja, ada lah sikit bleeding berlaku. Masa tu di awal kandungan. Takut jugak lah kalau jadi apa-apa. Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya. Lepas tu, aku selamba je sambung buat kerja-kerja macam asal.

Itu belum kira alahan-alahan yang dihadapi masa mengandung. Lagi lah menambahkan paras tekanan dalam diri. Aku bersyukur sebab aku takdelah menagalami alahan-alahan teruk yang boleh menjejaskan sistem badan aku. Cuma sepanjang mengandung ni, kulit aku jadi rosak, sensitif dan jerawat tumbuh melata T_T Kalau tengok semula gambar-gambar perkahwinan aku, rasa macam down pulak -_- Kira aku ni, bukan kategori perempuan yang cantik bila mengandung. Tapi aku cuba optimis, muka boleh dicantikkan semula ye tak. Biar muka aku tak comel dah, tapi baby aku nanti comel :) InsyaAllah!

Lepas tu, aku kena penyakit keputihan yang aku kira agak teruk jugaklah. Kalau yang perempuan masih tak tahu apa itu keputihan, pi Google sendiri eh. Memang tak selesa bila dapat penyakit ni. Sedangkan sebelum mengandung aku takde pun mengalami keputihan ni. Lepas tu, di akhir-akhir pregnancy, masuk bulan ke 8 sampailah sekarang ni, badan aku kena gatal-gatal. Gatal-gatal ni jenis yang merenyam punya, yang kalau kau garu tu macam tak puas dan asyik nak menggaru je sampailah luka kat tempat yang gatal tu. Hasilnya, habislah badan dah ditumbuhi parut-parut segar T_T

Menurut doktor, itu normal untuk sesetengah wanita mengandung, memang akan mengalami kegatalan kronik bila masuk bulan ke-7,8 dan 9. Tapi jika pada awal trimester kehamilan, korang mengalami gatal-gatal yang kronik ni, itu ada something wrong dengan badan korang, jadi pergilah berjumpa doktor dengan segera ya.

Bila perut makin membesar, badan pun makin rasa panas. Memang tak selesa habis. Nak tidur tu jangan cakaplah macamana tak selesanya. Mujur jelah tak mampu nak pasang aircond, kalau tak dah pasang dah walaupun hakikatnya aku tak suka pakai aircond bila tido. Kalau boleh nak tidur bertelanjang je. Serius panas, aku tak tipu. Sebab badan aku ni selalunya tak tahan sejuk sangat. Kalau balik rumah mak bapak aku pun, aku lagi suka guna kipas daripada aircond (macamana nak duduk oversea ni -_-)

Tapi itulah pahit manisnya bergelar perempuan mengandung ni. Sebenarnya kadang-kadang kita lupa yang kita ni diberi keistimewaan oleh Allah. Yelah, bukan semua wanita dalam dunia ni dapat rasa nikmat mengandung. Ada yang tak bernasib baik tu, mencuba bertahun-tahun masih juga belum dikurniakan rezeki. Aku sendiri pun, bila ada waktunya aku bersendirian, bila aku muhasabah balik diri aku, aku rasa kadang-kadang aku ni tak bersyukur orangnya.

Aku terlupa yang aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sayangkan aku. Dan walaupun perangai Irwan yang kadang-kadang kurang prihatin, tapi aku bersyukur sebab Allah bagi aku suami yang sanggup melayan karenah aku, yang sabar dengan sikap aku yang tak menentu. Sebab Irwan bukan jenis lelaki yang suka tinggi suara tak tentu pasal, yang suka naik tangan dan sebagainya. Aku tak tahulah kalau dapat suami yang panas baran, ada pelempang melekat kat muka kot -_-'

Pesan aku pada kaum bapa, kalau isteri mengandung tu seeloknya jagalah emosi dia, bukan lama pun, 9 bulan je kan. Lagipun, bukannya selalu isteri-isteri anda tu mengandung. Kalau nak harapkan hari-hari lain isteri tu dapat layanan istimewa, memang tak lah kan. Bila isteri mengandung, itulah saat paling istimewa dalam hidup seorang wanita. Bukanlah diminta untuk dilayan macam permaisuri, tapi cuba berikan yang terbaik dan faham emosi mereka. Ok guys? :)

Ohh tak sedar dah panjang pulak aku bercerita. Tak kisahlah korang nak baca ke tak, yang penting aku dapat kongsikan pengalaman aku. Manalah tahu dapat membantu korang-korang yang akan menjalani proses ni akan datang nanti kan :)

Memandangkan esok aku dah nak balik kampung, jadi kalau kat kampung tu biasanya aku ni jadi malas sikit nak update apa-apa. Jadi di kesempatan ni, aku nak minta ampun maaf pada semua pembaca blog aku jikalau ada entri-entri dan bahasa yang aku gunakan menyinggung perasaan korang semua. Kadang-kadang aku ni tulis ikut sedap mulut je.

Yelah, aku pun tak tahu bila masanya aku nak melahirkan kan. Aku harap korang semua maafkan aku, dan dengan rasa rendah dirinya aku minta tolong doakan aku selamat menjalani proses kelahiran nanti.

InsyaAllah, panjang umur aku tulis lagi :)

Kegemukan yang drastik. 85kg++. Terbaikkkk! :D


2 comments:

- Ms. Izyan - said...

gha boOoOOolllaaaatttt~~!! hahaha! suke la tgk ko merepek! :D
aku doakan semuuuuuuuuaaannya selamat ok??!!!
kuatkan semangat!! :D

.Gha A. said...

.Intan.

Hahahaha memang bulat dan gemuk gila aku kan :D Thanks mummy Izz!

p/s: silalah enable comment ko utk anonymous, sebab acc aku ni rosak sikit, tak boleh nak comment kt belog ko :)