Showing posts with label Babbles Oh. Show all posts
Showing posts with label Babbles Oh. Show all posts

Friday, October 7, 2011

.Bermain Dengan Emosi.

Assalamualaikum.

Jumaat datang lagi. Waktu sekarang berlalu betul-betul macam kilat. Haih. Hari ni jugak Bajet 2012 dibentangkan. Aku tidak ambil pusing sangat, bukan tak ambil berat hal negara, tapi sebab aku dapat dengar pun melalui radio online yang didengar daripada PC ni, sambil tu tangan buat kerja. Jadi intipati yang dibentang tu tak dapat didengar dengan jelas butirnya.

Dulu masa belum kerja lain lah, bila balik rumah waktu pembentangan bajet mesti dah standby depan televisyen dengan mak ayah, dah siap buat air teh o dan paling tidak pisang goreng panas mesti ada. Sambil mengunyah sambil dengar bajet. Sekarang dah sibuk bekerja, mana ada masa nak berleisure ada waktu minum petang.

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal bajet. Biarlah, aku rasa kerajaan dah membuat pertimbangan yang cukup baik dalam melaksanakan bajet. Bukan senang nak bagi semua lapisan masyarakat puas hati kan. Jadi kalau dapat capai sasar 70% yang puas hati pun dah ok kot. Yang pasti kalau cukai rokok dinaikkan, aku antara yang menyokong :P *harapnya Irwan akan kuranglah merokok nanti kan*

Oh, ini masa pinggang masih bercutting. Sekarang? T_T

Bulan Oktober ni pada aku bulan untuk aku bermain dengan emosi. Perasaan ini betul-betul akan diuji. Bayangkan eh, esok Irwan akan terbang jauh meninggalkan aku dan baby ni. Sejauh mana? Sejauh route ini. Kuala Lumpur - Cape Town - Buenos Aires. Dan hanya akan pulang 3 minggu selepas itu, juga dengan route yang sama.

Bukan tak biasa berjauhan, sebelum ni pun kitaorang mengamalkan pernikahan-jarak-jauh, tapi entahlah mungkin disebabkan 'keadaan semasa' aku yang sedang begini, maka emosi tu cepat benar sentap. Yelah, daya pergerakan aku pulak semakin lemah, perut makin membulat, badan pula semakin berat, hendak buat apa-apa cepat pulak mengah.

Lagi-lagi pulak sejak kebelakangan ni aku asyik kena Braxton Hicks je. Adalah sudah 3 kali macam tu. Sakitnya? Boleh tahan. Tak tergambar dengan kata-kata. Sakit untuk beranak aku tak mau bayangkan, lebih daripada itu kot T_T

Dalam tempoh masa aku menjadi 'isteri tinggal' ni, ada dua tarikh penting dalam hidup aku. Satu tarikh adalah hari kelahiran aku, dan satu lagi adalah hari ulangtahun pertama kami! Hah, bertambahlah rasa sekejapnya setahun kan. Macam-macam dugaan dan cabaran sepanjang tempoh tu tahu. Bukan senang menuju ke arah perkahwinan setahun ni.

Nampaknya tiadalah celebration, tiadalah candle light dinner. Surprise flower lagilah tak ada. Tak apalah, dah dituliskan begini kan.

Aku cuma harapkan Irwan pergi dan pulang dengan selamat, itu sudah memadai untuk aku. Bukan apa, persediaan untuk menyambut si kaki kecil ni pun belum lengkap lagi. Perancangannya selepas dia balik baru pulun habis untuk beli itu ini.

Hari makin gelap, hujan kat luar tu masih belum mahu berhenti. Aku nak balik dulu. Malam ni kitaorang nak pergi tengok wayang, at least berdating lah sebelum dia 'terbang' kan :)

Tak dapat aku bayangkan, macamana kat KLIA esok. Rasanya perlu aku standby banyak tisu. Maklumlah aku kan wanita yang bersifat air, maka air mata tu murah sangat untuk tumpah!

Last but not least, untuk suami yang dicintai:




p/s: Mak ayah aku pun datang esok, nak hantar menantu 'terbang' katanya :)

Tuesday, September 20, 2011

.Undescribed Feeling.

Hai.

Sebenarnya perut tengah kenyang. Mata pun boleh tahan ngantuknya. Kalau buat kerja pun kira tak berapa produktif lah.

Aku sihat. Semalam aku pergi check-up, diam tak diam sudah 7 bulan dah perut aku membesar ;) Maksudnya kira-kira lagi 2 bulan, insyaAllah jika diizinkan Tuhan, aku akan melahirkan. rasa takut ada, cuak ada, tak boleh bayangkan lah keadaan masa tu nanti. *post-poned tak payah bayangkan*

Nanti esok aku cerita pasal check-up, dan upload sekali imej scan tu :)

Kitaorang akan pindah ke rumah baru hujung bulan ni, tapi satu apa pun tak kemas lagi. Aku lagi la, mood tengah malas memanjang, nak sentuh apa-apa pun jadi malas.

Makin perut besar, makin lah malas tau nak buat apa-apa. Hari yang sama kitaorang pindah tu, malamnya pulak Irwan dah nak pergi outstation. 3 minggu pulak tu, bila dia balik je tau-tau aku dah 8 bulan :(  Kalau dekat takpe, ini terpisah sehingga kira-kira 15,966.80 kilometer. Time zone pun beza -11 jam. Kalau naik flight tu, makan masa 1 hari jugaklah.

Hmmm entah kenapa, aku macam sedih bila nak kena tinggal. Aku tau dia pergi sebab kerja, tapi entahlah. Perasaan yang sukar diterjemah. Mesti aku nangis gila-gila lah nanti. Dah la sekarang ni air mata memang murah kot T_T

Nak Skype, laptop takde, handphone tak support T_T  Nak emel? Esoknya baru dapat reply. Nak call confirm tak boleh selalu. Tulis surat? Dia balik Malaysia baru dapat reply kot.

Tahan jelah perasaan ni. Oh hati, sila lah menjadi kuat.

Thursday, September 15, 2011

.Selamat Hari Malaysia.

Tahun ini tahun kedua kita semua sambut Hari Malaysia. Semoga Malaysia terus kekal maju, makmur, aman dan sejahtera.

Tak mahulah aku Malaysia huru-hara macam negara-negara luar tu. Yang penting, cukup makan, nak ke mana-mana pun rasa selamat, cukuplah.

Jadi apa rancangan cuti 3 hari ni? Undangan rumah terbuka memang banyak, alamatnya mengumpul lemak lah hujung minggu ni. Dan ada 3 buah rumah aku nak view mulai esok. Oh ya lupa nak beritahu, kalau dapat rumah yang bersesuaian, aku dan Irwan akan pindah dari lokasi sekarang ni.

Almaklumlah sudah ada sejarah hitam dengan lokasi sekarang. Harap-harap rezeki menyebelahi kami kali ini, senang dapat rumah yang elok dan yang penting menepati bajet lah. Setakat sewa sampai RM1000++ buat apa kan, tolong orang bayar rumah je, kalau rumah sendiri takpe jugak.

Selamat Hari Malaysia semua!


Friday, August 12, 2011

.Rahsia.

Mulanya aku tulis blog pada tahun 2008, maksudnya aku bersedia mendedahkan segala kisah dalam hidup aku (yang dirasakan perlu), kononnya mahu berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca.

Tapi itu dulu.

Setelah privasi aku 'diganggu' oleh seorang manusia yang kurang bertamadun dan adab sopannya dalam dunia siber ini, aku mula rasa insecure. Blog bukan lagi tempat selamat unuk aku ceritakan semua benda, sehinggalah aku privatekan blog ni.

Makin hari, makin aku rasa tak banyak benda yang aku kongsikan. Kadang-kadang bukan benda telus yang aku ceritakan. Lebih-lebih lagi berkaitan hal perasaan.

Selain daripada blog ni, aku ada lagi satu tempat untuk aku ceritakan dan curahkan segala perasaan - kekusutan, kekecewaan, kesakitan, kegembiraan dan segala macam emosi lah. Yang mana boleh buat aku lega, walau sekejap.

Sejak aku mula jadi seorang yang extrovert ni, aku semakin banyak memendam perasaan yang aku kira semua aku boleh telan sendiri.

Jadi hanya tempat itu yang aku rasakan selamat untuk mengadu, selain kepadaNya.

Di mana?

Rahsia.

Friday, August 5, 2011

.Tak Faham.

Aku tak faham. Betul-betul tak faham. Dengan sesetengah orang yang status hidupnya sudah bertukar kepada "Berkahwin", tetapi masih menyimpan "kekasih gelap", skandal dan sewaktu dengannya.

Untuk apa weh?

Seronok ke dapat berlaku curang dengan isteri sendiri? Seronok ke dapat bodoh-bodohkan suami sendiri? Rasa bangga ke mampu pasang dua atau tiga skandal? Rasa hebak sangat la kot.

Sebenarnya kau yang berskandal tu yang bodoh. Sebab dosa kau dapat berganda-ganda. Sudahlah asyik menipu je, itu belum kira kalau buat benda-benda tak senonoh lagi kan. Lagi banyak 'token' kau dapat nanti.

Haih, apa nak jadi dengan dunia. Aku masih ingat Irwan pernah cakap dekat aku sebelum kahwin lagi:

"Semua kesalahan yang you buat, I boleh maafkan kecuali satu. Curang."

Dan aku masih pegang pesanan tu. Bukan sebab takut tidak dimaafkan, tapi sebab sayang dan cinta aku yang melimpah-limpah pada dia sejak hari pertama sampai lah sekarang, perut aku pun dah membuncit.

Aku bukan kategori pengkhianat cinta. Pada aku takde faedah kalau kau sudah menjalin hubungan dan komitmen (kahwin apatah lagi!), tapi kau masih nak ada spare-part lain, masih nak makan luar!

Kenapa nak macam tu? Sebab pasangan kau tu dah tak menarik? Dah tak mampu nak penuhi selera dan nafsu kau? Bullshits lah.

Kenapa aku emo sangat?

Sebab lately aku asyik dengar kat radio, banyak caller macam bangga nak bagitau yang diaorang bercinta 2-in-1, bangga bercerita yang diaorang berskandal.

Fikirlah sendiri weh. Dosa kau dapat sebab menyakiti hati pihak yang tidak bersalah macamana pulak?

Dah orang puasa tak elok emo-emo :)


Selamat Berpuasa & Berhujung minggu!

Wednesday, July 6, 2011

.Jangan Sentuh! Itu Privasi!

Assalamualaikum.

Hari ni dengar topik pagi kat Hot FM pasal privasi telefon bimbit. Ada artikel daripada Harian Metro yang menyiarkan berita di Gombak, seorang isteri yang ditumbuk mukanya selepas memeriksa handphone suaminya. Isk, tak patut. Kerana sebiji handphone, habis muka lebam, habis kasih sayang pudar.


Aku setuju dengan pernyataan DJ radio tersebut; Suami tak patut belasah isteri, Isteri pun tak patut check handphone suami.

Tapi biasalah manusia, benda yang ditegah itulah lagi mahu dibuat. Kau rasa kenapa perempuan tu tergerak untuk spot check handphone suaminya?

Perempuan ni (lagi-lagi yang sudah berumahtangga), selagi dia tak rasa atau lihat ada perbuatan atau tindakan atau bukti yang menunjukkan bahawa pasangan dia curang, beralih kasih dan perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan hubungan - diaorang takkan sibuk-sibuk nak bersikap paranoid dan buat spot check itu ini.

Dalam hal ini, aku rasa mungkin si suami menunjukkan perubahan sikap yang mungkin membawa kesebalan dan kejengkelan hati si isteri. Mungkin si suami asyik dok berkepit dengan handphone dia 24 jam, sampai nak pergi jamban pun nak heret handphone. Lepas tu bila isteri minta perhatian, ajak berbual, dilayang endah tak endah. Tu belum kira ada anak lagi, anak pun tak dilayan, sibuk dengan handphone je.

Si isteri pulak, mana tak naik bengang kalau dibuat macam tunggul kayu. Lagi-lagi bila tengok suami asyik senyum-senyum, sengih memanjang bila pandang handphone. Panas hati beb!

Walauapapun, pada aku handphone memang privasi seseorang, cuma pesan aku pada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan (yang sudah berumahtangga khususnya), tak payahlah nak berskandal-skandal bagai, nak adakan hubungan sulit, lepas tu sibuk fikir mana nak sorok handphone bila balik rumah, takut kantoi pulak nanti kan. Habis Tuhan nampak apa yang kau buat, tak takut ke?

Pada aku, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau kau tak de apa-apa benda yang suspicious dalam handphone kau tu, buat apa nak sibuk nak sorok-sorok, lepas tu kalau isteri tu check pun, takkan sampai nak mengamuk macam gorila kelaparan kan. Dah tentulah ada something fishy yang cuba kau cover!

Yang isteri/perempuan pulak, you should build more trust to your husband/partner. Tapi bila kau orang rasa ada faktor yang boleh mengancam ekosistem hubungan korang, cuba bertindak, tapi biar secara berhemah dan waras. Jangan nak menyerang, menuduh membabi buta.

Pelru diingat kat sini, lelaki pantang dituduh dengan benda yang mereka tak buat. Confirm diaorang akan melenting. Kalau boleh tanya elok-elok, kalau dia tak mengaku, ok takpe, cuba jugak percaya yang everything will be just fine walaupun korang tahu yang ada benda yang tak kena.

Apa pun semuanya berbalik kepada siapa yang mencipta dunia ini. Hubungan dan perkahwinan adalah satu perjudian. Walaumacamana dugaan hebat melanda, tapi kalau DIA dah cakap jodoh kau tetap dengan dia, tiada apa boleh pecah-belahkan. Always believe in your destiny! Buruk baik yang kita buat hari ini, Allah itu mengetahui, dan sampai masa yang sesuai, adalah balasan untuk semua itu.


Friday, April 8, 2011

.Jangan Jadi Mangsa Fesyen.

Assalamualaikum.

Hello!

Salam Jumaat. Ehh kejap je dah nak hujung minggu semula kan. kan.

Baiklah, straight to the point, sebagai seorang pemerhati fesyen yang tegar, sekarang trend fesyen bagi wanita berhijab di Malaysia adalah ala-ala Yuna & Hana Tajima. Takkan tak kenal Yuna kan. Tapi siapa Hana Tajima?

Okey ini Yuna.

Yang ini pulak Hana Tajima. Nak tau details, pergi Google sendiri oke ;)

Boleh dikatakan Hana Tajima yang banyak membentuk style Yuna untuk nampak lebih international seterusnya membantu untuk menjadi trend-setter di kalangan golongan berhijab yang muda-muda rata-ratanya.

Tapi bukan Yuna dan Hana yang aku nak ceritakan. Tapi aku perhatikan banyak sangat Yuna dan Hana wannabe yang telah muncul. Kalau sesuai kena dengan gaya anda, sila teruskan. Lagipun menutup aurat, plus tidak menghilangkan ciri fesyen itu kan.

Cuma orang cakap, ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa diri anda tidak sesuai untuk mebawa gaya Yuna-Hana ni, jangan buat. Jangan jadikan diri anda mangsa fesyen. Elok-elok fesyen hijab tu jadi sesuatu yang stylo tapi menutup aurat, dah jadi macam weird dan menakutkan. Tak kena langsung, dan silap-silap dah macam gaya kekampungan yang awkward!

Aku bagi contoh, tadi dekat pejabat aku ada seorang ni (of course perempuan lah), dia try untuk pakai tudung macam Yuna (masuk ni dah kali kedua), dan aku rasa dia follow style aku ikat tudung (after aku belajar dari kakak aku) sebab aku yang mula-mula pakai macam tu kat pejabat ni, but sangat tak sesuai dengan dia kot.

Baiklah bayangkan bila anda melihat seseorang memakai baju kurung cotton berwarna oren muda (baju kurung tu dah cantik), tapi apa yang menambah kesilapan adalah bila dia ikat selendang ala Yuna tapi selendang tu adalah bercorak kotak2 berwarna oren+hijau yang dah macam alas meja. Bukan ke macam semak kot? Kamon kak, baju corak-corak tak boleh pakai dengan tudung corak jugak T_T

Oh my, tolong kalau rasa sangsi tak kena gaya, boleh tanya, jangan terlalu beryakin dengan gaya anda. Sedangkan aku sendiri pun kadang-kadang buat fashion crime pada diri sendiri T_T Cuma kalau nak selamat, gayakan gaya polos, simple and modest. Ingat, style tak memerlukan effort yang berlebihan, less is more! ;)

Kalau kita dah cantik, tak payah pakai sarat-sarat memang akan cantik ye tak? :)

Wallahualam.

Selamat berhujung minggu! ;)

Friday, March 25, 2011

.Penting Sangat Ke Straight A?.

Assalamaualaikum.

Dua hari lepas keputusan SPM 2010 dikeluarkan. Maka bagi pelajar-pelajar yang selama ni dah puas mengerah otak, study siang-malam sampai nak makan pun kadang-kadang lupa mula rasa cuak samada pengorbanan tu berbaloi atau tak.

Dan simptom kecuakan turut dirasai ibubapa pelajar-pelajar terbabit yang tak lupa doa siang malam, sembahyang hajat, dan ada tu berpuasa sunat sepanjang anak mereka exam dengan harapan segala usaha anak mereka diberkati oleh DIA.

Kat pejabat aku tak kurang tempias kecohnya, pada staf-staf yang anak mereka ambil SPM. Masing-masing membanding result antara satu sama lain. Ada yang 4A. Ada yang 6A. Ada yang 9A. Kira okeylah, keputusan memberangsangkan memandangkan mereka semua jenis yang workaholic gila, and aku rasa they do not really have much time to spend dengan diaorang.

Dulu aku SPM tak cemerlang sangat. Aku dapat 5A 3B 3C. Aku bukan pelajar cemerlang. Aku budak average. Okelah, bukan kategori bodoh, bukan jugak kategori genius. Kategori otak mampu berfikir elok-elok lagi.

[straight A's bukan penentu akal seseorang.]

Yang jadi masalah zaman sekarang ni, aku tengok terlalu banyak lambakan pelajar yang dapat straight A's. Jadi what do you expect bila kau dengar si polan si polan dapat A semuanya.

Adakah dia dah capai tahap genius?

Adakah dia memang pintar?

Pada aku zaman sekarang, untuk mendapatkan A tu dah jadi senang. Boleh dikatakan gred juga mungkin diturunkan, sebab sasaran kerajaan sekarang ni, kalau tak silap aku, satu rumah satu graduan. Jadi sekurang-kurangnya mesti ada seorang dalam setiap family yang masuk universiti.

Jadi untuk mencapai target itu, sesuatu perlu dilakukan agar pelajar-pelajar ini mudah diterima masuk ke universiti seterusnya akan terlahir ramai graduan dan mungkin satu hari nanti Malaysia boleh dikelaskan sebagai negara berpendidikan tinggi dengan peratus graduan makin meningkat dari hari ke hari.

Cuma satu yang aku nak tekankan, berapa banyak A pun yang kau dapat hari ini, bukan menentukan apa yang kau akan jadi masa akan datang nanti. Mungkin kau tengok ada budak tu dapat result macam sampah, tapi tak mustahil budak itu nanti yang lebih berjaya akan datang, kalau kena dengan caranya.

Banyak orang berebut target nak straight A sebab apa? Selain daripada boleh berbangga dengan result, mana tau ada nasib dapat scholar kerajaan, jadi boleh belajar ke luar negara dengan percuma.

Aku dah tengok ramai kawan-kawan aku yang bukan budak straight A, tapi berjaya sampai sekarang. Yang pergi oversea pun ramai. Kalau bukan lepas SPM, diaorang pergi lepas Ijazah, dapat sambung Master. Yang dapat straight A (ataupun at least result kencang), dapat kursus yang entah apa apa sebab mereka-mereka yang cemerlang ni kan akan dapat masuk matriks.

Lepas tu tau jelah matriks kan, kalau result out sikit, nanti kau dihumban dapat bagi kursus yang entah apa-apa. Ada lagi teruk, tak dapat masuk universiti pun, dah habis masa sekurang-kurangnya setahun kat matriks.

Aku pun dulu bekas budak matriks jugak. Tapi aku buat separuh jalan. Nasib aku baik sebab dapat tawaran universiti walaupun masuk matriks (dulu siapa dah masuk matriks, takkan dapat tawaran universiti dah), jadi aku ambil keputusan untuk keluar matriks walaupun baru sebulan duduk situ.

Sebab apa aku keluar? Sebab aku tau kemampuan aku. Aku tak cukup genius untuk dapat 4 flat kat matriks. Sebab aku bukan jenis yang study hard. Aku cuma reti study smart. Dan yang penting sekali aku taknak end-up nanti, aku dapat kursus yang aku tak minat. No way! Mujur kos yang aku dapat, antara kursus yang aku minat. Alhamdulillah lah jugak.

Alhamdulillah, masa kat universiti aku boleh perform dengan baik. belajar dengan gembiranya tanpa tekanan macam kat matriks. Dan merasalah jugak aku dapat 4 flat :) Nanti aku bagi tips kat adik-adik macamana nak dapat 4 flat masa kat universiti. Rasa bangga jugaklah. hehe.

Jadi adik-adik, kesimpulannya siapa yang dapat result kaw-kaw tu jangan persiakan, pilih kursus yang tepat dan jangan korbankan masa depan anda dengan tersalah pilih kursus. Pada yang agak kurang berjaya, jangan sedih, percayalah Tuhan sudah simpankan rezeki yang lebih baik untuk awak akan datang nanti :)

Yang penting, kena percaya kebolehan sendiri, berusaha dan jangan berhenti 'minta' pada DIA. InsyaAllah pasti menjadi.


Selamat berhujung minggu!

Monday, February 21, 2011

.Tuah Ayam Nampak Di Kaki.

Assalamualaikum.

Malam tadi selepas selesai solat Isyak, aku macam biasa tercanguk depan televisyen (itu je aktiviti paling best bila duduk sorang-sorang ni) dan layanlah rancangan Mentor 5.

Mentor belum start lagi, tapi paparan uji bakat yang diaorang jalankan untuk mentor-mentor terpilih buat aku gelak pecah perut, dan terus aku rasa baik peserta-peserta ujibakat Mentor yang gagal tu try pulak ujibakat Raja Lawak tahun depan. Kahkahkah.

Mana tidaknya, barulah aku nampak ramai rakyat Malaysia yang telah memalukan diri sendiri secara sukarelanya. Kenapa lah korang nak perbodohkan diri sendiri?

Atau cuma nak cari simpati? Atau saja nak glamour nak masuk tv cit.

Lagi buat aku macam bengang, sebab semua yang ujibakat tu bangsa aku sendiri. Malu dowh bila korang buat gelagat macam tu, satu Malaysia tengok hang!

Sebelum korang pergi ujibakat tu kan, dah puas cermin diri sendiri ke? Atau kat rumah takde cermin? Ok aku faham, mungkin kalau orang-orang macam tu tak pergi ujibakat, nanti tak meriah pulak sesi ujibakat tu kan. Dan stesen televisyen pulak takde modal nak tunjuk scene-scene yang boleh buat rating diaorang naik ye tak?

Tapi come on lah, cermin diri dulu beb sebelum pergi, jangan memalukan diri sendiri dengar perdengarkan suara sumbang korang tu. If you really got the talent, then proceed. Tapi kalau nyanyi pun dah sengau, pitching ke laut, nyanyi terjerit-jerit macam nak pecah pekak dan tak 'mesra' pentas, baik duduk rumah diam-diam je. Praktis mengaji lagi bagus kot.

Atau kalau rasa dah gian sangat nak nyanyi, pergi jelah karaoke jamban atau suruh dulu family korang dengar nyanyian korang tu sebelum pergi ujibakat. Kalau dari 5 orang, 5 orang bagi 5 bintang, barulah pergi kan.

Paling aku tak boleh blah bila tengok scene peserta yang mintak juri duit tambang balik, walau tak berjaya ujibakat, tapi harap orang sponsor tambang balik kau dengan kawan kau. Orang Segamat pulak tu, buat malu orang Johor je. Nasib baik juri baik hati bagi jugak duit, kalau tak kau nak mintak sedekah ke cari duit tambang?

Ada lagi sorang ni pun aku tak boleh blah. Dari Sabak Bernam katanya. Beria nak jadi protege si Noh Hujan. Lepas tu claimed suara dia sedap, ada bakat. Pastu siap bawak 'bodyguard', tengok gaya macam mak nya. Dalam hati aku "bagusnya mak dia ni support habis anak dia nak audition.".

Bila diujibakat oleh Ajai (sebab Noh belum sampai, masih kat airport), Ajai kata NO. Dia tak puas hati dan menidakkan kredibiliti Ajai. Dia cakap kalau Noh yang ujibakat dia, mungkin Noh akan ambil dia. Bila Noh sampai je, dia beria nak suruh Noh dengar dia nyanyi. Yang 'mak' dia tadi siap cakap, "If you say no after dengar dia nyanyi, I'll take it. I puas hati sebab you dah ujibakat dia."

Fine, dan seperti dijangka terkulat-kulat Noh dengar. Suara kau bukan stock yang Noh carilah weh. Kesian si Noh baru je landing, dah kena layan perangai peserta macam tu. huh.

Rupanya si perempuan tadi bukan mak dia, tapi bini dia. Pakaian punya lah over, dah macam Sailormoon aku tengok. Dan macam-macam lagilah ragam peserta-peserta lain. Senang kata banyak yang syok sendiri!

Apa pun guys, semua tu bergantung pada nasib atau tuah kita kan. Kadang-kadang bila kita tengok peserta yang berjaya terpilih tu, suara pun sumbang jugak, takde lah sedap mana, pitching pun ke laut, harap muka je yang boleh jual. Sampai kita wonder ini je ke yang paling terbaik?

Jadi nak salahkan pengujibakat atau peserta tu sendiri?

Semuanya terpulang pada tuah dan rezeki masing-masing. Kalau dah memang rezeki kita, teruk dan susah macamana pun akan jadi rezeki kita jugak kan.

Yang penting jangan putus asa berusaha, berdoa dan bertawakkal pada-Nya :)

Cuma yang aku tahu....


I'm lucky enough to have him beside me ;)

Wednesday, February 9, 2011

.Bila Cakap Pasal Setia.

Assalamualaikum.

Kalau tanya setiap orang adakah diaorang jenis yang setia, mesti ramai yang mengangguk, mesti ramai yang angkat tangan mengaku dialah yang paling setia di muka bumi ni.

Padahal sebenarnya dia tak setia pun, buat-buat setia ada lah. Tapi aku mengaku aku seorang yang setia. Setia dalam konteks aku adalah aku tidak pernah dan tidak akan menjalinkan hubungan atau melakukan kecurangan semasa aku sudah ada hubungan dengan seseorang (maksud aku lelaki lah). Kira aku kalau dah sayang, memang setia habislah, macam Chris Medina tu, insyaAllah :)

Boleh dikatakan kebarangkalian aku tidak akan curang adalah seratus peratus. Ek eleh cakap besar, bajet macam kau tak pernah curang. Sumpah, demi Allah aku tak pernah curang dengan pasangan aku. Daripada dulu zaman bercinta sampailah sudah berkahwin ni, cinta aku kekal bersama orang itu sahaja. Kalau nak cari yang lain pun, selepas berpisah baru aku akan ada orang lain.

Dulu masa zaman bercinta monyet, aku memang setia bahkan terlalu setia, sampai tak nampak ada lelaki yang lebih bagus lalu depan mata. Kalau cakap pasal berkorban wang ringgit, itu dah tak terkira dah. Kalau aku mintak balik semua benda dulu, mau tercirit jugak dia nak bayar balik semua.

Apa yang buat aku setia sangat dengan mantan kekasih pun aku tak tau. Mungkin sebab masa tu usia kita muda sangat untuk fahami soal komitmen dan tanggungjawab, jadi bila tengok orang lain ada boipren, eh aku pun mesti ada jugak.

So kalau tiba-tiba clash, mesti rasa macam ketinggalan sebab orang lain ada boipren tapi kita takde. Jadi suka atau tak, stay jelah walau hakikatnya hati dah tawar -_- Senang cakap, terpaksa setia lah.

Tapi aku cuma manusia biasa. Aku pun tahu marah, tahu berfikir lagi. Dah kalau hubungan tu lama-lama tak mendatangkan hasil. Asyik give je, take nya tak ada sangat, apa lagi, blah lah kan. Lagi-lagi kalau lelaki tu tak pandai nak tunjuk sikap menghargai kita setelah kita dah buat macam-macam untuk dia.

Bila dah kahwin ni, aku dah mula faham erti tanggungjawab. Dah boleh baca maksud kesetiaan. Lagipun memang aku jenis yang setia, jadi insyaAllah cinta dan sayang aku akan kekal untuk suami aku begitu. Takde istilah nak cari yang lebih baik, sebab pada aku kalau selagi kita cari yang lebih baik, selagi tu takkan ada yang lebih baik.

Ada jugak orang cakap orang yang setia ni kadang-kadang macam orang bodoh. Ehh itu orang cakap, bukan aku. Sebab diaorang cakap, buat apa nak setia sangat dengan pasangan, lepas tu sanggup buat macam-macam, entah-entah pasangan kita pun sama dua kali lima tak setia jugak.

So baik tak payah setia sangat, jadi marilah kita mencari kekasih gelap untuk buat spare, jadi bila pasangan kita curang kita ada spare kan? kan? Hoii takkan nak berfikir macam tu!!

Kalau semua orang fikir macam tu, siapa nak setia dalam dunia ni? Kalau macam tu ramailah orang hidup dalam skandal hubungan yang tidak sihat.

Bukan tak boleh berkorban, cuma perlu berpada-pada, dan girls especially, bukaklah mata sikit, tak salah untuk berkorban untuk kekasih, tapi kalau kekasih tu tak boleh nak appreciate korang, lebih teruk lagi sampai naik tangan, blah je. InsyaAllah korang akan dapat yang lebih baik lagi.

Satu je aku nasihatkan pada gadis-gadis yang masih single mingle, tolonglah buang niat korang kalau ada yang merancang nak ambil suami orang jadi boipren korang. Tolong jangan jadi peruntuh rumahtangga, berdosa tau.

Dan pada suami/kekasih yang kekal setia, tahniah aku ucapkan sebab berjaya melawan godaan dunia yang maha hebat sekarang ni. :)

Semoga kita semua menjaga hubungan masing-masing agar hidup rukun dan damai. ^_^

So korang rasa zaman sekarang ni, siapa lebih setia? Perempuan ke Lelaki?

Friday, January 28, 2011

.Kasihan Bila Dua Wanita Bergaduh Hanya Untuk Seorang Jantan.

 Assalamualaikum.

Cuba perhatikan dia ini,


dan dia ini.


Kalau korang pandai apa persamaan diaorang?

Ok korang memang pandai teka. Dua-dua sama cantik (Fasha Sandha lagi cantik pada aku, sebab dia Melayu tulen, Nora Danish ada kacukan).

Dua-dua sama seksi.

Dua-dua bergaduh kerana seorang lelaki.
.
.
Aku tak tau kenapa tiba-tiba aku tergerak nak tulis pasal diaorang ni. Lagipun cerita pasal diaorang memang tengah hot sekarang ni. Si Nora keluarkan statement yang buat Fasha naik angin. Yang Fasha pulak menegakkan kebenaran dia.

Kita tengok Nora Danish dulu. Dia bukan artis favourite aku, cuma sebab kecomelan dia, aku suka. Tapi pada personal preference aku, dia ni mungkin ada satu sikap 'terpendam' yang mungkin ramai orang tak tahu. Maksudnya dalam lembut-lembut muka dia, mungkin ada jugak garangya kan.

Yang aku jadi tak faham, kau dah bercerai dengan laki kau dah lah. Tak payahlah sibuk laki kau nak bercinta dengan siapa pun kan. Just mind your own territory lah. Then, jangan nak gunakan anak sebagai umpan ugutan itu dan ini. Kesian budak tu tak tahu apa-apa. Pada aku memang tak wajar Nora ni bagitahu kat media yang Fasha dan Jejai dah putus dua bulan sebelum diaorang ke Jepun. Padahal kau tak tahu pun situasi sebenar. Jangan masuk campur lah.

Aku rasa Nora mungkin masih belum redha dengan perpisahan yang berlaku, dan lepas ni kalau Jejai ada makwe baru pun mungkin perkara yang sama akan berulang.
.
.
Beralih pada Fasha Sandha pulak, yang rata-ratanya semua orang benci dia. Tapi aku suka dia, walaupun perangai dia agak keterlaluan kadang-kadang tu. Sebab pada aku dia ni berani pertahankan diri dan hak dia.

Cuma kadang-kadang Fasha ni silap langkah. Selalu sangat cetuskan kontroversi yang buat orang rasa jelik dengan dia, sampailah satu tahap orang dah tak percaya apa dia cakap dah walaupun dia tegakkan kebenaran. Tapi aku tabik dia berani keluarkan semua bukti yang dia dan Jejai baru clash hari tu, bukan dua bulan sudah yang macam Nora Danish dakwa.

Sedih jugak bila tahu dia dah clash dengan si Jejai, yelah hari tu beria cakap nak kahwin semua, yang si Jejai pun siap melawat makwe ni kat lokasi penggambaram naik helikopter lagi.

Tup tup keceper! Berpisah sudah.
.
.
Kesian Fasha Sandha, kesian Nora Danish. Yang bangga Jejai lah. Ada dua wanita yang cantik dan seksi bergaduh disebabkan dia. Kira macam lelaki idaman Malaya lah kan.

To both women, tak payah gaduh-gaduh lagi lah cuma pasal seorang jantan. Kita hidup kat dunia bukan lama sangat. Rugi kalau asyik gaduh ni. Pada Nora Danish, yang lepas tu sudahlah, cuba belajar terima kenyataan. Pada Fasha pulak, jangan putus semangat, tak lama lagi mesti ada pengganti pulak. Orang cantik katakan :)

Haih dunia, oh dunia. Selamat berhujung minggu!!




ps: yeayyy Irwan datang hari ni :)

Tuesday, January 4, 2011

.Empat Januari.

Assalamualaikum.


Bonjour tout le monde ! Il a déjà 4e jour de nouvelle année. Comment le temps mouches.

Mon quotidien a commencé avec les routines habituelles - réveiller, travaillant et rentrer à la maison. J'ai commencé à soupirer pour ces routines. Ennuyeux !

InsyaAllah, je ferai un grand mouvement de ma carrière cette année. Je veux dire que j'ai peut-être démissionner de mon poste actuel et de retour à la belle ville de natale.

Il n'est pas que mon travail actuel ne me satisfait pas, c'est une excellente, en effet. Je pense qu'il vaut mieux pour moi d'aller de Johore, que je trouve inutile de rester en KL pendant une longue période.

Mes parents et mes parents-in-law restent en JB. C'est difficile pour moi de déplacer il lorsqu'on pense à l'avenir.

Irwan sont levés pour notre maison (je veux dire la véritable maison), et peut-être la semaine prochaine nous allons vont ensemble sur:) d'arpentage

Je sais qu'il est difficile de chercher un nouvel emploi, mais Dieu, tout ira bien !

Priez pour moi les copains ! :)
.
.

FAHAM TAK?

Okay..baca translation oke :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.


Hello everyone! It already 4th day in New Year. How time flies.

My daily life started with usual routines - wake up, working and go home. I'm started sighing for these routines. Boring!

InsyaAllah, i will make a big movement of my career this year. I mean i maybe resign from my current job and back to the lovely hometown.

It's not that my current job does not satisfy me, it's excellent, indeed. Just i think it's better for me to move to Johore as i find no point to stay in KL for a long period.

My parents and my parents-in-law are staying in JB. That's the tough reason for me to move there when thinking about future.

Irwan are about surveying for our home (i mean the real home), and maybe next week we'll go together on surveying it :)

I know it's difficult to look for a new job, But God willing, everything will be just fine!

Pray for me buddies! :)


p/s: sorry for my weak English :)

Thursday, December 30, 2010

.Tahun Ini Tahun Harimau.

Tak sia-sia semalam cepat-cepat balik rumah nak tengok AFF Suzuki Cup punya pasal. Semangat nak tengok Indonesia diganyang oleh Malaysia.

Banyak jugak wajah-wajah jelita selebriti Indonesia yang berjaya dishoot oleh cameraman. Tapi aku tak nampak pulak Ariel Peterporn malam tadi.

Agaknya kalau dia datang malam tadi, mau disuruh lari bogel keliling Stadium Gelora Bung Karno. kuikui.

Alhamdulillah. Syukur Malaysia menang. Tahun ini memang Tahun Harimau :)

Alhamdulillah, esok public holiday.

Arggh! Aku kena kerja esok. grr.

Wednesday, December 15, 2010

.Aku Nak Tapi.....

Assalamualaikum.

Hai semua.

Maaflah dah lama tak menulis. Bukan tak mahu update, aku nak. Betul, serius aku nak update, cuma masa tak cukup. masa yang ada cuma masa untuk tidur sahaja -_-

Banyak sangat hal perlu diselesaikan, perlu dikemaskini, perlu diperbaiki. Sampai dehydrated dibuatnya.

Aku rasa something wrong sikit sekarang ni. Aku cepat letih, makin malas, asyik nak tidur je :(
Macam rasa tak produktif langsung.

Dan aku suka teringin nak makan macam-macam pulak.



Ok tiba-tiba nak makan J.Co Donut sekarang ni. *telan air liur*



Monday, November 22, 2010

.Tandas Pun Penting Juga.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi Isnin sudah suram, sebab hujan beserta angin menambahkan kemalasan untuk pergi menjalankan tugas, macam biasa.

Baiklah, mari bercakap tentang satu benda yang sedikit kotor, iaitu tandas. Tiba-tiba aku macam nak jadi wakil dari Organisasi Alam Sekitar mahu bercakap soal kebersihan. Maklumlah dulu zaman sekolah aku seorang Exco Kebersihan dan Keceriaan Asrama. Jadi jawatan tu memang kena sangatlah dengan aku yang seorang 'hygenic' ni.

Korang tahu tak yang 19 November yang lalu merupakan Hari Tandas Sedunia. Hari tersebut disambut pada setiap 19 November setiap tahun. Untuk keterangan lanjut, sila klik ini.

Kalau bercakap soal tandas, berapa banyak kali dalam hidup korang buat kerja mencuci tandas? Nak ke korang pegang berus jamban tu, sental mangkuk tandas tempat korang buang hajat?

Pada aku perkara yang mencerminkan peribadi pemilik sesebuah rumah itu adalah tandasnya. Bukan ruang tamu, bukan ruang makan mahupun dapur memasak yang dilengkapi dengan kabinet dapur yang wow.

Kalau kotor, berbau, dan hancing baunya macam tandas di stesen-stesen minyak (bukan semua stesen minyak, ada jugak yang bersih), maka memang sah-sah lah pemilik rumah tu pun pengotor orangnya. Sebabnya kau orang masuk tandas mesti paling kurang pun 5 kali sehari kan, memang tempat wajib lah senang cakap. Jadi kalau tak bersih, selera ke korang nak 'melepas' kat situ?

Memanglah dalam tandas tu banyak setan, jadi kalau tempat setan duduk biar kotor jelah? Korang pandai komplen kalau tandas kat R&R Plus kotor, tandas stesen minyak menggelikan, tandas kat shopping complex hancing, tapi cuba tengok balik tandas rumah korang. Agak-agak macam tandas hotel ke?Lebih-lebih lagi kalau rumah tu rumah sewa yang dikongsi dengan ramai penghuni. Memang aku jamin mesti ada kulat kat tandas diaorang tu.

Antara tandas di tempat awam yang paling terbersih aku pernah masuk adalah tandas di Phuket FantaSea, Phuket Thailand waktu aku berhoneymoon hari tu.

Cuba korang tengok gambar ni.

Siap ada mural yang melambangkan kecirian tradisional Thailand.

Dekat pintu tandas pun siap ada artwork.


Lagi mural pada dinding.

Untuk pengetahuan, Phuket FantaSea pasti dikunjungi beribu-ribu pengunjung dalam satu hari, jadi apabila mereka dapat mengekalkan kadar kebersihan tandas pada tahap CEMERLANG, aku memang kagum.

Serius, tiada bau yang kurang menyenangkan. Korang boleh duduk atas lantai tandas kalau korang nak. Oke aku bukan suruh duduk, tapi boleh nampak tak macamana bersihnya tandas diaorang?

Tandas di Malaysia pun apa kurangnya. Ada juga di beberapa tempat awam yang tandasnya memang terbaik.Tandas kat hotel lain ceritalah kan.

Tandas di lebuh raya juga semakin bagus dan bersih sekarang ini. Pada aku, ini semua mentaliti bangsa. Kalau kita sama-sama jaga, mesti semua dalam keadaan elok kan?

 Ini tidak, yang gatal tangan ramai sangat, lagi-lagi tukang conteng belakang pintu tandas. Kreatif betul lukis gambar-gambar tak senonoh, tak kurang yang promosi 'servis' diaorang dengan meletakkan nombor telefon.

Dulu masa aku jadi Exco Kebersihan, antara projek yang aku tinggalkan (sampai sekarang mungkin ada lagi) adalah mural yang aku dan AJK-AJK lukis pada setiap tandas dan bilik membasuh di asrama. Ada corak kulit kerang, corak bunga. Lepas siap mural tu, macam rasa semangat je bila masuk tandas, takde lah rasa macam 'seram' jebila masuk tandas asrama. hehe.

Sekarang aku dah jarang melukis. In fact, banyak hobi aku yang aku sudah lama tinggalkan. Mungkin aku semakin tua.

Tutup cerita pasal tandas. Hari ni aku asyik pergi tandas je. Penat.



ps: Dulu masa Form 1, aku selalu curik-curik nangis dalam shower waktu mandi bila aku homesick. Malu seh!

Tuesday, November 16, 2010

.Sikap Baik dan Comel Pasti Semua Sayang.

Assalamualaikum.

Maaflah tak dapat tulis belog selalu macam dulu. Agak sibuk sedikit lah. Cehh macam lah ada orang yang ternanti-nanti entri baru aku kan.

Apa kena mengena tajuk entri tentang sikap. Tak, ni bukan sesi tazkirah atau rencana motivasi, cuma aku nak kongsikan ada satu sikap manusia yang aku jumpa masa aku pergi temankan adik ipar aku beli barang kat Jusco Alpha Angle.

Di kedai Body Shop itu, of course lah masa masuk kedai tu, salesperson Cina lelaki yang berperawakan lembut tu sangat welcoming kitaorang. Sedang adik ipar aku membelek-belek perfume mana satu yang dia nak beli, salesperson tu pun memperkenalkan perfume baru keluaran Body Shop dan beri juga penerangan mengenai beberapa jenis perfume.

Kira memang dia memberikan servis baiklah walaupun jam masa tu dah nak dekat pukul 10 malam. Kedai pun dah tutup separuh. Tiba-tiba kat belakang kitaorang ni, berdiri seorang budak perempuan. Umur dalam lingkungan 20-an (macam lagi tua je daripada aku!) Dia pun di alu-alukan masuk oleh salesperson tadi.

Kitaorang masih lagi pilih-memilih jadi tak pedulikan budak perempuan tu. So as the salesperson pun tak pedulikan dia.

Tiba-tiba dia cakap macam ni.

SHIT! INGAT ORANG TAKDE DUIT KE?

Terus dia keluar dari kedai, sambil jalan menghentak-hentak kaki. Dah lah cara berpakaian tu macam minah tahapeape (bukan seksi, tapi tak semenggah). Dengan beg sandang yang melebihi paras punggung, seluar besar kat bahagian bawah kaki, t-shirt gedoboh, pakai tudung, boleh tak korang bayangkan watak pempuan ni?

Senang cakap macam ni lah, macam perempuan kampung jakun yang eksyen semacam bila masuk shopping complex. Sorry aku bukan nak kutuk perempuan kampung, aku pun asal dari kampung.

Tapi tolonglah jangan nak emosional tak tentu pasal. Behave lah kalau kat tempat awam. Paling tak bagus kau menyumpah-nyumpah salesperson tu sebab kau rasa dia tak layan kau. Sebab salesperson tu layan kitaorang :) haha.

Habis tu, kalau kau masuk dengan muka masam, lepas tu berdiri tercegat kat belakang kitaorang, takde pun nak tanya salesperson tu apa-apa macamana dia nak layan kau? Dia pun tak tau apa yang kau nak beli. At least kau belek-belek lah barang kat situ, then dia akan approach kau ye tak?

Isyy tak pasal aku dah mengomel. Orang macam ni pun ada. Kalau anda rasa diri anda tu tak menarik perhatian, do something supaya orang tertarik dengan anda. Bukan mengamalkan sikap sombong macam awak sorang je yang banyak duit.

Ok tutup cerita.

Sekarang cerita gambar bawah ni.

Aku rembat kat Nose Alpha Angle. RM10 je! The clearance stock exclusively only at Nose Alpha Angle. Oke lah buat kasut raya haji kan :) hehe. Selesa pulak tu.

.
.

Oleh kerana aku dengan Irwan mengamalkan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh), jadi kalau rindu dengan suami tercinta aku akan buat ini.

Ber 'camwhore' sebelum pergi kerja, kemudian hantar MMS pada suami tercinta "Isteri Nak Pergi Kerja". Yelah nak 3G kat tempat Irwan line tak jelas sangat, so MMS je yang boleh. Jadi lah kan :)


Oh ya! Sekarang aku officially "Puan" dalam pangkalan data office aku. Bangga :)

Tu yang best kalau perempuan dah kahwin, dari "Cik" tukar jadi "Puan". Tapi kalau lelaki tetap "Encik" kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha semua :)

Ini raya haji pertama bergelar isteri, excited!

Hati-hati di jalan raya ya!