Tuesday, August 31, 2010

.M untuk Malaysia, M untuk Merdeka.


Pantasnya masa berlalu, sudah lebih separuh abad kita menyambut hari merdeka / hari kebangsaan / hari kemerdekaan panggilah mana ikut suka pun.

Semalam aku dengan housemate aku, Sofea Jane saja menyibukkan diri keluar pergi jalan TAR. Tak serik lagi tu masa hujung minggu dah bersesak kat situ. Saja je nak melihat gelagat warga ibukota dan warga asing yang tinggal di ibukota membeli untuk persiapan raya.

Bocor jugaklah poket aku walau tak banyak mana. Para peniaga sudah mula berperang harga. Yang jadi masalahnya kita sebagai pengunjung ni, dah rambang mata! Sofea Jane cakap hari ni dia nak pergi lagi sekali, semalam tak puas jalan katanya.

Lepas membeli, kitaorang lepak kat belakang Standard Chartered (kedai kat sini memang Irwan takkan pegi punyalah). Sambil aku hentam roti banjir dengan teh o ais, aku terpandangkan seorang anak Malaysia. Lebih tepat lagi anak Melayu.

Ya, anak Melayu yang menyahut seruan motto hari merdeka tahun ini - 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.

Anak Melayu yang masih dalam proses transformasi dirinya dari seorang lelaki kepada seorang perempuan!

Aku tak salahkan budak itu, tapi kenapa dia memilih jalan untuk menjadi bahan gelak tawa orang? Malu bangsa sendiri. tahulah dunia sudah moden, tapi kenapa pemikiran masih dijajah?

Kenapa budak Melayu jadi macam ni? Kenapa rakyat Malaysia jadi macam ni?

Kita merdeka ke kalau masih hipokrit konon-konon tak fasih lagi cakap Melayu tapi hakikatnya hari-hari makan belacan?

Kita merdeka ke kalau masih mengeji hasil karya bangsa sendiri yang kononnya ketinggalan zaman?

Kita merdeka ke kalau masih ada mentaliti yang berkawan dengan orang Melayu ni takde class?

Kita merdeka ke kalau kita bangga mengamalkan cara hidup bangsa asing dan mengetepikan adat kita sendiri?

Kita merdeka ke kalau asyik-asyik membazir duit semata-mata nak show off kita mampu beli barangan berjenama antarabangsa?

Kita merdeka ke kalau makin banyak bayi-bayi dibuang kat tepi jalan?

Kita merdeka ke kalau rumah ibadat sesetengah agama di vandalisma sesuka hati?


Ya, memang kita sudah merdeka 53 tahun.

Hakikatnya kita masih dijajah, dijajah oleh diri sendiri. Ini termasuk aku, masih tewas dengan jajahan nafsu membeli-belah yang tak pernah surut T_T tsk.

Kalau inilah mentalitinya, istilah merdeka cuma pada mulut, cuma pada laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! setiap malam menjelang 31 Ogos. Dan selamanya akan terus begini.


Selamat Hari Lahir Merdeka Malaysia!



ps: Merdeka kali ini aku kerja, sama macam tahun lepas.

Monday, August 30, 2010

.Kepenatan Beli dan Blah.

Hujung minggu lalu adalah minggu yang sangat exhausted. Berkejaran masa aku ke sana ke sini menguruskan hal berkaitan hari ijab kabul aku.

Tapi seronok, sebab Irwan ada sama ;) Jadi benda yang payah pun terasa mudah je nak dilakukan kan.

Tiada istilah shopping raya kali ini, tapi ditukar ke hari membeli-belah untuk hari perkahwinan. Kalau ke Sogo jangan cakaplah, pelbagai ragam, pelbagai manusia dan pelbagai bau ada! Macam nak pengsan kau.

Tengah semua orang bersesak-sesak tu, ada jugak yang sibuk nak berposing ambil gambar konon-konon sibuk membeli handbag. Nak je aku sound OI KAKAK, BOLEH FAHAM TAK ORANG TENGAH RAMAI, JANGANLAH NAK BERPOSING SAKAN PULAK. DATANG HARI LAIN PLEASE! huh~

Mujur semua barang yang di list dapat beli. Bila lolos je ke jalan TAR, mak aih lagi tak boleh blah. Macam lautan manusia. Dengan dugaan cuaca yang panas terik sampai keluar peluh jantan aku. Lepas je dapat barang yang dikehendaki, kitaorang pun blah.

Padahal masa tu baru pukul12.00, tak boleh tahan woo panas. Terus je kitaorang proceed pergi menempah kad ijab kabul.

Malam sambung lagi beli barang, fuhh tak reti penat tu. Bila tengok poket pecah, ok baru insaf jom kita balik.


Ohhh tak sabarnya nak cuti raya minggu depan! Selamat berbuka kawan-kawan! ;)

Friday, August 27, 2010

.Cinta Gunakan Akal.

Assalamualaikum. Hai semua, salam hari Jumaat yang berkat :)

Hari ini aku kerja macam biasa, KL tak cuti Nuzul Quran, KL cuti untuk perayaan moden-moden je, jadi pagi tadi aku pergi kerja dengan senang hati, jalan pun tak jammed.

Tapi bila aku pasang radio Era, aku jadi sedih masa dengar segmen 'Merisik Khabar'.

Aku tertarik pada cerita seorang akak ni, kasihan, insaf aku dengar cerita dia. Malang sungguh dia apabila diabaikan oleh suami yang tinggal sebumbung dengannya, tapi tidak langsung ambil berat keadaan dia setelah dia menderita sakit sendi!

Bayangkan seorang isteri yang sedang sakit, hatta ketika duduk di kerusi roda pun dia tak mampu untuk bergerak, makan minumm pakaiannya terabai. Si suami pulak cuma tahu buat hal sendiri, pagi-pagi sudah keluar bekerja, tengah malam baru pulang. Kebajikan isteri yang sedang sakit langsung tidak diambil kesah.

Aku berfikir, kenapakah si suami begitu kejam? Kenapa harus diperlakukan sang isteri sebegitu rupa?

Bukankah waktu kau mahu memperisterikannya kau melamarnya dengan sempurna, dengan penuh adat. Kenapa pula selepas dia jatuh sakit, dia sudah tidak berupaya, kau berlaku kejam begitu?

Mana tanggungjawab kau? Mana kasih sayang dan cinta yang kau canang dulu? Mana janji kau yang kau cakap akan jaga dia sehingga ke akhir hayat?

Bastard lah.

Kalau kau dah tak mahu dia, lepaskan dia dengan cara baik. Jangan seksa dia macam tu. Cukuplah dia sudah menderita sakit fizikal, jangan lagi pulak kau dera mental dia.

Kasihan si isteri. Aku doakan beliau tabah hadapi ujian Tuhan. Pada sang suami, insaflah. Jangan bila si isteri sudah dikapankan baru nak sesal.

Dunia sekarang semakin hari semakin pelik. Semakin hari semakin penuh dengan manusia yang berhati busuk. Semakin penuh dengan manusia berperangai kejam.

Dunia sekarang sudah jadi sampah. Cuma yang tahu gunakan akal boleh terselamat. Aku berdoa agar dunia jangan lagi mual melihat perangai kita.

Sebab itu orang cakap cinta gunakan akal, jangan nafsu yang diikut.

Tahniah pada Era dan Revive Isotonik yang sudi menghulurkan bantuan. walaupun cuma 6000, tapi sekurang-kurangnya mampu meringankan penderitaan akak tu.

Jadi renung-renungkan, selamat menambah amal! ;)




ps: hari minggu yang paling sibuk, minggu ini.

Wednesday, August 25, 2010

.Hari Graduasi.

Hai semua hai. Lagu raya dah mula kedengaran, bunyi mercun pun dah berdentum-dentum, yang putus jari pun ramai, nauzubillah. Kan dah cakap jangan mai mercun. JANGAN MAIN MERCUN. Tapi degil, main jugak. Kalau jari dah putus kan rugi, tak boleh makan kuih raya.

Oleh sebab kita semua sedang berpuasa, maka aku tak dapat menghidangkan gambar-gambar juadah istimewa, takut nanti ada yang terliur terus jadi PUASA YANG YUK PAGI-PAGI BUKA PERIUK. Siapa nak tanggung nanti.hehe.

Jadi aku hidangkan gambar sewaktu aku bergraduasi pada TAHUN LEPAS. Tahun lepas tak sempat nak upload sebab aku terlalu sibuk mengejar kerjaya. Jadi tahun ini kerjaya sudah dapat, ada masa terluang/

Ehh okay apa, sekarang kan musim orang tengah konvo, so boleh layan jugaklah kan :) kan :) Rindu nak konvo lagi.huk.

Sebelum masuk dewan konvokesyen. Sumpah tak tipu nervous sangat sebelum masuk. Dah lah ramai orang yang perhati, tapi pedulik apa buat muka tak malu sudah.


Ohh kita sayang sangat kat awak kerana sudi meluangkan masa pagi-pagi buta untuk datang konvo kita ^_^


Ok dah tak takut dah. Ijazah sudah di dalam genggaman :) Syukur alhamdulillah.

Nampak tak muka ibu bapa yang sungguh gembira kerana anak tersayang sudah bergraduasi. Mesti they all cakap CONGRATS MY DAUGHTER! TAK SIA-SIA HANTAR BELAJAR JAUH DARI RUMAH ;p


Ayah aku tak garang, muka je serius. **Isk hanger sape yang menyemak tuh~


Ini emak saya. Dia sangat risau memikirkan baju apa yang dia harus pakai untuk konvo saya sampai susah dia nak lelap. hehe.

Ini kakak saya sewaktu dia masih menjadi anak dara :) How's your baby along? hehe


Boring kan semua gambar berwarna, sekarang aku bagi tengok gambar hitam-putih pulak.

Inilah yang dipanggil kawan terbaik aku - Efa & Zura :)


Budak kecik Sabarina ini lah yang selalu pinjamkan telinga dia untuk dengar cerita-cerita gedik aku masa tengah hangat bercinta dulu.hehe.

Terlalu excited untuk menunggu giliran mengambil gambar studio.

Sebelum masuk studio, harus touch-up muka dulu. Muka dah berminyak-minyak, gincu pun dah hilang ke mana. Nampak tak powder Miss C i?ahaks!

OH I LOVE sangat gambar ini! dan I LOVE U too lah :)


Nak tengok gambar studio UTM yang cantik tu?


Kat sini.

Tuesday, August 24, 2010

.Jakun-jakun Di Singapura:Bahagian 2.

Hello, Salam 14 Ramadhan! Tak sedar kan dah dua minggu berpuasa, syukur alhamdulillah. Jadi esok dah bolehlah pasang lagu INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA, RAMAI ORANG BERSUKA RIA ^_^

Ok, ingat tak entry aku yang dulu, yang aku cerita kejakunan aku di Singapura? Kali ini episod 2 pulak.

Jom layan gambar yang aku ambil dengan penuh usaha dan kejakunan ini :)
Untuk membuat tetamu merasa perasaan seperti di rumah (feeling like home), buah-buahan segar dihidangkan. Juga bagus untuk memelihara kesihatan.


Sesuai sebagai status pekerja yang sedang beroutstation, meja bekerja disediakan. Siap dengan cordless phone dan broadband port. Broadband bilik ini terbaikk! Laju tak hengat.hehe~


 
Nampak tak benda yang tidak akan membuat kita bosan? Juga dilengkapi dengan BOSE Home Device. Benda ni macam Astro, jadi bolehlah aku menonton How I Met Your Mother without fail!


Ok mari tinggalkan bahagian ruang tamu. Kita ke bahagian bilik mandi ye. Ini bahagian yang paling aku suka!


Nampak tak keindahan pemandangan jika berendam dalam bath tub. Kalau untuk honeymooners, memang sesuaiii. Seksi you! Boleh goda-goda pasangan gitu.hehe. OH kalau anda sedang berendam dalam bath tub ni, boleh tengok tv juga, sebab bilik air ini dilengkapi dengan sistem audio, jadi boleh dengar dialog sebutiq-sebutiq.

Kalau nak berqada' hajat pun, amatlah selesa. Nanti kalau ada rumah sendiri, aku nak buat dinding macam tu. Berangan dulu.

Set tuala muka ini akan diganti setiap hari. Memang bersih, dijamin!

Macam faham-faham je hairdryer amat diperlukan, jadi mereka baik hati sediakan sekali.


Dari atas: Lotion;  Bawah dari kiri: Sikat, Putik Kapas

Ini toiletteries yang diganti setiap hari. Kalau tak mahu guna, sorokkan je, nanti dia ganti hari-hari. Jadi boleh bawa pulang sebagai souvenir untuk diberi pada keluarga tercinta dan rakan-rakan tersayang.

Amat berguna untuk travel di masa akan datang (:

Ini pun diganti setiap hari, baik hati kan :)

Tuala yang tebal, berat dan empuk ini sangat selesa.Juga diganti setiap hari. Terasa bebas dari kuman :)

Ini pula syampu herba yang sangat menenangkan kepala bila dipakai. Siap ada conditioner dan body shampoo juga. Pas syampu head & shoulders aku habis, aku nak ganti syampu ni lah. Gila best bau dia.

Kad akses ini amat berguna. Lebih-lebih lagi kalau dari lobby nak naik ke bilik. Kad ini harus di swap dalam lif sebelum menekan floor bilik anda. Kalau tak jangan harap lif tu nak bergerak. Tunggu jelah sampai bila-bila dalam lif tu, padan muka.


Okey mari ke ruang tamu semula. Apa ni, sekejap cerita ruang tamu, sekejap cerita bilik air,, ni nak cerita ruang tamu semula pulak.

Isyy sabarlah, jangan marah, kan awak puasa kan.

Baiklah, kalau lepas pulang dari bekerja, boleh berehat di kerusi empuk ini.

Tapi mana boleh lawan katil yang LEBIH EMPUK ini. Ditambah pula dengan comforter yang memang gebu dan sedap, memang tidur yang lena dijamin!


Ohh dah petang-petang ini, mata pun dah kuyu. Terus je teringat katil tak berapa empuk kat rumah tu.hehe.

Okey bai, nak pergi beli untuk berbuka puasa. Selamat membatalkan puasa :)



ps: oh baru ingat nak kena pergi survey katil baru :)


Friday, August 20, 2010

.Semua Kerja Tuhan.

Kadang-kadang, kita tak perasan, semua yang berlaku ada hikmahnya. Semua yang terjadi adalah kehendak 'pengarah yang di atas'.

Kita sebagai hamba yang dipinjamkan roh untuk seketika, cuma menjadi pelakon pada skrip yang 'DIA' telah tuliskan.

Aku hairan bagaimana sesetengah manusia masih tidak sedar hakikat ini. Aku faham zaman sekarang serba moden, serba canggih, tapi kalau sampai bab agama ada kompromi kah?

Aku bukan nak cakap pasal dosa tak pakai tudung atau dosa tak tutup aurat, tak bukan itu.

Tapi dosa tak percaya Tuhan, tak percaya Allah. Bukankah Allah ada berfirman, semua dosa boleh diampunkan kecuali dosa mensyirikkan Allah?

Hari-hari aku dapat email yang diforward pasal kes budak itu, kes budak ini, yang tindakannya seolah-olah mencabar Tuhan, mencabar hukum Tuhan.

Wehh, tak takut kena laknat ke? Tak takut dapat bala ke? Tuhan, kalau DIA nak tunjukkan kuasa, bila-bila dia boleh tarik nyawa kau, tarik semua nikmat kau. Kalau kau terus mati bila dapat ujian takpe, tapi ini diazab dulu sebelum mati, nauzubillah!

Aku sedih bila tengok banyak sangat bayi kena buang, banyak sangat anak muda yang tak percaya Tuhan.

Aku sebenarnya takut. Takut mahu hidup di bumi sendiri.

Cuba tengok Acheh dulu, tak dapat pengajarankah?

Tolonglah syukur dengan negara kita Malaysia ini yang sedang makmur ini. Jangan sampai Tuhan dah bagi bencana, masa tu baru sibuk nak tadah tangan, tak guna!


Hari ini sudah sepuluh Ramadhan. Semoga kita semua sibuk mengumpul pahala di bulan mulia ini. Selamat berpuasa! :)



ps: hari ini aku sedih, kawan baik aku (dan juga bakal pengapit aku!) yang umurnya sebaya dengan aku bagitau aku yang dia disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Oh Tuhan, tolong sembuhkan dia. Jangan kau uji dia berat begini T_T Beb, kau tabah tau!

Wednesday, August 18, 2010

.Facebook dan Emak.

Semalam kan, eh bukan kelmarin lah, mak aku telefon. Dengan excitednya, dia bagitau yang dia dah bukak akaun Facebook :) Akhirnya! Kalau tak mak asyik guna akaun kawan dia je untuk skodeng aku dan adik-beradik.

Tadi tiba-tiba mak aku chatting dengan aku. Dia tulis:

"Ko takde keje ke ni main fesbuk je?"

Aku reply lah:

"Hehe mak pun takde keje ke main fesbuk je?"

Oh emakku sudah ada Facebook, jadi aku harus berhati-hati bila menulis status dan semua benda lah. Silap-silap belog aku pun dia baca nih. Hehe.

Jangan pasni mak aku sibuk main fesbuk sampai dia lupa nak masakkan sayur keladi masak asam kesukaan aku. hehe.

Happy Facebooking mak!

Tuesday, August 17, 2010

.Jakun-jakun Di Singapura:Bahagian 1.

Hai, hari ni dah puasa ketujuh. Bila bulan puasa, nak buat kerja pun perlahan. Maklumlah tenaga kurang. Walaupun kurang, tapi masih ada tenaga nak update belog tau (:

Baiklah sebagai memenuhi masa waktu makan tengahari yang selalunya aku akan habiskan di The Curve mahupun BSV II, bila di bulan Ramadhan waktu banyak terluang, jadi aku nak update menunjuk sikit gambar-gambar yang sempat aku capture masa outstation ke Kota Singa Julai lalu.

Setelah 5kali percubaan baru dapat upload gambar2 ni. Selamat Menjamu Mata !! :)

Ini pandangan daripada tingkap pesawat. Aku bukan bos besar, jadi cuma layak untuk naik FireFlyz, jadi lah kan :)

Perkenalkan rakan sekerja, sebilik, sepejabat aku, Chin.

Masuk je hotel sudah ada welcome note. Fyi, nota ini handwriting oleh residence manager sendiri tau. Rasanya tak payah bagitau lah hotel apa aku duduk kan. Boleh tengok alamat kat atas tu :)

Okey mari kita tengok peralatan apa yang ada dalam hotel / serviced apartment ini.

Microwave canggih yang mesra ekologi menjadi teman setia aku untuk memanaskan semula Old Chang Kee dan apple crumble dari Polar kesukaan aku. nyummm!

Sangat memahami tugasan yang berlambak, jadi mereka baik hati sediakan washing machine untuk memeudahkan urusan harian. cewah.

Ehh takkan sediakan washing machine je kan, lagi tambah baik hati sediakan detergent sekali. Ini akan ditukar setiap hari tau.

Dalam peti ais, standard lah, mesti ada air mineral dan air berkarbonat. Ini pun akan di refill setiap hari.

Ini pulak induction cooker sebagai perhiasan . Aku dengan Chin tak guna pun, takde masa nak masak. Busy lah katakan. Eh betul lah, aku datang nak kerja bukan nak main masak-masak.hehe.

Senarai menu yang boleh ditempah dan akan sampai terus di depan pintu. For display only, jangan harap aku nak tempah. Mahal mak aih!

Ini refreshment yang paling best. Ok Nescafe itu biasa, tapi Dilmah tea tu memang sedap. Disediakan jugak espresso coffe untuk dibancuh dengan coffee maker.


Jom intai apa pulak yang ada dalam laci kabinet.

Lengkap kan? Tapi aku cuma guna sudu dan garfu je.


Siap dibekalkan, takut-takut kulit tetamu melecur kalau pegang benda panas :)

Set pinggan untuk dua orang. Just nice.

Kain lap macam kat dapur umah aku pun ada. Bagus betul.

Menatang ni mula-mula aku tak tau apa. Sekali bukak, rupa-rupanya electric dishwasher. Aku pernah tengok benda ni kat dalam rumah America's Next Top Model je. Menakjubkan!

Persediaan rapi, jadi tetamu tidak harus berasa risau jika ada berlaku kebakaran minor.

Ini apa yang ada dalam almari pertama. Ya, dia ada dua almari. Lagi satu almari ada rak kasut, pelbagai penyangkut baju dan juga peti simpanan keselamatan.

Oh jubah mandi itu sangat selesa, kalau boleh bawak balik kan bagus.HEHE.

Kalau duit terlebih banyak, boleh hantar dobi. Sekilo cuma sekitar SGD10.00 je.

Untuk keselesaan kaki. Seorang akan dapat sepasang sekali visit. Jadi aku ada dua pasang sebab dua kali menginap di sini :)

Fyi, aku menginap di Ascott Raffles ni selama dua minggu. Memang syok habis.

Ok pasni aku tunjuk side lain bilik aku eh.

Sekarang tengah hujan, perut pun dah lapar. Tenaga dah makin kurang nak tulis.
Okay selamat berbuka.

Friday, August 13, 2010

.Dipatuk Ular.

Fuhh! Berpeluh aku bangun tidur masa nak sahur pagi tadi. Tersenyum-senyum pun ada ^_^

AKU MIMPI KENA PATUK ULAR.

Mengikut cakap orang tua-tua dan tafsiran mimpi yang aku baca kat sini, maksudnya:

Dipatuk oleh ular atau dibelitnya. Alamat beroleh isteri, jika perempuan segeranya beroleh suami.

Hah!! Memang betul sangaaaaat tu!

Mau tak senyum sampai telinga kan? Daripada dulu aku nak mimpi kena patuk ular, tapi tak dapat-dapat. Tup tup malam tadi mimpi pulak.hehe. Dibulan Ramadhan, diharapkan petanda baiklah kan.

Amin. Amin. Amin.

Selamat berhujung Minggu!




ps: Hari ini balik rumah. Esok Irwan, bakal bapak dan emak mertua mahu datang rumah. Jadi aku kena masak special :)

Thursday, August 12, 2010

.Dia Menangis.

Pagi tadi selepas sahur, Irwan sms aku.

"I mimpi malam tadi u paksa i kahwin dengan kawan u. I bangun tidur basah pipi i. I jarang dapat mimipi."

Irwan memang jarang mimpi. Apatah lagi mimpi dan menangis.
Orang tua-tua cakap mimpi tu terbalik kan. Maksudnya aku takda lah paksa dia kawin kan kan.

.
.

Aku telefon Irwan masa sampai di pejabat pagi tadi.

Tak lama lepas tu, sms masuk. Irwan sms aku.

"I tengah marah tadi. Bila dengar suara u, sejuk hati I."

*wink *wink *wink

SUKANYA SAYA BILA SUARA SAYA YANG CUTE SIKIT DARI DORAEMON NI MENJADI PENEYEJUK HATI BAKAL SUAMI. ahaks!

Wednesday, August 11, 2010

.SMS Ramadhan.

Sedang aku menonton The Biggest Loser malam tadi, ada satu sms masuk. Oh daripada ayah aku rupanya. Sms berbunyi:

"Perkataan yang cantik - ALLAH,
Lagu yang merdu - Azan,
Novel yang menarik - Al-quran,
Senaman yang baik - Sembahyang,
Diet yang mujarab - Puasa,

Tingkatkan amalan di bulan Ramadhan, banyakkan sembahyang sunat, berdoa bermunajat dan bertaubat, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak untuk ANAKKU."

.

Seingat aku ini sms ucapan Ramadhan pertama daripada ayah aku. Rasa terharu dan sebak pulak masa dapat sms semalam. Yelah, ayah aku bukan yang jenis rajin main sms kan. Ini yang buat aku nak balik rumah minggu ni, dapat buka puasa dengan mak & ayah :)


Ohhh baru separuh hari puasa kepala aku dah sakit tau. Sabar jiha, kena tahan tau. Tengah fikir nak bukak puasa apa petang nanti. Apa sedap?




ps: Thanks pada semua rakan-rakan yang sudi hantar sms ucapan Ramadhan pada aku.

pss: Kepada semua pembaca / stalker / pengkomen ".Kita Punya Hal." (dahulu dikenali ~This Is My Wardrobe~), aku ucapkan Selamat Berpuasa, semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah ;)

Tuesday, August 10, 2010

.Langkah Pertama.


Langkah satu selesai, alhamdulillah.

Jenuh jugak nak habiskan kursus dua hari ni, maklum je lah penat kerja tak hilang lagi, tup tup kul8 pagi Sabtu dah kena ready untuk dengar ceramah alam perkahwinan. hehe.

Ada 12 slot semuanya. Cuma 2 slot je macam boring sikit penceramahnya. Yang lain semua BEST! Ketawa tak ingat sampai nak berguling-guling kau. Lagi-lagi bab munakahat kan.hehe. *GATAL sungguh.

Bila dapat je sijil, suka mak aih! Kalau tak liat je nak attend kursus ni. Asyik postponed je tarikhnya.

Yuran kursus RM 120. Kalau kat KL cuma RM80 tak silap. Johor mahal sikit sebab kursus 2 hari penuh. Kat KL 1 hari setengah je kalau tak silap.

Memang bagus kalau pergi kursus bersama bakal suami/isteri. Banyak ilmu boleh dapat. Aku rasa kan, macam aku dah tua je masa gi kursus ni. Sebab yang datang tu, muda-muda belaka.

Yang paling best. tak disangka, 'hadiah 'kahwin' pertama dah muncul.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa!

Tak sangka dapat cabutan bertuah! Tapi bukan aku dapat, Irwan yang bertuah!

Dalam 80 orang peserta, hanya 4 je yang bertuah tau.
Berbaloi-baloi pergi kursus 2 hari. Syukur alhamdulillah :)


Sesiapa yang berada di lingkungan daerah Johor Bahru, jika berminat boleh daftar di sini.
Tempat terhad, cepat jangan berlengah lagi!





ps: gambar kat sijil tu, bukan gambar sebenar. tadi bukak paint, syok pulak melukis tiba-tiba.hehe.

Wednesday, August 4, 2010

.Setahun Sudah Berlalu, Ogos Datang Kembali.

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, hari ini 04 OGOS 2010, genap setahun aku bekerja di institusi kewangan ini.

Setahun yang membanggakan. Setahun yang penuh suka-duka. Setahun yang buat aku jadi lebih dewasa. Setahun yang termasuk macam-macam rasa.

Dan dalam setahun itu jugaklah, ada dua kali farewell untuk bekas colleague aku.

(Yang baju hitam duduk di tengah itu Sandy)

Farewell 2: Matthew @ SouledOut Hartamas KL - 28 July 2010
(Yang di kiri sekali itu Matthew)


Aku berazam mahu kekal lagi di sini untuk beberapa tahun lagi, atau selama mana yang mungkin. Kalau boleh sampai dapat long-service award lah kot.Hehe.

Satu kesimpulan daripada gambar farewell, mungkin budak ca-ya-nun-alif kurang sesuai untuk buat kerja back-office, kot?

Syukur Tuhan, masih bagi aku peluang bekerja. Masih murahkan rezeki aku. Aku harap semua kegembiraan dan kebaikan ini berterusan. Amin.




ps: Aku kusut sekarang ni. Irwan pun tengah kusut. Tak boleh jadi, kena cari jalan ni.