Masuk hari ini, sudah 2minggu Kota Singa aku tinggalkan. Tapi aku masih mahu berkongsi apa yang aku lihat di sana.
Waktu aku kecil, aku selalu berangan mahu jadi seorang doktor. Asal orang tanya je cita-cita aku, cepat je aku jawab SAYA MAHU JADI DOKTOR.
Bila dah besar sikit, masa tu dah pandai bubuh bedak kat muka, dah pandai calit gincu, terus cita-cita berubah, berangan nak jadi MAK DATIN. Siap bergaya dengan selendang tutup separuh rambut, jambul terkeluar. Lawak dowh kalau diingat semula.
Sekarang ni, terus cita-cita aku dishortlisted kan, NAK JADI ISTERI IRWAN. miang sungguh. :P
Ok, aku taknak cerita pasal mimpi aku sangat, aku mahu berkongsi salah satu mimpi yang mahu dikongsi oleh kanak-kanak Singapura. Program ini namanya "Tricycle Dreams: Live Our Dreams, Fly Our Flag".
Program ini dibuat dekat laman Raffles Place, kat bawah office 32 tingkat aku.
comel kan?
aku salute, selama kempen ini bermula, takde satu pun vandalisme yang berlaku.
Antara mimpi mereka.
yang ini aku tahu, cita-cita Irwan akan datang..
:)
2 comments:
doktor gha..huhu..:p
huhu tak dapat aku bayangkan kalo aku jadi doktor :p
Post a Comment