Monday, August 1, 2011

.Ramadhan Datang Lagi & Minggu 21 Punya Cerita.

Assalamualaikum.

Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Sekarang, Ramadhan menjelma semula. Dan aku pun minggu ni sudah masuk minggu ke-21.

Oh ya, aku dah pergi 5 months checkup Selasa lepas. Syukur semuanya dalam keadaan elok dan sempurna.
Meh nak cerita sikit pasal check up aku. (Wah semangat!)

Untuk monthly check-up, aku pergi kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Tempat ni lagi besar dari klinik tapi kecik dari hospital. Gynae aku namanya Dr Kamariah @ Dr Kay. Dr Kay ni muka nampak garang, tapi dia soft je.

Hari tu, aku datang naluri awal, masa tu pukul 820 pagi (klinik bukak jam 9 pagi), aku dah pergi register. Alhamdulillah, dapat giliran no 1. yeahhh! Tapi Dr Kay datang kira-kira 930 pagi, masa tu file pesakit yang nipis je tu dah tebal sejengkal! Bayangkan masa tu aku rasa bertuahnya aku :)

Masa dia scan perut aku tu, aku rasa happy sangat bila tengok si pemilik kaki comel dalam perut aku ni membesar dengan sempurna. Syukur alhamdulillah. Dan doktor sekali lagi dah sahkan yang dia adalah baby boy :) Nampak dia punya tuttttttt dengan jelas okay. hehe.

Dan Dr Kay pun tunjuklah bahagian otak dia, kaki, punggung, degupan jantung dan semuanya lah. Dan Dr Kay cakap semua dah complete. Aku pun tanya Dr Kay, "Jari dia dah cukup ke doktor?", sebab setahu aku bila dah 5 bulan jari-jari dah mula kelihatan.

Bila Dr Kay bawak scanner tu ke arah jari, baby aku terus gerakkan jari-jai dia. Macam dia nak cakap dengan aku "Mummy, see my fingers!". Comel! ;) Alhamdulillah, cukup sifat anak mummy ni.

Next check-up sebelum raya nanti. Check-up kat klinik swasta ni memang mahal sikit, sekali pergi cecah dua ratus gak, tapi puas hati dengan treatment dan ubat-ubat yang dia bagi. Alah membayar, hati pun berbunga tengok baby sihat kan :)

Ok mari tengok macamana perkembangan baby aku pada minggu ke-21 ni.

Lebih kurang macam ni lah baby dalam rahim. Dah pandai hisap jari. Dan perkembangan major adalah bila berat dia dah bertambah, dan sudah sebesar sebatang lobak :) Pada minggu ni, bulu kening dan bulu mata sudah terbentuk, jadi tak tau dia ikut bulu mata lentik daddy dia, atau pun bulu kening mummy and daddy dia yang dua-duanya tegak je :P

Perkembangan lain untuk mummy dan baby minggu ini adalah:
  • Berat aku dah cecah 73 kg! Meramalkan berat akan mencecah ke 85kg sehingga selamat bersalin nanti. Masak aku nak kuruskan badan balik T_T *rindu waktu aku berat 48kg dulu* sobs*
  • Jerawat makin banyak tumbuh, dan itu perkara biasa katanya.
  • Baby makin aktif menendang. Bila dia tendang tu, senak dan ngilu rasanya, kadang-kadang rasa macam nak terkencing je.
  • Baby jealous dengan Khairul Fahmi Che Mat. Bila aku puji si Apek tu bagus main bola, terus dia tendang perut aku. Dia langsung tak boleh dengar nama si Apek tu, terus reflek menendang :D Sekarang ni pun aku tulis, dia tendang ni :) 
  • Baby macam dah boleh dengar kata. InsyaAllah anak mummy ni nanti jadi budak baik ye.
Tu jela kot perkembangan setakat ni. Nanti cerita lagi ye. Cuma aku sekarang tengah berkira-kira untuk buat photoshoot perut tengah membesar :) Ada sape-sape yang volunteer tak nak shoot aku :P

Selamat Berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat kita semua, dan semoga amalan kita diterima olehNya, Amin.

Aku juga nak mohon ampun maaf pada korang semua sekiranya entri-entri yang aku tulis ada membuatkan hati siapa-siapa terguris. Takde niat pun. Harap dimaafkan lah ye,

Berpuasa tu puasa jugak, kocek jangan sampai rabak!

bai! :)

8 comments:

.:.farayhasukri.:. said...

sgt teruje bace experience ni,,uhu.,,xsabar nk tgok maternity fotografi.:D

Lawsonia said...

heeh..ke baby tu sokong elia kak jiha???heheh..Muhammad Naqib ke??

Edy Zaidi said...

wah..baby boy la...cuba ko sebut nama aku, dia tendang tak?hahaha

.Najihah A. said...

.Farayha.

hehe tunggu your turn will come nanti :) ehe ada ke org nak shoot i nih :D

.Najihah A. said...

.Tika.

Haha baby no comment :P Naqib? Bukan :P

.Najihah A. said...

.Edy.

Boy lambang kekuatan :P kalo aku sebut nama ko, nanti dia asyik nak gi jalan je macam ko :D

Puteri Biru said...

73kg? wahhhhh!

ai wonder macam mana rupa sis dengan berat 73kg.. hehe

macam best je baca perkembangan orang pregnant. take care tau.!

.Najihah A. said...

.Sara.

haha tak payah wonder, totally allignment lari T_T

yang baca best, yang lalui lagi best! ehe~

u take care too :)