Friday, November 12, 2010

.Ketahui Jika Anda Mengandung Melalui Cara Berjalan.

[from Google]

.
.
Assalamualaikum.

Sejak aku balik dari bercuti kahwin ni hari rabu hari tu, memang teruk aku kena sakat. Boleh kata setiap hari di sakat. Kena lah tahan telinga dan merah muka bila diusik. Lagi-lagi malam tadi malam Jumaat, lagi lah kuat diaorang menyakat. Lumrah pengantin baru kan ;)

Lebih-lebih lagi kalau rakan sekerja berlawanan jantina yang menyakat. Nasib baik pakai tudung, kalau tak memang nampaklah telinga tengah merah mana nak sorok tah. Ok cuma mampu tersengih dan senyum je lah.Hehe.

Antara sakatan (betul ke perkataan ni?) diaorang macam ni:

"Cuba jalan dari sini sampai hujung sana buat catwalk nak tengok jalan tegak ke tak?"

"Amik pembaris, ambik pembaris cepat."

"Gha ok? Macam lari je allignment."


Tak kurang ada yang tanya soalan berbaur melampau seperti:

"Dah pregnant ke?"

Ada jugak yang membuat ramalan sesama colleague,

"Tengok cara jalan dan perut Gha tu, bulan depan mengandung lah kot."

Aiyakkk! Isyy baru dua minggu kahwin dah macam-macam teori keluar. Sampaikan ramalan mengandung pun boleh diaorang tengok melalui cara berjalan. Berpengalaman sungguh diaorang ni!

Ramai yang meramalkan tahun depan bulan 7 confirm aku maternity leave ;) Aku sentiasa mengaminkan doa mereka.

Memang aku dengan Irwan tak merancang. Kalau boleh nak rezeki cepat. Irwan memang dah excited sangat, nak jadi daddy katanya.

Harap Tuhan makbulkan doa kami ;) Amin.

4 comments:

.nad. said...

Hakhaks!
Comelnya..
orang dah kahwin memang banyak pengalaman. Samalah dengan kat tempat saya ni. Siap ajar lagi bila waktu subur..Haha.
Yang bujang sengeh-sengeh je..


Semoga cepat dapat baby ye. Orang yang lahir bulan 7 sangat bertuah, sebab sifat semulajadi mereka buat orang ramai nak kawan dengan mereka[berdasarkan pengalaman sebab ramai kawan2 lahir bulan 7]

Anonymous said...

Aminnnn! I pon tak sabar nak jadi auntie. hihihi! :)

I am happy for you, kakak.

.Gha A. said...

.Nadia.

Amin. Thanks dear :) Tu la saya ni tengah mengumpul pengalaman.hehe.

.Gha A. said...

.Ari.

Thanks sis!

Nanti the baby call u auntie ari lah :)