Tuesday, April 7, 2009

.Seekor Siput Sedut dalam Hidupku.

Selasa ini..aku dah janji dengan Cik Lisa untuk pergi tengok Cyber Carnival kat N24. Blur sekejap, mengenai apa objektif karnival itu. Aku setuju ajelah. Rupa-rupanya dekat karnival ni ditempatkannya pelajar-pelajar yang terduduk dalam kategori cemerlang bagi PSM (Projek Sarjana Muda) mereka. Mereka mempresentasikan hasil uasaha kerja mereka selama ini, dan kalau tidak silap, siapa yang terbaik, yang jadi johan, akan bawak pulang sebuah laptop! Berebutlah korang ye!

Tidak semua booth menarik minat aku. Sempat lah aku memandang projek Zain mengenai Sistem Peminjaman dan Pemulangan Tesis dan beberapa projek lain seperti Sistem Penempahan Farmasi dan beberapa sistem maha canggih yang lain.

Dalam banyak-banyak booth yang aku eksplorasi, aku terminat dan tertarik mahu melihat projek kawan aku yang seorang ini. Iaitu Ayenxz dengan projeknya "Pembangunan Permainan 3D Berbentuk First Person Shooter Menggunakan Enjin Permainan". Mak aih, bila terjemah dalam Bahasa Melayu, hampir terbelit lidah mahu sebut.

*The Masterpiece - confirm A++!

Apa yang menarik projek dia ni? Dia buat game ala-ala Counter Strike. Gila hebat! Tak sangka aku boleh terhasil game yang begini. Aku puji weh! Salut sama kau Ayenxz! Dan aku amat menantikan sambungan game ko ini. Kalau boleh, aku mahu special copy game ni, mau main kat bilik. Boleh? hehe~ Aku suka efek air dalam game ni, nampak real weh. Yang paling unik game ni, ia berunsur ganas tapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Aku puji nama Dukun Santet @ Pak Dolah! Mahu aku meminta penyembuh stress di kala menghadap penjenayah-penjenayah hati tidak profesional.


*The Master - Mr. Ayenxz Abraham from University Technology of Malaysia

Lepas tu aku melawat ke booth budak lagi sorang. Anuar. Dia pun buat game jugak. Tapi nama projek dia aku tak sempat nak hafal. Yang penting nama game dia tu kalau tak silap, Carz The Race kot. (Nuar, kalau salah jangan marah aku tau). Interesting game dia. Game lumba motor zaman purba. Yelah aku ni, pandai2 aje. Pastu boleh collect barang-barang yang kita jumpa sepanjang perjalanan. Aku sempat testing game ni, tapi fail lah aku! haha~ Aku suka karakter pelumba dalam ni, tak berapa chumil tapi ada iras-iras Shrek. Unik! hehe~ Aku rasa Anuar pun dapat A++, sama macam Ayenxz. :)


*Anuar bersama pengunjungnya =)

Aku cadangkan: setiap booth patutnya bagi la cenderahati pada pengunjung booth. ahaha~ banyak cekadak pulak. huhu~

Cuaca hari ini agak panas, hampir berpeluh, perut sudah lapar, jadi Aku, Cik Lisa dan Cik Zura bersepakat mahu ke Restoran Mesra Pak Ali. Dan hari ini, baru aku tahu apa rasanya "Siput Sedut" itu. huhu~ Tak terfikir aku nak makan benda alah ni. :)


*The siput - tawar, masin, pelik rasanya. :P

Kiri: Mak siput sejati, licin! :P

Kanan: Pemakan siput jugak :P

.

.

i'm stop here..

dan aku cuba melupakan kesedihan dan ketidakgembiraan yang ada.


mahu pergi tengok Talentime. daaa~ (^.^)

Monday, April 6, 2009

.The Irreplacable Thoughts.

i'm missing my good old days..

seriously..damn! ;(
.
.
aku dedikasi kenangan tidak terbeli buat:

- pencinta-pencinta fotografi SQUADPHOTO KFUTMKL 2005
- penjaga, penasihat paling indah @ CIMB Securities


akan ada cherita kalian, sikit masa lagi.

.saya harap saya mampu.

kau harus bertindak misteri selepas ini.

:

i'm Fucking sleepy! @_@

aku mau tido kejap lagi. aku dah balik UTM semula.
tadi aku cuci mata, gi Jusco Bukit indah dengan Efa.
lepas tu pegi Pasar Malam Sri Putri.
orang-orang kat situ, tolonglah! scary okey!
terpaksa aku & Efa jadi pelari pecut.
nasib baik pakai kasut bersesuaian.
brader, gua mintak maap, gua harap lu tak ambush kereta gua.
muka lu serius macam... (tak sampai hati mau cakap!)

.
.

tengah orang sebok2 post entri pasal CONFESSION OF SHOPAHOLIC,
aku lupa yang aku dah tengok cita tu jugak. 2nd day after launched!
aku beresolusi, mahu jadi Shopaholic sejati!
Keinsafan aku cuma 2minit aje.
(setelah menonton filem tersebut)
Aku dah start buat wishlist items yang aku nak.

Steve Madden Pumps . Paris Hilton Turqoise-yellow mix Shoulder bag. Aldo Gladiator Heels.

Lagi?ada lagi. tak cukup tu.
Tapi aku takde DUIT. Mana mau gali?
Akan ku usahakan, sikit masa lagi.
.
.

Aku tak payah puasa! Poket aku penuh balik. Nasib baik mak kesian kat aku. hehe~
Tak pasal-pasal aku layan Liverpool malam tadi, apehal lah. Nasib ada Torres.
I've a pillow talk dengan adik bongsu aku. Jarang dapat share feeling macam ni. Rare but nice.
Yang pasti kami mula menyukai "Whose Line Is It Anyway". haha~ *aku suka Ryan!

.
.


hari ini aku perhatikan, fikirkan mengenai:

* rancangan mengagalkan diet - orang2 di persekitaran aku cakap aku tak gemok!
* kenapa kedai Lovely Lace di letak kat tingkat 3 Jusco Bukit Indah?
* Singaporean sengal yang tak reti2 cara masukkan tiket parking yang betul walaupun dah kena sound dengan autopay machine berkali-kali.
* menyesal tak main basketball tadi. (ngantuk punya pasal lah ni!)
* agak2 kakak aku nak tunang bulan berapa?
* patut tak aku buang baju-baju dalam wardrobe aku sekarang?

:

and i'm saying Good Nite here.


zZz ^.^

Friday, April 3, 2009

.Syukur Alhamdulillah.

i'm going home! ^_^

just totally relieved sebab dah settle present my English Portfolio!
(so next week aku tak payah datang class) :P
kira berbaloi lah sebab tak tidur since pukul 4 tadi! Gila!



mula-mula macam tak mau present sebab korang tau ajelah aku ni, nervous.
bukan setakat butterfly aje in my stomach, but segala macam cengkerik, kumbang semua ada! ahaha~ but then, when the presentation start aje, tak berhenti aku cakap sampai exceed limit 5 minit for each person. Thanx God for save me! :)

my health not in excellent condition, aku dah malas mau pikir.
semalam i had watching Fast & Furious 4. ehe~
what i am glad is, aku tengok cite tu dengan kengkawan aku (Efa & Zura) which is itu first time kitaorang tengok wayang sama-sama okey!
takpelah, at least jadik last sweet moment untuk tutup semester kitaorang ^.^
gambar ada, nanti lah aku upload.

oke lah, it's time to go. daouz ajak gi Desaru shoot Surf this weekend, but sorry dear, i can't make it. But next time ok kot. so take care guys! see ya!

muuuaaaaahxs. :xoxo

ps: mau tido puas2 neh~ mata sudah macam panda ouh! @_@

Thursday, April 2, 2009

.Gua Bengang.

Gua bengang.

WIFI macam haram. Dari petang Selasa tak boleh connect. Entah laptop gua yang dah korup atau line WIFI memang siot. Gua tak tau. Gua malas mau pikir. Takkan lah laptop gua yang merajuk sebab gua guna skin Decepticon? Watak jahat kan. Tapi gua rasa tak.

Dah dua hari gua tak tulis. Ni pun gua rajinkan kaki pegi CICT mahu update benda alah ni. Gua mau citer pasal sikap. Dari hari Selasa aritu gua banyak perhatikan sikap manusia. Macam-macam perasa ada. Ada yang bagus tak payah cakap, ada yang macam cipan cakap bahasa indon!

Macam biasa kalau hari Selasa gua ada kelas tutor. Kelas yang gua kena mengajar. Hari ni mood gua okey. Gua tak garang dengan student. (memang gua tak garang pon sebenarnya). Sikap student gua yang gua suka, diaorang tunjuk bodoh kalau diaorang memang tak tau. Diaorang tunjuk blur kalau diaorang tak paham. Gua suka. Sekurang-kurangnya diaorang tak hipokrit. Ada orang tak tau, tapi tunjuk macam semua ensiklopedia dia baca! Padahal bimbo!

Lagi satu, gua suka sikap student gua sorang dua ni. Bangsa mata sepet. Gua boleh cakap ini student feveret gua lah. Hari ni dia belanja gua air cincau. Gua tak mintak. Padahal dia tanya gua masa dia mau pegi kedai runcit, “Kakak, mau apa-apa tak?”. Gua geleng. Alih-alih dia balik bawak tin cincau. Walaupun gua tak suka cincau tapi gua cuma senyum dan cakap tima kasih lah. Gua tau dia bukan mau bodek gua. Dia hormat gua sebagai tutor diaorang. Yang gua mau tekankan kat sini, jangan skeptikal atau cepat mark pada satu-satu bangsa. Kadang-kadang bangsa lu sendiri tak reti hormat masing-masing. Lu pikirlah.






*baru gua tau cincau boleh bikin hati sejuk!

Kawan-kawan gua (Efa & Zura) mintak gua bawak diaorang pegi print poster PSM diaorang. Gua pun bawak lah pegi kedai yang diaorang cakap. Ada kekecohan di depan kedai tu. Gua tanya ape hal. Kengkawan gua cakap pasal accident. Gua angguk aje. Apa hal ajelah Kelisa kuning tu, langgar dengan Honda Wave tu kah? Takde kemek pon. Kecoh aje lebih. Yang gua pasti, owner kelisa tu iaitu seorang pompuan yang kawan gua cakap macam jobo+cikaro (lu tengok pakaian dia & lagak dia mesti lu tau nape bahasa ni kua) masuk kedai print yang gua pegi dan cakap apekebende tah dengan owner kedai yang gua malas nak amik port. Ni lah pompuan Melayu tipikal yang perasan diri cantik dan kaya dan bagus.
:

Point penting yang gua mau cite sebenarnya pasal sikap pekerja kedai print ni. Gua rasa diaorang takde pegi kelas pendidikan melayan pelanggan lah. Layan customer cam haram. Gua yang tak print pape ni yang menyirap. Kawan-kawan gua lagilah. Bukan ape minah kaunter tu, kalau lu tak tau mau adjust apa, lu tak payah lah klik seribu kali kat software nak edit poster tu. Pastu siap tanya mau print atas kertas jenis apa. Sudahnya lu orang tau minah tu buat ape? Dia terus tinggal job dia pastu dia pergi layan customer lain yang nak print kertas biasa. Lain kali kalau lu bodoh, lu bagitau la. Gua pun boleh tolong adjust lah.





*inilah kedai print yang gua pegi - ikan dia terbalik! gua tak edit gambar ni. misteri.

Lepas tu, minah lagi sorang suruh kengkawan gua naik tingkat atas untuk print poster tu. Gua dengan kengkawan gua dah menyumpah. Sampai atas, gua bagi sikit respek kat minah indon baju kuning yang reti lah jugak cara mau print poster tu. Minah Melayu lagi sorang tu buat-buat reti. Pastu makin tunjuk gedik kat customer laki. Bila kawan gua tanya printer apa dia pakai kalau mau print kertas A4 biasa, “laser jet” ke “deskjet”. Dia tak reti nak jawab. Pastu dia tanya minah indon tu. Lagilah minah indon tu terkedu. Gua cuma nak nasihatkan kat para peniaga, kalau mau amik pekerja at least biarlah yang tau hala-tuju perniagaan tu. Ni kalau jenis printer pun tak tau, yang lu keje kedai printer tu apa hal? Gua ingat lagi elok lu keje kat kedai jual jet-ski lah.



Efa (gambar dirahsiakan): "kakak ni tak kena maki dah cukup baik."


Zura (duduk): "kakak, gua rasa elok lu berenti keje aje lah"

:

Bila malam, gua dengan kengkawan plus dua pupu gua pegi Pesta Konvo. Last day ni. Baru gua dapat tengok. Macam dekat Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Sebut pasal wakaf Che Yeh, gua terima kasih banyak kat kakak tempat gua beli kasut plastic crocs pink tak ori. Dia bagi gua diskaun seringgit dari harga mati yang dia letak walaupun gua tau nanti dia tak untung banyak. Kedai lain jangan harap mau dapat. Gua suka sikap kakak tu. Toleransi dan cool aje.

Gua dengan kengkawan frust sebab Kedai Jalal tak bukak. Masuk ni dah dua kali kitaorang pergi. Kedai Jalal macam baru lepas kena serang dengan Along! Apa kes? Kami cuma rindukan aney buncit tu aje! Last-last kitaorang lepak FKE. Gua suka sebab gua dapat jumpa abang waiter yang gua dengan kengkawan gua cakap ensem, tapi sayang dia ada kekurangan. Gua tak mau cakap dia kurang apa. Tak kesah lah, yang penting gua suka sikap dia. Sopan dan senyum selalu.

Sebut pasal senyum, gua selalu bengang bila gua deal dengan pekerja-pekerja sektor awam atau swasta yang kerja mereka memang kena berhadapan dengan pelbagai jenis makhluk 7 hari seminggu. Macam sekuriti guard, kerani pejabat pos, cashier Giant dan sebagainya lah. Tak reti nak senyum! Lepas tu buat muka tak kuasa je. Muak gua tengoklah. Weh, lu tu kerja hari-hari ngadap pelanggan, tunjuk la muka manis sikit. Bukan kena potong gaji pun kalau lu senyum. Untuk ini, gua suka sikap pekerja Starbucks, Secret Recipe, Vivo dan kedai-kedai makanan pantas lain. Selalu buat customer sejuk hati. Sebab tu gua suka datang kayakan tokey lu.

:

Gua ada terbaca blog ZA yang entri dia tulis “perempuan merokok perempuan jahat”. Gua setuju dengan ZA yang cakap orang sekarang sikapnya terlalu skeptikal dengan bangsa dan perlakuan seseorang. Yelah orang selalu dah set kepala otak diaorang, kalau perempuan merokok aje, tu perempuan jahat sebab masa zaman dulu perempuan yang merokok adalah perempuan yang buat kerja-kerja jalang macam GRO dan lain-lain yang lu orang boleh pikir sendirik. Tapi perempuan sekarang? Yang merokok tu kerja elok-elok aje. Eksekutif dan yang sama tahap lah. Maksudnya tak semestinya yang menjalang tu je yang merokok. Yang merokok tu kerja bagus-bagus jugak.

Kalau macam tu cuba lu orang pikir, agak-agak lah kalau gua selamba hembus Dunhill, lu agak orang cakap gua perempuan jahat tak?

:

Kalau gua mau cite pasal sikap, tak abis sampai esok esok pun. Gua layan lagi “Aku, Rhapsody & Biru’s”. Gua dapat pengajaran. Lu jangan cepat nilai orang dari kulit luar. Gua tau lu orang biasa dengar. Tapi tu lah. Bila lu tengok ada orang muka macam tak siap, berdebu, pakaian macam setan, lu jangan cepat pandang hina. Kadang-kadang lu tak tau diaorang sebenarnya ada ijazah dari univeristi oversea. Tapi diaorang pilih mau nikmati hidup cara cenggitu. Ada tu, kadang-kadang takat SPM aje, tapi lagak macam orang ada PhD. Lagi samdol!

:

Gua tengok dompet gua. Tinggal dua puluh empat sen sembilan kupang. Claim gua masuk lagi 20 hari. Boleh ke gua survive seringgit satu hari? Gua cuba. Kalau kena puasa hari-hari pun gua terpaksa sanggup. Tapi gua rasa ada cara lagi baik. Gua nak balik rumah jumaat ni. Gua rasa mak gua boleh tolong. Macam biasalah gua.

:

Pasal sikap yang last gua mau sebut. Pasal gua lah. Gua ni cepat terpengaruh. Gua cepat suka orang. Gua cepat suka situasi baru. Gua cepat percaya orang. Gua cepat sayang orang. Gua senang buang orang. Gua suka buang masa. Gua suka lengah kerja. Gua suka buat-buat tak sedih. Gua selalu tak sedar kalau orang guna gua. Gua suka buat-buat kuat dan tabah. Gua suka bawak keta laju. Gua cepat sensitif. Gua suka belanja duit sesuka hati. Gua tak suka fikir complicated. Gua terlalu hygienic. Gua cepat gelabah.

Gua dah bosan. Gua rasa gua kena ubah sikap. Gua kena angkat kaki, jalan terus. Gua malas nak babitkan diri lagi dengan benda-benda atau manusia-manusia yang tak berfaedah, yang buang masa gua, yang buat gua sakit hati, yang cuma mempergunakan gua aje. Gua mahu balik ke basics. Gua mahu ikut nasihat orang-orang yang memang selalu sayang gua.

Dah lah, gua mau mandi. Kasik sejuk otak. Nanti gua tulis lagi.
:

*Betul tak gua cakap gua cepat terpengaruh? Tak pasal-pasal entri ni aku guna “gua”- “lu”. Ni suma gara-gara baca “Aku, Rhapsody & Biru’s”. keh keh~ :p


#Impian ridikulus#

Najihah Abas
02:24
Ua2 2082, K9, UTM