Tuesday, June 29, 2010
.Lari.
Monday, June 28, 2010
.Hadiah Kawin Pertama.
Ada orang nak bagi hadiah kawin pertama barangkali? ;)
Mula-mula sekali, terima kasih pada adik junior SMKAS aku, Ella yang suka cakap sorang-sorang sebab suggest aku untuk join Giveaway ini.
Giveaway anjuran Miss Kelly ini menawarkan hadiah yang cukup gempak, compare dengan giveaway yang aku nampak sebelum ini. Loaded cik Kelly ni agaknya ;)
Oh cik Kelly, sila pilih saya. Saya tak pernah menang sebarang contest mahupun cabutan bertuah pun. ohh sedihnya T_T
.Terima Kasih Daun Keladi.
1) 3 nama samaran kamu..
* gha
* kakak
* miss j
2) 5 tarikh penting dalam hidup kamu
* 15/10/2010
* 08/04/1983
* 09/02/1957
* 12/07/2010
* 28/03/1983
3) 5 perkara yang buat kamu gembira
* subway setiap hari
* kik-kok banana chocolate
* mesej dari Irwan
* ros merah
* balik kampung dan bermalas-malasan
5) 5 tempat percutian idaman kamu
* Pulau Sipadan
* Manchester
* Venice, Italy
* Switzerland
* Hawaii *azam mahu pakai bikini kat sana ;p
6) 5 sebab kamu nk jawab tag ni
* aku memang suka buat tag
* compliments untuk orang yang tag
2 je cukup lah. alasan nombor 1 dah kuat kot.
7) 5 org yg anda hendak tag!
* apesal sikit sangat 5 orang. Semua yang baca blog aku ni aku tag okeyhh! *kalau sudi lah ;)
Sekian terima kasih.
Friday, June 25, 2010
.Not-so-Gentleman.
Hari ni jugak dalam sejarah hidup aku, telah dingorat secara terang-terangan oleh seorang pengurus sebuah restoran makanan segera terkemuka di Malaysia.
Budak perempuan petugas kaunter tu cakap dengan aku,
"Kak, Manager saya nak berkenalan dengan akak, boleh tak?"
Ok auw, pengurus tu sembunyi belakang dapur, dan terus masuk ofis dia. Control malu lah tu.
Dalam hati aku nak gelak, bukan apa, muka aku yang pecah ni pun ada orang nak ngorat ke.
Selamba aku jawab,
"Saya ni dah nak kawin tak lama lagi dik."
Terkelu budak perempuan tu. "Takpelah kak, terima kasih."
Ok, tempoh bertunang ni, dugaan betul.
ps: sayang, i sayang u sorang je. one and only. tiba-tiba mood jiwang masuk. selamat hujung minggu! ;)
Thursday, June 24, 2010
.Lelaki Sekarang Kurang Bijak?.
Ye, bercinta di laman sosial popular tapi tak pernah jumpa langsung. Ada lagi ke mentaliti yang macam ni? Oh kamon lah, boleh fikir logik kot, takkan kau tahan nak bercinta berbulan-bulan kat internet tapi taknak jumpa.
Lagi bagus, bila si lelaki dengan sukarelanya boleh masukkan duit kat akaun perempuan yang dia tak pernah jumpa tu.
Oh senanglah sekarang ni, letak je gambar cantik dan seksi dan mengghairahkan kat profile laman sosial, pastu main je ayat cinta, konfem lelaki boleh jatuh cinta. Lepas tu, mengadu lah ada masalah keluarga, nak pakai duit, senang-senang dapat 10k dalam akaun beb!
Bagus jugak taktik ni kan? Ala-ala pukau orang di alam maya.
Bukan aku nak cakap internet ni bawa keburukan, ada juga kebaikan, tapi sendiri mau ingatlah. Aku pun bertemu jodoh dari internet. *tiba-tiba* Itu contoh yang bawa kebaikan.
Bahagian paling teruk bila lelaki-lelaki terbabit mengadu kat keluarga perempuan tu, keluarga dia tak pelik langsung sebab mereka bukan mangsa pertama, dan identiti sebenar perempuan tu adalah palsu!
Tiada perempuan seksi. Tiada perempuan yang mengghairahkan. Hah, padan muka hang kena kenceng!
Yang ada cuma perempuan berbadan besar dan tidak menarik. Ok jangan salah faham dengan statement ini, bukan nak menghina orang berbadan besar. Tak semestinya orang berbadan besar itu tidak menarik, dan tak semestinya orang berbadan kurus itu meletop vazz.
Kakak aku ada beberapa orang kawan yang berbadan besar, dan mereka semua sangat menarik malahan fashionista pulak tu! Bergaya lebih pandai daripada orang yang berbadan cantik.
Aku cuma nak highlight kat sini, kenapa lelaki sekarang mudah sangat terpedaya? Senang sangat nak diumpan. Gila desperate kah kamu semua? Tengok je perempuan yang ada body meletop, berdahi licin, berkaki licin, terus jatuh cinta dan serahkan semua benda.
Kalau dulu selalu ada berita perempuan terpedaya dengan janji manis lelaki, sekarang macam sudah terbalik pulak.
Wahai lelaki, ingatlah yang cantik tak semestinya baik, yang jelik tak semestinya buruk perangai. Pokok pangkalnya; hati dan akhlak.
Kamon man, fikir guna otak, jangan guna nafsu. Tu yang haru.
Dunia, dunia.
Berita penuh di sini
ps: macam aku ni, gedik tapi baik. ahaks! ;p Tapi ada gak perempuan tak ngaku gedik, tapi sebenarnya gedik nak mampus. ohh pathetic sungguh.
Wednesday, June 23, 2010
.Akhbar Tabloid Famous Semalam, Muka Depan.
Takkan sampai jadi pelaris surat khabar kot.
Nampaknya cerita mereka lebih mendapat liputan meluas berbanding cerita meruntuhkan tembok Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun.
Satu sejarah hilang, mungkin satu sejarah baru yang murahan tercipta?
Ehh orang Melayu, tolonglah!
ps: Aku ada sijil melawat penjara pudu pada tahun 1998. Darjah 6 masa tu. Nasib baik ada kenangan.
Tuesday, June 22, 2010
.Seksi Sekali.
Irwan tanya aku,
"Nak diet selalu buat apa?"
Aku bagi alasan paling konkrit,
"Sebab i nak pakai bikini masa honeymoon nanti."
Kukuh kan? ^_^
Monday, June 21, 2010
.My Hero.
Friday, June 18, 2010
.Tuduh.
Bila asyik tuduh, mula lah aku rasa nak buat benda yang dituduh tu.
Macam masa sekolah ada kawan tuduh kita curik pemadam dia, padahal kita tak curik pun. Sebenarnya pemadam dia yang asyik jatuh bawah meja. Bila asyik tuduh, mula lah rasa nak curik pemadam dia betul-betul kan. Silap-silap semua stationery dia kita curik.
Okay tapi tuduhan kali ni lebih besar.
It's big when it's come to loyalty.
Itulah dunia. Kalau tak berani ambil risiko, boleh pergi mati sekarang.
Thursday, June 17, 2010
.Telur Berdiri.
Wednesday, June 16, 2010
.Mari Dapatkan Hadiah Percuma!.
Tuesday, June 15, 2010
.Kurang Jelas Agaknya.
Monday, June 14, 2010
.Hari Minggu Hari Syurga.
Sampai je JB hari Jumaat tu, Irwan ajak tengok movie Killers. Aku tak sempat buat preview, so layan jelah.
Dengan bau dan keenakan caramel pop-corn, memang bertambah best lah tengok movie ni. Gelak sakan! Dari 5star aku bagi 4star!
Katherine Heigl memang cemerlang bawak watak dia yang kelam-kabut tapi sweet. Aku sudah mula jatuh cinta sama Ashton Kutcher, aduh!
Semua orang kecoh pasal Lagenda Budak Setan, fyi aku dah tengok masa hari pertama tayangan lagi. Full house beb. Cuma malas nak kecoh buat preview. Tapi memang superb! Meleleh gak air mata ku ini. huk.
Dan macam biasa, musim cuti sekolah, menghadiri majlis perkahwinan adalah jadual wajib.
Amik berkat pengantin ;) hik.hik.
Selamat Pengantin Baru Pija & Pojie.
Senyap-senyap je korang bercinta dari sekolah eh ;) Semoga berkekalan selamanya.
.
.
Thanks Sayang melayan karenah i minggu ni ;) You je yang tahan melayan karenah tunang u ni.hee~
Thanks sebab bawak i makan kedai mee yang i dah mengidam lama. Tak sangka u pun mengidam sama.hehe.
Thanks for all beautiful time you spend with me! Love you mi amor! ;)
Friday, June 11, 2010
.Yang Penting Kita Happy, Happy!.
4.Pernahkah anda menerima tag?
5.Nyatakan warna yang anda suka.
6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
.
8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Thursday, June 10, 2010
.He's Dead.
Ia sudah tiada lagi. He's dead.
I still can't believe until now. I memang sangat tak percaya. Last Monday, after my sister fly to MEL, hak penjagaan diserahkan kepada aku.
Bukan aku tak pernah bela dia sebelum ni, pernah gak aku bela dia masa zaman aku kat UTM dulu. Sekurang-kurangnya boleh jadi teman aku bercakap kalau aku kesunyian.
He's a good listener, dan seolah-olah memahami apa yang aku cakapkan. He's cute dan sangat bijak. His reaction terhadap perbuatan manusia sungguh pantas. He's strong, dulu masa Along bela kat MMU, dia pernah jatuh dari tingkat 4, tapi masih hidup. Tuhan panjangkan nyawa dia.
Hari Isnin tu, aku bagi dia makan, dia taknak makan. Puas aku pujuk, tapi dia taknak makan. Bila aku cakap dengan dia, dia bisu, dia tak bagi tindak balas. Sampai makanan ada depan muncung dia pun dia buat tak tau je, he lost his appetite agaknya!
But still aku bagi dia makan macam biasa. Esoknya Selasa pun macam tu. Aku mula risau bila tengok dia taknak makan.
Sampai lah semalam, bila aku pulang dari ujian Thai language, aku semangat nak tengok dia. Tapi, bila aku tengok je keadaan dia sama dengan sebelum aku pergi kerja.
Dan..
Badan dia sudah keras! Mata sudah pejam! Aku tengok semut sudah menghurung badan dia.
Terus aku menangis, menangis dan cakap sorang-sorang dengan dia. Aku sedih sangat-sangat. Aku nak bagitau Along, tapi aku tak tau nak call dia macamana. Aku call mak, mak ingat aku gaduh dengan Irwan sebab aku call sambil menangis.
Aku macam tak percaya dia dah takde. Dia tau dia nak mati, patutlah dia taknak makan. Aku bersihkan sangkar dia, then aku mandikan dia bersih-bersih. Benda paling sedih, bila pagi ni aku terpaksa dia buang dalam tong sampah, aku tak dapat nak tanam dia. Faham jelah, aku duduk kawasan perumahan yang macamana. Nanti kalau aku gali tanah, orang ingat yang bukan-bukan pulak.
Rasa macam tak sampai hati bila aku nak buang dia tadi. Aku sempat cakap "I Love You, You Rest In Peace ya." Aku tahan je nak nangis masa nak pergi kerja tadi.
Tribute to Pipin
2002-2010
R.I.P.
.
.
p/s: kematian ini pun buat aku sedih, aku tak faham macamana orang boleh buang anak sendiri. bodoh betul.
Wednesday, June 9, 2010
.Jangan Kau Cabar.
I ♥ blog-walking, tapi aku bukan skodeng ataupun stalker.
Banyak blog yang aku tengok, mula luahkan rasa rimas, geram, jelak dengan stalker yang terlampau banyak dan menjadi semakin ganas sekarang ni.
Seseorang yang suka stalking tu, mesti akan cakap, "Kalau kau rimas, apesal nak cerita semua benda kat blog kau. Apesal nak tayang muka boipren atau bakal suami atau suami-sudah-sah kat blog kau? Alah kucing beranak pun nak bising kat blog. Boipren buat surprise pun nak tulis kat blog. Gedik, cari publisti murahan siot!" - antara kata-kata seorang stalker, mungkin.
Penulis blog sebenarnya punya hak nak tulis apa saja. Sebab blog tu blog dia kan. So kalau kamu seorang stalker yang tidak puas hati apa yang empunya blog tulis, apa lagi sila angkat kaki dan buang je link blog terbabit dari senarai favourite kamu. Jangan lah dok simpan lagi link tu, sebab kau akan bukak setiap hari dan kau akan bertambah sakit hati bila ada benda yang kau tak puas hati atau menyampah.
Kadang-kadang boleh dikategorikan seorang stalker ini orang yang psycho. Macam terlalu ganas je kan bunyinya, tapi realiti. Stalker yang baik adalah stalker yang cuma baca, diam, dan teruskan bacaan tanpa membuat serangan peribadi pada empunya blog sebab stalker jenis ini mempunyai akal untuk berfikir sebelum bertindak.
Stalker kurang baik? Selalunya akan mula sakit hati, dan membalas komentar dan akan membuat serangan kepada orang yang dia tidak puas hati samada di rangkaian sosial, rangkaian bualan dan blog-blog kawan yang terdekat. Diaorang takkan berhenti selagi diaorang tak puas hati. Ada je jalan dan idea kejahatan yang timbul dalam otak diaorang. Aku dah banyak sangat jumpa orang macam ni. Gila psycho siot orang macam ni.
Yang jadi masalah dan macam cibainya, kalau kau nak stalking orang, stalking jelah, tapi jangan nak over sampai nak marah-marah empunya blog yang kau sendiri kadang-kadang tak pernah jumpa face-to-face tu. Apatah lagi kau tak tahu peribadi dia macamana. Yang kau sibuk jaki dengan orang lain kenapa? Kau bagus sangat ke asyik nak kritik orang tak tentu pasal?
Aku tau aku ada stalker. Aku bukan artis popular ataupun gadis cantik yang suka merias kuku dan membuat pose comel, tapi ada jugak yang berkenan nak stalking aku. Pelik dowh.
Kawan-kawan aku pun banyak yang dah naik rimas dengan stalker psycho ni.
Macamana nak hentikan? Entahlah, doa jelah biar diaorang dapat hidayah.
Letih lah kalau nak fikir.
Baik aku fikir macamana nak lulus test Thai Language kejap lagi. Lagi bagus!
p/s: doakan aku kawan-kawan ;)
Tuesday, June 8, 2010
.Penangan Si Babi.
Aku dah pergi klinik dah, ubat semua dah telan, tapi masih tak sembuh. Muka aku kemerahan macam baru lepas berjemur kat pantai. Tekak jangan cerita, sakit habis. Memang mood untuk attend kenduri kahwin weekend lepas takde, tapi aku cuba jugak gelak-gelak sikit.
Berbalik pada tajuk, semalam after had some tears waktu mengucapkan selamat jalan dan have a safety journey back to MEL to my beloved sister, aku balik semula ke KL. Mak ayah dan adik-adik aku terus balik Johor sebab malam nanti diaorang nak pergi ke Terengganu. Maklumlah musim cuti sekolah dan msuim mencandat sotong kan. Sedih tak dapat ikut. sob.sob
Tau tak, bila dah sampai KL baru aku sedar aku tak bawak kunci rumah. Housemate aku pulak balik Ipoh. Takkan aku nak drive pergi Ipoh semata-mata nak ambil kunci rumah pulak kan? Tak larat weh. Nak tak nak terpaksalah panggil budak maintenance untuk pecahkan mangga dan tombol pintu rumah aku tu. Dah melayang duit akibat kebodohan sendiri.
Oke, berbalik kepada tajuk semula, dari tadi tak balik-balik ke tajuk kan. heee~ Ok sampai je kat ofis pagi tadi, aku dapat call dari mak aku.
Mak cakap diaorang accident on the way pergi Terengganu pukul 4 pagi tadi. Belum sampai Terengganu lagi, baru kat border Pahang dan Terengganu.
Nak tau accident dengan apa? dengan babi hutan!
Syukur alhamdulillah, semua selamat. Tapi kereta teruk habis! Mak cakap dah tak rupa kereta dah. Bumper pecah, radiator pecah, aircond bocor, automatic cooler pecah. Tah berapa ribu lah tu nak repair. Hancus.
Nasib baik bawak dua kereta (satu kereta adik aku yang drive), so boleh lah pergi workshop carik pomen. Ayah aku tak bawak laju pun, dalam 80kmj je. Adik aku yang drive belakang ayah aku cakap dia nampak babi hutan tu melambung tinggi, dan terpelanting ke tepi jalan. Berdarah-darah babi tu dan kojol akhirnya.
Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku bawak laju, alamatnya...mintak-simpang-malaikat-empat-puluh-empat.
Satu benda yang buat aku wonder, kuat betul badan babi tu? Padahal besar anjing je. Itulah penangan si babi, babi betul babi ni.
p/s: semoga mereka selamat di perjalanan. Amin. Amin.
Thursday, June 3, 2010
.Percaya.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya."
Aku selalu percaya, dan sedang percaya.
p/s: Will facing a big separation this Monday. Goodbye pumpkin!
Wednesday, June 2, 2010
.Break-Up.
.
It was a horrible night. It was a nightmare. I just cannot accept the things that happen. Ditinggalkannya aku cuma kerana bekas kekasih zaman persekolahannya? Cis. Perempuan itu, akan aku ingat nama nya sampai mati. Aku semat siap-siap dalam dada.
You tak ingat kah pada janji-janji you? Bila hubungan ni sudah sampai ke tahap serius, you buat i macam ni. Apa i nak cakap pada mak bapak i? Lagi berapa bulan je tinggal, sebelum kita kahwin kan. You tinggalkan i, i nak kahwin dengan sape? Sampai hati you!
Buat aku rasa paling bodoh bila dia suruh aku bersiap cantik-cantik, mahu bawa aku candle-light dinner katanya, aku dengan penuh keterujaan bersiap sepenuh hati. Sampai je di sebuah restoran terkemuka, dia perkenalkan perempuan itu pada aku.
"Kenalkan, bakal isteri i. Hubungan kita berakhir di sini."
Dengan penuh gentleman-nya di bagitau aku berita sedih tu. Takde rasa bersalah langsung. Perempuan tu pulak tersenyum, tergedik manja, tanda kemenangan. Sadis. Pathetic kan aku?
Tak cukup diseksanya aku dengan adegan mesra dia dan perempuan jahanam tu, di bawanya aku pergi menonton wayang. Cerita entah ke mana, aku entah ke mana. Aku menangis dalam hati, tak mampu keluar air mata aku. Mungkin aku masih tak dapat terima kenyataan.
Dia akhirnya hantar aku pulang. Aku menangis, semua air mata tumpah. Sampai bengkak mata aku sekarang ni.
Sampai hati. Bodoh punya jantan.
Sampai hati. Setan kau.
.
.
Handphone aku bunyi, mungkin ini mesej dari dia, mahu 'mengutip' aku barangkali?
.
Cehh, bunyi alarm la woiii. Bangun pergi kerja. Sekali rupanya mimpi daaaaa. Nasib baik, fuh! ;)
.
.
p/s: Orang cakap, mimpi tu terbalik kan ;) I sayang u tau.
Tuesday, June 1, 2010
.Pre-Honeymoon.
Tunggu, tunggu don't get me wrong, memang aku nak cerita about my pre-honeymoon, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi bukanlah seperti yang anda bayangkan okey. Tiada langsung unsur SX atau PL. Ini untuk tontonan umum. Tiada kemungkaran berlaku.
Terlalu bosan meredah jammed di highway berdekatan Rawang akibat sebuah lori treler betul ke aku eja treler yang terbalik masuk longkang, padahal tak menganggu lalu-lintas pun. Rakyat Malaysia biasalah, sangat prihatin untuk melihat kemalangan. Ehh tetiba je membebel kat sini.
Sampai je KL, rasa penat sangat. Dan harus tidur sebab esoknya nak balik kampung pulak. Mak aku suruh balik, attend majlis kahwin my best friend dari sekolah tadika.