Showing posts with label Hmmmmmmm. Show all posts
Showing posts with label Hmmmmmmm. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

.Busy Bee.

Hello! Hello!

Banyak sangat benda aku nak bercerita di sini, tapi masa amat tidak mengizinkan. Dan pastinya aku ada misi yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Tunggu sikit masa lagi heh :)

Friday, November 11, 2011

.Entah.

Aku rasa, macam nak tutup je semua jaringan rangkaian sosial aku. Termasuk blog ni. Entahlah, bukan apa, cuma rasa semakin hari macam semakin bosan untuk berFB, berbelog, rasa excitement untuk menulis dan berkongsi cerita dah hilang, tak macam dulu dah.

Lagipun aku bukan selebriti atau pembelog tegar yang punya ribu-ribu followers. Yang baca pun seketul dua je. Idea pun kadang-kadang dah tandus, sampai tak tahu nak tulis apa. Bila idea dah takde, entri yang terhasil pun membosankan, ye tak.

Mungkin sampai masa untuk aku 'hilang' sekejap dari dunia tulisan maya ni. Untuk rehatkan minda, dan privasikan hidup mana yang patut.

Hmm.


p/s: Tapi aku masih engaged dengan Twitter :) Sila cari aku @NajihahAbas (n_n)

Wednesday, October 19, 2011

.Down.

Aku betul-betul sedih hari ni. Tapi aku tak boleh nak luah macamana. Cuma mampu menangis dalam hati. Sudahlah Irwan jauh, memang tiada pilihan selain tanggung semua seorang. Rasa nak pergi dari 'semua' ni. Kalaulah aku ada pilihan untuk berhijrah ke benua lain.

Tu lah, kadang-kadang dunia ni tak adil. Bila kita sudah dieksploitasi, segala ilmu dan tenaga kita sudah dikerah, senang-senang kita disingkir, tanpa ada sekelumit perbincangan sekalipun.

Betul cakap orang-orang tua, habis madu sepah dibuang,

Dunia oh dunia.

Friday, August 12, 2011

.Itu Dulu.

Tahu tak? Bila aku sangat ada masa senggang, aku akan baca balik entri-entri lama yang sudah jadi khazanah dalam blog ni?

Lagi-lagi entri sekitar 2009, saat aku dirasuk cinta dengan Irwan, sampai entri sebelum aku kahwin. Rasa manis sangat. Manakan tidak, boleh buat senyum sampai telinga. Ada tu sampai guling-guling berangannya. Kadang-kadang boleh jadi penyembuh gundah.

Ah, itu dulu.

.Kecewa.

Entahlah, kadang-kadang aku rasa kecewa betul.
Kecewa dengan diri aku;
Diri yang tidak mampu bahagiakan hati-hati yang disayangi.
Diri yang tiada daya untuk menyenangkan mereka.
Diri yang tidak terus mengukirkan senyuman pada jiwa mereka.

Bukanlah nak salahkan kejadianNya.
Cuma aku ini; tidak cukup sempurna untuk semua itu.

Pernah satu masa aku jadi patah sayap.
Aku hilang punca.
Aku sesat arah tuju.
Aku benarkan emosi menguasai akal.

Susah hidup ini, rancang bagus bagai nak gila pun;
kalau DIA tidak izinkan, berterabur juga.

Entah sampai bila terus mahu begini.
Aku harap ada penyudah yang indah.
Mungkin, satu hari nanti, yang aku sendiri tidak tahu bila.
Bukan apa, hati aku ni makin lama makin rapuh.
Takut kecundang bila pelangi mula muncul.