Assalamualaikum.
Tengok, sekejap je sudah Jumaat semula. Seminggu tu berlalu macam tak terasa, tapi sejak Irwan 'terbang', aku rasa nak menghabiskan setiap hari tu macam lama sangat :'(
Malam ni aku balik kampung dengan kakak aku. Sebab esoknya mak aku mahu buat kenduri doa selamat untuk aku bersalin nanti. Yelah, memandangkan aku sekarang sudah pun 7 bulan lebih (nak masuk 8 bulan dah), kan selalu orang Melayu buat upacara lenggang perut.
Tapi takdelah mak aku nak buat upacara tu, cukup dengan kenduri doa selamat agar aku selamat melahirkan nanti. Dan sekali buat juga kenduri kesyukuran sempena hari kelahiran aku :)
Kalau tahun lepas aku tak fikir sangat untuk sambut hari lahir (sebab sibuk sangat nak kahwin :P), tahun ni pulak kononnya aku berangan nak di celebrate oleh suami tercinta, nampaknya hajat tidak kesampaian lah jawabnya. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya masa hari lahir aku tu dikelilingi oleh kaum keluarga, jadi tak lah merasa sangat kesedihan tu kan.
Aku rasa sambutan hari lahir aku paling seronok sekali (yang mampu aku ingat lah), masa aku Tingkatan 3 kat SMKAS. Masa hari lahir aku jatuh pada tahun tu, masa tu jugak 27 Rejab. Hari Jumaat. Jadi malam hari lahir tu (tengah malam), aku pergi surau - dirikan solat-solat sunat dan bertafakur. Masa tu jugak hujan mencurah-curah turun, hujan rahmat aku kira. Rasa tenang menyelinap dalam jiwa, terasa 15 tahun umur aku hidup tu diberkati.
Bila aku balik semula ke dorm, aku tengok banyak gila hadiah bersusun kat katil. Terharu gila kot T_T Hadiah daripada kakak aku, daripada bestfriend aku, daripada adik angkat, daripada kakak angkat, daripada kawan kepada adik angkat, daripada secret admire dan daripada dormmates :)
Seronok betul bila malam tu dihabiskan dengan acara membuka hadiah, baca kad-kad ucapan. Macam-macam ucapan ada, dan sampai sekarang aku ada simpan semua kad ucapan dan hadiah tu tau :)
Esoknya pulak mak ayah aku datang asrama, diaorang bawak aku pergi outing. Bayangkan diaorang datang dari Batu Pahat ke Segamat, masa tu jalan nak ke Segamat bukan elok sangat, nak pergi sana pun makan masa dua jam lebih. Kalau naik bas Yow Hoe, dekat 3 jam baru sampai, panas pungkok duduk dalam bas.
Sampai kat bandar Segamat, mak ayah aku bawak pergi kedai kek, dia suruh pilih kek mana aku nak untuk hari jadi aku. Belilah yang besar sikit diaorang cakap, sebab nak makan dengan kawan-kawan kan. Lepas tu ayah aku tanya nak beli hadiah apa, masa tu tingkatan 3 kan, mana reti nak dmand nih, ayah aku bawak pergi kedai kamera. Lepas tu dia belikan aku kamera kompak Kodak (model jenis apa aku tak ingat, tapi masa tu, itu model yang latest jugaklah).
Aku rasa minat aku dalam bidang fotografi mula bercambah dari situ lah kot. Bila aku dah start ada kamera sendiri. Memang sayang sangat mak ayah sebab belikan aku kamera :)
Balik je asrama, rupanya kawan-kawan aku pun ada belikan aku kek jugak. Diaorang kongsi-kongsi duit. Terharu. tsk. Jadi aku ada dua kek untuk hari jadi ke-15 tu. Best. Best :)
Itulah kot sambutan hari lahir aku yang paling terkesan dalam diri aku. Gambar-gambar masa tu semua ada lagi aku simpan sampai sekarang.
Bila zaman makin maju, makin dewasa dah kuranglah celebrate-celebrate ni. Paling tidak pun sebelum kahwin dulu, family aku mesti bawak pergi makan-makan, tak kiralah pergi makan seafood ke, makan western ke. Walaupun takde kek, tapi at least adalah birthday treats kan :)
Dan esok, sambutan hari lahir aku lagi meriah kot, sebab diraikan oleh ramai orang (termasuk orang-orang jemputan kenduri), yang penting pada aku ia diberkati.
Cerita tentang hari lahir aku, akan aku cerita nanti lah ye :)
Cuma aku ada wishlist untuk birthday present (tak habis-habis dengan wishlist), walaupun aku tahu takde siapa nak bagi pun -_-
Aku memang teringin sangat nak Iphone. Haha saja nak bagi bold :P Kalau tak dapat, Ipad pun jadilah. Ada ke siapa-siapa nak sedekah kat aku? Second hand pun aku amik je wehh :) Hehe kalau tak dapat tahun ni, tahun depan lah aku berusaha keras bagi hadiah pada diri sendiri :) *sadis*
Tapi kalau tak dapat, aku akan cuba jugak bagi treat untuk diri sendiri, handbags pun jadik la. Longchamp or Coach pun jadik la. Kalau boleh nak LV, tapi itu macam mustahil je :P
Tapi kalau tak tau jugak nak bagi aku hadiah apa, bagi voucher or cash money pun boley, tahu lah aku nak spent nanti :)
Oklah aku nak balik dah. Esok aku nak pergi check-up baby, dan buat booking untuk bersalin. Doakan perjalanan aku selamat ya :)
6 comments:
Happy bIrthday!!wah, rmi pminat rupanya tyme kat smkas dulu...heheh
Thank you tika :) hehe tau takpe :P
aku gak takde kenangan celeb bsday kat skolah~ asal bday aku je, cuti sekolah. bulan 6. haha~ :D
oh ye, jaga diri n baby, kuatkan semangat!! :)
.Intan.
hehe yeke, takpe celebrate kat rumah lagi best apa! :)
Thank you mummy Izz!
Harap dpt la wish ko nk iphone tu...sok dh der anak,xde time nk wishlist bagai...everything pkir anak 1st ;)
.Atie.
Hehe dah ada anak pun akan diteruskan wishlist sendiri jugak :P
Post a Comment