adakalanya perlu kita berjalan terbalik
agar dapat kita lihat, jelasnya dunia
dapat kita pelajari, peliknya manusia
dapat kita rasai, kocaknya bangsa
dapat kita fahami, kacaunya jiwa
.
.
Hah! hari ini, kertas peperiksaan pertama aku muncul. Subjek SCK3113 - Industrial Operation Management. Masa diperuntukkan adalah 2 jam setengah. Mengapa aku tidak kaget mahu hadapi peperiksaan ini walau tahu sang rama-rama riang bertebaran dalam perut aku?
:
Malam - Subuh, sebelum peperiksaan
Aku dan Pae masih boleh riang-ria, bermain dengan buih-buih angin malam. Bagai tiada apa-apa akan berlaku hari ini. Walhal sudah sedia maklum paper hari esok memerlukan penumpuan yang tajam. Teori campuran kira-kira. Kombinasi agak tercanak bagi jiwa aku. Jiwa jadi kacau. Tapi selera makan masih tidak hilang. Kami masih boleh lepak-lepak kat Agus, menikmati Ayam Penyet yang sangat lembut, yang aku kira mampu meregangkan rasa keguasaran tidak selesai mengulangkaji lagi. Okey, pukul12 malam ni kita buat je soalan past year. Kami kira-kira, dah tak sempat mahu menelusi segala bagai ilmu POI. Dah lama kami tak studi sama-sama. Last masa Diploma UTMKL dulu. Dan terus kenangan mengulangkaji subjek Kenegaraan Pn.Jasmin tersegar kembali.
Ingatkan Ali Cafe mampu menjadi penebat. Tapi syaitan biru lebih kuat melambai. Pae terlelap, aku tersengguk. Entah ilmu apa yang masuk dalam otak kitaorang. Rasa sia-sia aja baca. Semangat dikuatkan. Lagu-lagu di laptop dimainkan dengan harapan mantera syaitan biru dapat ditewaskan. Kami agak berjaya. Semangat kembali mengerumuni jiwa. Masing-masing mula menjadi pensyarah sambilan, mengelaborasi segala macam perkara dan istilah seperti Service Blueprint, Bill of Material, CPM, PERT, AOA, AON dan segala bapak istilah.
Juga kami bertelingkah mengenai keaslian keturunan Gambarajah Ishikawa @ Gambarajah Tulang Ikan @ Gambarajah Sebab dan Akibat. Sehingga memaksa Pae mengambil buku QC untuk mendapatkan kesahihan. Sehingga aku keliru, mengapa subjek ini memerlukan rujukan buku yang tidak masuk dalam silibusnya? Aku tangkap ilmu mana yang ada. Sempat belajar CPM dalam masa 15minit saja aku rasa. Memang itu perkara terakhir aku buat, tahu jelah, bila melibatkan nombor dan rajah-rajah, aku memang mengalah awal!
:
DK8, N24 - 9.00 am
Wah! Wah! semua orang bagai tidak sabar-sabar mahu mencurahkan segala hafalan dan formula yang telah siap-siap semat dalam otak.
Peperiksaan bermula.
Hahhhhhhhhhhhhhhhhhh! Ambik kau! Kau baca soalannya betul-betul. Dengan numbering soalan yang memang unik, menjadikan subjek ini sebagai subjek yang amat pleasure untuk dipelajari apatah lagi mahu jawab soalan finalnya.
Kau bayangkan, ada 28 soalan. 20 soalan objektif. 5 soalan jawapan pendek *Kononnya!. 3 soalan esei. Dalam 20 soalan objektif tu, tak de satu pun istilah apa yang aku dengan Pae baca malam tadi keluar! Siot betol! Mampus lah camni! Dari buku mana dia ambil soalan ni?
Okey, jangan kaget sangat. Tengok pulak soalan jawapan pendek. 5 soalan, 20 markah. Mak aih! takde klue langsung! Aku berani sumpah ayat yang dia bagi takde sebijik dalam nota kuliah. Soalan apa ini? Suruh orang main agak-agak. Aku rasa kalau tukang tilik pun, boleh surrender tengok soalan ni.
Baiklah, bertenang, walau jiwa terus berkocak. Tengok soalan esei. Ah, mujurlah soalan 27, 28 menjadi penyelamat. Aku harus bagi kredit pada Pae. Masih segar otak aku mengingatkan bagaimana harus diimplementasikan CPM itu. Istilah ES, EF, LS, ES, Critical Path meluncur laju keluar. Yakin aku aplikasi Forward Pass, Backward Pass cara Milwaukee. Yang bahagian Decision Tree macam takde masalah. Aku paham bagaimana mahu buat keputusan untuk menghasilkan "pets" yang berjiwa.
:
Aku mahu cheritakan emosi-emosi yang terkeluar jelas pada muka setiap calon subjek. tertekan. Kaget. Gelisah. Tak terkeluar Idea. Semua lah, macam orang kena sembelit bila dapat soalan. Aku ambil 5minit, toleh kiri, toleh kanan. Tengok muka kawan-kawan, tengok muka sekuriti guard peperiksaan, cari ilham.
Bismillah, aku cuba yang terbaik.
Paling best, aku dengan Pae selamba main bisik-bisik, bercakap dalam bahasa Pensel, "Psst, soalan nombor ni, nombor ni apa jawapan?". Mujur salah seorang sekuriti guard peperiksaan aku kenal, Kak H. Terasuah acara perbisikan kami. Bila dah nak habis masa, lagi best, bincang bahagian objektif. Aku siap kongsi jawapan aku dengan Pae. Alah, buat apa nak lokek. Hal dunia aje. ahaha~ Masa dah hantar paper, kitaorang tak bangun lagi, siap Kak H bagi green light, "Hah, tiru ajelah cepat, ramai lagi tak hantar lagi" Wah!!!!!!!!!!!
Peperiksaan tamat.
:
Selera makan tidak hilang. Terus aku bawak Pae pergi Asam Pedas Tasek, tempat mula-mula aku jumpa Dia. Pada Dia aku mengadu bagaimana jadahnya exam aku tadi. Aku berserah, teruskan makan, dan tidak mahu sebut-sebut lagi. Hanya menunggu perang seterusnya, 30 haribulan. Special Topic pulak.
Yang pasti, aku mahu pulang balik rumah. Entah esok, lusa, tulat.
PS: mood X.O.X.O kembali hidup :)
4 comments:
woah
tak bek tiru tawwwwwww..... :p
haha neway wish u all the best in the exams :)
.aN aka Nor Arlina Amirah.
hahaha~ takpe..tiru sunat aje..ehehe~
wish u luck too! :)
isk3...
bg tips la kt ak skali..
hehe
.s a y a.
hehe~ buleh, tips guna cermin pandang sisi..baru cemerlang dlm peperiksaan! :p eheh~
gud luck S..xoxo ^.^
Post a Comment