Monday, June 29, 2009

.Perjalanan Bersuhu 39 Darjah Celcius.


Brazil menang 3-2!!! weeehhhuuuu! Alah, apa yang aku nak suka sangat. Baru Piala Konfederasi. World Cup baru start taun depan.Bukan ada orang nak amik kesah sangat pun kan. kah kah. Yang penting, Irwan salah target 2-1. ahaks. Dah balik pada niat asal. Aku cuma nak pos sikit gambar-gambar yang sempat aku tangkap masa aku pusing glob Peninsular Malaysia.


Lepas je aku lebih pentingkan untuk pejam mata daripada sarapan Nasi Dagang kat tempat favourite aku, aku baru celik mata. Eh, dah sampai Terengganu rupanya (buat-buat muka tak sedar). Mak, ayah & along perut mereka sudah blurrppp. Aku masih kriukk kriukk. Padan muka aku, sape suruh tido je.


Lepas gosok gigi ala kadar, cuci muka sekali bilas, mandi satu gayung setengah, dan aku tepek-tepek sikit debu-debu kat muka, nah. Ini gambar aku di pagi hari.


Serius aku menunjukkan muka kecergasan yang sangat fake. Masa ni suhu bodi aku 39 darjah celcius. Tapi aku malas nak kecoh. Dah tau demam sape suruh ikut, jalan jauh-jauh. Haha aku sempat mms gambar ni kat dia. Gambar muka aku yang selekeh di pagi hari ni. kah kah.

Masih lagi kat Terengganu. Biasa lah, pegi Pasar Payang. Borong apa yang patut. Aku tak borong. Aku takde duit, diam jelah. haha. Diaorang yang gasak belanja. hoho. Murah rezeki makcik-makcik tu, pagi-pagi dah dapat rezeki, lepas untuk bayar sewa kedai ddengan bayar gaji pekerja sebulan :)



Ini Cikgu Latifah, tukang hulur duit kat saya bila saya mula gosok-gosok baju dia cakap nak beli aiskrim satu (Tipu! aku bukan nak beli ais krim sebenarnya!) :P

:

Mari jenguk Kelantan pula. Last aku pergi tahun berapa eh..tahun...tahun..ah, gagal untuk ingat. Nampak sangat aku dah lama tak pegi.

Beria aku heret bapak aku pergi Pasar Siti Khadijah. Semata-mata nak beli tudung putih sehelai je! he he~ Tapi last-last aku, mak & along 'terbeli' handpainted batik sepasang sorang. Cantik sangat tau lukisannya, kalah aku pada godaan. haha~ Duit takde, apa lagi, Cikgu Latifah lah jadi mangsa. hehe~ Rasanya kalau aku buat kebaya pendek, macam pramugari MAS kot. kah kah gile perasan!.

Apa ada kat Kelantan? Aku dapat rasa Teh 'O' yang buat lidah aku jadi kaler oren. Dan nampak billboard serta papan-papan iklan juga kain rentang pemberitahuan yang kebanyakannya bertulisan jawi (Gambar aku tak sempat snap, tak de mood lah).

Terperasan aku iklan ni. Ni pun lepas along cakap. Perasan tak sesuatu?


Adibah Noor pakai tudung. Iklan untuk pasaraya Pacific. Lupa pulak, anda sekarang berada di negeri Serambi Mekah, jadi sembunyikan aurat anda ya. *Chomel jugak Adibah Noor pakai tudung kan? heee~

Masa tunggu along bungkus beli keropok lekor tu, ayah cakap kat aku, suruh aku tengok papan tanda kedai ni. Kedai kat bawah ni.


Aku tak faham-lah. Dua kedai kongsi satu signboard kah? Atau nama kedai peralatan telekomunikasi itu Kedai Emas Cap Kapal Terbang? Unik nya kalau itu nama syarikatnya. Aku nak tanya tuan kedai tu, tapi kedai tu tutup. Persoalan, persoalan.


Tengok tu, lambang semangat negeri. Negeri aku, jarang nak kibar bendera kalau bukan hari jadi Sultan atau hari merdeka atau hari menyambut menantu Sultan.

:

Lepas Kelantan? Utara menjadi pilihan. Ayah cakap 'Jom! Mai Penang!'. yayyyyyyyyyyyyy! Last aku pergi 2006. Mesti banyak perubahan kan. Kitaorang pergi lalu jalan Gerik. Gila scary jalan ni kalau lalu malam-malam buta tanpa pakai alat pelindung dada, dan tidak menyalakan lampu tinggi 90 darjah, dan tidak berselawat. Mungkin macam-macam binatang dan makhluk-makhluk yang tidak ingin dibayangkan boleh tiba-tiba cuit bahu kereta kita. huhu~

Jalan ni je dah buat aku rasa mual. Pening, pinar-pinar kepala aku. Aku tidur, tak mahu tengok aksi kereta-kereta maha lembab yang tak faham bahasa sepatutnya mereka tak duduk lorong untuk memotong. Ah, tidur lagi bagus.

Eh...eh..dah sampai Penang kah? Rasa baru nak mimpi pergi Old Trafford. Oh! Belum sampai rupanya. Ayah cakap ada lagi 90Km untuk sampai Gerik. Mak Aih!! Kitaorang (diaorang lah, bukan aku) berhenti sembahyang sekejap kat sini.


Sesak sungguh kat sini. Sampai kesemua laksa di lima buah gerai habis dijual. Kesian Cikgu Latifah kempunan.

Aku mula-mula sekali cari tandas. Muka tepisat-pisat. Macam tak nampak jalan. Ikut je bontot along, mana dia jumpa signboard tandas.


Ini tandasnya. Ingatkan tandas untuk orang awam, FOC. Silap lah. Yuran masuk, 30kupang untu dewasa baligh, dan 20sen bagi kanak-kanak yang tahu baca ABC.


Tengok dinding tandas tu. Kadang-kadang ada yang aku jumpa, rumah orang pun tak lawa cam dinding tandas tu. Ops! Hah, pelik sikit. Ini first time aku jumpa tandas yang kena bukak kasut. Dah lah orang ramai berasak-asak nak masuk tandas ni, kalah orang nak rebut baucer makanan percuma, aku dengan along usha dari luar. Aku sangat-sangat lah wondering, apa yang ada dalam tandas yang kena bukak kasut ni. Ada karpet dan air-cond kah? Tak boleh jadik ni, tunggu reda sikit, aku masuk, cabut kasut.

Tipu. Tiada air-cond. Tiada karpet. Aku keluar semula, pakai balik kasut yang aku cabut tadi. Cit. Aku beratur dalam keadaan kurang oksigen. Ada bau orang tak pakai deodoran ni. Puitttt!

Dah, tutup cerita tandas. Lepas tu, duduk sekejap pekena teh tarik dua gelas. Konon nak makan, tapi tengok je alas meja kedai kat situ aku hilang selera. Minum jelah. Ada benda yang tarik perhatian aku. ni, benda alah ni.


Paham tak apa yang dia tulis tu? Yang aku tahu, ni cam jenis lada putih kot. Sebab aku nampak akak kedai nasi ayam kat belakang Billion Kota Bharu tuang ni dalam kuah sup. Patut lah cam rasa pedas sikit. Patutlah sup diaorang sedap.

:

Keluar dari kesesakan Gerik. Sampai Kulim, dan terus ke Sungai Petani. Teringat zaman pra-dewasa aku masa kat Kulim dulu. Ni lah tempat mainan aku. Kulim-Bukit Mertajam-Butterworth-Penang. Ulang balik semula sepuluh kali. Tak tahu mana lagi peta yang menarik untu dilangkah.

Kitaorang tidur kat Sungai Petani. Aku nampak satu restoran. MC DOTA!!? Ada lagi restoran ni?? Menjerit-jerit aku dalam kereta sebab tak percaya. Ramai weh orang makan, kalah KFC tau. Cikgu Latifah kempunan lagi sebab nak makan Sup Lidah tak dapat.

:

Mula masuk wilayah jambatan Pulau Penang. Cuaca tida mengizinkan, hujan lebat mencurah. Ah, aku tak minat nak redah pekan kalau hujan. Dengan temperature aku yang tak best ni, hilang mood. Aku suggest, pergi mall jelah. Takkan nak redah Pasar Chowrasta tu pulak kan? Hujan tengah menggila.Kitaorang masuk Queensbay Mall. Tengok apa yang ada. Oh! sama macam AEON Tebrau, AEON Bukit Tinggi dan adik beradi aeon lain.

Benda yang pertama capture mata-mata kami lepas keluar dari perut lif adalah ini.

BUMBLE-BEE!!

Masa tu ada pameran pencinta-pencinta Transformers. Hah! tengoklah korang puas-puas anak-beranak transformers kat situ.


Excited sangat kakak aku ni. Tengok, aku amik gambar dia sekali je. Dia cakap nak beli satu. Aku geleng kepala. haha.


Ayah yang nak gambar dulu sebenarnya. Kitaorang ikut je. hehe.


Aku takde ke gambar dengan Bumble-Bee? Ada, malas nak menunjuk. Nanti Bumble-bee lagi feymes dari aku. hahaha.

Perjalanan berhenti. Alhamdulillah, selamat sampai Johor balik walau banyak sangat kereta-kereta yang aku rasa nak suruh je diaorang pandu kat lorong kecemasan. Mengganggu lalu-lintas, bikin jalan sesak aje.



Itu aje. Aku dah boleh cium bau durian. Batu pun dah takde dalam kepala aku. Aku dah tak payah buat-buat senyum fake. Aku dah tak payah gelak geli-geli. Aku suka sangat situasi sekarang. Sudah tenang sudah.



Eh, aku lupa something-lah. Aku tak tengok Transformers lagi!!!! Esok sempat lagi kan?! :)

.Aaaaaaaaacchooooooo!.


From J to the P to the T to the K to the P to the K to the P to the S
to the NS to the M to the J.
Full stop.


Weh, aku bukan nak rapping-lah.
Ini aku baru je balik. Dari cuti-cuti dalam keadaan suhu badan 38 darjah celcius.
Route trip aku dalam masa dua hari (Sabtu dan Ahad).
Dari Johor-Pahang-Terengganu-Kelantan-Perak-Kedah-Penang-Selangor-Negeri 9-Melaka dan ke Johor semula.
Sarapan di Terengganu, Lunch di Kelantan, Makan malam di Sungai Petani dan sambung lunch semula kat Pulau Pinang.


Aku demam. Dalam tekak ada anak beruang. Suara aku dah jadi nok. Aku tak suka-lah. Hidung aku dah tak dapat bau durian. Semua jadi tidak enak-lah.
Semua habuk nak cari pasal dengan aku. pfft.
Tapi tahu ajelah, kalau pasal jalan-jalan.
Tak sanggup aku tinggal umah, untuk habiskan ubat-ubat doktor bagi yang aku tahu bukan mujarab sangat pun.
Baik aku ikut. Dapat jugak hirup-hirup bau-bau hutan hujan.


Aku tak penat, tapi sebab kena makan ubat, aku jadi ngantuk. Macam kena sumbat dadah dalam mulut ni. Aku asik tido je dalam keta.
Tau-tau je, dah sampai. Berenti makan. Nak gerak pun malas. haha. Along komplen aku budak gemuk dan pemalas. Kah kah.


Tu yang baru je selak-selak wardrobe aku ni.
Dah lama aku biar terbengkalai. Aku ni memang pemalas nak kemas.
Apa cerita baru ada?


Banyak.


Nanti-nanti lah bila aku dah boleh cium bau durian, aku cerita-lah ek.
Cuma hari ni aku dapat satu teori.
"Masalah umpama M&M yang kalernya biru"
Kenapa?
Korang boleh fikir sendiri. Korang semua cukup pandai.


Aku sebak, MJ sudah tiada. Mikael itu sama orangnya. Semoga abadi dia di sana.
Tahu, legenda itu bukan benda yang semua orang ada tau.


Hidup kita ni singkat, so jangan penuhkan dengan benda-benda bodoh. Jadi dan mengaku bodoh takpe, jangan jadi pandai tapi sebenarnya bodoh. Aku rimas dengan orang macam ni. Macam lahanat.



Dah, aku nak tengok bola. Harap-harap Brazil menang. ceh!

Thursday, June 25, 2009

.Retak Seribu, Mujur Bukan Hati.


Dugaan!



Tengok gambar atas ni. Masa tu aku on the way balik rumah Rabu semalam. Hujan lebat, berkabus. Aku pun bawak tak laju sangat. Sedar diri kan kereta aku yang macam tin biskut tu. Takde tanda apa-apa, tiba-tiba poppppppppppppppppppp!

Cermin kereta aku tiba-tiba retak seribu. Terus retak macam tu je. Macam spider web. Hampir pecah. Kaca-kaca halus berserak atas dashboard kereta aku. Ada yang terpercik kat jari aku. Aku tak tahu apa puncanya. Rasanya bunyi macam meletup. Sebab aku tak nampak objek yang melantun pun. Terkejut aku masa drive tu! Meremang bulu roma. huhu~

Terus dail nombor-nombor penenang jiwa. Dail Irwan, Mak, Ayah dengan Along. Agak cuak. Sebab kritikal keadaan cermin tu. Kalau aku pasang wiper mesti kebarangkalian untuk cermin pecah habis tinggi. Aku keluar tol Machap. Tunggu sampai ayah datang. Setengah jam jugaklah. Nasib baik Irwan 'teman' aku. Aku buang masa, makan pisang, dengar HotFM, kira titis-titis air hujan yang dah mula masuk dalam cermin kereta. haha.

Alhamdulillah, dah ok dah. Tadi pagi-pagi aku dah bangun pergi bengkel. Pengalaman pertama beb! Nasib baik jiwa aku tidak tercedera atau retak sekali. kih kih.

Aku takde pun cakap nak ganti kereta baru, kenapa tiba-tiba merajuk kereta aku ni? :)

Wednesday, June 24, 2009

.Less Miserables.


I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

+ I Dreamed a Dream

.

.


Beberapa blok waktu kebelakangan ini, hidup aku kucar-kacir. Huru-hara. Haru-biru. Banyak perkara-perkara yang tidak termasuk dalam menu pemikiran aku, terpaksa disumbatkan. Rasa macam batu-bata terhempap atas dahi. aushhhh! Rasa macam lahar berapi mengalir dalam tekak. Rasa macam light-saber ditusuk dalam kerangka otak aku.


Banyak benda yang perlukan aku untuk perah akal ke tahap infiniti. Sampai aku kena fikir dalam-dalam, jejak mana harus aku ikut. Langkah mana patut aku turut. Hatta nak campur satu tambah kosong pun aku kena guna kalkulator. Tidak boleh silap hisab sekarang ini.


Aku rasa mahu jeritttttttttttttttttttttttttttttttt! Biar semua seluruh hamba terjaga. Biar semua binatang dalam belantara terkesima. Biar semua masalah takut nak usha-usha aku lagi. Tapi aku tahu, itu bukan penyelesaian yang genius. Nanti masalah lain pulak datang.


Sehinggakan aku rasa tahap otak aku sedikit tercedera. Terguris. Tapi masih berada pada normal. Aku belum lagi jadi majnun. Aku masih boleh fikir logik dan rasional. Aku masih boleh fikir yang awan itu warnanya biru, dan matahari bukannya warna ungu.


Aku mula berfikir sebagai seorang manusia yang berhati manusia. Bukan berhati besi. Bukan berhati nirrojim. Bukan berhati glasier. Walau kadang-kadang aku samseng, aku mafia, aku keturunan lanun, tapi hati aku masih ada unsur humaniti. Aku mula gabungkan seluruh elemen ciptaan Yang Maha Menciptakan untuk cari titik noktah.

Aku banyakkan fikir logikal. Dan aku perlukan rasionaliti untuk aku pilih jalan. Ini umpama main catur yang jalannya hampir check-mate. Tapi Queen tidak akan mengalah pada serangan askar biskop pihak hitam. Kerana tembok itu masih kukuh. Dan Raja masih mampu aku pagarkan, agar tidak terpancung. Agar tiada sesiapa tercedera dengan permainan lembaran dimensi separa kartun ini.


B.I.N.G.O!

Setelah aku pejam mata dan hidup udara malam dalam-dalam. Aku temui jawapan. Aku jumpa kekuatan. Aku bermimpi penyelesaian. Aku sudah tahu mana punca tali selirat ini. Mana asal masalah haramjadah ini. Mana penyebab kesesakan akal ni.

Aku yakin, segala kekacauan ini akan berakhir. Segala bullshits akan nyah. Aku tidak akan sesekali lari dari gangguan emosi dan mental tahap satu ini. Kerana aku dilahirkan cukup kuat untuk hadapi benda-benda yang aku rasa tak cukup matang untu menyibuk dalam kancah hidup aku.

Ya, aku kan diciptakan sebagai pemenang. Mengapa harus back-off? Ah, si nirrojim ni saja yang suka buat aku bolak-balik.

Sekarang tapak kaki aku hala ke depan. Kejar si Pelangi yang sudah tinggal aku jauh. Aku tidak akan tapak ke belakang lagi, untuk terkial-kial cari abu awan panahan petir.


*wink

Sekarang aku sudah boleh main kenyit mata semula dengan suku hidup aku yang hilang akibat main cak-cak dalam dunia dimensi lain.

Sekarang aku minum air putih pun sudah rasa jernih. Kan aku dah cakap, cinta itu manis kalau tak lupa bawa aspirin :)

Terima Kasih Tuhan untuk ini. Untuk segala apa yang telah Engkau uji. Aku bangun, dan redha untuk semua ini. Aku yakin, Engkau simpankan aku rahmat lagi besar yang sudah Engkau aturkan. Di bawah LangitMU, aku tumpang bertafakur. Di dalam rahmatMU, aku tumpang bernyawa.



Kawan-kawan, kamu semua orang yang sangat sangat
wonderful dalam hidup saya, yang selalu tiup aura semangat baasya!. Thanks buddies :)



Aku hembus nafas perlahan-perlahan, aku pergi.
.

.
Dan dalam bisik, aku ungkapkan ini buat kamu.
Yang masih, untuk aku.


愛は何時もララバイ
あなたが弱い時
只心の友と
私を呼んで

Anata kara kurishimi o
Ubaeta sono toki
Watashi nimo ikiteyuku
Yuuki nga waite kuru

Anata to deau made wa
Kodoku na sasurai-bito
Sono te no nukumori o
Kanji sasete


+Kokoro No Tomo
.

.

ps: Betul, dalam payahnya aku buang sesak dada, ada berita yang bagi lega. Itulah rezeki :)

.Aku Bukan Lari, Tapi Pergi.


Selepas nyahnya waktu...



Yang tegang, patut aku kendurkan.
Yang kacau, patut aku tenangkan.
Yang selirat, patut aku leraikan.
Yang sakit, patut aku pulihkan.

Aku langkah, setapak sedetik.
Untuk aku bermain dengan waktu,
buat seketika.
Biar aku seorang sahaja kali ini.

Aku tinggalkan aku.
Aku tinggalkan kamu.
Aku tinggalkan KITA.

Dan aku pasti akan kembali, datang;
Untuk satu penyelesaian.
.

.

to my beloved other half; Irwan

I Love You. Still.
Always Have, Always Will

Tuesday, June 23, 2009

.Terapi Jiwa.


yeahhhhhhhhhhhhhh!

Hari ini saya amat-amat rajin mahu buat tag. Yang ini dari aN Si Adik Tutor. Dia tidak tag spesifikally, tapi saya termasuk lah! kih kih.
.
.
1. Kekasih saya adalah : Irwan Si Pemikir Masalah Paip Pecah :P Masih dia.

2. Saya sedang mendengar : Bunyi kipas angin yang di blend dengan bunyi kipas CPU roomate saya.

3. Mungkin saya patut : buat urutan refleksologi di kepala.

4. Saya baru sudah : dapatkan oksigen di luar tingkap. lega.

5. Beza rakan, sahabat, kawan : pada ejaan. tapi sebenarnya pada hati.

6. Saya tidak faham : mengapa banyak sangat perkara-perkara merapu dalam dunia ini?

7. Saya perlu mencari : kekuatan saya yang sedang bertapa di dasar Laut Mati.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : guna logik dan rasional engkau lah.

9. Makna kehidupan : adalah bila semua manusia tahu apa itu makna kehidupan. boleh faham?

10. Cinta itu adalah : sesuatu yang sakit, kalau kamu tidak bawa aspirin bersama. Tapi sebenarnya terapi jiwa. Serius.

11. Saya paling suka : Cristiano Ronaldo. Jiwa saya tidak akan goncang untuk ini. hehe.

12. Saya akan cuba : belajar buat kek sekarang ini.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
sukahati mereka-LAH.


14. Telefon bimbit saya : masih ada dua. belum fikir mahu ganti lagi.

15. Katil saya : ada dua bantal, cik rama-rama, stokin tidur pink belang-belang dan penutup mata Blair Waldorf :)

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : soalan yang anda rasa anda sendiri tak perlu tanya. Anda kan ada akal. Jangan membodohkan diri sendiri ya!

17. Teknologi adalah : seiring dengan fesyen. Kecanggihan seiring dengan kestylo-an.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :
saya cuba-cuba sendiri. cuma beriman dengan kata-kata hati saja. mujur tidak tertaruk racun tikus sekali. kah kah.


19. Semalam : ada naga baling bola-bola api dekat saya. tapi saya cool, saya pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam dan hembus. rasa lega tau :)

20. Hari ini : saya buat kira-kira mahu jumpa Cikgu Abas dan Cikgu Latifah. Mahu buat terapi jiwa. Mahu jerit-jerit dengan adik lelaki saya, yeah! Mahu tengok Ryan Stiles! Mahu lompat ke bintang!

21. Malam ini saya akan : jumpa Irwan. Dan pasti tidur dengan udara Netherlands.

22. Esok pula saya akan : balik rumah dan persetankan segala perkara-perkara yang 'Apa Ke J' dan merapu dan entah apa-apa. yeahhhhhhhhhhhhh!

23. Saya betul2 inginkan : percutian ke Old Trafford!!!

24. badminton atau futsal : Badminton. Dulu saya jadi pengadil tau masa kat sekolah. hehe. Tapi saya suka futsal juga. Tengok kasut lah :P keh keh.

25. Karaoke : Terapi jiwa yang agak berkesan. Juga platform awal untuk belajar maksud pitching. lalala~

26. Kereta : Saya mengimpikan Fairlady 370Z. boleh kah? :P

27. Bilik yang terang atau gelap : Kalau untuk pejam mata, yang gelap! Walau bilik sudah gelap, saya masih pakai tidur pakai penutup mata tahu. hehe.

28. Makanan jepun adalah : makanan yang tiada citarasa pada lidah saya. Kalau untuk berdiet memang sesuai.

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : I love you. Still. Always.

30. Siapa yang anda tag:

Mereka-mereka ini yang saya rasa mereka ahli jiwa saya

Aizam Awadz
Aimi Laili
Akmal Khairin
Arfa Muhalid
Azreen Fuziani
Azri Azlan
Betty Abas
Fairuz Mokti
Farayha Sukri
Fazli Samat
Filza Nasir
Helmi Ismail
Intan Izyan
Mia Muraz
Nazerin Ibrahim
Rab Budak Art
Sabarina Abu Bakar
Shafiqa Muzaffar
Soraya Othman
Syafira Diana Azman
Syed Azman
Taufiq Adib


Terima kasih :)

.I'm Tagged: Demi Waktu.


Hah!!!!

Saya kena tag oleh AzRiAzLaN. Jadi harus buat.

Rasanya, dah buat tag ni 3 kali dah. Tapi takpe, saya buat lagi. Weeeeehuuuu!

...........................................................

Aturan:

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag 10 friends.

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!

.

.


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

Ada Cinta - Acha Septriasa & Irwansyah

*Ada, masih dan sentiasa cinta :)


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

Istimewa - Indigo

*bukan saya yang kata, mereka.

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Gemuruh - Faizal Tahir

*bila mereka gemuruh, nampak chomel tau :P


HOW DO YOU FEEL TODAY?

True - Ryan Cabrera

*saya rasa saya hari ini. baru sedar oksigen sudah cukup.


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

Fearless - Taylor Swift

*YES I AM!


WHAT'S YOUR MOTTO?

Tiada Lagi - Amy Search

*No more crap stupid bullshits things. NO MORE.


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

You - Ten 2 Five

*Ye, ini saya. Mana ada yang gantinya.


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

That's The Way It Is - Celine Dion

*Mereka tahu apa saya buat. Mereka percaya sama saya. Mereka percaya saya lebih dari makhluk-makhluk tumpangan dunia yang lain. Mereka tahu saya kuat dan takkan mengalah. Chaiyok!


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Love Like This - Natasha Beddingfield & Sean Kingston

*I hope for the stars from the Mars.


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

The Climb - Miley Cyrus

*Mereka sangat-sangat berusaha, lagi-lagi untuk buat saya senyum dan bangun tidur.


WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Like A Knife - Secondhand Serenade

*Okey lagi, not a time-bomb. Aku boleh handle.


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Superstar - Lupe Fiasco

*Serius. Tunggu aku belajar gitar. Haha.


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

If You Only Knew - The Moffats

*If you only knew that i want you.


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

Cinta Gila - Grey Sky Morning

*COOL :) Layan beb!


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

Hilang -Garasi

*Dan aku tinggalkan kesemuanya - Kamu, Mereka, Kita dan Cinta Ini.


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

Laskar Pelangi - Nidji

*Aku lebih senang dengan lautan Salji. Biar beku.


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

Perpisahan - Anuar Zain

*Siapa mahu? Ada siapa-siapa volunteer?


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

Love Is Color Blind - Sarah Connor & TQ

*Betul. Kalau kamu warna ungu sekalipun, aku tetap cinta.


WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

Stay The Same - Joey McIntyre

*Jangan berganjak, Jangan rapuh, Jangan gelincir, Jangan jatuh. Aku tahu aku masih kuat. Aku kan Stonehage. yeah!


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

*Mereka pahlawan berjiwa kental berapi. Selalu buat aku rasa manis.


WHAT WILL YOU POST THIS AS?

Demi Waktu - Ungu

*Dan Demi Yang Maha Menciptakan, aku percaya semua ini ada hikmah. Semua ini ada karma. Dan aku bersyukur, aku masih mampu senyum dan waras.

.

.

10 LUCKY FRIENDS:

Ramaramakecik

Fazli Si Programmer Handsome (ko yg paksa aku tulis :P)

Aizam The Photographer

aN Si Anak Tutor

Amy Kezitikus

Soap Si Boyfriend LiNa

Azreen Fuziani

Fifi Yummy

Mr Teddy

Nana Azman


*sila buat yah! u rock dudes! :)

Sunday, June 21, 2009

.Yang Terhebatkan.


Untuk orang yang paling saya sayang...


*itu adik bongsu saya yang meng'enterframe'

Ayah saya yang mukanya saja garang, tapi amatlah cool sebenarnya

Tn. Hj. Md Abas Bin Abs Aziz

Kakak sayang ayah tau! :)

Kamu lah pengawal peribadi saya selama 23tahun.
Kamu yang kopekkan kulit udang atau ketam untuk saya.
Kamu yang asingkan tulang ikan untuk saya.
Kamu yang tolong pukulkan nyamuk waktu saya nyenyak tidur.
Kamu juga doktor on call yang akan sentiasa ada.
Kamu juga mekanik waktu saya kecemasan.
Kamu juga peguam saya saat saya disaat genting.


Kamu segala-galanya untuk saya. Apa lagi yang saya mahu?
Cukuplah satu ayah ini saja.





Untuk papa Mia: "Happy Father's Day" juga :P


.Yang Pelik, Yang Aneh, Itu Aku.


Perasan tak?
Dunia ini sebenarnya pelik.
Sebenarnya aneh. Sebenarnya ajaib.
Sebenarnya infiniti.



Irwan cakap aku orangnya berhati besi. Tapi bukan hati batu. Dia cakap aku unik, kadang-kadang dia cakap aku aneh. Macam Stonehage. Puas aku dengan dia perdebatkan malam tadi asal kejadian Stonehage yang muncul entah dari mana, pada zaman tiada teknologi pelbagai pakaran pulak tu.

Cuba tengok, dari mana datangnya batu-batu maha besar tu? Mana konkrit yang dicucuk? Siapa para pemikir yang terlintas mencipta salah satu keajaiban dunia ni? Sungguh, walau angin taufan tiup kencang, walau gempa bumi meletus, tetap tidak terkuis sikit pun benda alah ni. Aku tak pelik batu yang jadi tiang tu, tapi aku pelik batu yang melintang kat atas tu. Hm, siapa nak jawab? Irwan cakap ada rsearch dibuat, tapi persoalan ini tidak terjawab. Entahlah, dan akhirnya jawapan yang paling ideal "Wallahualam".

Macam tu juga aku. Mahu sentiasa kukuh, pada jasad dan rohnya.

.
.

Aku bangga, Tuhan turunkan Irwan untuk aku. Irwan selalu cakap dia tidak sempurna, dia kurang itu, dia tiada ini. Kadang-kadang aku sampai mati akal, mahu jelaskan macamana lagi yang sayang aku pada dia tidak tergegar dan tidak terjejas sikit pun walau orang baling aku batu berapi, walau angin taufan Lautan Pasifik terjah minda.

Dan pasti, hanya ini yang aku mampu cakapkan.


"Sayang, you're just a perfect soul for me. You're gorgeous. I have the whole you and I won't ask more from God for anyone else better."


Yang aku tahu, aku mahu cuba jadi seorang :



Untuk kamu, saya akan cuba bagi yang terbaik walau saya tidak sesempurna mana.


Dan...



Saya memang sayang kamu, dan saya juga tahu kamu sama macam saya kan? :)

Terima Kasih Tuhan, untuk ini.
.
.



PSMafia mode on. Damn.

Saturday, June 20, 2009

.Logikal dan Rasional, Bertarunglah.

Kamu pandang dunia nampak bentuk apa?

Aku nampak dunia ini bersegi-segi. Banyak sangat cabang-cabang yang senget-benget dan tidak stabil. Tapi bila aku jalan, baru aku sedar bulat bentuknya. Sebab tu kadang-kadang gelincir, sampai Segitiga Bermuda kadang-kadang.


Sama macam manusia. Nampak je semua ada cukup sifat. Tapi sebenarnya kadang-kadang ada yang cacat. Yang mana akal letak kat kepala lutut, kepala lutut pulak letak kat tapak kaki. Apa patut harus dibuat dengan orang macam ni? Aku rasa lebih baik bersikap 'lantak kau lah' sebab orang macam ni, kalau kau bagi pelempang satu ribu kali pun belum tentu sedar diri.



Kadang-kadang ada manusia yang tidak lihat manusia dari sudut sebagai seorang manusia. Mereka lihat manusia umpama mesin taip, menaip selagi ada karbon. Ada yang lihat manusia macam kelapa parut, santan diperah selagi boleh. Ada orang ingat dia boleh manipulasi orang lain hanya sebab umur orang itu belum cukup untuk katakan yang garam itu masin. Kau silaplah. Kau ingat aku ini dilahirkan untuk jadi bodoh dan ikut telunjuk orang semata-mata?Dan bagai-bagai lagi dimensi manusia yang suka manipulasi.

Hari ini aku belajar bagaimana berfikir secara logikal harus lebih berbanding fikir secara rasional. Irwan aka Si Pemikir Masalah Paip Pecah aka my beloved other half sudah ajar saya bagaimana teori berfikir secara logikal itu dapat tewaskan pemikiran baik akal rasional. Ya, aku akui. Ada sesetengah masalah harus guna akal logik. Tapi bagi masalah lain, harus guna kerasionalan. Mungkin bila aku lihat cawan warna merah dari jauh, aku akan cakap dalam itu ada air sirap. Tapi tidak pada Irwan, dia akan fikir sebaliknya, termasuk berapa diamater kaki cawan tersebut.

Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat dugaan plus cabaran plus cobaan yang datang bertimpa-timpa dalam hidup aku. Tapi yang ajaibnya, sedikit pun perasa kemarahan itu tidak timbul. Apatah lagi untuk mengeluarkan perkataan tersensored seperti B*B* dan sebagainya. Memang tiada! Melainkan aku akan cuba selesaikannya dengan cuba menyanyi lagu kesukaan aku, sebagai penyuntik semangat. Aku beruntung sebab aku dikelilingi dengan insan-insan yang wonderful, yang sentiasa tahan kaki aku dari tidak tersadung, jatuh dalam gaung.

Dan aku cuba beristighfar banyak-banyak, mengingatkan yang aku ini cuma menumpang dalam dunia ni. Jadi, jangan fikir aku boleh terlepas dari curahan-curahan masalah bagai-bagai ini. Apa sudah tidak kena dengan aku? Aku macam suka ada hidup yang kucar-kacir, haru-biru. Macam pasrah, tadah apa yang akan jatuh dari langit esok hari. Bukanlah macam tu, cuma sekarang baru aku sedar mana dunia aku pijak. Aku rasa benda-benda menatang yang kadang-kadang menduga akal aku yang sipi lagi sejengkal ni dapat buat aku jadi orang yang lebih ada kepala otak dan tambah perisa dalam jantung aku.

Dulu waktu aku jalan, keliling semua bunga-bunga bersalji. Tapi sekarang, banyak rumput-rumput ada duri. Aku tidak sama sekali sesal apa yang berlaku. Aku yakin skrip yang aku dapat ni ada happy ending nya. Walau tiada award khas juri, tapi sudah tercalon mereka yang diuji pun dah cukup baik. Maksudnya DIA sayang sama aku, karena itu DIA uji aku supaya aku lebih kuat, lebih semangat, lebih bijak dan lebih matang dalam segala hal.

Aku ada cadangan untuk manusia yang rasa-rasa nak habiskan jangka hidup dia hanya dengan nak memporak-perandakan moralis orang lain, yang ingin buat orang lain bercekau sesama sendiri, dan yang memang kerjanya tabur racun atas tapak kaki orang lain, baik siap-siapkan diri, ikat leher sendiri lepas tu duduk sekali dengan lembu-lembu berpenyakit gila yang dah tunggu masa untuk kojol. Itu pun rasanya tak patut, rasa patut lagi rendah maruah korang.


Kenapa aku emo? Aku tak emo lah. Aku cuma tulis apa yang aku rasa. Tolong jangan baca masa korang baru lepas Mamee Slurrp Kari Berapi, memanglah panas. Baca lepas makan ABC ok? Baru cool. eheh :P


Selingan: ABC kat Kampung Melayu Majidee.
Memang boleh buat aku tak tahan, walau tekak aku ada nak beruang kat dalamnya. :P
.

.

Dan untuk kamu, saya ada pesanan kat sini.

"Walau betapa derasnya air menampar bahu saya, atau betapa kasarnya orang menguis jari saya, saya tetap tunggu di sini sambil tersenyum. Dengan darah dan jasad yang sama seperti dulu. Dan tidak sekali-kali tidak susut meter sayang saya pada kamu. Cuma saya mahu saya dan kamu, iaitu KITA jadi sama-sama kuat."


Kerana kita sama-sama bijak dan chomel :)

Untuk saya, Untuk kamu, Untuk mia, Untuk KITA.
SEMANGAT!!!!!!!
.

.

Kawan-kawan, saya harapkan semangat dari kamu semua. Agar saya tidak cecah tahap HOPELESS. Thanks :)

Friday, June 19, 2009

.Kamu Macam Tahu Saya Mengidam.


Musim buah kembali lagi!!!!!!!!

Hari tu masa aku & Irwan balik rumah, dapat makan durian. Lepas ngidam nak makan durian. Rasa dah dua minggu aku teringin nak makan manggis. Ayah cakap kat rumah belum musim lagi. Aku cakap kat Irwan. Dia macam ignoran je, sebab dia tak berapa suka makan manggis. Dia tak tau yang manggis tu rasa sedappp sangat. huk huk.

Tapi...

Tiba-tiba je tadi, dia letak satu beg plastik kat tempat duduk belakang kereta aku masa aku amik dia kat umah tadi. Mula-mula punya lah rahsia apa benda alah tu. Bila dia cakap:

"Tadi masa i on the way balik, nampak orang jual manggis, i belikan untuk u." *wink!

Apakah?Suka nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! :P

Walau kamu tak suka manggis, tapi kamu belikan jugak untuk saya ye. hehe. Thanks sayang! Sayang kamu :)

Ini mulanya cerita manggis. Aku ajak Ramaramakecik kenduri manggis malam ni.
Jom! Apa lagi!


nasib manggisteen sebelum di kenduri :P


nampak apa-apa yang pelik disebalik timbunan manggis ini? jeng3!


cuba teka ada berapa ulas dalam sebiji ni? orang tua-tua ajar tengok kat 'punggung' manggis ni. haha~


ini si sesat datang dari mana tah. Aku kongsi makan dengan ramaramakecik :)



luar je buruk, tapi isi dalamnya....terbaikkk!



dan tengoklah apa jadi dengan tangan saya :)


tangan budak ini, efek terlebih. dah macam makan kari je. kah kah.


erk...alhamdulillah. settled.


yang ini terkecuali. manggis-manggis yang DEGIL. baling kat dinding pun tak nak terbukak jugak. isk~


.fin.


lepas ni boleh jemur, buat pot pourri. haha~
.
.
Cuba teka ada berapa biji manggis semuanya?

Kenduri selesai dalam masa 34 minit. Itu termasuk acara tangkap-tangkap gambar. Meriah sebab kitaorang pasang lagu Jai Ho. haha~

Hasilnya?

Akan tidur dalam keadaan perut yang kembung. Tapi puas :) Confirm lepas ni aku tak request nak makan manggis lagi. eheh :P

Dan....


Thanx a lot Sayang!!!!!!! ^.^



ini hadiah untuk kamu. hehe~



Gud nite..erkk, alhamdulillah :P



ps: Lepas ini mau makan pulasan pulak.

Thursday, June 18, 2009

.Ini Huruf Apa Murid-murid?Jin Mata Satu.


Apa yang tidak kena dengan gambar-gambar di bawah?

Cuba tengok betul-betul.


Lokasi: Pondok menunggu bas, Kolej 9, UTM


Lokasi: Kaunter membeli tiket bas, Sri Putri, Johor



Agak-agak patut ke adakan Kelas Bahasa Melayu bagi Pelajar Dewasa?


Alif ya mim itu beruang cikgu. kah kah
*cerita Pendekar Bujang Lapok


Benda-benda ini boleh pengaruhi kanak-kanak, atau orang dewasa lain terutamanya bukan Melayu yang baru mahu belajar mengeja. Kan?

Wednesday, June 17, 2009

.You'll Never Walk Alone.


Jangan salah sangka ya!!!

Saya masih penyokong tegar MU dan kipas-susah-mati CR7.
Itu sampai bila-bila.

Jadi, apa hal saya tampal logo ni?

Bukan apa, mahu tunjukkan sokongan saya pada Irwan. Hehe~
Kan ke motto Liverfool (ops!) ini "You'll Never Walk Alone".

Jadi kamu tak sorang-sorang kalau mahu tonton ESPN nanti. hehe.
Plus, tak perlu salah seorang tunggu luar Old Trafford atau Anfield nanti :)


Tapi gaduh tetap gaduh okay? :P lalala~

.Aku Masih Boleh Berdiri-lah.




Masih mampu aku bertapak dan senyum.
Dalam sedar, mungkin ada lagi cobaan akan menyerang
Tapi langkah jangan sekat
Terus perang panjat ke langit
Mungkin akan tersungkur, terjatuh sekejap
Ini bukan soal berapa pantas kaki kau pijak
Ini soal berapa lama kau tahan menapak.
.
.

Sekarang aku lebih suka bersikap ignoran, tentang perkara-perkara yang aku rasa efeknya tidak tinggal bekas gigitan pun kat badan aku. Buat apa mahu runsing-runsing fikir benda-benda crap yang sudah timpa kepala aku kan. Emosi pun aku rasa tidak boleh layan sangat, lagi-lagi untuk perkara yang duduknya layak dalam shredder.

Pap! pap! Pap! Aku sudah tampar pipi aku kanan kiri. haha. Aku sudah sedar dunia mana aku pijak sekarang. Seperti mana perbincangan aku dengan Cik Maharani dari Istana Jingga, betul kini zaman kejatuhan kita. Aku setuju kata-kata dia, "Jatuh dari tingkat tinggi lebih sakit." Ya, betul. Tidak aku kata TIDAK untuk ini. Kami rasa macam magic sudah hilang. Tidak macam zaman berguling-guling Diploma Kat UTMKL dulu. Kalau dulu, kau sentuh emas, jadi emas. Tapi sekarang, sentuh emas jadi silver tidak tulen! Skrip ini aku rasa memang sudah tulis kemas-kemas. Aku masih yakin yang setiap apa yang datang ini, ada pelan kebaikan yang tersembunyi.

Apa yang penting!!? Bekerjasama..bekerjasama..Kami datanggg!!!

Bukan, itu Wonderpets. Yang penting, aku happy, dia happy, kita happy :)

.
.

Oke, ini episod jalan-jalan rasa makanan yang ke berapa entah. Aku makan tengahari kat sini tadi. Sudah boleh kira dengan jari-jari tangan kanan-kiri berapa kali aku sudah makan kat sini.

Info:

Lokasi: Asam Pedas Tasik, Tasek Utara.
Meter Kesedapan: 4 bintang

Kali ni aku bawak Cik Atie, Cik Aya, Cik Ain dan Cik Ramaramakecik (memang aku selalu bawak pun) makan kat sini. Jom! Makan jom! Bismillah :P



Atie, ni ikan selar bukan ikan caru :P


Old Time Buddies. Meet. Greet. even Seldom. Still Smile :) hu ha~


Terlalu lapar+excited+lebih lighting :)


Dari sudut merah muda.
(Dari kiri: Cik Ain, Cik Aya, Cik Atie)


Muka sudah kenyang, jadi boleh tunjuk gigi. :D


Tunggu telur dadar sampai, baru boleh makan ye. Sabar ye.


Nampak berapa jari yang diangkat? Air liur mula meleleh lagi. eheh :P
.
.

Sekarang apa yang main-main dalam kepala aku yang bersegi ni? Aku mahu buat sesuatu yang aku rasa dulu aku tidak mampu. Bukan untuk susahkan diri, tapi untuk bagi tutorial pada jiwa aku yang lembik ni. Aku mahu belajar benda-benda yang sebelum ni aku cuma pandang sebelah mata kiri.

Apa aku mahu cuba buat????

Aku mahu tolong budak-budak Melayu untuk jadi pandai. Ini pun selepas aku cakap gitu-gitu dengan Soap pasal bisnes yang dia buat. Aku rasa aku mahu campur tangan. Lagipun ini salah satu pelan perancangan hari tua aku dengan Irwan. Mahu buka taska seni+bijak matematik+bijak IT untuk masa-masa akan datang nanti. InsyaAllah.

Lagi apa aku mahu buat? Aku mahu belajar main gitar. Aku mahu asah suara lagi. Mahu masuk dunia musik indie. Gile ah!!!! :p Berangan betul. Make-up aku tak cukup tebal lah, boleh ke? Mula-mula masuk YouTube dulu lah kan. eheh~

Dan aku akan cuba korek duit kat mana-mana bawah tanah, untuk aku beli D90 sekurang-kurangnya. Aku mahu asah balik bakat fotografi aku yang dah lama terbenam. Aku mahu tengok dunia ini luas-luas. Aku mahu warnakan planet-planet ini indah-indah. Walau bukan untuk tujuan komersil, tapi untuk kepuasan hati aku, sebagai seorang manusia yang dekat dengan seni. Yang tahu nilai artistik.

Mungkin, aku akan mula panjat tangga pusat bahan ilmiah, untuk cari lebih banyak buku-buku pasal politik. Entah kenapa, aku rasa mahu masuk dalam kancah kotor ini. Mahu aku lihat dari sudut geometri berbeza. Mahu pekik kata-kata munasabah yang selama ini tidak terkeluar dari tekak. Mahu cantas kekejian yang sedang berkecamuk dalam jiwa dan nafsu mereka. Tunggu masanya, hal-hal ini kena ada kajian yang bijaksana. Baru boleh survive kan.



Irwan cakap, aku ada talent jadi Hitler. Aku tengah fikir ni :P