Tuesday, July 14, 2009

.Projek Pertama: The A & A 's Adoration.


Ehem..ehem..tekak sakit nih T_T

Okey, seperti sudah maklum, Najihah Abas sudah duduk diam-diam di rumah. Lepas beliau sudah bosan buat semua rutin harian, beliau akan meneruskan kerja-kerja rutin menghadap Firefox secara malar (selain melayan WLIA). Cek email, FB, FS, Twitter dan belog ini (diulang-ulang berkali-kali)

Sabtu minggu lepas, saya telah menerima request dari a so-called my very best friend. Kawan yang saya sudah kenal daripada zaman Diploma di UTMKL dulu lagi. Kawan yang termasuk dalam lingkungan "The Connectors" kerana kami boleh berkomunikasi cukup hanya menggunakan pandangan mata atau kening sahaja - sudah cukup tahu apa yang masing-masing mahu perkatakan! (terutama jika mahu mengumpat orang! :P)

Itu lah dia Cik Atie, dia mintak tolong (dia upah saya juga sebenarnya) saya ambil kan gambar dia bersama her beloved other half, Encik Lan (juga kenal dari zaman Diploma).

So, i've no sweat untuk penuhi request cik kak sorang ni walau saya telah janji untuk pulang ke rumah awal pada Sabtu itu. Kawan punya pasal, tak de hal.

Tapi mula-mula sekali saya sudah mintak maaf pada cik kak ni kalau gambar yang saya ambil tidak memuaskan hati dia. Al-maklumlah, equipment yang saya guna adalah kategori 'cikai' dan cukup basic. Dan photography-oriented saya juga masih di tahap 'tadika'.

Dulu masa di UTMKL boleh lah, zaman memang bergelumang dan bermatian dengan dunia fotografi. Boleh la macam semi-pro (three quarter pro pun boleh kot) . Tapi bila equipment takde (dulu mana mampu nak beli DSLR), bakat lama-lama terhakis. Yelah, seni ni, kena selalu asah. Kalau tak, hilang macam tu je. Tangan jadi keras, otak pun beku.


.:: f.r.i.e.n.d.s ::.


Sesi shooting telah diadakan di Muzium Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (favourite capture place saya) pada lingkungan jam 5 petang (mula-mula jam 3 lebih, tapi tertunda pulak). Cuaca agak cloudy dan mendung. Riak-riak hujan mahu turun memang 90 peratus. Thanks pada The Husband sebab teman saya pergi shooting ni (konon-konon kami mau shooting sekali, tapi dia amat lah malu). Next time, kita pulak pose ya! :)

Ni lah antara gambar-gambar yang dapat aku upload. Ada lebih kurang 400++ keping semuanya. Ini yang sempat aku edit (edit lah sangat, padahal bakat photoshop gile lemah!). So cucilah mata anda dengan gambar-gambar yang telah di shoot dengan menggunakan equipment 'cikai' dan teknik fotografi maha lemah ini. he he~

.

.
Najihah Abas presents you....
(drum roll)


~The A & A's Adoration~


.:: we stand, still. to our future ::.



.:: we fall apart; we make up; we still together ::.


.:: and i know, you're my beloved from the start ::.



.:: though the wind, though the rain, though the storm; we stick still ::.



.:: you seek me, you get me ::.


.:: i see you, through the imperfection, i love u ::.



.:: they just made for each other ::.



.:: the stolen heart, that never fall apart (again) ::.



.:: the commitment ::.



.:: fonding in every way ::.



.:: we look our future, in our own love way ::.


.:: thanks thee; for being with me ::.



.:: pure worship ::.
(this pose macam dalam Full-House kan)



.:: Thank God I Found You hun!! ::.



.:: I'm yours, you're mine ::.


.:: ahah! i know what's inside your heart ::.


.:: i'm not a flower boy, not yet a romeo. i'm your destiny ::.


.:: as we step together, to the destiny that we already had ::.


and i like this pose very much!



.:: three words, eight letters ::.


fin.


To Atie & Alan;
May the happiness and the tenderness last forever.
.

.

oke tu je. i love to hear your comments. Do drop your comments. If korang or siapa-siapa mahu request amik gambar korang and your beloved (tak kisahlah, dengan boyfriend ke, dengan kucing ke, dengan patung barbie or kereta kesayangan ke or etcetera), just gimme a contact k. saya akan datang terus to your door step jika ada kelapangan.

Don't hesitate ya! This is not about the price tau (saya tidak kisah atau berkira pun bab ini okey!). Saya lebih kisahkan mahu mengasah bakat dan menambahkan koleksi gambar saya! (mahu penuhkan HDD saya ni) :) Komen anda amat sangat penting untuk saya. Karena saya amat mencintai fotografi dan kamera saya lebih daripada my other half!! (he he u jgn marah i tau sayang i keluarkan statement ni :P)



Oke, saya nak pergi memasak untuk makan tengahari(tipu sangat!).
Apa-apa buzz aje ye. daaaa~

14 comments:

aZRi aZLaN said...

cantiklah sis gambarnye. boleh diambil buat cover buku2 cinta. hahaha...

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

thanks bro, banyak lagi perlu diperbaiki. he he~

boleh lah amik kontrak buat cover novel chenta. keh keh.

fairuz said...

ohooo...alan ni rupanya...haha...kamera apa kau pakai skang ni jiha?

SiGedikDariScotland said...

.fairuz.

haah budak UTMKL dulu, mesti ko penah nampak kan. hehe.

aku pakai kamera biasa je. canon DSLR.

You Promise Me Ai said...

not bad lah gambar ;) liking it. tapi kalo leh tambah effect effect romantic musti lagi gempak! he he.

aizam said...

pergh..da de model photosoot..tggu la aku upload aku pnye plak..nnti bole bukak bisnes wedding photo cmni..ko bos aku macai..btw,congrats.pic lawa2...

emam said...

peewit
dasat siut
huhu

tp kalau nak wat rujukan gambo couple ni kan, aku selalu tgk sini
http://www.theblogisfound.com/

cik sepi said...

huhu...
smpat lg cik atie ngan enchik alan possing sblm balik eh?

suke tgk gmbr kaki tu
cantik
hhuhu...

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

he he~ thanx darl :) next project akan saya tambahkan effect romantic. kamu n muyamkun jadik model boleh? ^.^

SiGedikDariScotland said...

.emam.

weeewiiitt
takde makna dasat. budak tadika baru belajar ouh.

oo thanks mam for the link. akan aku belajar lagik :)

SiGedikDariScotland said...

.aizam.

itu bukan model tetap lah, tapi clients :) ko upload la, aku nak tengok nanti boleh share.

eh eh, apesal aku bos ko machai pulak? :P weh, tapi idea ko bagus gak. ni tgh kumpul duit beli equipment canggih ni. hu hu.

thanks aix! :)

SiGedikDariScotland said...

.cik sepi.

mestilah kak, kenangan di JB. he he.

yeke, thanks. nanti saya shootkan gambar kaki akak pulak eh. eheh.

Betty A. said...

kalau mcm tu harus lah amik gambar aku dulu kan....ekekkeke

SiGedikDariScotland said...

.Betty A.

Boleh..boley..ko punye pasal tade hal. siap editing aku bg nanti. harga boleh runding adik beradik. eheh :P