Friday, October 21, 2011

.Cerita Birthday & Si Kaki Kecil.

Assalamualaikum.

Kalau Jumaat minggu lepas sibuk menghitung hari untuk birthday sendiri :P Kali ni nak cerita sikit pasal birthday aku tahun ni.

Macam yang aku bagitahu hari tu, birthday tahun ni aku sambut kat kampung, memandangkan Irwan jauh di benua sana -_- Alhamdulillah, kenduri doa selamat untuk aku melahirkan nanti berjalan dengan lancar. Atas permintaan aku, mak aku buat sekali dengan doa kesyukuran sempena hari lahir aku. Yelah daripada buat birthday party, baik buat doa selamat kan :)

Atas permintaan aku juga, mak aku buatkan aku bubur putih-bubur merah. Tak tau lah korang pernah dengar tak, tapi rupa dia macam ni.

Bubur merah tu beras yang dimasak dengan gula merah kalau tak silap. Yang putih tu pulak dimasak dengan santan. Bubur merah memang lebih banyak daripada bubur putih semasa dihidangkan.

Selalunya kalau kita berhajat, masa kenduri atau hari-hari biasa masaklah bubur ni dan jamu orang makan, dan sebelum makan baca selawat dan niatkan dalam hati hajat kita tu.

Dan yang paling buat aku terharu, mak aku tempahkan birthday kek untuk aku. Sayang mak!!! :)

Ini Blueberry Cheese Cake yang super sedap!! Serius tak tipu. Aku bukan penggemar cheese cake. Mula-mula macam tak mau makan, sebab dah confirm mesti muak punya nanti.

Tapi bila dah makan, memang sedap kot. Tak muak langsung dan banyak jugaklah aku makan. Baby kat dalam perut pun suka cheese cake ni :P

Walauapapun aku nak ucapkan terima kasih khususnya pada mak ayah aku yang buatkan kenduri untuk aku. Semoga semuanya dirahmati Allah.

Dan pada kawan-kawan yang wish birthday aku haritu, aku appreciate sangat. Thanks tau! Hadiah tak penting, yang lebih penting adalah ingatan korang :)

Tapi kalau hadiah daripada orang tersayang tu haruslah penting kan :P :)

Macam biasa dari tahun lepas, Irwan jadi orang pertama yang wish birthday aku. Dan ucapan birthday yang dia tulis kat FB aku, buat aku touching:

"Each year your birthday reminds me that i really want to say im very glad and happy i know you and i always think of you and our baby each time of my day. Happy birthday isteriku. : )"

InsyaAllah, seiring dengan usia, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik dan ibu yang sempurna pada zuriat dia. Amin.
.
.
Tinggalkan cerita birthday, mari aku tunjuk gambar si kaki kecil yang aku dah janji nak tunjuk dulu.

Ini gambar scan waktu minggu ke-28. Yang aku tanda bintang tu, itu otak dia. Dan yang bertanda segitiga tu adalah jantung dia :)

Ini yang paling latest, gambar minggu ke-32, aku check minggu lepas.


Mulai minggu lepas, aku dah mula daftar dekat hospital yang aku nak bersalin tu (sebenarnya agak lambat lah, tapi nasib baik diterima lagi). Gynae aku yang dekat hospital ni namanya Dr. Chew. Kalau jumpa kali pertama nampak macam sarcastic, tapi sebenarnya dia ok.

Dia sangat concern untuk kita yang baru pertama kali ada baby ni, jadi dia nak kita faham betul-betul apa yang dia terangkan. Aku rasa seronok masa buat check-up tu :)

Baiklah, ini ringkasan sepanjang 32 minggu aku menjaga si kaki kecil ni:

  • Masa mula-mula aku ingat baby aku ni tak normal, sebab bila perut aku makin membesar aku noticed dia kurang tendang. Baru aku tau sebab baby dah makin besar, ruang makin sempit, jadi dia dah kurang tendang. Tapi still ada movement lah, dan itu normal.
  • Aku rasa baby aku ni faham apa mummy dia cakap, dan aku harap dia menjadi anak yang baik nanti. Sebab bila aku cakap-cakap dengan dia, dia mesti tendang-tendang, kira dia faham lah tu kan :)
  • Baby aku tak suka makan kari (sama macam daddy dia), especially kari mamak, sebab bila aku makan je, mesti aku sakit perut dan cirit-birit serta muntah.
  • Berat badan aku dah makin kurang meningkat. Setakat minggu lepas sudah 81.5kg sahaja. Pertambahan berat dari minggu ke-28 ke hinggu minggu ke-32 cuma 600g sahaja.
  • Berat baby yang semakin meningkat sekarang ni. Sehingga minggu lepas sudah 1.886kg.
  • Sekarang gusi aku kerap berdarah lagi-lagi bila gosok gigi, pedih ulu hati memang setiap hari dan sekarang ni kesukaran untuk bernafas bila malam-malam. Mula-mula aku macam takut jugak, tapi bila baca rujukan, rupanya itu simptom biasa untuk ibu mengandung -_-
  • Bila perut makin membesar, badan pun rasa makin panas. Memang tak boleh tidur kalau takde kipas/aircond, confirm berpeluh. Bila berpeluh pulak, nanti kulit aku jadi gatal-gatal.
  • Selera makan aku tidak sedasyhat dulu. Sekarang aku dah tak ambil makanan berat untuk malam, makan roti, biskut dan minum susu dah cukup :)
  • Aku masih memandu ke tempat kerja, macam biasa. Kalau ikutkan tak berapa larat, especially bila waktu jammed, kejap-kejap kena tekan minyak dan brek, senak sikit perut ni. Tapi digagahkan diri jugak. Harap-harap Allah pelihara segalanya.
Rasanya tu je kot. Hari dah makin gelap, tanda hujan lebat akan melanda Kuala Lumpur lagi, seperti petang-petang sebelumnya.

Hujung minggu aku ni aku spend masa sendiri aja lah kat rumah. Irwan pun belum balik kan. Mungkin aku habiskan masa untuk mengemas rumah, cewah.

2 comments:

Tuan Cimot said...

wah, bubur merah tu emmg sedap kak...hehe

.Gha A. said...

.Tika.

Tau takpe, memang sedap, susah nak dapat makan.