Tuesday, June 28, 2011

.Hari 1 - My Favourite Song.

Lagu kegemaran yang aku takkan jemu untuk keep playing adalah:

"Sempurna"

by Andra and The Backbone.

Hoii malas gila nak amik link YouTube ke hape. Tapi aku tau ramai yang tahu lagu ni. Aku suka sangat sebab dia punya rentak dan lirik macam sangat relax dan menyentuh hati.

Mungkin ramai manusia mengharapkan diri mereka menjadi sempurna kepada orang yang mereka sayang, tapi aku, tak mengharapkan aku akan menjadi sebegitu. Sebab aku tau, walau macamana aku berusaha untuk jadi sempurna sekalipun, tak mungkin aku akan sempurna kot.

Tapi apa pun, aku cuma berharap aku akan menjadi seorang yang terbaik - isteri yang terbaik, ibu yang terbaik, anak yang terbaik, kakak yang terbaik dan yang terbaik kepada orang-orang disekeliling aku.

Amin.

Friday, June 24, 2011

.Suam-suam Kuku.

Assalamualaikum.

Hello! Blog ni dah macam suam-suam kuku je kan. Kalau ada update, adalah. Kalau takde, lantaklah :P Mood blogging aku dah tak macam masa zaman anak dara dulu :D Tiap-tiap hari mesti gatal tangan nak update. Ya, masa berubah, manusia juga berubah kan.

Baiklah, lepas aku baca blog kakak Nadia, aku pun bercadang nak buat jugak. Kira ala-ala tag lah ni. Tau jelah kan, aku kan suka buat tag :P

Jadi, untuk 30 hari berikutnya, ini yang akan aku update. Tapi mungkin akan aku selitkan cerita-cerita lain jika mood berbelog datang mencanak nanti :P

Here's the list!

Day 1 — Your favorite song


Day 2 — Your favorite movie

Day 3 – Your idea of the perfect first date

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend

Day 5 – What makes you different from everyone else

Day 6 – A song to match your mood

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as pet

Day 8 – Your dream wedding

Day 9 – A photo of the item you last purchased

Day 10 – A photo of your favorite place to eat

Day 11 – A picture of your favorite memory

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is

Day 13 – A picture of your favorite band or artist

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to

Day 15 – Something you don’t leave the house without

Day 16 – Short term goals for this month and why

Day 17 – How you hope your future will be like

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Day 20 – The meaning behind your blog name

Day 21 – A photo of something that makes you happy

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

Day 23 – 15 facts about you

Day 24 – A photo of something that means a lot to you

Day 25 – Who are you?

Day 26 – A photo of somewhere you want to go

Day 27 – What kind of person attracts you?

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Day 29 – Something you could never get tired of doing

Day 30 – A photograph of yourself today & three good things that have happened in the past 30 days
 
 
Ok kan? Mencabar jugak task ni :P
 
 
Nak sambung kerja.
 
 
 
p/s: final Maharaja Lawak malam ni, korang rasa siapa menang?

Wednesday, June 15, 2011

.Aku dan Bestfriend (Part 2)


Assalamaualaikum.

Cewah, macam sequel filem je, nak ada part-part. Oleh kerana dah ada yang tanya, bila aku nak update pasal cerita aku dan best friend ni, jadi aku cuba la sambung, setakat mana yang mampu. Maklumlah orang mengandung tak boleh menaip banyak sangat, cepat letih. (Takde kena mengena pun! :P)

Sambung cerita masa kitaorang Darjah 6 Mawar tu kan. Bila sama-sama jadi pengawas, duduk pun meja dekat-dekat. Lepas tu yang bestnya aku dengan best friend aku ni, pelajar yang ditugaskan untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa Johor, lagu sekolah dan lagu Wawasan 2020 (ketika itu harus nyanyi).

Kira macam lead vocal lah. Jadi, aku dan best friend dengan sorang lagi budak ni yang suara dia memang sedap kalau menyanyi (nasyid terutamanya), sentiasa akan berbaris paling hadapan di kalangan pelajar lain. Kadang-kadang bila time salah seorang kena tugasan naikkan bendera, barulah tempat tu akan diganti dengan penyanyi wildcard. Cewah.

Setiap kali waktu rehat, aku dengan best friend aku, dengan seorang lagi kawan kitaorang (yang mana mak ayah kitaorang pun saling berkawan), akan rehat sama-sama dan sibuk beratur kat kantin dalam barisan untuk membeli makanan cikgu. Eksyen, makanan murid-murid takmau beli, nak makan makanan cikgu.

Bukan sebab kitaorang bertiga semua mak ayahnya cikgu, jadi kita nak beli makanan cikgu. Tapi tu la kadang-kadang makanan yang dimasak untuk jual kat budak-budak tu tak berapa menyelerakan. Contohnya macam mee goreng ada rasa kapur, tawar, macam goreng dengan kicap dan taugeh je. Tapi memang kena lah dengan harganya, 50 sen sepinggan. Takkan nak letak ayam, udang bagai kan, mau bungkus makcik kantin tu.

Ala lagipun makanan cikgu bukan mahal sangat. Kitaorang selalunya berkongsi duit. Lagipun menunya hari-hari tukar, dan sedap pulak tu.



Contohnya Nasi Ayam, masa tu tahun 1998, baru macam RM2.50, kongsi tiga orang bayar, baru berapa kan. Pastu kalau teringin nak minum air botol (eksyen takmau beli sirap bodoh), pun kongsi duit jugak. Kira apa yang masuk mulut kitaorang tu sama lah hampir setiap hari. Lagipun bagus apa, masak kecik dah mengamalkan amalan susah-senang sama-sama :)

Kalau kita makan cokelat, awak pun dapat makan. Kalau kita minum air jarang je, awak pun minum air jarang kan. Kira apa yang penting bekerjasama lah! :)

Cuma bila time waktu balik sekolah je, masing-masing terpisah. Best friend aku balik naik van sekolah, aku pulak naik basikal (aku naik basikal since darjah 4). Tapi takpe, nanti waktu malam jumpa lagi masa kelas tambahan. Hehe.

Ok nanti sambung lagi. Waktu lunch dah habis.

bai.

Thursday, June 2, 2011

.Tak Terjangka.

Assalamualaikum.

Err macamana nak mula ni. Cerita bilamana aku tau aku pregnant ;) Ceritanya mula cenggini. Setelah puas bersaspen tiap-tiap bulan samada aku angkat bendera merah atau tak, jadi pada April aritu bendera merah tak muncul-muncul jugak. Tapi aku tetap tak optimis yang aku pregnant walaupun masa tu dah lewat seminggu dari tarikh yang sepatutnya.

Bukan taknak check, tapi sebelum ni pun masa lewat seminggu aku macam teruja gila nak check, then bila beli je pregnancy test sendiri, tiba-tiba tengok satu line. Tak ke kecewa masa tu kan.

Jadi masa akhir bulan Mac, aku celebrate lah birthday Irwan in advance. Kitaorang pergi Bukit Gambang Resort City kat Kuantan. Kira birthday treat lah ni. Ehh aku takde cerita eh pasal aku pergi sana? Ok tu next entry lah ye :D

Takdelah lama sangat kat sana, cuma 2 hari 1 malam je. Kitaorang amik pakej, jadi dapatlah tiket free untuk masuk ke Bukit Gambang Water Park. Ala-ala Sunway Lagoon jugak, tapi ada beberapa permainan yang mencabar dan tempatnya pun takdelah besar sangat. Kira best jugaklah untuk mandi-manda.

Jadi faham-faham jelah bila dah pergi water park kan. Memang syiok habis, main itu ini macam tak ingat dunia. Siap main gelongsor-gelongsor air yang meluncur laju gila bila at the end dia hempaskan kau, fuhh thrill habis lah.

Bila dah puas melencun kan water park, badan pun penat, lepas tu next day nya kitaorang balik KL. Sambung pulak aktiviti shopping (almaklumlah baru dapat bonus :P), habis satu Starhill kitaorang jelajah. Kaki sakit macam nak mampus, tapi takpe bila tengok barang-barang yang di shoppingkan, sejuk hati :P

Balik ke cerita asal, di awal April, masih tak period jugak. Jadi, sekadar untuk menyedapkan hati, aku pergi beli jugaklah pregnancy test. Kali ni aku beli yang murah je (punya lah taknak membazir kan). Sebelum ni aku beli yang dalam RM20. Yang kali ini aku beli yang 6 ringgit lebih je :P

Sekali kan, masa kat ofis aku senyap-senyap pergi tandas, menjalankan misi! Punya lah excited sampai tak sempat nak tunggu balik rumah kan. Time nak tengok kemunculan line-line tu, rasa macam cuak habis. Berpeluh jugaklah dalam tandas tu -_-'

Tiba-tiba aku tengok 2 line muncul! Ya Tuhan! Tapi second line tu macam kabur-kabur. Jadi untuk mintak kepastian, aku pun tanya lah satu amoi ni, aku tunjuk sekali pregnancy tester aku tu, sekali dia cakap

"Congratulations! Ini kira pregnant maa!"

Aku macam, hah? Yeayy! Tapi masih jugak nak argue kenapa line satu lagi tu kabur-kabur. Dia cakap memang macam tu, sebab dia dulu pun masa check keluar result macam aku.

Jadi nak kepastian lagi, aku tunjuk pulak pada Thalia, lagi sorang colleague aku, dengan pengalaman beliau, dia pun turut mengesahkan yang aku akan jadi bakal ibu.

Aku gembira tak? Mestilah, lama tunggu weh.

Perasaan bercampur-baur, rasa macam tak percaya yang Tuhan dengar doa aku dan makbulkannya.

Terima kasih Ya Allah kerana Kau bagi aku merasa nikmat ini. InsyaAllah tidak aku akan lalai dengan perintahMu.



Tunggu sambungan macamana aku surprise kan Irwan bila bagitau aku pregnant! He he.