Monday, August 30, 2010

.Kepenatan Beli dan Blah.

Hujung minggu lalu adalah minggu yang sangat exhausted. Berkejaran masa aku ke sana ke sini menguruskan hal berkaitan hari ijab kabul aku.

Tapi seronok, sebab Irwan ada sama ;) Jadi benda yang payah pun terasa mudah je nak dilakukan kan.

Tiada istilah shopping raya kali ini, tapi ditukar ke hari membeli-belah untuk hari perkahwinan. Kalau ke Sogo jangan cakaplah, pelbagai ragam, pelbagai manusia dan pelbagai bau ada! Macam nak pengsan kau.

Tengah semua orang bersesak-sesak tu, ada jugak yang sibuk nak berposing ambil gambar konon-konon sibuk membeli handbag. Nak je aku sound OI KAKAK, BOLEH FAHAM TAK ORANG TENGAH RAMAI, JANGANLAH NAK BERPOSING SAKAN PULAK. DATANG HARI LAIN PLEASE! huh~

Mujur semua barang yang di list dapat beli. Bila lolos je ke jalan TAR, mak aih lagi tak boleh blah. Macam lautan manusia. Dengan dugaan cuaca yang panas terik sampai keluar peluh jantan aku. Lepas je dapat barang yang dikehendaki, kitaorang pun blah.

Padahal masa tu baru pukul12.00, tak boleh tahan woo panas. Terus je kitaorang proceed pergi menempah kad ijab kabul.

Malam sambung lagi beli barang, fuhh tak reti penat tu. Bila tengok poket pecah, ok baru insaf jom kita balik.


Ohhh tak sabarnya nak cuti raya minggu depan! Selamat berbuka kawan-kawan! ;)

4 comments:

E.d.Y said...

ko lempang je org yang posing2 tu...huhu

baru ko tau betapa sesaknya kat sana..tak sanggup aku nak g lagi

SiGedikDariScotland said...

tau takpe, aku pun serik nak pegi lagi.huk~

salb said...

i never go there from last friday...dh tau sesak gle...xsanggup nk pi...tgk dr mbc pun dh nmpk jln jam..tym lunch jln2 kat houz deco pn dh xle blah..pas keje cabut..hehe

SiGedikDariScotland said...

.salb.

memang sesak gile kan. hairan tengok oang yang sanggup berasak1 tu.huhu.