Assalamualaikum. Hai semua, salam hari Jumaat yang berkat :)
Hari ini aku kerja macam biasa, KL tak cuti Nuzul Quran, KL cuti untuk perayaan moden-moden je, jadi pagi tadi aku pergi kerja dengan senang hati, jalan pun tak jammed.
Tapi bila aku pasang radio Era, aku jadi sedih masa dengar segmen 'Merisik Khabar'.
Aku tertarik pada cerita seorang akak ni, kasihan, insaf aku dengar cerita dia. Malang sungguh dia apabila diabaikan oleh suami yang tinggal sebumbung dengannya, tapi tidak langsung ambil berat keadaan dia setelah dia menderita sakit sendi!
Bayangkan seorang isteri yang sedang sakit, hatta ketika duduk di kerusi roda pun dia tak mampu untuk bergerak, makan minumm pakaiannya terabai. Si suami pulak cuma tahu buat hal sendiri, pagi-pagi sudah keluar bekerja, tengah malam baru pulang. Kebajikan isteri yang sedang sakit langsung tidak diambil kesah.
Aku berfikir, kenapakah si suami begitu kejam? Kenapa harus diperlakukan sang isteri sebegitu rupa?
Bukankah waktu kau mahu memperisterikannya kau melamarnya dengan sempurna, dengan penuh adat. Kenapa pula selepas dia jatuh sakit, dia sudah tidak berupaya, kau berlaku kejam begitu?
Mana tanggungjawab kau? Mana kasih sayang dan cinta yang kau canang dulu? Mana janji kau yang kau cakap akan jaga dia sehingga ke akhir hayat?
Bastard lah.
Kalau kau dah tak mahu dia, lepaskan dia dengan cara baik. Jangan seksa dia macam tu. Cukuplah dia sudah menderita sakit fizikal, jangan lagi pulak kau dera mental dia.
Kasihan si isteri. Aku doakan beliau tabah hadapi ujian Tuhan. Pada sang suami, insaflah. Jangan bila si isteri sudah dikapankan baru nak sesal.
Dunia sekarang semakin hari semakin pelik. Semakin hari semakin penuh dengan manusia yang berhati busuk. Semakin penuh dengan manusia berperangai kejam.
Dunia sekarang sudah jadi sampah. Cuma yang tahu gunakan akal boleh terselamat. Aku berdoa agar dunia jangan lagi mual melihat perangai kita.
Sebab itu orang cakap cinta gunakan akal, jangan nafsu yang diikut.
Tahniah pada Era dan Revive Isotonik yang sudi menghulurkan bantuan. walaupun cuma 6000, tapi sekurang-kurangnya mampu meringankan penderitaan akak tu.
Jadi renung-renungkan, selamat menambah amal! ;)
ps: hari minggu yang paling sibuk, minggu ini.
8 comments:
salam, sis. saya tak perasan sis ada tinggalkan komen kat blog.
padankan cari blog tak jumpa2.
hukhukhuk
selamat berpuasa ;P
sis!!
really2 miss u lah..
ble kite klik yg url lame die kate blog tu da xde..
sdey gle ah..
*berdoa sis singgah blog kte n gtau link baru*
yeay!
how's ur day?
manusia....bila rasa sempurna dipuja, dibelai, disayang...
bila dah spoil sikit, mula la rasa meluat, menyampah, benci..
lumrah kehidupan...moga2 kita dijauhkan dari sifat macam tu, dan dijauhkan dari org2 macam tu...nauzubillahiminzalik...
org ni xthu tanggungjwb btol..hoho..
.farayha.
hehe miss u too darl! ;) owh, sangat busy dis lately, dah nak kawen katakan.hehe.
.azri.
ehe dah lama lah sis tinggalkan komen. awak tu yang tak perasan ;)
selamat berpuasa jugak! ;)
.tika.
memang pon. nak kena sekolah kan semula ni.huhu.
.Edy.
manusia sendiri tak reti hargai hidup, bila dapat bencana baru nak mengeluh.
nauzubillah!
Post a Comment