Assalamualaikum.
Apa kes
blog updated 2 minggu sekali. Hehe. Salahkan perangai malas yang semakin menjadi-jadi. Dulu kalau tak update belog macam panas punggung, sekarang macam lantak pi lah :p
Hehe.
Nampak tak
additional new ticker kat atas tu? *wink* *wink*
Yes buddies, I'm 12 weeks plus pregnant! ;) Alhamdulillah.
Sorry guys, bukan tak mo bagitau, cuma rasa taknak kecoh sangat, al-maklumlah sebab masih
early stage kan, orang cakap tu taknak lah teruja bebenor, takut benda-benda tak diingini berlaku pulak nanti. Nauzubillah!
Jadi lepas ni jika diizinkan Tuhan kamu-kamu semua akan jadilah
uncle dan
auntie kan :) hehe.
Nak dengar tak cerita
pregnant kitew? Tak mo dengar sudah, aku tak peduli nak cerita gak :P
At first, memang aku
expect tak pregnant. Maklumlah setelah hampir 5 bulan berusaha keras (18sx), masih belum juga diizinkan Tuhan untuk berbadan dua. Tambahan pulak tu, kitaorang kan pengantin jarak jauh, jadi kebarangkalian untuk dapat
baby tu pun agak kecil lah.
Yelah, usaha pun kurang kan, jumpa pun sebulan sekali, kalau bajet ada lebih, 2 minggu sekali dapatlah jumpa. Jadi proses mencuba tu pun tidak kerap. Kadang-kadang bila
time nak proses
baby tu, bukan pulak pada waktu subur aku. Untuk pengetahuan korang, orang perempuan bukannya tiap-tiap kali bersama tu
confirm subur. Tak macam lelaki, bila time klimaks tu akan ada benih keluar.
Telur orang perempuan hanya akan keluar sekali sahaja sebulan, iaitu pada waktu subur mereka, sebab itu disarankan mengadakan hubungan (kalau ke arah untuk mendapatkan zuriat) pada waktu tersebut. InsyaAllah dengan izin Tuhan akan menjadi.
Dah macam pendidikan seks pulak, bukan apa, saja nak berkongsi ilmu yang ciput je ni. Itu secara saintifik lah, bagaimana persenyawaan tu berlaku. Tapi ada jugak yang berhubungan pada waktu subur, tapi masih tak menjadi, itu kuasa Allah. Yang penting kita kena usaha keras tanpa berputus asa.
Yang mana Tuhan nak uji, bertahun-tahun mencuba pun, masih belum dapat zuriat. Pokok pangkalnya, jangan terlalu
stress atau
try harder, sebab kalau kita
stress atau terlalu mencuba (hari-hari proses baby) pun kadang-kadang tak menjadi jugak. Itu orang-orang yang lebih dulu berpengalaman cakaplah.
Tapi ada jugak betulnya, sebabnya, di awal perkahwinan, aku dengan Irwan memang beria sangat nak ada baby. Yelah siapa tak
excited nak jadi mak ayah kan. Irwan lebih-lebih lagi
excited nya, sebab dia cakap dia dah tua (alolo sayang, u baru 28tahun lah, tua apenya kan :P),
so nak
baby cepat. Orang tua-tua cakap, pantang tersentuh jari kaki, mesti nak on (18sx). Tapi masih takde rezeki jugak.
Jadi, sampai satu tahap aku cakap dengan Irwan, suruh relax, dan berusaha je, kalau ada rezeki kita satu hari nanti, insyaAllah Tuhan akan bagi. Percayalah, Allah lebih mengetahui bila waktunya yang sesuai untuk kita dikurniakan zuriat.
Yang penting, jangan mengalah untuk berusaha, sentiasa berdoa, solat hajat dan bertawakkal pada-Nya.
Aku tak pergi
scan lagi, nanti minggu ni baru nak
scan. Bukan apa, waktu tak mengizinkan, harap-harap keadaan semuanya baik-baik saja. Kawan-kawan tolong doakan yang terbaik ya!
Ok nanti aku sambung detik-detik debaran bila mengetahui aku pregnant. Cewah!! :P
Bai.