Wednesday, February 9, 2011

.Bila Cakap Pasal Setia.

Assalamualaikum.

Kalau tanya setiap orang adakah diaorang jenis yang setia, mesti ramai yang mengangguk, mesti ramai yang angkat tangan mengaku dialah yang paling setia di muka bumi ni.

Padahal sebenarnya dia tak setia pun, buat-buat setia ada lah. Tapi aku mengaku aku seorang yang setia. Setia dalam konteks aku adalah aku tidak pernah dan tidak akan menjalinkan hubungan atau melakukan kecurangan semasa aku sudah ada hubungan dengan seseorang (maksud aku lelaki lah). Kira aku kalau dah sayang, memang setia habislah, macam Chris Medina tu, insyaAllah :)

Boleh dikatakan kebarangkalian aku tidak akan curang adalah seratus peratus. Ek eleh cakap besar, bajet macam kau tak pernah curang. Sumpah, demi Allah aku tak pernah curang dengan pasangan aku. Daripada dulu zaman bercinta sampailah sudah berkahwin ni, cinta aku kekal bersama orang itu sahaja. Kalau nak cari yang lain pun, selepas berpisah baru aku akan ada orang lain.

Dulu masa zaman bercinta monyet, aku memang setia bahkan terlalu setia, sampai tak nampak ada lelaki yang lebih bagus lalu depan mata. Kalau cakap pasal berkorban wang ringgit, itu dah tak terkira dah. Kalau aku mintak balik semua benda dulu, mau tercirit jugak dia nak bayar balik semua.

Apa yang buat aku setia sangat dengan mantan kekasih pun aku tak tau. Mungkin sebab masa tu usia kita muda sangat untuk fahami soal komitmen dan tanggungjawab, jadi bila tengok orang lain ada boipren, eh aku pun mesti ada jugak.

So kalau tiba-tiba clash, mesti rasa macam ketinggalan sebab orang lain ada boipren tapi kita takde. Jadi suka atau tak, stay jelah walau hakikatnya hati dah tawar -_- Senang cakap, terpaksa setia lah.

Tapi aku cuma manusia biasa. Aku pun tahu marah, tahu berfikir lagi. Dah kalau hubungan tu lama-lama tak mendatangkan hasil. Asyik give je, take nya tak ada sangat, apa lagi, blah lah kan. Lagi-lagi kalau lelaki tu tak pandai nak tunjuk sikap menghargai kita setelah kita dah buat macam-macam untuk dia.

Bila dah kahwin ni, aku dah mula faham erti tanggungjawab. Dah boleh baca maksud kesetiaan. Lagipun memang aku jenis yang setia, jadi insyaAllah cinta dan sayang aku akan kekal untuk suami aku begitu. Takde istilah nak cari yang lebih baik, sebab pada aku kalau selagi kita cari yang lebih baik, selagi tu takkan ada yang lebih baik.

Ada jugak orang cakap orang yang setia ni kadang-kadang macam orang bodoh. Ehh itu orang cakap, bukan aku. Sebab diaorang cakap, buat apa nak setia sangat dengan pasangan, lepas tu sanggup buat macam-macam, entah-entah pasangan kita pun sama dua kali lima tak setia jugak.

So baik tak payah setia sangat, jadi marilah kita mencari kekasih gelap untuk buat spare, jadi bila pasangan kita curang kita ada spare kan? kan? Hoii takkan nak berfikir macam tu!!

Kalau semua orang fikir macam tu, siapa nak setia dalam dunia ni? Kalau macam tu ramailah orang hidup dalam skandal hubungan yang tidak sihat.

Bukan tak boleh berkorban, cuma perlu berpada-pada, dan girls especially, bukaklah mata sikit, tak salah untuk berkorban untuk kekasih, tapi kalau kekasih tu tak boleh nak appreciate korang, lebih teruk lagi sampai naik tangan, blah je. InsyaAllah korang akan dapat yang lebih baik lagi.

Satu je aku nasihatkan pada gadis-gadis yang masih single mingle, tolonglah buang niat korang kalau ada yang merancang nak ambil suami orang jadi boipren korang. Tolong jangan jadi peruntuh rumahtangga, berdosa tau.

Dan pada suami/kekasih yang kekal setia, tahniah aku ucapkan sebab berjaya melawan godaan dunia yang maha hebat sekarang ni. :)

Semoga kita semua menjaga hubungan masing-masing agar hidup rukun dan damai. ^_^

So korang rasa zaman sekarang ni, siapa lebih setia? Perempuan ke Lelaki?

6 comments:

AzmanV2 said...

Dua-dua setia dan dua-dua tak setia.

Aku terus terang, bukan jenis setia, dulu. Aku pernah curang dengan mantan-mantan kekasih aku beberapa kali.

Bila aku pertama kali betul-betul setia, aku pulak di curangi.

Karma.

Jangan buat perkara yang kita tidak mahu terjadi kepada diri sendiri kepada orang lain.

Kini, aku 100% setia.

Karmm is a bitch if you are one.

Mandalorian Warrior said...

perempuan lebih setia..:)sbb in my life byk jmp lelaki yg tak setia especially pd isteri masing2 & member2 plk tlg cover..kira turut bersubahat sekali..hurmm ape nak jadi?
perempuan agak susah utk tidak setia sbb byk pk..pk anak2..pk keluarga..pk diri sendiri x brape cun ..ada ke org nak? skg plk rmai perempuan cantik2 so tade masalah bg lelaki nk pilih..

Unknown said...

dua2 setia kot kalau dua2 salaing faham memahami...

.Gha A. said...

.Man.

bagus, anda jujur betul :) betul, kalau kita setia insyaAllah pasangan kita setia kan.

kalau kita curang, risiko tanggung sendiri lah.huhu

.Gha A. said...

.Kemma.

Betul, perempuan sekarang dah berlambak. Lelaki pulak makin sikit. Jadi lelaki senang buat pilihan. haih~

.Gha A. said...

.Edy.

Wahh pandai jugak ko cakap pasla hubungan eh :) tapi betul lah tu. yang penting understanding.