Thursday, July 15, 2010

.Lebih Baik Hujan Batu Di Negeri Sendiri.

Hampir dua minggu di Kota Singa, banyak ajar aku tentang hidup. Aku ada lagi seminggu untuk habiskan tugas ini.

Ah, kalau betul-betul tak betah, memang kau akan menangis bila harus hidup dengan cara kerja dan budaya sini. Bayangkan aku, cuma seorang sahaja orang Melayu dalam pejabat ini.

Segalanya harus pantas. Masa umpama emas. Kalau kau leka walhal sesaat, mungkin akan beri kesan yang kau tak jangka. Cara tutur aku pun sudah berubah sedikit. Ah, aku memang cepat terpengaruh.

Aku juga belajar sesuatu yang bagus, harus pentingkan dan sentiasa selamatkan diri sendiri, sebelum terlalu kasihan pada yang lain.

Kalau disentuh bab teknologi atau pembangunan, di sini aku harus akur, keadaan serba maju dari Malaysia. Mata wang juga agak kukuh. Barang-barang terkini yang kau mahukan, semua ada, murah pulak tu.

Tapi daripada cara hidup sebagai muslim, mereka kalah.

Aku mahu minta ampun pada Tuhan aku, kerana lalai bersujud padanya. Bukan aku ingkar, tapi keadaan bersifatkan darurat. Tiada ruang khas untuk aku menunaikan lima waktu semasa bekerja.

Dunia oh dunia. Betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang.
Jangan kerana dikejarkan emas, batu tidak dipedulikan.


Seminggu lagi untuk bertahan.






ps: esok kita jumpa kan, mahu lupakan keriuhan kota singa sebentar.

4 comments:

E.d.Y said...

batu pahat gak best kan??haha

SiGedikDariScotland said...

yes, batu pahat terbaikkk!

Ries Lee said...

fuhh, keje kat seberang..

SiGedikDariScotland said...

.Azrie.

eh ehh..seberang laut je pun :D