Thursday, November 11, 2010

.Wah! Sedapnya Tidur Berdengkur!.


Benda yang paling aku pantang masa aku tidur ialah bunyi bising. Perangai aku sama macam Irwan. Kalau nak tidur mesti dalam keadaan senyap kecuali kalau dah penat sangat tu lain cerita lah. Daripada dulu kalau aku nak tidur lampu mesti ditutup, kipas ditala ke muka, kena ada bantal dan tilam dan mesti peluk sesuatu. Sebab tu kalau naik kereta aku jarang tidur.

Aku memang pantang kalau dengar bunyi bising. Bunyi jam ke, bunyi tv ke, bunyi radio ke. Confirm aku tak boleh tidur dengan nyenyaknya. Dan akibatnya pagi esok bila bangun mesti aku rasa macam nak mengamuk je.

Apatah lagi bunyi orang berdengkur, memang aku bengang sangat. Lagi-lagi kalu partner tidur aku (kalau masa kecik-kecik adik-beradik aku) tu berdengkur. Fuhh rasa macam nak cekik je leher dia suruh bangun, sebab dia sedap-sedap tidur berdengkur, aku terkulat-kulat cuba pejamkan mata. Mana aci!

Tapi sejak kahwin ni, aku semakin lali dengan bunyi berdengkur ni. Dengkuran Irwan umpama muzik yang melelapkan mata aku untuk tidur lagi nyenyak ;)

Takpe sayang, you berdengkurlah, I dah tak kesah. hik.

2 comments:

E.d.Y said...

need ur details untuk hantar hadiah contest...hantar kat email ruzaidi.kardi@gmail.com

.Najihah A. said...

baik! ;)