Tuesday, March 31, 2009

.Stay Close, Don't Go.

Selamat tidur..

JackJack yang sememang chumel
Cik Rama-rama yang makin jelita
CR7 yang sentiasa aku sayang
Mak & Ayah, minggu ini saya pulang!
Along yang menahan 2 April
Abang & Adik yang hari-hari degil
aMy yang bersama HBO
Efa & Zura yang berjinak dengan PSM

dan 860921 yang tiba-tiba sepi
:

310309 - penghujung Mac.

Maksudnya, hanya tinggal sebulan lebih berapa hari saja untuk mengakhiri semester. Walau hakikat aku ada baki untuk semester pendek sehingga Julai. Tapi inilah masa untuk aku menikmati dan mempelajari sebanyak boleh ilmu-ilmu kehidupan kampus bersama kawan-kawan sedia ada atau baru jumpa.


Hari ini aku kecewa. Kelas POI dibatalkan. Bukan kerana aku pelajar terbaik yang memang mahukan ilmu tersebut, tapi maksudnya tarikh untuk aku ambil quiz semakin beranjak. Leceh.
:
Sempat aku YM dengan along, memikirkan apakah pakaian paling sesuai untuk kami pakai masa Family Day Mei nanti? Temanya kuning. Top atau blouse kuning? Pemikiran untuk membeli jaket kulit hitam juga masuk dalam perbincangan. Haih!~ ataupun membeli gladiator ALDO yang mahu dipakai bersama legging dan skinny jeans? Itu kena tunggu 50%! Dan sehelai jeans boot cut juga harus masuk dalam senarai! Ruginya along tolak AMEX Gold! *sebab dah tau akan bawak bencana! Help! Help! Mau duit!
:
Aku tolong memenuhi permintaan 860921 untuk bawak dia pergi tempat kurier. Settled! sekurang-kurangnya, aku mampu jadi kawan disaat dia perlukan pertolongan. Tengahari aku menjamah suku mee goreng masin dari Kedai Ayub. argh!

:

Aku layan "Aku, Rhapsody dan Biru's". Betapa aku tahu sen itu amat berharga dan janganlah sampai kau bawak diri kau sehingga tahap nak balik rumah pun terpaksa jalan kaki! Dan yang pasti, tidak akan aku warnakan rambut aku dengan kaler Merah Jambu!
:
Aku bangun, kejang semua urat-urat perut aku. Ah, Period Cramp! Dan tidak semena-mena aku teringatkan entri ElsaSoraya. Tidaklah aku tahu cara mana aku mahu guna untuk 'membelasah period cramp' (meminjam ayat cik Elsa) aku ini.

Aku boring. Mujur aMy ade, tak fikir panjang aku terus pegi Starbucks JJ. Sempat la lepak dalam 45minit. Chocolate Chip Caramel Frappucino legakan aku. *Sepatutnya minum benda suam, bukan melantak ice blended!

Aku bersetuju:"Laughter is the best medicine". Period Cramp aku hilang sekejap. For aMy, i really cherished this precious moment. (Gambar adalah seperti entri sebelum ini)


This is the Best Medicine for Period Cramp *tipu!

:

Aku bawak kawan-kawan aku pegi tempat makan yang aku pegi dengan Zul aritu. Tapi kali ini lain. Abang pelayan itu penuh dengan elemen ngada-ngada. Geli-geleman pun ada! Tapi apabila aku memikirkan yang kami datang untuk makan, just ignored him! Ada kelebihan di situ apabila aku cuma bayar sepuluh ringgit sahaja untuk Mihun Goreng Pedas, Kuey Teow Ladna, Carrot Susu, teh O suam dan air suam. Zura cakap abang tu syok kat aku, yelah dia bagi baki duit Zura pun kat aku! Tersengih-sengih pastu banyak pulak cekadak tanya itu ini. Aku malas mahu tunjuk muka kerek, senyum ajelah. Orang cakap, orang berbudi, kita berbahasa :)

Elemen karaoke menjadi elemen terpenting setiap kali kami keluar. Malam ini, Zura cemerlang dengan Salam Sejahtera nya. Efa terbaik dengan Kaulah Segalanya. Aku? Bolehlah dengan Isabella, Akan ku Tunggu. Kali ini aku suka sebab aku dapat nyanyi lagu Ini Rindu (aku memang carik lagu ini!). Paling hancur Warisan Wanita Terakhir! I'm not good in singing the low notes okay!

For Display only =)

:

and i'm saying Good Nite here..

with the loneliness that almost gone..with the joys that almost comes..

Monday, March 30, 2009

.Pain-less.

Bayu mencumbui sang langit
Hening.Nyaman.Indah

Aku kerut
Tidak cemburukan mereka
Cuma menahan sakit si bendera merah

Urat perut berlawan sesama sendiri
Tunjuk pemberontakan
Mahu aku sesah saja keperitan ini

Chocolate chip caramel frappucino jadi penyelamat
Secawan gelak tawa ditambah
Lega
Setidaknya ada yang membahagiakan


20:12
UA2 2082, K9, UTM
:

ps: thanx amy! aku sangat menghargai momen ini :)

.Ikut Sahaja.

sang bintang merajuk malam ini
cuma si embun makin hilang

sunyi sepi tafakkur
kerabat neon rancak bercanda.
menanti penghujung hayat
bila mentari bangkit esok

aku selak diari
terdampar pensil, catatan zero
ilham bukan tiada
perasaan yang sembunyi
aku biarkan

kalendar aku sisip
tiba masanya
langkah harus terus
walau tidak pasti
mana aliran aku cari



3:46 a.m
UA2 2082, Kolej 9, UTM Skudai


p/s: daouz, wake up call has just coming! Morning! :)

.I Wish I Could.

ting..ting..tangan gatal arini, mau kira duit tabung akuarium..

wah! sudah ada 49.50! mungkin tidaklah banyak nilainya pada korang.

tapi, pada aku itu pencapaian peribadi paling membanggakan!

aku susah mahu menabung, atau simpan duit.

seingat aku, paling akhir aku menabung dalam Akaun Tabung Nuri Bank Rakyat masa aku umur 6 tahun! cecah lah seratus jugak! hehe.

tak pe, yang penting semangat aku kuat sekarang ini! *Jangan Korek tabung ko Najihah!

teruskan usaha, lagi seratus sembilan ribu tujuh ratus lima puluh ringgit lima puluh sen aje nak cukup untuk beli Honda Jazz kau! haha~ yeah! akan aku usahakan! *dapat second pun jadik le..

Saturday, March 28, 2009

.Guna Jari Pun Boleh.

Saya Nur Najihah Binti Md Abas akan menjayakan kempen
:
EARTH HOUR 2009
:
28 March 2009, 830 p.m
:
Kasihani Bumi Kita!
:
Hanya 1 Jam. Lihatlah dunia kita dengan cahaya yang baru.
:
Jari anda memberi sumbangan yang amat amat besar. Lakukan.

Thursday, March 26, 2009

"Don't Say It, You'll Ruin It"

Cinta tak akan nyata untukmu
Cinta tak pernah ada untukmu
Nikmati apa yang kita jalani
Biarlah terus mengalir
Namun bila nanti kau inginkan lebih
Segera kan kuakhiri
.
.

Semalam, aku buat kesimpulan. iaitu hari aku berjalan-jalan dan menikmati kehidupan. yeah, live life to the fullest, kata Amy. Apa aku buat semalam? Cadangnya aku ke Pejabat Bendahari untuk bayar saman kad matrik tu, tapi boleh aje pegawai tu cakap saman tu takde lagi dalam sistem. Tak macam lembap lah pulak orang-orang gomen ni buat kerja kan? Lepas tu siap masing-masing keliru dengan aliran tanggungjawab masing-masing! Hello! takkan lah tak pasti lagi sape yang sepatutnya tentukan caj saman. Macam Zul selalu cakap, Kerajaan!
:
Aku boring. So aku drive sensorang gi KFC, untuk beli lunch! Pae ajak aku pergi dengar Taklimat 3P. Tolonglah abang syarikat yang pakai baju putih tu, tak payah lah kau nak control macho kau tu. kalau betul gorgeous tak pe lah kan~ gedik kita orang tengok! Aku dan Pae sepakat untuk register course Oracle 11g Database Administration dan juga Adobe Dreamweaver CS3. Entah mana satu yang dapat, tengok ajelah. Yang pasti aku rimas dengan laman pendaftaran syarikat tersebut. Annoying sungguh! Elemen kelip-kelip nya menyakitkan mata dan membuat mulut aku tak berhenti membebel-bebel sepanjang pendaftaran. Dan aku dan Pae sudah tidak peduli dengan orang yang ada di sekeliling PC kitaorang di CICT. Before balik, sempat aku jumpa Nik kejap. Tekun sungguh dia, buat PSM katanya.
:
Pastu aku mintak tolong Pae teman aku gi Citibank, hujan di waktu petang mula menggila. Aku stress. Bukan apa, pemandu-pemandu ni asal hujan aje mula lah bawak macam siput buat catwalk! Sudahnya, aku lewat setengah jam untuk jumpa Zul! maaf sangat-sangat, tidak terniat aku.huhu~ Hari ini aku rajin, after hantar Zul, aku terus pergi Kelas Special Topic. Penuh azam mahu datang kelas last! Si Nabil siap mintak tolong sign attendance lagi, sibuk PSM katanya. Aku tau Burger King ya! Rupa-rupanya kelas dah abis last week! Damn! Nasib baik aku call PM Safie tau!
:
Aku ajak Lisa (bukan nama sebenar) pergi makan. Aku sudah janji sama dia dari Ahad hari tu. Dia teringin mahu makan Cheese Tart. Oleh itu, ke Jusco lah. Malang, tinggal serpihan tepung tart aje. huhu~ Aku ajak dia gi karaoke. Bukan aku tak tahu, suara aku tengah tenat, tapi degil, mau nyanyi gak. Last lepak kat Agus. Aku suka tomyam dia, tapi semak sangat lah! Jadi lambat aku makan tau.
:
Then, aku keluar dengan Zul. Mau lepak Danga. Aku nak carik cincin cam Pae. Tapi entah malang, kedai tu dah takde agaknya~ pffft! Dan akhirnya malam itu menjadikan destinasi Zul makan malam amat jauh di Singgah Selalu. Haha~ Sabar ajelah!
.
.
Mesti korang pelik, ape kene mengena entri ni dengan title nya. Crap sungguh kan? huhu~ Title yang aku post tu sebenarnya quotes dalam cerita A LOT LIKE LOVE yang pelakonnya Ashton Kutcher dan Amanda Peet. Zul bagi aku assignment untuk itu! Itupun setelah perbincangan complicated yang tidak berapa masuk akal berlaku. Aku harus cari movie dan makna quotes tu. Baiklah, akan aku cari sampai dapat! Anyone yang ada movie tu? Bagik aku please...
.
.

Selamat siang kamu-kamu semua.

Segar pagi ini,walau yang nyata waktu bersih aku tidur cuma 4 jam sahaja. Ah! aku ada temujanji dengan Dr.Ito jam sepuluh! Bangunlah najihah~

Tengah-tengah aku bergegas nak pergi jumpa Dr. Ito, aku terpandang keratan akhbar BERITA HARIAN ini dekat foyer kolej.

(credit for Berita Harian untuk keratan ini)
.
.
and my expression was...
:
:
Shahrizat menang? Bagus!
.
But KJ??What the.........................................!!
.
Yang Puteri UMNO tu aku neutral. Sebab aku tak kenal.
:
Why KJ?? Aku sangat-sangat tidak suka. Damn! Benci! Bongok lah!
.
.
Maksudnya apa..maksudnya legasi Badawi tetap tumbuh dalam tampuk pemerintahan negara.
Tengok ajelah Malaysia zaman sekarang. Aku sudah capai tahap NO KOMEN ataupun aku akan alih ke siaran lain kalau mereka-mereka itu yang berucap. Sungguh, aku meluat mahu dengar!
Memang teranglah, political view aku menyokong government, bukan apa, aku hanya bersyukur atas apa yang aku nikmati sekarang. Aku kesiankan bangsa Melayu. Kita capai kemerdekaan pun sebab orang Melayu kan? So, tengok ajelah apa yang mampu si polan itu lakukan. Sudah lah!
.
.
Malas aku nak merapu lagi pasal politik ni. Walau aku dan along sependapat bahawa politik itu semakin menyelerakan jika semakin kotor, tapi aku tidak mahu mengulas lagi. Nanti tak pasal-pasal ISA pulak aku!
.
.
Yang pasti aku sekarang tengah sesak dada+akal+hati+tangan dan sebagainya kerana aku baru dapat tugasan harus menyiapkan satu website hari ini juga! Gila tak? Walaupun cuma static website, tapi kau ingat aku takde kerja lain ke? Dengan English presentation esok! Damn! *WTF* GILA! GILA! GILA!
.
.
Btw, thanx to my FB members - Roped, Mawar, Syed Azman, Aizen, Daniel yang bagi aku semangat! Gambate Kudasai!
.
.
Walau macamana pun, aku tetap tersenyum. Macam biasa.^_^

Tuesday, March 24, 2009

.Till We Meet Again.

heyy..

i'm stucked in this small room.

with no things to think ov.

fever catched me back..i wish i'm glad :(

lots stuff to accomplish.

i just need something fresh.

how bout J.Co?yummy!

i wish i could..hurm~

i'll say dadaaa~ now. see ya!

Saturday, March 21, 2009

.Travelog Seorang Loveholic.


jangan gusar jika kau terjatuh, kerna kau tidak selamanya keseorangan

Hey Diary! I am just back. Miss u so very much. Ok then, less talk read more yah!

13/03/2009 - JUMAAT

It’s the day!
Sesudah segala kerja terlangsai, perjalanan pulang ke rumah diteruskan. Kali ini aku tidak keseorangan melayani karenah pemandu di lebuh raya. Zul ikut aku. Biar aku perjelaskan. Dia cuma mahu aku tumpangkannya sehingga ke Batu Pahat. Sudah jalan itu lurus sehala, tidak salah lah aku yang cuma menolong.

After the arrival, setelah sesi orientasi pendek dengan mak ayah, aku & adik bawak Zul pergi jalan-jalan. Mai tengok BP sat! Kami memilih untuk ke Summit Parade. Kau tahu lah, BP sekarang ini bukan seperti zaman aku masih pakai baju Mickey Mouse dulu, sekarang Shopping Mall mencanak-canak tumbuh, sama naiknya dengan orang-orang yang jual goreng pisang.



Ok, kami nonton movie, memilih cerita WATCHMEN yang dihebahkan sebagai cerita yang harus ditonton oleh sesetengah penonton setia cerita orang putih. Baiklah selepas itu, bagi mengisi masa senggang adik aku yang bijaksana (terutama dalam bab pau-mengepau) mencadangkan agar kami ke restoran Encik Jamaludin Md Ali. Biar aku perjelaskan di sini, Encik Jamaludin Md Ali itu adalah Pengarah Urusan KFC Holdings Malaysia.Senang cerita CEO lah. Anak dia kawan adik aku. Adik aku sudah terlalu biasa makan percuma. Maksud adik aku tu samada ke KFC atau Pizza Hut.

Oleh kerana mood aku dalam keadaan terbaik, aku mengutarakan tawaran supaya kami ke Pizza. Tidak tersangka, pekerja terbaik restoran itu, Ashiq (dia ini dari Bangladesh) attend meja kami. Dia ini kamceng dengan adik aku. Katanya dia mengagumi keunikan nama aku (eh, unik ke?) lalu dia dengan rela hatinya membelanjakan aku pencuci mulut. Aku pun apa lagi, yes lah! Makasih ya!

Selepas itu, kitaorang main bowling pulak. Dan akhirnya aku juara dengan perbezaan 4 mata saja. Ahaha~ ok, movie time. Pokok utama semasa menonton itu adalah perasaan paling menjengkelkan. What The… Kalau kitaorang tahu begitu jalan ceritanya, pastinya kitaorang nonton cerita Jin Hutan! Sumpah!

Ini puncak paling penting pada hari ini. Iaitu acara “Mari Mempraktikkan Pengetahuan Geografi Bagi Daerah Batu Pahat”. Kekeliruan menerjah ruang otak. Plus perasaan yang amat beryakin dengan peta yang ada dalam kepala. Sudahnya, tiga kali berulang tempat yang sunyi lagi maha seram itu! Erti kata yang lebih mudah, kami sesat. Dan yang paling dashyat adalah tempat yang sepatutnya aku hantar Zul itu cuma 5minit aje dari Summit, tapi kau tahu berapa lama kitaorang perlukan masa?1 jam setengah okay! Kau bayangkan! Hah~

Aku tiada kata-kata mahu disebutkan. Begitu juga adik aku. Dan akhirnya kami sama-sama bersetuju untuk melakukan ulangkaji yang terdalam mengenai Peta Daerah Batu Pahat.
.
.

14/03/2009 - SABTU

Sabtu ini. Aku bangun lalu melakukan house checking. Mak tiada. Ayah tidak diketahui lokasi. Yang pasti adik aku dalam biliknya melangsaikan hutang tidurannya. Ah! Dia biasalah. Sesuatu normal apabila balik rumah, i am doing the laundries. Apabila Taylor Swift menyanyi tak berhenti, aku berkejaran. Siapa pulak yang meninggalkan pesanan ni.si Zul rupanya. Mengadu kebosanan. Diajaknya aku keluar. Aku tak banyak soal, infact tak payah fikir kritikal, Yes Man!



Aku bawak dia pergi makan Beriani Gam. Then ke BP Mall, nonton movie lagi – kali ini DRAGONBALL EVOLUTION. Dan aku mula jatuh cinta padanya. Jangan salah faham, maksud aku Si Goku itu a.k.a Justin Chatwin yang memainkan peranan itu. Argh! Mengapa sungguh ideal wajahnya pada mata aku. Kalau kamu-kamu kata sebaliknya, aku sudah tidak peduli. Hehe.



Petang menjelang, lepak sekejap kat Kopitiam kesukaan aku dan family. Dan di situ kami bercherita..bercherita sehingga guruh menyarankan kami supaya pulang. Kau faham kan.

Malam itu, hati berbelah bahagi. Antara MU Vs Liverpool dan Konsert AF7! Nampaknya aku lebih sayangkan Setan Merah, dan AF aku korbankan. Nasib tidak menyebelahi. Kesialan malam itu berterusan. Sudahlah MU kena belasah 4-1, tengah-tengah syok memaki-hamun player MU yang bermain setengah waras, tiba-tiba black-out! Kau cuba bayangkan?
.
.

15/03/2009 - AHAD

“Jiha, bangun. Dah pagi ni.” – itu suara mak kejut aku.

Alah, baru 730. Awal lagi ni. Janjinya nak pergi pukul 830. Tapi sebagai anak yang baik, aku bangun tanpa banyak soal. Bukan nak ke mana, mau pergi kenduri kahwen dua pupu aku di Segamat yang berani menggunakan usia 21 tahunnya untuk memegang status isteri! Aku masa umur itu, baru terkedek-kedek nak habiskan diploma! Ah, hidup ini siapa yang tahu.

Belum sempat melegakan ketegangan perut selepas makan nasi minyak pengantin, aku sudah berkemas-kemas untuk memulakan percutían. Yeah! Dalam soal ini, aku sering menjadi yang terakhir sekali mengemas. Bukan apa, aku ini orang minit akhir, aku tidak kerasan buat kerja di awal masa. Aduh.

Tiada apa-apa istimewa sepanjang perjalanan melainkan menikmati simbahan lampu tiang highway di beberapa perhentian. Sudahnya, target untuk sampai di Arau waktu Subuh tersasar! Kau tahu, kami sampai dekat Alor Star pukul 1 pagi. Dari AS ke Arau bukanlah jauh sangat, sekadar 45minit. Dan apa lagi, kami pun terus check-in. Sudah tidak fikir apa-apa, tidur sajalah. Ayah cakap mahu gerak pukul 630 pagi esok. Aku mesej dia. Rupanya dia tunggu aku. Yelah, 1 hari aku tak mahu kacau dia. Bukan apa, orang sibuk wedding katakan. Malas mahu ganggu konsentrasi! Dan Selamat Malam Kamu! =)
.
.

16/03/009 - ISNIN

Perancangan mahu bergerak selepas Subuh benar-benar terjadi. Aku dan adik biasalah, liat nak bangun. Dengan mata separuh terbukak, kaki longlai aje gi bilik air. Oke, siap! Sempatlah kitaorang tengok scenery AS waktu Subuh. Lengang Chek!


di subuh hari - cuba tersenyum. =)


kami

Kitaorang amik Abang (adik bawah aku tu) dalam pukul 8 lah gitu. Leceh punya budak, orang dah siap-siap call, rupanya dia tak bangun lagi. Then, kitaorang sarapan kat Bandar Arau. Dekat sini aje aku masih jumpa nasi lemak 50 sen! Kuih 4 seringgit. Tak murah pulak kan. Maksud aku, murah gila! Kitaorang buat muka tak malu apabila memulakan acara bergambar di waktu kesiangan. Aku tahu dalam hati pengunjung-pengunjung setia kedai itu mesti cakap “Pelancong sesat manalah ni”. Haha~


i only need them


me & abang


never lose


tak terganti


me & adeq


similirity of the vainess


u cannot cut it out

On the way pergi Padang Besar, ayah singgah kat satu masjid. Panggilan alam katanya. Kami pun apa lagi, terus mengimarahkan penggunaan persekitaran masjid tersebut, lalu sesi fotografi macam nak gila berlaku. Memang seronok sangat! Gila! Then, kitaorang proceed ke Padang Besar. Aku tak beli apa-apa pun melainkan dua pasang brooch. Aku sebenarnya lebih gila untuk bergambar kali ini. Bukan mengambil gambar ya, harap maklum. Alah, dah ada dua orang photographer amatur ni, boleh la diharapkan.haha~


terbanglah


me: the flyer


the ties


the good fights


sampai bila-bila


the bintang


me : the brooch stall


me : the picker


i pick, u pay


watching over me


after the buying


undead ties

Kitaorang meninggalkan Arau pada waktu tengahari. Walaupun dapat jumpa adik aku kejap aje, tapi aku seronok. Hm, sebenarnya lagi seronok kalau kami 4 beradik dapat jumpa semua. Tapi, waktu itu susah mahu kembali pada masa ini. Tak apalah. Cadangan ayah mahu naik ke Cameron disambut dengan anggukan laju berkali-kali oleh semua orang. Dah lama sangat aku tak pergi. Seingat aku sudah 6 tahun kot!

Cuaca kat Cameron, aku tidak tahu mahu mendeskripsikannya. Sejuk! Sehingga memaksa aku menahan diri untuk membuang air kecil di sepanjang perjalanan naik. Takkan kau nak aku ‘buang’ tepi jalan pulak kan. Dia mesej aku. Kesian dia, keseorangan kat sana. Itulah aku ajak pergi tak mahu (sekadar ayat menyedapkan hati hehe~).
Aku dengan mak menyusur ke pasar malam Brinchang.

Ayah dengan adik tak mahu pergi. Mahu rest katanya. Aku cuma tertarik mahu membeli sekaki payung bercorak strawberry. Tahu ajelah, aku ini umbrellaholic. Haha. Aku sedikit jengkel dan kecewa, kerana hasrat untuk makan kuey teow kerang goreng tidak kesampaian. Bukan apa, tidak tegar aku mahu makan masakan bangsa mata sepet itu. Dan aku mula terbayangkan kalau-kalau aku bukak gerai jual kuey teow kerang, mesti sambutan macam nak gila. Sudahnya, gerai kebab makcik tudung ikin itu mendapat sambutan. Makan ajelah~

Kesejukan yang menggila walau bilik hotel tiada alat pendingin hawa membuat mata aku mudah rapat setelah menonton Diari AF yang habis pukul 10. Sumpah aku ngantuk! Dengan perut yang masih kenyang, aku sudah tidak peduli kalau perut aku buncit! Aku terjaga bila dia mesej aku dalam pukul 12.

Dan di situ sedikit ketegangan dan gangguan emosi berlaku antara aku dan dia. Benarkah rindu dia itu?Air mata aku bergenang atas sebab yang aku sendiri tidak mengerti. Aku tak mampu nak tahan. Aku sumpah aku tidak menyukai kedaan seperti ini. Tidak lena aku tidur, benci! Dan malam itu berlalu dengan perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.
.
.

17/03/2009 - SELASA

Sudahlah, aku tidak mahu merosakkan emosi kesegaran pagi akibat pergeseran malam tadi. Dia mesej aku, minta maaf tujuannya. Dan aku tersenyum. Aku sudah tidak marah pun. Aku ini jenis yang bila bangun pagi saja, terus lupakan semua kekusutan. Tidak berbaloi lah nak semakkan kepala aku dengan hal-hal begitu. Lebih baik selesaikan cepat betul tak?

Dan kerana itu, mahu saja aku terbang balik ke JB secepat mungkin. Ah! Tak mungkin. Yang hanya aku boleh buat cuma bersabar dan mengharapkan jarum masa pantas bertindak. Perkara biasa kalau kau pergi Cameron tentulah melawat kawasan tanaman strawberi, sayuran, teh dan sebagainya yang aku rasa aku tidak perlu jelaskannya. Apa yang aku beli pun aku tidak perlulah mahu bagitahu. Kau boleh agak kan.


i dunno what the hell i am doing is


welcome babes!


the gardens


me is that flowers


i won't bite!


ngapp!



too shy to tell


the tree


from the far


Aku tidur saja dalam perjalanan balik sehingga sampai Shah Alam untuk tinggalkan adik aku di situ. Dalam keadaan mamai, aku disuruh drive. Dan laju aje aku jawab “Boleh”. Dan hasilnya, cuma 3 jam dari Shah Alam ke Batu Pahat! Bukan apa, aku cuma mempraktikkan skil aku ketika main Need For Speed di jalan raya. Tapi dalam keadaan selamat dan berhemah. Maafkan aku ya, bukan tidak mahu penuhi permintaan dia untuk balik JB arini, tapi aku amatlah penat.

Tidur malam aku dipenuhi dengan senyuman mengenangkan aku akan jumpa dia esok. walaupun aku sedikit keliru dengan krisis perasaan ini, tapi biarlah. Just follow the flow, itu kata dia.
.
.

18/03/2009 - RABU

Akhirnya, aku sampai jugak UTM! Dan misi penting terlaksana. Haha. Aku keluar dengan dia untuk pergi HSA terlebih dahulu. Itu yang utama. Then, kitaorang pergi makan ABC Majidee yang aku mengidam hari tu. Fuh, lepas hajat aku. Aku tahu dia lapar sangat, berselera aje dia makan. Baguslah, suka aku tengok.=)



Lepas tu, kitaorang gi Tebrau beli tiket movie untuk malam ini. Aku sudah janji dengan dia mahu habiskan masa dengan dia untuk satu hari ini. Kami nonton cerita RACE TO WITCH MOUNTAIN. Aku klasifikasikannya sebagai cerita yang aku tidak sedar durasinya sudah habis. Kau fahamkan maksud aku.

Dan malam itu berlalu dengan pelbagai cerita yang tidak tertafsir. Cuma perkataan ini, INDAH.

Terima kasih kamu! =)
.
.

Aku hentikan siri ini di sini. Aku kira ini catatan terpanjang.

Dan aku mula membuat permintaan kepada Sang Bintang~

(^_^)

Tuesday, March 17, 2009

.I'm Still Breathing, Thanx God!.

hello darls!

wee~ i just got back from my long term cuti-cuti!

best! amat.tapi penat. =)

i'm still at home. i'll update the stories soon!

will be back UTM tomorrow! tak sabar! weee~

U sabar ye~ eheh~

see ya! mmuaaahXs :XoXo

Friday, March 13, 2009

.Mari Pergi Bercuti Sambil Menutup Mata.

Najihah Abas is on her way for the long holidays! yeehaaa~

ayat di atas merupakan status aku di Facebook..kau baca sahaja tentu sudah faham kan?
aku mahu pergi bercuti, mulai hari ini sehingga Rabu depan.yes!

aku tensi. ini kerana aku mengalami masalah tahap kemengantukan yang amat serius. aku pasti sebab-musabab nya iaitu kerana aku mengambil ubat sinus dari Pusat Kesihatan Universiti semalam, tapi bukan itu yang aku persoalkan. Cuma aku ragui apakah bahan medikal yang terkandung dalam ubat itu. betulkah preskripsi nya?aish~
mungkin betul telahan aku bahawa dos ubat itu melampau kerana aku sebenarnya bukanlah dalam kategori orang yang pasti mengantuk jika makan ubat yang berkaitan tersebut. maksud aku contohnya ubat batuk, ubat selsema dan lain-lain.

dan kerana itu, aku macam orang yang diberi dos dadah berlebihan setelah keluar dengan Zul petang semalam. NGANTUK TAHAP MEMBAHAYAKAN! aku tidur dan sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling.

Maaf kepada Zul kerana aku memungkiri janji pada malam semalam.

Maaf kepada daOuz kerana aku tidak mampu membalas mesej kamu.

dan sedar-sedar sahaja, pagi ini aku perlu menjalani sesi temuduga untuk Subjek English For Career Search! tapi kau tahu?aku masih ngantuk tau! mujur aku masih mampu mendengar dan menjawab soalan-soalan dengan baik. untuk itu, alhamdulilah.

...

oke, sekejap sahaja lagi aku mahu balik rumah. jika di amati daripada entri aku tiga minggu lepas pun, aku masih bercerita hal yang sama. iya, nak buat macam mana..memang tiap-tiap minggu aku balik rumah. rumah sejengkal je dengan universiti kata kan..hehe~

kau tahu, aku amat tidak sabar mahu bercuti. aku mahu ke Arau, Perlis. mahu jumpa adik kembar yang bawah aku tu. dari tahun lepas aku tak jumpa dia. Budak Sport Science katakan, sibuk memanjang. dan yang paling best, dia offer aku pergi KL SUNBURST'09 sebab dia menang tiket yang nilainya RM 203! siapa tak nak kan? tapi yang jadi masalah adalah bagaimana mahu mengutip tiket tersebut di Menara Celcom! Along masih belum dapat dihubungi. sudah najihah, jangan berharap sangat. kalau ada rezeki kau, adalah.



rasanya itu sahaja..mungkin minggu hadapan baru aku jumpa kamu-kamu semua. aktiviti berblogging terpaksa ditangguhkan seketika. Bye kawan-kawan! gonna miss y'all! daaa~

mmmuuuaaaahhxs! :XoXo


NOTA PERASAAN:
Minta Perhatian kepada Pemilik Toyota Avanza yang warnanya Perak (silver) dengan nombor pendaftaran JJU ***7, lain kali bawak kereta itu guna akal, bukan nafsu! memang B la kau!

lagi 2CM aje kau nak libas aku! mujur aku tidak panik dan sempat bertindak untuk menyelamatkan diri. kalau tidak, lu pikirlah sendiri! kawan-kawan aku turut sama cuak. Perasaan aku? masih terkujat dengan kejadian tadi. iya.

Thursday, March 12, 2009

.Kini Aku Benar-benar Menghargai Segelas Air Jernih.

It's Fury Wednesday!

bangun pagi, perut memanglah amat amat lapar.
aku decide untuk pegi makan dengan Si Pemilik Rambut setelah aktiviti buzz-mengebuzz berlaku..tapi aku amik zura dulu, then area 415 baru kitaorang kua..

orait! first spot, ABC Majidee! weee~ memang heaven!
tapi aku tak makan pon..aku batuk-batuk lah..
aku cuma order Cikong Sejuk dengan Nasi Ayam Goreng.
dah memang lapar kan, tak yah tunggu-tunggu lagi..
sekejap je licin! haha~ sah kebulur!

next
, Tebrau City..kitaorang nak tengok movie..
nak tau cita ape?cita kat bawah ni..
memang sangat bodoh cita ni..but puas ati dapat gelak gila b***..haha~
tapi, sebelum masuk movie kitaorang lepak kat Vivo.
tah budak sorang ni nak guna WIFI..layan ajelah~



then, kitaorang rasa cam nak makan..so lepak la kat Singgah Selalu..
tapi tak makan pun! order Teh Tarik aje..tapi dapat Teh Tarik Separa Panas Masin! cit! pastu layan Shisya strawberi..pergh!
dah lama aku tak layan sebenarnya, last time diploma dulu..huhu~



balik macam biasalah, scan kad matrik..semalam pun scan gak..ahaha~ lantaklah..aku dah tak pedulik pon..hehe~

yang paling tak best, balik-balik aje masa aku mandi, aku muntah!
habis keluar semua pebende yang aku makan tadi! adeh~ dan hasilnya, aku dehydrated kini.tidak enak.

Wednesday, March 11, 2009

.Dan Pabila Esok, Datang Kembali.

*aku hanya suka-suka mahu buat tag ini. aku sedang tunggu waktu lelap. lagipun burger tadi belum hadam penuh.oke, baca sahaja ya~

Starting time : 03:20 pada (GMT+08:00 )

Name : Najihah Abas

Sisters : 1 elder sister. (aku juga mengharapkan mempunyai adik perempuan)

Brothers : Twins younger brothers (aku juga mengharapkan seorang abang huu~)

Shoe size : 8

Height : 162 cm (if I am not mistaken)

Where do you live : Currently in UTM Skudai.

:

HAVE YOU EVER BEEN..

On a plane : Pernah.

Swam in the ocean : yes, but not really swam. Aku perlukan bantuan pelampung.kesian~

Fallen asleep at school : yup! Lebih2 lagi time prep yang menyesakkan. Rasa macam makan dadah tau tahap ngantuknya~

Broken someone’s heart : Ada.Maafkan aku~

Fell off your chair : Pernah.amat malu.

Sat by the phone all night waiting for someone to call : tak pernah. Rasa baik aku berkebun dari buat keje ni.haha~

Saved e-mails : Yes.for the certain mails only.

:

What is your room like : tersusun rapi.Cuma baju2 yang perlu dilipat itu, KIV boley? =)

What’s right beside you: Handphones, Kunci Bilik, Pendrives, Tissue, Matric Card, Dompet, jua Sang Tetikus baru..hehe.

What is the last thing you ate : BK Mushroom! Heaven.

:

Chicken pox : Ever. Ada scar yang kecil kat tulang pipi ni.

Sore throat : Sikit. Tapi. bukan di tahap yang membimbangkan.

Broken nose : Never. Terseliuh aje adalah..haha~

Believe in love at first sight : Yes, perhaps.entah, no komen!

Like picnics : Amat amat suka!

:

WHO WAS/WERE..

The last person you danced with : Nobody. But I do love dancing. Shall we dance?

Last made you smile : baru tadi. Alah, aku memang selalu senyum apa.

:

TODAY DID YOU..

Talk to someone you like : Nope. YM ada lah.

Kissed anyone : No one.

Get sick : Buat masa ini, pada tahap 1. Mungkin Scott’s Emulsion menyelamatkan aku.

Talk to an ex : YM aje~

Miss someone : Entah. Aku dah lupa perasaan ini.

:


teruskan bermimpi, kau pasti tidak sunyi

:

Who do you really hate: Rakyat Malaysia yang sudah hilang tatasusilanya apabila percubaan menderhaka Raja-raja semakin menjadi-jadi. Cuba kau selak buku Pendidikan Moral Tingkatan 4, kau dah lupakah?

Do you like your hand-writing : sebenarnya, aku suka. Tapi aku kekok bila menulis pada zaman dewasa ini. Inilah akibatnya, kalau teknologi semakin menular. Hilang sudah sifat kreatif aku dulu.

Are your toe nails painted : Pernah. Tapi bila aku dengar Mak Noi cita, terus aku tak buat lagi!

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Katil di Suite Hilton boley?

What color shirt are you wearing now : I am not wearing shirt sekarang. But tadi, white shirt dengan long turquoise cardigan from Aussie yang dibeli oleh my Sis.

Are you a friendly person : Iya. Tapi orang sering tersalah anggap bila pertama kali jumpa aku~ lepas minum secawan teh, baru kau tahu kan? hehe.

Do you have any pets : Ada. Sepasang Ikan Guppy. Tapi sudah arwah. Sudah, jangan cerita lagi.

Do you sleep with the TV on : Sesekali. Tapi amat jarang berlaku.

What are you doing right now : Tagging, YMing dan menahan kelopak mata daripada tertutup.

Can you handle the truth : Yes. Tapi tidak pada segalanya.

Are you closer to your mother or father : Mak. dia Best friend. Tapi adik-beradik aku tak tau aku rapat dengan ayah.anak bapak aku ni! hehe

Do you eat healthy : Bila diperlukan sahaja.

Do you still have pictures of you & your ex : ada lagi dalam hard disk ni.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Shopping Complex. Dapat membeli sehelai baju dan sepasang kasut sudah boleh menenangkan jiwa aku.

Are you loud or quiet most of the time : I’m Loud. Kau akan dapat 100% kebenaran daripada aku. Tapi sebenarnya, aku lagi suka diam. Cuma keadaan tidak membenarkan.

Are you confident : Yes. Cuma aku cepat gemuruh! Ada cara?

5 things I was doing 10 years ago:

-berada di Tingkatan 1/5 kerana aku second intake.
-pura-pura demam sebab nak skip orientasi, aku berjaya!
-masih mengingati cerita Titanic. You Jump I Jump!
-melalui firedrill pertama.
-baru aku tahu maksud “homesick”

5 things I would do if i were a billionaire:

-bebaskan diri dari hutang-hutang
-aku mau beli DSLR beserta peralatan-peralatannya yang paling canggih kat dunia!
-tunaikan segala hajat parents dan adik-beradik aku.
-ulang-alik Old Trafford 2minggu sekali.
-beli kereta-kereta impian yang aku simpan gambarnya sekarang. Yang penting, Honda Jazz sudah tidak dalam senarai lah. Haha.

5 of my bad habits:

-Clumsy
-Cepat sensitive
-Pakar menghabiskan duit
-Penangguh kerja yang amat berwibawa
-sangat suka bercakap

5-10 places I’ve lived/living :

-Kota Tinggi, Johor
-Batu Pahat, Johor
-Segamat, Johor
-Kulim, Kedah
-Kuala Lumpur, Malaysia
-Johor Bahru, Johor

Ending nye pasti di Johor. Memang aku Johorian sejati.

Ending Time: 04:03 (masih pada GMT+0:800)


CATATAN SEPARA PENTING:
aku mahu tahu pasal kamu-kamu.

>You Promise Me Ai
>kezitikus
>ayenxz dan kehidupannya

cukuplah itu sahaja. kalau kamu-kamu ada masa saja ya! =) terima kasih~

.Hanya Melewati Waktu dan Berlalu.


Jangan Pernah Sesali
Jangan Pernah Tangisi
Semuanya Yang Pernah Terjadi
Bila Langkah Terhenti
itu Bukan Berarti

Hidupmu Sampai Disini
Menangislah Ohh Tersenyumlah
Mawar Pasti Berduri
dan Juga Hidup Ini
Penuh Kejutan Yang Tak Pasti

Anggap ini Sebagai
Sebuah Pelajaran Hati
Yang Bisa Kuatkan Diri
Menangislah Ohh Tersenyumlah Jangan Kau Berhenti
Melangkahlah Ohh Berlarilah

Slamat Datang Lembar Baru
Slamat Tinggal Cinta Lalu
Slamat Tinggal Slamat Tinggal
Slamat Datang Cinta Baru

+Selamat Tinggal Masa Lalu - Andra & The Backbone+


:

Salam Tengah Malam buat kamu-kamu semua :)

hari ini ialah Rabu.WIFIUTM dalam keadaan agak sehat.
alah, tengah malam.siapa ajelah yang guna kan?

aku tidaklah dalam mood kerajinan untuk blogging.
cuma entah..aku hanya belum mahu tutup mata, sekejap ya.
bukan apa, aku baru balik..perut kenyang, kau fikir aku mahu menggemukkan lagikah badan aku?

ini terjadi tiba-tiba.setelah sebuah kata jeritan yang aku pos di YM, menyebabkan pertemuan tiga mata berlaku hari ini..kau tahu berapa kali punya rancangan, baru jadi hari ini? dalam hal ini, Si Pemilik Rambut memang pandai untuk tentukan tempat makan yang sesuai. mujur ym ok after kejadian petir-memetir, so senang lah kitaorang buzz-buzz..ok set! aku, Si Pemilik Rambut dan Si Pakar Cerita.kau tahu kami ke mana?ke sini, seperti pada gambar.



aku memang lapar, kena plak dgn BK Mushroom, haih~ puas ouh! Si Pemilik Rambut tukar order jadi sama dengan aku setelah terliur melihat ilustrasi pada papan menu. dan Si Pakar Cerita setia dengan Whooper nya..baiklah, tiada ais dibenarkan pada kali ini!

dan kami bercherita bercherita daripada perihal kamera, perihal ketidakstabilan windows, perihal ayat-ayat cinta, perihal cover story album debut kahwen, perihal alergi makanan sehingga membawa perihal sogokan cerita-cerita seram. walaupun bulu roma aku tidak setegak Si Pemilik Rambut dan Si Pakar Cerita, tapi dalam hati, dup-dap weh! sumpah! rasa cam tak nak kencing je balik bilik nanti..huu~

dan akhirnya kami sedar bahawa pekerja-pekerja BK tersebut memang menunggu masa untuk kami pulang, dengan kiasan mengemop lantai dekat-dekat meja kitaorang..haha~
okey jom balik! sah! kena scan kad matrik..tak apalah, sem last kot..=) dan inilah bagusnya jika kamu ada teman-teman.tidak gelap kan?senyum.

Tuesday, March 10, 2009

.Aku Mahu Menjadi Tulip untuk Kamu, Kalau Boleh.


I want to be the inspiration
that wells up inside you
and the sweet-scented tulips
that blossom for you in spring.
I want to be the joy that fills your heart
with simple things I do
and the reason for that smile
that only true love can bring

-by RosesAreBlue


i wish i could..hmm~

...

ayat-ayat di atas mungkin ada sedikit kena-mengena dengan aku..tapi bukan buat masa ini ya~

...

OMG! tidak dapat aku gambarkan macamana perasaan terkejutnya aku bila aku bangun pagi-pagi dan terus ke toilet dan tiba-tiba takde setitis air pun! mak aih! kat cni pun orang buat perparitan ke?aish~ tanpa sebarang notis pulak tu! dah la aku memang nak terkencing! nasib baik UA1 jadi penyelamat.ini adalah pertama kali yang seumpamanya sejak setahun-setengah saya di sini.harap maklum.

...

Selamat Siang aku tujukan kepada:

> CR7 yang hari-hari mengadap muka aku :)
> Cik Rama-rama yang hari-hari bersih
> Mak & Ayah yang pasti sedang mengajar
> Along yang mungkin sedang menjinjing beg-beg plastik di Bandung
> Adik yang aku tau masih sedang berdengkur
> Abang yang masih bersama aktiviti mendayung di Pangkor
> Alifmimyanun yang membuat panggilan-tidak-berjawab jam 06:15 tadi
> Makcik2 pembersih yang gigih sedang menikmati sarapan di Pondok Anggerik
> Pekerja-negara-Seberang yang giat simen-menyimen di Pavillion K9
> Student-student PT II yang mungkin bengkak mata mereka
> Along Din yang aku dah sampaikan salam beliau
> dan untuk ElsaSoraya yang akan ku laksanakan tugasan tagnya sebentar lagi :)

...

kau tahu betapa sukarnya hidup aku tanpa tetikus?iya, dalam bahasa English nya mouse lah..aku frust malam tadi kerana hajat untuk dapat tikus baru tidak kesampaian..kedai Cina pun amik cuti Maulidurrasul kah?

aku tidak kesah jika orang mahu melabel aku sebagai budak komputer yang gagal menggunakan papan-sesentuh komputer riba dengan efisien..dulu budak group Internet Computing aku pernah gelakkan aku sebab aku lembab sangat nak guna touch pad ni..bukan aku tak reti, tapi aku janggal lah.dah sejak darjah tiga aku guna mouse. iya, rasa kucar-kacir hidup aku ni..

dah..dah..aku bukan nak cerita pasal mouse..itu cuma luahan rasa fikiran sahaja..walaupun dalam keadaan kesulitan ini, aku masih ingin meneruskan hobi aku iaitu menjawab segala bagai tag yang di request oleh Cik ElsaSoraya..tak mungkin aku hampakan beliau, oleh itu Terima Kasih ya Cantik! :)

...

Dan ini permintaannya

1.go to this site : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2.answer all of the questions

3.once you have the answers, copy and paste them to your blog.

4.tagging your other friends is optional.

*MINTA PERHATIAN!
boleh sesiapa jelaskan bagaimana personaliti ini dinilai?ada kaitan kah dengan botol yang dijumpai ataupun perihal mengintai rumah agam Inggeris yang gorgeous?buntu.

baiklah,dan ini jawapannya:

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

Ulasan: harap maaf, aku seorang yang sentiasa melihat ke bintang, tapi aku bukan sombong ya.sila maklum. betul, aku diakui sebagai penyelesai masalah yang berwibawa tapi bukan pada masalah yang membabitkan Sistem Perparitan ya!

:

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Ulasan:hal ini aku setuju. Pernah aku suarakan kat mak dalam nada separuh serius, kalau-kalau Ramli MS itu masuk meminang aku, aku terima! :) kenapa? lihat saja kebijaksanaan dan keazaman dia dalam menangani bidang yang diceburinya. rupa bukan ukuran, tapi untuk aku mengekalkan ke'kiut'an keturunan itu pasti!

:

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

Ulasan:harus tahu bahawa aku tidak akan sesekali mempercayai cinta siber, entah mengapa ya?lagi satu, aku perlukan masa. sekurang-kurangnya bagilah aku dating sekali sebelum bertindak kan?

:

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Ulasan:yang ini aku setuju.noktah.

:

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

Ulasan:sejak dari kecil aku disogokkan dengan kata-kata begini dan ini memberi impak pada kehidupan dewasa aku.nak buat macamana?sebuah buku boleh membeli segunung emas,kau mengerti kan?

:

The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

Ulasan:dan kini aku pasti dengan pilihan kerjaya sebagai Pemilik Butik Perkahwinan dan Jurugambar Sambilan. Tapi, layakkah?emm..

:

How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

Ulasan:ini tidak berapa kena dengan aku. aku seorang yang berani gagal lah. jika tidak, masakan aku berani melakukan extensi pada PSM aku?

:

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Ulasan:ada betul dan ada salahnya. tapi menunjukkan kemarahan itu bukan jalan aku.aku ada cara lain.pasti.

:

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Ulasan:aku amat amat setuju dengan statement ini, i like :)


UNTUK BACAAN SAHAJA
* untuk arahan no 4, aku mahu ingkar. bukan apa, aku tidak mahu menambahkan hutang mereka-mereka itu.

* bahagian Ulasan tidak termasuk dalam kuiz yang diduduki.ia hanya sebagai menjelaskan situasi sebenar.terima kasih.

Sunday, March 8, 2009

.Neng Jangan Lupa Ole2 Gue.



ngapain aku ngepost gambar kota jakarta?
iyalah, lagi'in kakak gue sedang berlibur di sana..
ahahaha~ kau harus bawak ole2 dari sana untukku ya neng! :P
aku tak sabar~ yeehaa!

...



ok, sekarang Demam AF7..
aku tidak demam lagik..
cuma mahu mengucapkan CONGRATULATIONS pada my fren ISMA (seperti pada entri sebelum ini) kerana berjaya masuk TOP 12! congratz sis! gud luck ya..AFUNDI ISMA..hehe~

...

esok aku balik UTM..
kat umah takde air..bengang seh..
cmna la org perparitan tu, lambat sgt wat keje..aish!

well..when return back,
keje banyak..kena wat Re-test..
Jadikah plan nak ke Zoo bersama Si Pemilik Rambut dan Lil D?
kuang kuang... =)