Friday, August 12, 2011

.Kecewa.

Entahlah, kadang-kadang aku rasa kecewa betul.
Kecewa dengan diri aku;
Diri yang tidak mampu bahagiakan hati-hati yang disayangi.
Diri yang tiada daya untuk menyenangkan mereka.
Diri yang tidak terus mengukirkan senyuman pada jiwa mereka.

Bukanlah nak salahkan kejadianNya.
Cuma aku ini; tidak cukup sempurna untuk semua itu.

Pernah satu masa aku jadi patah sayap.
Aku hilang punca.
Aku sesat arah tuju.
Aku benarkan emosi menguasai akal.

Susah hidup ini, rancang bagus bagai nak gila pun;
kalau DIA tidak izinkan, berterabur juga.

Entah sampai bila terus mahu begini.
Aku harap ada penyudah yang indah.
Mungkin, satu hari nanti, yang aku sendiri tidak tahu bila.
Bukan apa, hati aku ni makin lama makin rapuh.
Takut kecundang bila pelangi mula muncul.

2 comments:

atie lazis said...

wahh...pulun abes..satu hari bnyk entri ;)

.Gha A. said...

haha kat umah free, tu yang mengupdate je tu :P