Monday, January 12, 2009

.perjalanan itu..KL 3D 2N Part I.

blog ini sudah diabaikan sejak 3hari yang lalu..iaitu sejak saye meninggalkan jb utk ke KL..perasaan itu..ya! setelah menjejakkan kaki di KL adalah tidak dapat digambarkan dengan sepasang hati yang tiba di situ,sebaliknya merasainya..

ketakutan+kegusaran+kenegatifan yang berlegar2 di benak kepala yang seterusnya membawa kepada kesesakan di hati akhirnya pergi setelah saya dan dia sampai di KL jam 430 pagi..mana tak nya, saya tiada experience naik bus tgh malam (i should say,it's morning)..takut..kena rompak ke, ape ke..tau jelah dunia zaman ini..manusia bukan lg manusia..tp sumpah,aku takkan naik bus berjenama itu lg (dirahsiakan) kerana ianya tak seperti yg di uar-uarkan..hah.

setelah menyelesaikan apa yg patut, trip started apabila kami menikmati sarapan pagi di restoran mamak opposite to puduraya yg akhirnya membawa kepada kesakitan perut yang tidak tercakap oleh mulut sendiri..apakah sebabnya?roti pisang kah?atau kari nya kah?kesian dia..sabar ye awk..utk menikmati perasaan kononnya sbg traveller, kami (saya akan menggunakan byk word ini lepas ni) berjalan ke LRT masjid jamek utk ke terminal putra di gombak..alangkah terkejutnya apabila sebaik sampai, tengok2 kaunter utk beli tiket ke genting suda ilang..rupa2 nya mata saya (bkn kami) terlepas pndang sebaik kaunter tersebut berpindah situasi..dush! ketuk kepala satu!

after beli tiket yg tak termasuk tiket skyway (perkhidmatan ini di berhentikan atau ditangguhkan itu saya tidak pasti), kami menunggu bus itu smbil membeli jajan di kedai makcik yg sukahati meletakkan harga makanannya..harus report ini.smpi je atas, mak datuk, sejuk yang nak *%$#@! sudahlah dia tak bawak jacket, tapi takpe, dia ada natural protection..hahah~ tapi saya?sehingga memaksa saya membeli glove berwarna merah belang2 biru yg berharga 15 MYR yg ada lubang di jari tengah belah kanan yg dijual oleh kakak indon yg blurr dan kuat berangan! tiket outdoor park bernilai 38 MYR itu dismpan dahulu kerana kami benar2 memerlukan simbol tandas! tapi...mission unaccomplished! OMG!

tp xpe, adrenalin yg dah tak sabar2 utk mencuba segala bagai permainan yg ada sudah melonjak walaupun kaki+tgn dan seluruh bdn menahan kesejukan..puas ati! semua mainan aku cuba! kecuali marry go round (ku kira tak perlu utk naik,karena mengikut dia mainan itu ada di funfair danga bay), bumper boat (ini karena boat ini boleh dimuat utk seorg individu sahaja+ramai yg berbaris menunggu giliran), cadet space(betul ke ejaan ni?karena sudah tutup)..itu sahaja! yg len, suma saya try sehingga saya terpaksa menyembunyikan perasaan fobia+gugurnya jantung saya apabila mencuba permainan itu..saya ingat lg words dia apabila saya tanya perasaannya sebelum mencuba sesuatu permainan (dia dah cuba semua sebelum ini semasa honeymoon beliau)..dia ckp "you'll never know"..dalam hati saya; Ya Allah, selamatkanlah hamba-MU ini..kesimpulan perasaannya setelah puas bermain adalah saya berasa bagai jantung saya dikeluarkan dari badan utk tempoh 5saat kemudian diletakkan kembali ke tempat asal nya..pheuuu!

530pm bus turun ke KL..kami turun ke titiwangsa (ini karena saya harus jumpa my sister di PWTC)..proceed to PWTC utk YOUTH'09 di mana anda tidak akan boleh masuk tanpa tangan anda di cop oleh petugas yg menggunakan cop seperti guru besar kita guna..tak pasal2 je..percaya lah, yg kami belum makan sejak dr pg td..perut sudah menjerit2 (oit! sabarlah)..pengakhirannya, steelah keluar dr PWTC, kami merayau ke LRT dan turun ke stesen sultan ismail dgn niat utk makan bubur di sebelah UNIKL..atas ketidakbijaknya saya, kedai bubur itu sudah berpindah (itu ayat dia dgn niat tidak mahu saya rasa bersalah) sebenarnya, saya salah fikiran..at last KFC di sebelah pertama complex itu menjadi pilihan (saya tidak berniat utk menyokong barangan amerika)..itu dia, makan tak ingat dunia walaupun saya mencuba hidangan yg dipanggil Zinger Tower yg pada saya rasanya, resepinya amat aneh..perunding menu kfc harus peka keadaan ini.

setelah itu, saya dan dia pulang ke rumah sepupu masing2 di bndr tasik selatan dan taman midah cheras..tak dapat bayangkan bagaimana perasaan mengantuk saya sehingga saya hampir tertido di depan pak guard apartment sepupu saya itu karena menunggu dia hampir lebih setengah jam! nasib! cerita ini tidak berhenti..saya akan sambung nanti..mana gambar sepatutnya saya tunjuk?ini tidak dpt dilakukan karena kekeliruan traffic internet yg berlaku petang ini..saya amat benchi!

2 comments:

You Promise Me Ai said...

ha ha. naik space shot tak ? bangang tol permainan tuh. hampir mati sue dibuatnye. main naik je tak check betol betol ketat ke tak. seb baik tak terpelanting.

SiGedikDariScotland said...

naik! tu yg last skali gha naik sue..(itu pun setelah dipaksa huu)..mmg rsa cm x secure je kn..mmg bangang,tp syok..hee