Thursday, July 2, 2009

.Esok Last Weh! Sukanya aku!.




Ini poster PSM II- penghasilan yang sungguh bidan terjun.
Semata-mata mahu mengejar waktu tutup kedai print.
Alah, bukan ada markah pun. kui kui.
.

.
Perjuangan paling akhir. Dan lepas ini, lepaslah 'seksaan'.
Jumaat, mudahan bawa kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun (keberkatan)


Jadual Pembentangan PSM II
Jabatan Kejuruteraan Perisian,
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, UTM
Semester 20082009/3


Nama: Nur Najihah Binti Md Abas
Tajuk: Analisis Corak Hotspot Jenayah Menggunakan Teknik SOM
Tempat: Makmal Teknologi Pintar
Masa: 10.00 pagi
Penilai 1: Dr Siti Zaiton Mohd Hashim
Penilai 2: Dr Mohd Yazid Idris

.

.
Sesungguhnya, aku telah meletakkan usaha aku yang sedaya mungkin untuk tempuhi semester pendek yang agak terneraka ini. Sumpah. Macam-macam jadi. Dan aku telah menjadikan diri aku sebagai salah satu kes di fakulti. ha ha. Isu berbangkit timbul di kalangan Senat. "Mengapa pelajar-pelajar yang CGPA-nya berada pada tahap terbagus boleh extend bagi semester pendek?" - Dan ini termasuk aku dan rakan-rakan aku se'diploma' dahulu yang sama terheret dalam semester pendek. Kami tiada masalah. Kami bukan bodoh. Jadi kenapa kami extend?
Jawapan paling adil - "Kami mahu rasa macamana rasa extend tu". ha ha~


Seriusnya, memang amat sangat takde mood untuk buat PSM. Iya weh. Entah kenapa, nak mulakan buat kerja cam berat sangat. Aduh. Tak macam PSM 1 dulu, kobar-kobar bagai nak gila buat PSM. Sekarang, semua pada tahap hopeless. Aku yang dungu tidak mencapai tahap kah? Atau Penyelia Maha Bijak Pandai yang keterlaluan mengexpect tahap keupayaan pelajar? Ini yang jadi masalah, sehingga menyebabkan pertalian aku dan penyelia aku yang satu dulu macam kulit kacang dengan isinya telah tercincang. Penyek, telah hancur.

Aku tidak salahkan dia, aku tahu salah aku juga. Aku cuma minta dia fahami aku sebagai seorang pelajar yang baru merangkak untuk ambil ijazah yang cuma punya otak dan hati sebagai seorang manusia. Bukan sebagai komputer riba. Bukan juga sebagai algoritma pengaturcaraan. Hah! Sudah mahu muntah, sudah jelak, sudah muak aku untuk hadap benda-benda yang memang aku yakin tidak masuk otak aku secara beratus peratusnya.

Salah aku agaknya sebab ambil kos ni. Patutnya aku amik art dulu, sebab jiwa aku seni. Tapi pada zaman sekolah dulu, sebab terlalu membontoti doktrin dan pengaruh yang kursus Sains itu dapat menjamin masa depan, aku ambil aliran Sains Ikhtisas. *menyesal kemudian hari tidak mengubah keadaan T_T


Aku punya tajuk research ni, boleh di luaskan skopnya pada masa akan datang - cari hotspot jenayah dalam kawasan UTM pulak kan? Relevan dengan kes baru-baru ini. Siapa berminat, sila teruskan. he heh~


Eh, dah dekat pukul 12 am. Aku nak tido kejap. Slide tak buat lagi. Esok ajelah, pukul 5 aku bangun. Harap-harap Penilai aku buat dunno je sok. Tak banyak songeh untuk tanya soalan yang takde kena mengena. haha.

Wish me luck! Kawan-kawan doakan saya :)


Selamat malam seluruh alam ^.^

22 comments:

You Promise Me Ai said...

gudluck for ur presentation yeah ;) kire finale lah nih kah. chaio chaio!

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

thanks darl :) i will. lutut sudah mula ketaq nih.haih~

yes finale, dan sangat sangat tidak sabar, yeah!! ^.^

D'Blaze said...

good luck arini...lebih elok ko dressing mcm karekter dlm poster ko tu time present..baru gempaq dan mesej pun dpt disampaikan dgn lebih jelas..hehehe...doa2 la supaya lectrer tu x byk tanya

Eima Jer said...

kamooo...
gud luck!!

bestnya dh nk abes...
=.=

fairuz said...

extend lagi weiii...hahaha...aku lambat lagi abes nih...

buaya said...

salam ziarah..
dijemput menjadi follower sy yer..

http://www.buaya-merah.blogspot.com

DizzY AzZ said...

Good Luck... ^__^

Science is Art.. and Art is Science (in my case laaa...)

I wanna know how ur doing with ur presentation...

Gud Luck again~!

aZRi aZLaN said...

xbnyk yg nk dikatakan. cuma
chaiyok50x...

azrn said...

gud luck :)

SiGedikDariScotland said...

.D'Blaze.

ha ha~ mau kene potong markah aku! :P itulah, harap2 lah penilai oke. wah, ko sambung master kan skg? gile ah! :)

SiGedikDariScotland said...

.Eima Jer.

thanks kamoo :)
itulah, sangaaaaaaaat tidak sabar mau blah dari UTM. ehehe

SiGedikDariScotland said...

.fairuz.

hah? takkan aku nak grad saing ko lak? tidakkkkkkk! :P ko berusahalah, jgn asyik usha megan fox je. :P

SiGedikDariScotland said...

.buaya.

insyaAllah. thanks :)

SiGedikDariScotland said...

.DizzY AzZ.

Thanks ^.^
well, kinda agree wif u! ahah! :)
i'll story then, wait ya.. hehe.

thanks gain! :)

SiGedikDariScotland said...

.azrn.

terima kasih darl :)

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

itu saja sudah cukup menaikkan semangat saye :) thanks bro!

zach said...

bile nye nak kawen?

SiGedikDariScotland said...

.zach.

entah lah..tunggu betty dulu lah. ehe~ tak pun tunggu kamu dulu ke..boley? :P

Rara said...

ehh , u tak ada message box heh ? :D
oh btw , before ni i pakai classic tmplts so i amik dkt blogskins.com

but now i am using xml layout , i just amik minima layout then i ubah sikit coding dia ikut citarasa i :)

SiGedikDariScotland said...

.Rara.

dulu ada, tp i dah buang, ada gangguan lah.

i download gak kat blogskins tu, tapi dia x guna xml layout kan. so x ley wat template lah. i dah cuba banyak kali, tp x reti. help me, plis.. :)

Rara said...

i am still using blogspot as a hosting :) .com just a domain . hihi .

oh nak i tolong apa ? u try lah download minima layout yang kosong then ubah coding dia dekat edit html :D ikut kreativiti sendiri la .

btw , susahnya kalau tak ada messagebox :P

SiGedikDariScotland said...

.Rara.

oic..cmna u buat eh? *sangat buta IT walau budak kos IT! :P

donload minima layout yg dah memang ada dlm blogspot kah?i tgk ur template mmg mcm dr blosgkins.

uwaa...sangat2 tidak reti. huhu~ tolong bagi user manual :)

itulah pasal, mmg susah, tapi nak buat cmna, visitor salah guna.