Friday, July 30, 2010

.Two thumbs up!.

-Adam & Eve Statue, Sentosa, Singapore



Orang cakap "Jauh perjalanan, Luas pemandangan".




Selamat Berhujung Minggu :)



Wednesday, July 28, 2010

.Muka Sama, Kulit Lain Warna.

Semalam aku pergi renew lesen memandu. Budak perempuan kerani pejabat pos tu tanya aku sampai dua kali.

"Ini siapa kat lesen ni? Akak punya lesen ke?"

Dua kali jugak aku jawab.

"Yelah, tu akak lah. Kenapa lain sangat ke?"

"Haah, lain sikit."

Aku selamba jawab  "Tu dulu masa budak-budak".

Ehh itu gambar baru 2 tahun lepas, beza sangat ke muka aku?

Mungkin aura nak jadi 'isteri orang' tak lama lagi buat aku nampak matang kot. Hehe :)
.

.
Tadi aku pergi collect kad pengenalan aku. Hari tu sebelum pergi Singapore aku buat baru sebab cip rosak. Lepas ni aku rasa macam malu nak tunjuk i/c aku kalau ada apa-apa urusan.

Muka aku gelap semacam. Aku tahu lah kulit aku takdelah cerah sangat, tapi takdelah gelap macam dalam gambar tu kan.

Ni mesti abang yang ambil gambar tu pemalas, dah lah tangkap gambar ala kadar, pastu bukan nak edit sikit kan. Sekarang muka aku gelapnya macam ada darah campuran i***a pulak :(

I miss my old i/c photo :(

Monday, July 26, 2010

.Isnin di Malaysia.

Aku sampai Kuala Lumpur petang semalam, akibat terlalu excited nak drive (setelah 3minggu tak drive) aku tak sedar cuma ambil masa 2jam je dari Johor ke KL. Sedap je tekan minyak tau. Hampir-hampir aku accident semalam, nasib sempat brek, kalau tak dot dot lah. Nauzubillah.

Malam tadi aku tak boleh lelap. Pusing kiri, pusing kanan tak boleh jugak. Aku peluk Pinky, tak boleh jugak. Aku pejam mata, tapi otak dok berjalan. Tiba-tiba aku dengar suara perempuan menjerit. Macam suara mintak tolong. Dalam hati sempat aku fikir "Eh, ada orang kena rogol ke?" Rasa takut pulak, tapi terus buat-buat tidur.

Tadi housemate aku pun cakap pasal perempuan menjerit tu. Dia pun dengar jugak. Seram dowh.

Pagi tadi, aku pergi pejabat awal tau. Sebelum 730 dah terpacak kat pejabat. Gila excited nak duduk semula kat workstation aku after 3weeks dibiarkan kosong.hehe.

Oh ya, mulai bulan ini aku dan housemate mula berkongsi kereta. Harga minyak kan naik, jadi harus berjimat. Lagipun boleh membantu pelihara alam sekitar kan, cewah! :)

Friday, July 23, 2010

.Welcome Home!.

Lagi enam jam, Kota Singa akan aku tinggalkan.Selamat tinggal Ascott Raffles, selamat tinggal Old Chang Kee, selamat tinggal Orchard Road, bye Finlayson Green, bye Polar Sugar Roll,bye Banquet, bye Vivo City, bye Merlion park, dan good bye pada seluruh tanah Singapura.

Tiga minggu di sini buat aku menjadi seorang yang lebih tabah. Dan aku juga lebih menghargai masa, makanan dan duit kat sini.

Walaupun seronok dapat pengalaman beroutstesen, tapi aku rindu Malaysia sangaaaaat! MALAYSIA TERBAIK! Makanan Malaysia sedap-sedap. Rakyat Malaysia friendly. Aku rindu dengan TRAFFIC JAMMED bila nak pegi ofis.

Aku bosan hari-hari pergi kerja jalan kaki. Penat dowh. Bila sampai hotel, badan dah letih. Pukul10 malam mesti dah ngantuk.

Aku tak tahan duduk sini. Poket aku pecah. Sedar tak sedar aku dah belanja lebih RM1000++ within 3 weeks. Gila babsss! Rekod pembaziran untuk diri aku sendiri. Oh kecilnya matawang kita.grr.

Nasib baik Isnin gaji masuk, tak delah aku risau sangat. Hari ni aku masih takde mood. Aku minum Ice Lemon Tea tadi, baru mood datang.....sikit.



ps: bye! selamat berhujung minggu ;)

Thursday, July 22, 2010

.RM 18.64.

Aku rasa uneasy sangat sekarang ni. Biasalah masalah perempuan bila datang sebulan sekali. Rasa badan macam tak sihat je.

Bila aku rasa tak selesa, aku cepat nak mengamuk. Lagi-lagi kalau orang buat banyak benda yang menjengkelkan. Tapi time aku period pain ni lah, banyak yang cari pasal dengan aku. Tolong lah faham, susah sangat ke.

Aku tak suka nak marah bila time macam ni, nanti last-last aku jugak yang nangis sendiri. Buruh dowh nangis bila dah tua ni. Nasib baik aku kalau nangis mata tak bengkak sangat.

Lelaki susah nak faham @ buat-buat tak faham @ sengaja tak faham bila perempuan datang bulan. Selalu dipersoalkan, EH KALAU PERIOD JE MESTI NAK PMS KE? MESTI NAK MOODY KE? PMS TU KAN BOLEH CONTROL, SAJE JE LA TU NAK MOODY. Haih T_T

Oh, kalau lah lelaki boleh faham situasi ini. Perasaannya sungguh tidak enak tahu. Kalaulah lelaki tahu yang perempuan bukan suka sangat setiap bulan ada perasaan begini, bukan suka sangat nak marah tak tentu pasal, bukan suka sangat nak membebel. FAHAM KAN.

Apatah lagi macam aku yang telah mengorbankan SGD8.00 untuk membeli ehem ehem (membazir sungguh!) malam tadi. cit.

Benda paling berat, kena kawal emosi dengan mental dan fikiran. Ahh serabut lah.

Bila aku rasa uneasy, aku takde mood. Bila aku takde mood, aku kena tulis belog. Tapi aku masih takde mood. Jadi aku main fesbuk, ah lagi takde mood.

Wednesday, July 21, 2010

.Sushi Mooshi.

Dua kali rakan sekerja di Kota Singa belanja aku makan tengahari di Sakae Sushi. Hari ini dan minggu lepas. Kali pertama pergi, aku macam cuba paksa makan. Ok, aku bukan peminat tegar sushi. Boleh dikira dengan jari berapa banyak kali aku makan dalam setahun.

Tapi hari ni, aku makan dengan banyak sekali! ;p Macam-macam aku order, sampai perut aku dah mengamuk suruh aku stop makan. :D

Okey, sushi dia memang sedap! Tak macam rasa sushi yang aku selalu beli kat Jusco masa zaman universiti dulu. Tapi Mahal T_T Jadi bila orang nak belanja aku rasa YEYEAH! ADA ORANG NAK BELANJA SUSHI TIME LUNCH!! *Gila Suka*

Mungkin kecenderungan aku kepada makanan Jepun semakin bercambah. Aku mula kenal chawanmoshi, Salmon Kanagame, Renko Chip etc etc. Mungkin juga senarai makanan kegemaran aku akan bertukar selepas ini.


Tapi my love for him, always remain and never can end! ;)

Ceh, takde kena mengena langsung dengan sushi. Okey bai.




ps: To my hemsem boy; Happy 14th Monthanisary :) I love u soooooo muchhh ♥!

Tuesday, July 20, 2010

.Aku Mahu Akan Kamu, Selamanya.

Aku demam di Kota Singa. Tapi semangat bekerja mcam tiba-tiba datang. Tak sabar aku mahu 'nyah' dari hutan konkrit yang pantas ini.

Mahunya aku pada Irwan, sentiasa dan selamanya.
Oh macam Si Bella cakap pakai Edward,

"I want you more than everything."

Fikiran tentang itu, tetap; pasti; tak pernah berubah.
Tapi dunia sentiasa mahu uji perasaan ini.

Bila sekejap kita leka pada Dia, bencana datang sedikit.
Bukankah apa yang dijanji memang pasti?

Dan aku yakin, dengan langkah aku,
dengan masa depan yang aku dan dia corakkan.

Friday, July 16, 2010

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui
Slama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
Apa yang telah aku nikmati,
Apa ku alami,

Slagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
Walau mimpi ku musnah,
Harapan ku hancur,
Sayapku patah,

Kan ku pancarkan cahaya,
Seperti pelita ke srata dunia,
Yang gelap gelita

Sehingga hembusan nafas
Yang terakhir.

Tak pernah sesaat ku mencurigai,
Apa yg telah aku kecapi,
Stakat ini,

Tiba saatnya kan ku tangisi,
Pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
Pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….


- Pelita, by A.P.I




Tiba-tiba aku jadi suka dengan lagu ini. It really pictures me, probably. Beberapa jam sahaja lagi, mood nak siapkan kerja pun tak ada. Biasalah mood hari Jumaat kan :)

Oh kenapa aku macam sangat tak sabar nak balik KL ni ^.^

Thursday, July 15, 2010

.Lebih Baik Hujan Batu Di Negeri Sendiri.

Hampir dua minggu di Kota Singa, banyak ajar aku tentang hidup. Aku ada lagi seminggu untuk habiskan tugas ini.

Ah, kalau betul-betul tak betah, memang kau akan menangis bila harus hidup dengan cara kerja dan budaya sini. Bayangkan aku, cuma seorang sahaja orang Melayu dalam pejabat ini.

Segalanya harus pantas. Masa umpama emas. Kalau kau leka walhal sesaat, mungkin akan beri kesan yang kau tak jangka. Cara tutur aku pun sudah berubah sedikit. Ah, aku memang cepat terpengaruh.

Aku juga belajar sesuatu yang bagus, harus pentingkan dan sentiasa selamatkan diri sendiri, sebelum terlalu kasihan pada yang lain.

Kalau disentuh bab teknologi atau pembangunan, di sini aku harus akur, keadaan serba maju dari Malaysia. Mata wang juga agak kukuh. Barang-barang terkini yang kau mahukan, semua ada, murah pulak tu.

Tapi daripada cara hidup sebagai muslim, mereka kalah.

Aku mahu minta ampun pada Tuhan aku, kerana lalai bersujud padanya. Bukan aku ingkar, tapi keadaan bersifatkan darurat. Tiada ruang khas untuk aku menunaikan lima waktu semasa bekerja.

Dunia oh dunia. Betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang.
Jangan kerana dikejarkan emas, batu tidak dipedulikan.


Seminggu lagi untuk bertahan.






ps: esok kita jumpa kan, mahu lupakan keriuhan kota singa sebentar.

Tuesday, July 13, 2010

.Karma Is a Bitch, So as You.

Aku meluat bila dengar orang cakap "Hidup ini ada karma.". Aku sebagai seorang Muslim, tak percaya pada karma. Aku cuma percaya pada Tuhan aku yang satu, yang akan memberi balasan pada setiap perbuatan yang kita lakukan. Senang cakap, marilah kita percaya sahaja pada qada dan qadar Tuhan.

Hari-hari kau sembahyang, tapi kau selalu tulis pasal karma. Pasal kisah silam kau, kau rasa karma akan balas balik perbuatan aku atau orang terdekat aku yang kononnya sudah membuat hidup kau cukup menderita dulu. Bodoh, kau pernah fikir tak apa yang kau dah buat pada aku? Yang tu macamana pulak? Karma tak balas semula pada kau ke?

Kau memang gila lah.

Baik kau fikir dulu sebelum kau tadah tangan mintak karma balas untuk kau. Kau tak kira, macamana kau dah malukan aku dulu. Kau dengan diri kau yang bacul, guna nama anonymous, telanjangkan semua keburukan dia pada kawan-kawan blog aku. Kau reka cerita itu ini. Macam kau seorang yang paling mulia.

Macam kau seorang tak pernah buat dosa. Macam kau tu suci sangat, dia tu kotor, aku ni jijik. Kau pura-pura jadi malaikat, sebarkan berita yang dia itu sejahat-jahat makhluk Tuhan, kau pulak sebaik-baik manusia. Padahal, luaran kau saja dah tunjukkan kau jenis murahan.

Padahal kau tak sedar, tindakan kau cuma jalan untuk buka pekung kau sendiri. Kau memang busuk lah. Kalau aku jenis busuk macam kau, aku sebarkan gambar kau yang kau bagi dulu pada orang yang sayangkan kau sekarang. Macam aku tak tahu latar belakang hidup so-SIAL kau. Entah apa lah yang kau goreng pada orang yang sayangkan kau kan. Mesti kau cakap kau insan teraniaya, duh.

Tapi aku bukan kategori macam kau, ada hati busuk. Mak bapak aku tak pernah ajar aku untuk dengkikan orang lain. Aku tak tahu orang yang sayangkan kau sekarang ni cuma proksi kau atau patung untuk mengaburi mata sahaja.

Kau boleh banggalah dengan kereta kau yang cuma buatan Malaysia tu. Aku tak jeles langsung. Kalau kereta continental baru, baru aku salute. Memanglah kau boleh berlagak dengan aku masa tu, umur kau berapa bodoh. Aku nampak dunia pun lambat dari kau. Jangan compare lah.

Dulu kau hina aku masih bodoh, pelajar univeristi cabuk, aku takde harta, aku tak cantik, aku cuma tahu kikis duit orang, dan macam-macam lagi kau tuduh.

Perangai kau memang sebijik macam babi masa tu.

Dahlah kau memang macam psiko. Semua benda yang aku buat, kau ikut buat. Kau takde identiti ke? Kau cakap kau lebih bijak dari aku, tapi kau gelabahlah. Aku malu nak gaduh dengan kau, sebab kau lagi tua dari aku. Sepatutnya aku hormat kau, tapi aku cuma boleh letakkan kau bawah tapak kaki aku.

Sekarang aku bersyukur, Tuhan tahu aku dan dia orang yang bagaimana. Dilimpahkan rezeki tak terhingga untuk aku dan dia. Kau? Boleh pergi mampus. Banggalah kau dengan apa yang kau ada. Aku rasa kalau aku ceritakan semua apa yang aku ada, kau mesti malu kot. Mesti kau tak sangka budak hingusan macam aku, ada benda yang kau tak sangka aku akan ada.

Kau ingat, orang baik tak cakap dia baik. Sama macam orang kaya atau orang cantik, tak cakap dia kaya atau cantik.

Cuma orang yang berlagak kaya dan perasan cantik macam kau je buat macam tu. Rupanya bila aku tengok muka kau, kau bukan lawan aku. You damn shit lah bitch!

Kau boleh doa apa pun yang kau mahu untuk keburukan aku dan dia. Tapi kau jangan lupa, Pencipta kau yang bawak kau keluar dari perut mak kau, akan bagi balasan.

Aku cuma doakan orang macam kau, sempat taubat dan minta maaf pada semua orang yang kau pernah burukkan.

Kau taubat lah, okay. Belum lambat lagi.


Lagi satu, boleh pergi mati dengan karma. Percaya pada Tuhan sudah.

Monday, July 12, 2010

.Infiniti.




"You mesti kahwin dengan I."
I won't let other men marrying u.






I pun fikir benda yang sama





Friday, July 9, 2010

.Iklan - Preorder.

Hai, i nak buat iklan kejap.
I open pre-order untuk jam di atas.
Ini model Casio DB-360G.
Actually this size for men, but not too big for women.
It's trendy. Plus, it's a vintage model. You'll seldom finding it in Malaysia.
Ehh Yuna pun pakai jam ni tau. Memang stylo! ;) and i had mine one! ^^
Ini ciri-ciri jam ini:


 LED backlight Afterglow.


Data Bank Memory capacity: Up to 30 sets of data, with 8-character.


Name and 15-digit telephone number.


Others: Remaining memory screen, auto-sort, support of characters of 13 languages (English, Portuguese, Spanish, French, Dutch, Danish, German, Italian, Swedish, Polish, Romanian, Turkish, Russian).


Dual time.
1/100-second stopwatch.

Measuring capacity: 23:59'59.99''.


Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times.
Countdown timer Input range: 1 minute to 24 hours.


Unit: 1 second Multi-function alarms. 5 independent multi-function alarms. Snooze feature for one alarm only (up to 7 repeats at intervals of approximately 5 minutes).


Hourly time signal.

Auto-calendar (to year 2039).
12/24-hour format.


Regular timekeeping: Hour, minutes, seconds, am/pm, year, month, date, day, daylight saving on/off.


Accuracy: ±30 seconds per month.


Approx. battery life: 10 years on CR2025.


Module 2515


UPC: 4971850762188


1 Year manufacturer warranty.


RM 130
(inclusive shipping)

Pre-order open until 21st July 2010 with 50% deposit.

Untuk keterangan lanjut + sesiapa berminat, sila email kat:
gha_fz@yahoo.com


Thanks! ^_^

Thursday, July 8, 2010

.Susah.

He just do not have idea how much i love him.
He just do not know how much i miss him.
He just never know that i really need him right now.
He just do not understand that i really want to see him.

If only he can feel what i feel.






ps: i am not in a good mood. life's so unfair.

Wednesday, July 7, 2010

.Gehen Deutschland!.


Pertarungan sengit malam ini.

Germany vs Spain.

Ramai yang meramalkan, Spain akan bertemu dengan Netherland. Tapi sila jangan pandang rendah dengan Germany.

Walaupun Thomas Muller tak dapat beraksi malam ini, tetapi boyfriend aku (seperti gambar di atas) tetap ada untuk pastikan Germany ke finale.

See you in final Germany! ;)

Torres pasti nangis malam ini ;p yeah!



ps: harus tidur awal malam ini. akan rasa bersalah kalau tak support Germany malam ni >.<

Tuesday, July 6, 2010

.Budaya Singapura #1.

Hari ini aku belajar satu daripada budaya rakyat Singapura.

Kalau mahu cop tempat duduk / meja dekat mana-mana kedai makan (kebiasaannya food court), sila letak tisu poket di kerusi/meja yang anda mahu duduk.

Kalau ada lima orang, letak lima peket tisu dekat kerusi / meja yang korang nak duduk.

Orang lain akan faham, yang meja itu sudah dicop.

Kalau kat Malaysia jangan haraplah, first come first serve kan. Silap-silap dibuang terus tisu atas meja tu.

Monday, July 5, 2010

.Singapore Trip - Day 1


Greetings!

Semalam aku sudah jejak kaki ke Singapore. Flight landing pukul 04:00. I told you, naik fireflyz tak berapa best. Ini lah pertama kali aku rasa nak muntah bila naik flight. Flight tu macam bergegar sikit, pastu bunyinya bising. Rasanya kalau naik luxury coach bus, lagi bagus kot. Seriously!

Aku dengan colleague aku yang dihantar outstation, check-in kat hotel seperti dalam gambar di atas. Sebenarnya, itu bukan hotel sangat, more to service apartment.

Bintang untuk hotel ini aku bagi 5 butir.

Masuk je bilik hotel, kitaorang terkejut. Biliknya sangat best! Terbaik wok. Nama pun apartment kan, so it's fully furnished.

Lengkap dengan washing machine, microwave, coffee maker, dishes washing machine, LCD TV, working table, sofa set etc. Jubah mandi pun ada sekali kau.
Aku paling suka bilik air kat situ. It's glass bathroom. Macam yang aku selalu tengok dalam cerita omputih tu. Toiletteries dia memang best. They using L'Occitane punya brand.

So aku suggest, kalau siapa ada duit lebih, nak merasa duduk apartment mewah kat tengah-tengah bandar macam duduk kat tengah-tengah segitiga emas, boleh la sewa kat sini. Tempat ni dekat dengan MRT station, so memang sangat convenience untuk ke mana-mana.

Tapi nak harap aku sewa sendiri, memang tak mampu lah kot. Nasib baik company sponsor. Merasalah jugak duduk hotel 5 bintang.

Semalam aku dah pusing Sentosa dan Vivo City. Tiba-tiba rasa duit aku 'hilang' sekelip mata. Sale kat sini gila babss! Tak boleh tahan ouh. hehe.

Takpe, another 3 weeks to go, boleh jalan sakan nanti.

Untuk paparan dan maklumat hotel, sila ke sini.

Okay, aku nak sambung kerja (curi-curi update kat office) sebelum semua ca-ya-nun-alif kat sini menjadi bertambah kiasu!

From Singapore with love, bai.

Friday, July 2, 2010

.Bye Malaysia!.


Baru kena outstation Singapore dah kecoh aku ni. Ehh mesti kecoh weh, aku excited sangat! Ini outstation pertama aku setelah hampir setahun bekerja. Tipulah kalau aku tak excited kan. Bukan senang nak dapat peluang ni kan. :)

Maybe aku akan jarang update nanti. Jangan pulak korang delete aku dari list.

Ok friends and bloggers, see you in 3 weeks time! ;)

Thursday, July 1, 2010

.Tolong Aku, Kawan.

Pernah tak kau fikir yang kadang-kadang Tuhan tu tak adil? Selalu bagi kau macam-macam masalah, macam-macam perkara yang menyesakkan otak. Sampai satu tahap kau rasa macam nak quit je dari hidup ni. Rasa macam dah tak sanggup nak hadapkan muka kau pada kesulitan tu.

Pernah tak kau fikir yang Tuhan tu memang Maha Adil dan Bijaksana (memang itu sifat Tuhan kita)? Dia tahu bila nak bagi kau kesusahan, bila nak bagi kau kesenangan. Sampai kau rasa doa kau cepat betul makbul. Dan kau rasa kau lah orang yang paling bertuah dalam dunia, dan mesti kau mahu sentiasa cakap "Terima Kasih Tuhan", "Syukur Alhamdulillah".

Dulu aku selalu fikir pasal perenggan pertama, tapi sekarang perenggan kedua buat aku tak berhenti bersujud pada Dia.

Hari ini, Tuhan limpahkan aku rezeki yang tak disangka-sangka.

Aku dapat offer yang aku tak fikir budak berumur belum-suku-abad yang hingusan macam aku akan dapat.

Apa kau rasa kalau kau ditawarkan bekerja di seberang laut secara kekal? Dengan tawaran pakej yang agak menarik?

Benda ini yang buat aku serabut betul dari pagi tadi. Aku cuma ada empat hari lagi untuk beri jawapan. Sekarang perasaan aku begini, "hendak dibuang sayang, hendak diambil tapi tak pasti."

Aku jarang minta tolong orang, tapi kali ni, tolonglah kawan-kawan, bagi aku pendapat yang konkrit, kalau boleh.

Aku dah tak boleh fikir sendiri dah.



Mak, terima kasih selalu sangat doakan anak mak ni. Doa mak Jumaat lepas cepat betul dimakbulkan Tuhan. Syukur.