Pantasnya masa berlalu, sudah lebih separuh abad kita menyambut hari merdeka / hari kebangsaan / hari kemerdekaan panggilah mana ikut suka pun.
Semalam aku dengan housemate aku, Sofea Jane saja menyibukkan diri keluar pergi jalan TAR. Tak serik lagi tu masa hujung minggu dah bersesak kat situ. Saja je nak melihat gelagat warga ibukota dan warga asing yang tinggal di ibukota membeli untuk persiapan raya.
Bocor jugaklah poket aku walau tak banyak mana. Para peniaga sudah mula berperang harga. Yang jadi masalahnya kita sebagai pengunjung ni, dah rambang mata! Sofea Jane cakap hari ni dia nak pergi lagi sekali, semalam tak puas jalan katanya.
Lepas membeli, kitaorang lepak kat belakang Standard Chartered (kedai kat sini memang Irwan takkan pegi punyalah). Sambil aku hentam roti banjir dengan teh o ais, aku terpandangkan seorang anak Malaysia. Lebih tepat lagi anak Melayu.
Ya, anak Melayu yang menyahut seruan motto hari merdeka tahun ini - 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
Anak Melayu yang masih dalam proses transformasi dirinya dari seorang lelaki kepada seorang perempuan!
Aku tak salahkan budak itu, tapi kenapa dia memilih jalan untuk menjadi bahan gelak tawa orang? Malu bangsa sendiri. tahulah dunia sudah moden, tapi kenapa pemikiran masih dijajah?
Kenapa budak Melayu jadi macam ni? Kenapa rakyat Malaysia jadi macam ni?
Kita merdeka ke kalau masih hipokrit konon-konon tak fasih lagi cakap Melayu tapi hakikatnya hari-hari makan belacan?
Kita merdeka ke kalau masih mengeji hasil karya bangsa sendiri yang kononnya ketinggalan zaman?
Kita merdeka ke kalau masih ada mentaliti yang berkawan dengan orang Melayu ni takde class?
Kita merdeka ke kalau kita bangga mengamalkan cara hidup bangsa asing dan mengetepikan adat kita sendiri?
Kita merdeka ke kalau asyik-asyik membazir duit semata-mata nak show off kita mampu beli barangan berjenama antarabangsa?
Kita merdeka ke kalau makin banyak bayi-bayi dibuang kat tepi jalan?
Kita merdeka ke kalau rumah ibadat sesetengah agama di vandalisma sesuka hati?
Ya, memang kita sudah merdeka 53 tahun.
Hakikatnya kita masih dijajah, dijajah oleh diri sendiri. Ini termasuk aku, masih tewas dengan jajahan nafsu membeli-belah yang tak pernah surut T_T tsk.
Kalau inilah mentalitinya, istilah merdeka cuma pada mulut, cuma pada laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! setiap malam menjelang 31 Ogos. Dan selamanya akan terus begini.
Selamat Hari Lahir Merdeka Malaysia!
ps: Merdeka kali ini aku kerja, sama macam tahun lepas.
4 comments:
setahu aku hari lahir Malaysia 16September
oh ya aku silap tulis. sudah amend :)
mentaliti rakyat msia belum merdeka lg...
salam merdeka gha
.edy.
memang pun. selamat merdeka untuk ko jugak! ;)
Post a Comment