Tuesday, June 28, 2011

.Hari 1 - My Favourite Song.

Lagu kegemaran yang aku takkan jemu untuk keep playing adalah:

"Sempurna"

by Andra and The Backbone.

Hoii malas gila nak amik link YouTube ke hape. Tapi aku tau ramai yang tahu lagu ni. Aku suka sangat sebab dia punya rentak dan lirik macam sangat relax dan menyentuh hati.

Mungkin ramai manusia mengharapkan diri mereka menjadi sempurna kepada orang yang mereka sayang, tapi aku, tak mengharapkan aku akan menjadi sebegitu. Sebab aku tau, walau macamana aku berusaha untuk jadi sempurna sekalipun, tak mungkin aku akan sempurna kot.

Tapi apa pun, aku cuma berharap aku akan menjadi seorang yang terbaik - isteri yang terbaik, ibu yang terbaik, anak yang terbaik, kakak yang terbaik dan yang terbaik kepada orang-orang disekeliling aku.

Amin.

2 comments:

Lawsonia said...

suka lagu pokok by meet uncle hussein.cool..

.Najihah A. said...

Lerr ingatkan sapelah tadi, dah tukar nama ye :)

Ehh awak sama dengan husband kita, suka sangat lagu pokok tu ;)