Wednesday, November 24, 2010

.Mari Tengok Gambar Pengantin, Muka Lebar Macam Pinggan, Tapi Comel Macam Powerpuff Girl!.

Tadi aku dah draft entri gambar-gambar kawin, tapi tiba-tiba hilang.

Ini percubaan dulu. Terima kasih :)

Tuesday, November 23, 2010

.Diam Lagi Baik.

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, aku tengok banyak kawan-kawan aku yang dapat gangguan daripada stalker tak bertauliah. Yang sedap-sedap buat fitnah dan meburukkan personaliti orang dengan menyerang mereka di laman blog dan laman sosial yang lain.

Aku mula rasa yang dunia ini bukan lagi tempat selamat (bak kata Rembo) untuk kita bebas bersuara. Aku mula rasa yang dunia ini sudah mula tidak enak untuk kita berkarya. Kerana manusia jenis sampah yang berhati hitam ini semakin beranak-pinak, nah ini yang jadi pada pembelog indie yang jujur mahu berkongsi kisah hidup mereka, sering di kondem oleh parasit itu.

Aku sekarang lebih banyak mendimkan diri bila benda-benda macam ni jadi. Kalau dulu aku cepat gelabah, mula lah nak berlawan-lawan dengan Anon yang berfikiran gila. Aku rasa aku bukan lagi seorang yang extrovert.

 Dulu aku seorang yang sangat outgoing. Aku gemar mencampurkan diri dengan kumpulan manusia di sekeliling aku. Dan selalunya aku menjadi jambatan sosial di kalangan teman-teman. Tapi sekarang, aku cuma mahu jalani rutin harian aku, tak mahu sibuk sangat hal manusia lain dan sekdara cakap "Hi" dan "Bye" sahaja.

Dulu aku peramah sangat. Semua orang aku tegur, semua orang aku senyum. Pemurah senyum aku ni. Sampai waktu zaman uni dulu, kalau berjalan di sekitar kampus, ramai akan menyapa aku walaupun mereka dari kursus yang berbeza. Sampai mantan kekasih cakap susah nak jaga aku sebab ramai sangat orang kenal. Terutamanya lelaki. Tapi bukan bermakna aku perempuan gedik yang nak kawan dengan lelaki saja.

Sekarang, nak tegur orang pun macam malas. Kecuali rakan-rakan baik tu aku tegur lagi lah. Tapi perangai aku yang tak berubah adalah cara aku bekerja. Cara aku menyusun benda. Itu benda yang masih kekal. Aku masih mampu mengekalkan kualiti prestasi kerja aku pada tahap markah KPI yang cemerlang untuk appraisal tahun ini.

Aku masih mampu handle ragam masalah clients. Aku masih boleh di interrupt dengan masalah luaran walau pada waktu aku bekerja. Aku masih seorang multi-tasker.

Cuma bezanya aku sekarang lebih banyak senyap. Kalau aku ada masalah, aku lebih suka pendam. Aku mula menjadi orang yang introvert. Aku sudah jadi pemendam perasaan. Kalau aku tak suka satu-satu benda atau aku tak berkenan, aku akan diam. Kalau aku tak suka dengar satu-satu perbualan, cepat-cepat aku blah, lebih baik main game dalam handphone.

Aku nak buang perangai aku yang suka bercakap, sebab aku rasa aku tak sedar masa aku bercakap aku banyak menyinggung perasaan orang. Semakin berusia, semakin aku rasa banyak lagi kesalahan yang aku belum tebus.

Lebih baik aku diam sekarang, dan cuma bergerak ikut flow. Aku dah tak mahu lagi terus-terusan nak menyakitkan hati orang. Lebih-lebih lagi orang yang aku sayang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Bunyi klise kan?

Tapi itu aku sekarang.

Hah, beremosi pulak. Dalam hal-hal emo ni, minggu lepas aku dapat berita menggembirakan! Minggu lepas hadiah contest yang aku menang sampai jugak. Bukan johan pun, dapat nombor 3 je. Tapi syukurlah, sebab aku jarang menang kalau masuk peraduan ni ;)

Cuba tengok, jeles tak? ;p



Jangan risau, original beb!


Siap ada pesanan daripada penaja.
[sila klik untuk pembacaan lebih jelas.]


Thanks Edy daun keladi, next time buat contest lagi! ;)

Monday, November 22, 2010

.Tandas Pun Penting Juga.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi Isnin sudah suram, sebab hujan beserta angin menambahkan kemalasan untuk pergi menjalankan tugas, macam biasa.

Baiklah, mari bercakap tentang satu benda yang sedikit kotor, iaitu tandas. Tiba-tiba aku macam nak jadi wakil dari Organisasi Alam Sekitar mahu bercakap soal kebersihan. Maklumlah dulu zaman sekolah aku seorang Exco Kebersihan dan Keceriaan Asrama. Jadi jawatan tu memang kena sangatlah dengan aku yang seorang 'hygenic' ni.

Korang tahu tak yang 19 November yang lalu merupakan Hari Tandas Sedunia. Hari tersebut disambut pada setiap 19 November setiap tahun. Untuk keterangan lanjut, sila klik ini.

Kalau bercakap soal tandas, berapa banyak kali dalam hidup korang buat kerja mencuci tandas? Nak ke korang pegang berus jamban tu, sental mangkuk tandas tempat korang buang hajat?

Pada aku perkara yang mencerminkan peribadi pemilik sesebuah rumah itu adalah tandasnya. Bukan ruang tamu, bukan ruang makan mahupun dapur memasak yang dilengkapi dengan kabinet dapur yang wow.

Kalau kotor, berbau, dan hancing baunya macam tandas di stesen-stesen minyak (bukan semua stesen minyak, ada jugak yang bersih), maka memang sah-sah lah pemilik rumah tu pun pengotor orangnya. Sebabnya kau orang masuk tandas mesti paling kurang pun 5 kali sehari kan, memang tempat wajib lah senang cakap. Jadi kalau tak bersih, selera ke korang nak 'melepas' kat situ?

Memanglah dalam tandas tu banyak setan, jadi kalau tempat setan duduk biar kotor jelah? Korang pandai komplen kalau tandas kat R&R Plus kotor, tandas stesen minyak menggelikan, tandas kat shopping complex hancing, tapi cuba tengok balik tandas rumah korang. Agak-agak macam tandas hotel ke?Lebih-lebih lagi kalau rumah tu rumah sewa yang dikongsi dengan ramai penghuni. Memang aku jamin mesti ada kulat kat tandas diaorang tu.

Antara tandas di tempat awam yang paling terbersih aku pernah masuk adalah tandas di Phuket FantaSea, Phuket Thailand waktu aku berhoneymoon hari tu.

Cuba korang tengok gambar ni.

Siap ada mural yang melambangkan kecirian tradisional Thailand.

Dekat pintu tandas pun siap ada artwork.


Lagi mural pada dinding.

Untuk pengetahuan, Phuket FantaSea pasti dikunjungi beribu-ribu pengunjung dalam satu hari, jadi apabila mereka dapat mengekalkan kadar kebersihan tandas pada tahap CEMERLANG, aku memang kagum.

Serius, tiada bau yang kurang menyenangkan. Korang boleh duduk atas lantai tandas kalau korang nak. Oke aku bukan suruh duduk, tapi boleh nampak tak macamana bersihnya tandas diaorang?

Tandas di Malaysia pun apa kurangnya. Ada juga di beberapa tempat awam yang tandasnya memang terbaik.Tandas kat hotel lain ceritalah kan.

Tandas di lebuh raya juga semakin bagus dan bersih sekarang ini. Pada aku, ini semua mentaliti bangsa. Kalau kita sama-sama jaga, mesti semua dalam keadaan elok kan?

 Ini tidak, yang gatal tangan ramai sangat, lagi-lagi tukang conteng belakang pintu tandas. Kreatif betul lukis gambar-gambar tak senonoh, tak kurang yang promosi 'servis' diaorang dengan meletakkan nombor telefon.

Dulu masa aku jadi Exco Kebersihan, antara projek yang aku tinggalkan (sampai sekarang mungkin ada lagi) adalah mural yang aku dan AJK-AJK lukis pada setiap tandas dan bilik membasuh di asrama. Ada corak kulit kerang, corak bunga. Lepas siap mural tu, macam rasa semangat je bila masuk tandas, takde lah rasa macam 'seram' jebila masuk tandas asrama. hehe.

Sekarang aku dah jarang melukis. In fact, banyak hobi aku yang aku sudah lama tinggalkan. Mungkin aku semakin tua.

Tutup cerita pasal tandas. Hari ni aku asyik pergi tandas je. Penat.



ps: Dulu masa Form 1, aku selalu curik-curik nangis dalam shower waktu mandi bila aku homesick. Malu seh!

Tuesday, November 16, 2010

.Sikap Baik dan Comel Pasti Semua Sayang.

Assalamualaikum.

Maaflah tak dapat tulis belog selalu macam dulu. Agak sibuk sedikit lah. Cehh macam lah ada orang yang ternanti-nanti entri baru aku kan.

Apa kena mengena tajuk entri tentang sikap. Tak, ni bukan sesi tazkirah atau rencana motivasi, cuma aku nak kongsikan ada satu sikap manusia yang aku jumpa masa aku pergi temankan adik ipar aku beli barang kat Jusco Alpha Angle.

Di kedai Body Shop itu, of course lah masa masuk kedai tu, salesperson Cina lelaki yang berperawakan lembut tu sangat welcoming kitaorang. Sedang adik ipar aku membelek-belek perfume mana satu yang dia nak beli, salesperson tu pun memperkenalkan perfume baru keluaran Body Shop dan beri juga penerangan mengenai beberapa jenis perfume.

Kira memang dia memberikan servis baiklah walaupun jam masa tu dah nak dekat pukul 10 malam. Kedai pun dah tutup separuh. Tiba-tiba kat belakang kitaorang ni, berdiri seorang budak perempuan. Umur dalam lingkungan 20-an (macam lagi tua je daripada aku!) Dia pun di alu-alukan masuk oleh salesperson tadi.

Kitaorang masih lagi pilih-memilih jadi tak pedulikan budak perempuan tu. So as the salesperson pun tak pedulikan dia.

Tiba-tiba dia cakap macam ni.

SHIT! INGAT ORANG TAKDE DUIT KE?

Terus dia keluar dari kedai, sambil jalan menghentak-hentak kaki. Dah lah cara berpakaian tu macam minah tahapeape (bukan seksi, tapi tak semenggah). Dengan beg sandang yang melebihi paras punggung, seluar besar kat bahagian bawah kaki, t-shirt gedoboh, pakai tudung, boleh tak korang bayangkan watak pempuan ni?

Senang cakap macam ni lah, macam perempuan kampung jakun yang eksyen semacam bila masuk shopping complex. Sorry aku bukan nak kutuk perempuan kampung, aku pun asal dari kampung.

Tapi tolonglah jangan nak emosional tak tentu pasal. Behave lah kalau kat tempat awam. Paling tak bagus kau menyumpah-nyumpah salesperson tu sebab kau rasa dia tak layan kau. Sebab salesperson tu layan kitaorang :) haha.

Habis tu, kalau kau masuk dengan muka masam, lepas tu berdiri tercegat kat belakang kitaorang, takde pun nak tanya salesperson tu apa-apa macamana dia nak layan kau? Dia pun tak tau apa yang kau nak beli. At least kau belek-belek lah barang kat situ, then dia akan approach kau ye tak?

Isyy tak pasal aku dah mengomel. Orang macam ni pun ada. Kalau anda rasa diri anda tu tak menarik perhatian, do something supaya orang tertarik dengan anda. Bukan mengamalkan sikap sombong macam awak sorang je yang banyak duit.

Ok tutup cerita.

Sekarang cerita gambar bawah ni.

Aku rembat kat Nose Alpha Angle. RM10 je! The clearance stock exclusively only at Nose Alpha Angle. Oke lah buat kasut raya haji kan :) hehe. Selesa pulak tu.

.
.

Oleh kerana aku dengan Irwan mengamalkan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh), jadi kalau rindu dengan suami tercinta aku akan buat ini.

Ber 'camwhore' sebelum pergi kerja, kemudian hantar MMS pada suami tercinta "Isteri Nak Pergi Kerja". Yelah nak 3G kat tempat Irwan line tak jelas sangat, so MMS je yang boleh. Jadi lah kan :)


Oh ya! Sekarang aku officially "Puan" dalam pangkalan data office aku. Bangga :)

Tu yang best kalau perempuan dah kahwin, dari "Cik" tukar jadi "Puan". Tapi kalau lelaki tetap "Encik" kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha semua :)

Ini raya haji pertama bergelar isteri, excited!

Hati-hati di jalan raya ya!

Friday, November 12, 2010

.Ketahui Jika Anda Mengandung Melalui Cara Berjalan.

[from Google]

.
.
Assalamualaikum.

Sejak aku balik dari bercuti kahwin ni hari rabu hari tu, memang teruk aku kena sakat. Boleh kata setiap hari di sakat. Kena lah tahan telinga dan merah muka bila diusik. Lagi-lagi malam tadi malam Jumaat, lagi lah kuat diaorang menyakat. Lumrah pengantin baru kan ;)

Lebih-lebih lagi kalau rakan sekerja berlawanan jantina yang menyakat. Nasib baik pakai tudung, kalau tak memang nampaklah telinga tengah merah mana nak sorok tah. Ok cuma mampu tersengih dan senyum je lah.Hehe.

Antara sakatan (betul ke perkataan ni?) diaorang macam ni:

"Cuba jalan dari sini sampai hujung sana buat catwalk nak tengok jalan tegak ke tak?"

"Amik pembaris, ambik pembaris cepat."

"Gha ok? Macam lari je allignment."


Tak kurang ada yang tanya soalan berbaur melampau seperti:

"Dah pregnant ke?"

Ada jugak yang membuat ramalan sesama colleague,

"Tengok cara jalan dan perut Gha tu, bulan depan mengandung lah kot."

Aiyakkk! Isyy baru dua minggu kahwin dah macam-macam teori keluar. Sampaikan ramalan mengandung pun boleh diaorang tengok melalui cara berjalan. Berpengalaman sungguh diaorang ni!

Ramai yang meramalkan tahun depan bulan 7 confirm aku maternity leave ;) Aku sentiasa mengaminkan doa mereka.

Memang aku dengan Irwan tak merancang. Kalau boleh nak rezeki cepat. Irwan memang dah excited sangat, nak jadi daddy katanya.

Harap Tuhan makbulkan doa kami ;) Amin.