Wednesday, April 8, 2009

.I don't Want To Be Brilliant.

"Jika Bulan mampu menjelma di siang hari, Mengapa Matahari tidak menjelma di malam hari?"

:

Bukanlah mahu aku mempersoalkan kewujudan bilakah perlunya waktu untuk bulan dan matahari itu harus menjelmakan dirinya, walhal jawapannya sudah dimaklumkan Penciptanya. Jika kau lihat dalam-dalam, perihal sepotong ayat yang indulgen aku petik dari sebuah naskhah filem terbijak pernah aku tonton. Ini ceritanya.

(pixs courtesy of Google)

Apa ada pada cerita ini? Pandangan skeptikal sesetengah penonton berbangsa-bangsa sudah tidak pelik lagi. Tapi aku tahu, ada sesuatu mengenai cerita ini menjadikan ianya karya penting untuk aku tonton sebelum aku menutup mata.

Aku nekad, kali ini kalau tidak ada seorang pun mahu menonton bersama-sama aku, aku mahu pergi sorang-sorang! Walau aku pernah mengeluarkan ayat berbaur jaminan bahawa "aku tidak akan dan tidak tegar untuk menonton wayang sendiri!" Tuhan itu tahu niat aku, lalu digerakkannya hati Pae untuk bersama-sama dengan aku menikmati filem itu. Walau aku sudah sedia maklum, bahawa beliau bukanlah seorang pelayan cerita-cerita emosi-melankolik bahasa Melayu! Tiket 645pm dan hari ini "Ladies Day", jadi hanya bayar RM 8 saja ye! Dan cuma ada 17orang memenuhi ruang panggung termasuk kami. Tidak mengapa.

:

Aku menangis menonton filem ini. Serius. 3 kali. Bukan emosi buatan yang aku jelmakan. Tapi datang secara lahiriah dengan semulajadinya. Di mana plotnya sampai mampu aku menangis?

Plot 1

Ketika Melur rehearsal untuk hari ujibakat, sambil bermain piano dan menyanyikan lagu "Angel". Matanya yang penuh kasih terpandangkan Mahesh yang memerhati dengan pandangan seribu keikhlasan walau tidak dapat mendengar bait lagu dan mengungkap kata penghargaan. Kau nampak mata yang berkaca itu? Sayu. Pilu.

(Melur hanya mengetahui bahawa Mahesh itu ciptaan yang 'istimewa')

:

Plot 2

"Saya sembah kaki ibu yang memijak tanah, kalau ibu mahu saya berhenti dari terus berjumpa dengan dia, saya akan berhenti demi ibu. Tapi saya minta ibu tolong ajarkan hati saya untuk melupakan dia, kerana hati saya tidak tahu bagaimana caranya." - Mahesh, ungkapan melalui tangan.

Air mata momen ini, tidak tertafsir.

Susah untuk kita lupakan seseorang, Lagi payah untuk lupakan seseorang yang kita sayang.

:

Plot 3

I GO...

Saat Hafiz tegar menyanyikan lagu ini pada malam Talentime (original voice by Aizat), dengan menyahut pesanan untuk mencubakan yang terbaik sebagaimana permintaan ibunya yang 'pergi' di luar sangkaan beliau. Kalau kamu, mampukah bertindak melawan perasaan kehilangan yang maha hebat? Dan Kahoe akhirnya mengerti, apa lah sangat nilai bezaan 3% berbanding nikmat persahabatan antara budaya yang terunggul.

:

"Let them go. We had ours"

Lampu ditutup. Peperiksaan tamat.

:

Betul kata-kata preview artis dari slot Melodi, dari 5 bintang, mereka bagi 6. Bagi aku, 7 bintang dari 5! Dan tidak salah aku mengikut nasihat mereka untuk membawa tisu yang cukup semasa tayangan. Kalau kamu menonton cerita ini berlandaskan tajuk "Talentime" semata, maka itu yang hanya kamu dapat. Tapi kalau kamu menonton dengan mata, hati, jiwa, dan akal yang celik, kamu dapat lebih dari itu. Cerita sebegini sebenarnya mampu membantu kita ketika menghadapi saat hidup yang disifatkan celaka atau tidak indah.

"When it is Silent, it is Speak. When it is Speak, it is Silent"

Benar. Tidak perlu kata-kata yang banyak jika mahu nikmati kehidupan ini. Hanya diam, dan rasai sekeliling kamu. Aku tidak mahu menjadi manusia terbijak, aku cuma mahu menghargai sisa nikmat dunia yang ada.

Aku mula respek pada perasaan mereka, aku mula hargai kewujudan mereka, aku mula rasakan yang aku tidak mahu mereka pergi, aku mula sedar bahawa aku tidak mampu hidup tanpa adanya mereka. MEREKA. Yang sentiasa dekat dan sayang aku. Yang bila aku jatuh, mereka tidak ketawa. Yang bila aku gembira, mereka turut senyum.

Dan hari ini juga, aku cuba berjalan menikmati kehidupan dengan cara aku, dengan jalan aku, dengan fikiran aku, dengan hati aku.

:

Pae, thanks a lot for today! We had a great lesson for life. The Shisya and whatsoever. Remember, secret is private ^.^

:

*Aku suggest kamu-kamu tonton filem ini. Ini filem Yasmin Ahmad Paling outstanding! See it, feel it.

6 comments:

atie said...

ive told ya..besh kn cte nih!!..ermm..give em 5stars..hanya mereka yang menghayati akan mengerti.. T_T

ride carefully..please~

SiGedikDariScotland said...

.atie said.

yeah babe, u're totally right! pandangan skeptikal tidak mahu menonton filem Melayu berkualiti harus dibuang dalam longkang! hehe~

kita mengerti, cinta itu infiniti~

atie said...

..i hv no idea why they dont get the msg lyk i did from dis beautiful muvi...kesian

"That song you keep playing is nothing but a photograph you look at with your ears."

- Ms. Izyan - said...

aku nak tengok!!! dr stat iklan lg nak negok~~~ kenje banyak weyh!!

takpe..takpe..abis psm nie aku nak tgk gak!! TAK KIRE~~

mmg aku nengok komen org kate cite nie sedey..aku tak tengok lg nie dah sedey~~~~ :'(

SiGedikDariScotland said...

.atie said.

itu lah pasal..banyak sgt mesej boley dapat from this great yasmin's masterpiece.

maybe diaorang tengok guna mata aje, tak tengok dengan jiwa.

*really admire lagu "I GO" tu..but dalam bahasa Melayu dah keluar kat HotFM.

SiGedikDariScotland said...

.iNtaN @ kEcHik.

tau takpe..walau iklan bajet murah, tapi makna mendalam weh! :P

sabar ye cik intan, lepas ini giliran awak pulak enjoy.huhu~

isk..seyes sedey..kalau ko menghayati beb..so, bawaklah tisu banyak2 okey :P