Wednesday, June 15, 2011

.Aku dan Bestfriend (Part 2)


Assalamaualaikum.

Cewah, macam sequel filem je, nak ada part-part. Oleh kerana dah ada yang tanya, bila aku nak update pasal cerita aku dan best friend ni, jadi aku cuba la sambung, setakat mana yang mampu. Maklumlah orang mengandung tak boleh menaip banyak sangat, cepat letih. (Takde kena mengena pun! :P)

Sambung cerita masa kitaorang Darjah 6 Mawar tu kan. Bila sama-sama jadi pengawas, duduk pun meja dekat-dekat. Lepas tu yang bestnya aku dengan best friend aku ni, pelajar yang ditugaskan untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa Johor, lagu sekolah dan lagu Wawasan 2020 (ketika itu harus nyanyi).

Kira macam lead vocal lah. Jadi, aku dan best friend dengan sorang lagi budak ni yang suara dia memang sedap kalau menyanyi (nasyid terutamanya), sentiasa akan berbaris paling hadapan di kalangan pelajar lain. Kadang-kadang bila time salah seorang kena tugasan naikkan bendera, barulah tempat tu akan diganti dengan penyanyi wildcard. Cewah.

Setiap kali waktu rehat, aku dengan best friend aku, dengan seorang lagi kawan kitaorang (yang mana mak ayah kitaorang pun saling berkawan), akan rehat sama-sama dan sibuk beratur kat kantin dalam barisan untuk membeli makanan cikgu. Eksyen, makanan murid-murid takmau beli, nak makan makanan cikgu.

Bukan sebab kitaorang bertiga semua mak ayahnya cikgu, jadi kita nak beli makanan cikgu. Tapi tu la kadang-kadang makanan yang dimasak untuk jual kat budak-budak tu tak berapa menyelerakan. Contohnya macam mee goreng ada rasa kapur, tawar, macam goreng dengan kicap dan taugeh je. Tapi memang kena lah dengan harganya, 50 sen sepinggan. Takkan nak letak ayam, udang bagai kan, mau bungkus makcik kantin tu.

Ala lagipun makanan cikgu bukan mahal sangat. Kitaorang selalunya berkongsi duit. Lagipun menunya hari-hari tukar, dan sedap pulak tu.



Contohnya Nasi Ayam, masa tu tahun 1998, baru macam RM2.50, kongsi tiga orang bayar, baru berapa kan. Pastu kalau teringin nak minum air botol (eksyen takmau beli sirap bodoh), pun kongsi duit jugak. Kira apa yang masuk mulut kitaorang tu sama lah hampir setiap hari. Lagipun bagus apa, masak kecik dah mengamalkan amalan susah-senang sama-sama :)

Kalau kita makan cokelat, awak pun dapat makan. Kalau kita minum air jarang je, awak pun minum air jarang kan. Kira apa yang penting bekerjasama lah! :)

Cuma bila time waktu balik sekolah je, masing-masing terpisah. Best friend aku balik naik van sekolah, aku pulak naik basikal (aku naik basikal since darjah 4). Tapi takpe, nanti waktu malam jumpa lagi masa kelas tambahan. Hehe.

Ok nanti sambung lagi. Waktu lunch dah habis.

bai.

8 comments:

aimi said...

cakk hahaha. ok finally boleh masuk :) thanks sebab menginvite balik yer gha.

btw ko ade typo =___+

"masak kecik dah mengamalkan amalan susah-senang sama-sama :)"

baguskan aku spot typo org kekekek :p
take care

.Najihah A. said...

gedik amy! :P

takpe kalo ko lupa pword lagik, nanti buat emel baru then aku invite lagi :D

wahh! terharu ada orang spot typo aku. maksudnya ko baca betul2 lah ye tak :P

سيتي عإيشه Aisyah said...

bestnya makan share2~ bila terkenang balik the good old days memang best kan..tiba2 aku pun terkenang zaman skolah dulu..aku pun naik basikal gak..kikiki~

.Najihah A. said...

.Aie.

Tau takpe, kalau boleh nak balik zaman kanak-kanak dulu :P

nurul'ain said...

ada lagi ko terlupa,botol air sama...botol air garfield.tutup kaler oren...aku menunggu part yg seterusnya...hihi...

.Najihah A. said...

.Ain.

hehe aku bukan cerita pasal ko lah :P

Haah kan lupa la pasal botol air tu.hehe.

ok akan ku cuba sambung secepat mungkin :)

nurul'ain said...

Gha.

Aku tau itu bukan aku.tapi aku taula kisah ko dengan bff ko ni sebab kita kan dari sekolah yang sama. :p

.Najihah A. said...

.Ain.

hehe haah kan, lupa plak kita satu sekolah :P

*rindunya kat ko T_T