Wednesday, April 27, 2011

.Aku dan Best Friend (Part 1).

Dalam dunia ni, setiap orang mesti ada at least sorang best friend kan. Best friend ni bukan je setakat nama kawan baik, tapi kawan yang memang kenal hati budi kau, yang tahu karenah perangai kau dan sentiasa memahami emosi dan pemikiran kau.


Dan aku juga ada seorang best friend dalam dunia ni, aku kira memang kawan terbaik pernah aku ada, dan aku harap aku akan kekal berkawan dengan dia sampai syurga nanti.

Aku kenal best friend aku ni sejak umur aku 5 tahun. Masa tu masih zaman pakai baju tadika kotak-kotak merah putih, kain biru gelap, rambut kadang-kadang bertocang, kadang-kadang ikat ekor kuda, ikut mood nak pergi tadika hari tu. Bayangkan berapa lama dah kitaorang berkawan? 20 tahun kauuu!

Tapi aku tak satu tadika dengan dia. Dia tadika lagi satu, aku tadika lagi satu. Tapi masih dalam kawasan yang sama. Sebenarnya aku pun tak perasan sangat dia masa kecik-kecik dulu. Cuma aku rasa aku jumpa dia masa hari penyampaian hadiah besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan komuniti di kampung kitaorang.

Sampai lah dah masuk darjah satu, masa tu aku dengan dia sama-sama dalam kelas 1 Kenanga. Tapi aku pun masih tak berapa dok rapat dengan dia kut. Atas sebab-sebab tertentu, aku sempat duduk dalam 1 Kenanga tu cuma untuk penggal pertama je. Lepas tu aku pindah sekolah dekat kampung mak aku untuk satu penggal, sampai habis darjah satu.

Oh lupa aku nak bagitau, best friend aku ni duduk dekat je dengan rumah aku. Kalau naik motor dalam 10 minit dah boleh sampai dah. Mak dan ayah dia pun sama-sama cikgu macam mak dan ayah aku jugak, jadi kami sama-sama anak cikgu – jadi didikan yag diterima pun lebih kuranglah kan.

Bila dah masuk darjah 2, aku balik semula ke sekolah asal. Kali ni aku tukar kelas, masuk 2 Cempaka. Kelas kedua terpandai kononnya (tapi sebab aku budak baru, dia campak je aku kat situ, tak tengok result periksa pun). Best friend aku masa tu kat dalam kelas 2 Kenanga. Dia memang budak pandai, dan comel jugak!

Jadi oleh kerana tak sekelas, jadi nak kata rapat sangat tu tidaklah, tapi selalu gak ber ‘hoi’ ‘hai’ bila jumpa waktu rehat kat luar kelas atau kat kantin. Lagipun kakak-kakak kami pun satu sekolah dengan kami, dan mereka pun satu kelas. Bagus kan? ;)

Zaman kanak-kanak berlalu begitu pantas, aku tetap jugak dalam kelas 2 Cempaka, 3 Cempaka dan 4 Cempaka. Bukan aku ni bodoh ke hape, tapi masa tu sistem pengasingan kelas mengikut keputusan peperiksaan belum ada, jadi kalau kau dapat nombor satu memanjang pun dan gred kau lebih baik dari budak-budak kelas depan, kau stay jelah duduk kelas kau.

Masa darjah 4 ni, aku dengan best friend aku dan beberapa orang rakan lagi terpilih untuk menyertai kumpulan nasyid yang akan membuat persembahan sempena pembukaan Masjid Jamek Besar Batu Pahat. Masa tu perasmian oleh Almarhum Sultan Johor. Gila gigih hari-hari berlatih nasyid, lepas tu menjelang persembahan selama dua malam berturut-turut, pakai baju kurung biru dengan merah, dengan makeup yang direlakan jelah apa yang orang tenyeh kat muka. Kelakar :p Tapi pengalaman menakjubkan gitu.

Sampai lah waktu darjah 5, aku akhirnya berjaya menempatkan diri dalam kelas pertama, bersama-sama best friend aku. Masa tu nama kelas dah ditukar. Kelas paling pandai bukan Kenanga lagi, tapi dah tukar jadi kelas Mawar. Kelas Kenanga jadi kelas untuk budak-budak yang teruk sikit result diaorang, kelas paling last, konon-konon bila diaorang pakai nama Kenanga, aura kerajinan dan kegeniusan itu akan menyerap dalam diri diaorang. Haha.

Macam biasa, bila dah satu kelas, banyak share benda lah. Kadang-kadang tiru kerja rumah dia, sama-sama rasa kena rotan dengan cikgu kelas yang mengajar Bahasa Melayu yang asyik naik angina je waktu dia mengandung, kena tengking-tengking dan takutkan rotan cikgu Agama yang siap suruh buat “Buku Solat” semata-mata nak pastikan kami semua solat penuh lima waktu.

Sampai lah darjah 6, aku dengan bestfriend aku masih lagi dalam kelas yang sama, kelas 6 Mawar. Masa tu kitaorang sama-sama dapat jadi pengawas. Jadi bila jadual bertugas pengawas disusun, kadang-kadang kitaorang main tipu letak tempat bertugas sama-sama. Hehe.


Bersambung….



(Irwan dah nak sampai, nak siap-siap nak balik dah)

Wednesday, April 20, 2011

.Bila Aku Sudah Tua.

Assalamualaikum.

Tadi kat mukabuku ada kawan aku kongsi link untuk aku cuba tengok gambaran wajah aku lagi 20 tahun. Jadi sementara tunggu Irwan datang jemput aku, aku pun test lah, maka hasilnya begini.



Punyalah comel muka aku kan, takkan lagi 20 tahun kedut macam ni. Aiyoo! Macam ngeri. Terus macam nak conscious dengan krim anti-penuaan T_T


Baiklah, mari tengok rupa Irwan pulak.

Muka tak berubah, cuma jeragat agak kelihatan. Yang dekat mata dia tu apa benda tah, macam ada selaput pulak. Harus advise Irwan beli krim anti-penuaan jugakkan :P

Ala benda ni for fun kan. Macam lawak pulak bila tengok. InsyaAllah akan ku maintainkan kecomelan ini lagi 20 tahun :) :P

Berminat untuk cuba? Sila ke sini.

Bolehlah korang tengok muka Justin Bieber, Kaka, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi bila diaorang pun sudah tua nanti. :)


Selamat mencuba! :P

Tuesday, April 19, 2011

.Kalau.

Kalau ada satu-satunya benda yang dapat digantikan dengan seluruh keluargaku, itu dia nyawa aku.



ps: minta maaf menyepi lama. tak berapa sihat lah.

Friday, April 8, 2011

.Jangan Jadi Mangsa Fesyen.

Assalamualaikum.

Hello!

Salam Jumaat. Ehh kejap je dah nak hujung minggu semula kan. kan.

Baiklah, straight to the point, sebagai seorang pemerhati fesyen yang tegar, sekarang trend fesyen bagi wanita berhijab di Malaysia adalah ala-ala Yuna & Hana Tajima. Takkan tak kenal Yuna kan. Tapi siapa Hana Tajima?

Okey ini Yuna.

Yang ini pulak Hana Tajima. Nak tau details, pergi Google sendiri oke ;)

Boleh dikatakan Hana Tajima yang banyak membentuk style Yuna untuk nampak lebih international seterusnya membantu untuk menjadi trend-setter di kalangan golongan berhijab yang muda-muda rata-ratanya.

Tapi bukan Yuna dan Hana yang aku nak ceritakan. Tapi aku perhatikan banyak sangat Yuna dan Hana wannabe yang telah muncul. Kalau sesuai kena dengan gaya anda, sila teruskan. Lagipun menutup aurat, plus tidak menghilangkan ciri fesyen itu kan.

Cuma orang cakap, ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa diri anda tidak sesuai untuk mebawa gaya Yuna-Hana ni, jangan buat. Jangan jadikan diri anda mangsa fesyen. Elok-elok fesyen hijab tu jadi sesuatu yang stylo tapi menutup aurat, dah jadi macam weird dan menakutkan. Tak kena langsung, dan silap-silap dah macam gaya kekampungan yang awkward!

Aku bagi contoh, tadi dekat pejabat aku ada seorang ni (of course perempuan lah), dia try untuk pakai tudung macam Yuna (masuk ni dah kali kedua), dan aku rasa dia follow style aku ikat tudung (after aku belajar dari kakak aku) sebab aku yang mula-mula pakai macam tu kat pejabat ni, but sangat tak sesuai dengan dia kot.

Baiklah bayangkan bila anda melihat seseorang memakai baju kurung cotton berwarna oren muda (baju kurung tu dah cantik), tapi apa yang menambah kesilapan adalah bila dia ikat selendang ala Yuna tapi selendang tu adalah bercorak kotak2 berwarna oren+hijau yang dah macam alas meja. Bukan ke macam semak kot? Kamon kak, baju corak-corak tak boleh pakai dengan tudung corak jugak T_T

Oh my, tolong kalau rasa sangsi tak kena gaya, boleh tanya, jangan terlalu beryakin dengan gaya anda. Sedangkan aku sendiri pun kadang-kadang buat fashion crime pada diri sendiri T_T Cuma kalau nak selamat, gayakan gaya polos, simple and modest. Ingat, style tak memerlukan effort yang berlebihan, less is more! ;)

Kalau kita dah cantik, tak payah pakai sarat-sarat memang akan cantik ye tak? :)

Wallahualam.

Selamat berhujung minggu! ;)

Wednesday, April 6, 2011

.Butter Prawn Yang Confirm Sedap.

Assalamualaikum.

Hai. Rasanya dah lama aku tak bagi resei masak kan. Oke kali ni aku nak bagi resepi penyedap tekak iaitu "Butter Prawn (original recipe)". Yang ini ala-ala Chinese style sikit. Ehe sejak pandai masak ni, macam-macam resepi aku cuba :P


Nampak menyelerakan kan? Perghh, memang sedap. Tak tipu! Rugi tak cuba weh. Sila lihat resepi di bawah ini. Resepi aku amik kat sini.


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Udang besar 8 ekor

Kuning telur (dipukul) 2 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
Susu cair 1 cawan
Bawang merah (cincang) 1 sudu besar
Bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
Minyak masak 1 sudu besar + utk menggoreng udang

Baiklah puan-puan, cara memasak adalah seperti berikut.


Langkah 1 (floss kuning telur)
Panaskan kuali, masukkan 3 sudu butter dan minyak 1 sudu besar (TIPS: minyak boleh mengelak butter menjadi hitam).

Masukkan telur kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.

Angkat dan tapis.


Langkah 2
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan.
Angkat dan tapis

Langkah 3
Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan bawang yang sudah dicincang dan bawang putih yang dicincang.
Masukkan cili padi dan daun kari. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan susu cair. (Boleh juga digantikan dengan susu segar)
Goreng sehingga semua rata dan kering
Angkat dan letakkan didalam pinggan.

Langkah 4
Sebelum menghidang taburkan floss telur kuning diatas udang tadi. Yummy! :)


Nampak senang kan? Memang senang pun. Apa lagi balik ni pi pakat beli udang sekilo :P

Selamat mencuba!



Tuesday, April 5, 2011

.Perancangan Masa Hadapan.

Assalamualaikum.

Huish, dah dekat dua minggu aku tak update. Bukan malas, bukan takde idea, cuma masa tak mengizinkan. Entah kenapa tah, sekarang aku macam hilang minat nak main internet. Bila bukak Facebook, tak tahu nak update apa. Bila berTwitter pulak, macam blur nak tweet apa.

Masa aku lebih banyak dihabiskan dengan Irwan, buat kerja-kerja rumah, kalau bukak internet pun, untuk view je. Serius, aku baru rasa 24 jam tak cukup sekarang. Dulu macam banyak waktu senggang. Tapi walaupun sibuk menguruskan rumahtangga, aku enjoy dengan kehidupan sekarang. Yelah, isteri mana yang tak happy kot, bila akhirnya dapat duduk dengan suami setelah tunggu berbulan-bulan kan.

Memang aku happy buat kerja-kerja rumah. tapi aku belum bercadang untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Umur 25 tahun hendak berhenti kerja, dan menjadi domestic goddess? Memang tak lah kot. Aku memang berghairah dengan kerja aku sekarang (walaupun kadang-kadang mood capai tahap mendatar), tapi aku enjoy jadi career woman. Rasa cabaran tu lebih sikit kot.

Pagi pergi kerja, balik kerja dah nak siap-siap masak, basuh baju semua. Rasa masa aku terisi kot.Tak dapat aku bayangkan kalau aku jadi surirumah, aku akan buat rutin yang sama, paling tak pun, semua drama-drama televisyen aku hafal jadualnya, lepas tu main internet, lepas tu akan mula cari hobi yang bersesuaian, menjahit manik ke, belajar buat kek ke, ataupun masuk kelas memasak, kalau rajin dan ada modal sikit bolehlah buat online business kan.

Aku tak rasa rutin macam tu sesuai dengan aku. Pada aku cukup kalau aku ambil cuti dua atau tiga hari, paling lama pun seminggu untuk berehat dan duduk rumah. Itu pun kadang-kadang aku dah rasa rimas.

Aku dengan Irwan ada beberapa rancangan pada masa depan. Aku harap target-target tu akan tercapai dan Tuhan akan memudahkan segala usaha ke arah itu. Bukan merancang untuk buat anak, itu aku tak rancang, tapi belum rezeki lagi T_T Ini rancangan untuk menjadikan kehidupan dan pengurusan kewangan kami menjadi lebih teratur.

Oh ya, Irwan dah mula bekerja kat syarikat baru semalam. Aku dah pun banyak kali buat welcoming party to KL untuk dia :) Dia cakap kerja baru dia ni mungkin memerlukan dia outstation, jadi aku kena redha jelah. Aku tak sedia untuk tinggalkan Malaysia apatah lagi meninggalkan keluarga dan kerjaya aku. Kalaupun Irwan dapat tawaran kerja kat oversea, biar dia jelah yang pergi. Biar aku duduk Malaysia je dengan bakal anak-anak aku.

Aku pun ada target jugak dalam kerjaya. Takkan nak puas hati takat ni je kan. InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak sambung belajar. Rugi otak aku ni kalau tak gunakan semaksima mungkin kan :)

Harap-harap semuanya akan berjalan lancar. Amin.