14/04 /2009 - SELASA
Ini hari terkahir dalam hidup aku sebagai seorang tutor. Hari ini, tugas terakhir aku adalah memberi markah bagi presentasi projek akhir student-student aku. Presentation mula sedikit lewat gara-gara masalah teknikal akibat Lab Assistant aku yang pergi berkursus. Nasib baik ada abang lab lain jadi penyelamat. Presentation diaorang okey. Cuma diaorang masih belum mengerti cara yang betul mahu present di hadapan seorang penilai. Tidak mengapa, mereka masih pelajar tahun 1, lama-lama nanti mereka belajarlah.Miss Najihah bersama suku daripada student nya
(kadang-kadang bangsa mata sepet lagi pandai menghargai)
.
Tugas aku berakkhir, aku kembali menjadi Research Assistant. Dan mula mendakap mood untuk menghambakan diri bagi PSM aku yang tertangguh lagi terbengkalai. Pengalaman jadi tutor banyak matangkan aku. Bukan semua orang dapat rasa apa yang aku buat ni. Rasa sedih, sebak. Aku mintak maaf kalau aku ada tergarang dengan student-student aku. Tapi rasanya takde, sebab aku sporting habis masa mengajar. Aku tidak menggunakan pendekatan diktator seingat aku. Iya, betullah.Seperti sudah dijanjikan, lepas saja aku habis kelas mahu pergi Karaoke dengan Pae & Zura. Demam karaoke tidak boleh berhenti. Kali ini ke Diva Karaoke Village kat Giant Southern City. Aku suka tempat ni. Lepas ni tak pergi lagi lah karaoke jamban tu. Huhu. Baru dapat control voice. Takdelah nyanyi macam nak pecah tekak. Aku dah tak ingat berapa banyak lagu aku nyanyi selama 2 jam tu. Tak agak pulak kita orang sewa bilik deluxe kan. Alah, itu pun sebab bilik standard dah habis. Tak kesah lah, bukan mahal mana pun. Sempat aku baring-baring dalam tu. Haha. Untuk abang pembersihan yang kami jumpa tadi, "tolong lah buat muka elok sikit. Tak payah nak eksyen kalah manager pulak." Menyampah kitaorang tengok.
Dan ketagihan nasi goreng cili padi semalam tak dapat dielakkan. Ke Stulang lagi kami. Kenyang, sedap. Aku rasa lepas ni patut aku ikut Dia jogging 4 kilometer! =)
.
.
P/s: Terkedu aku, final exam 20 april, bukan 26 april. Sudah tiada masa. Talian hayat terputus. Kegembiraan peru dicantas. Ini perjuangan terakhir.
6 comments:
lalalalala~ nak nyayi gak :P
.intan@kechik.
jom! jom! gile nak nyanyi aje nih..hehe~ :p
thanks for being our tutor.. :)
.aN aka Nor Arlina Amirah.
ayy..anak murid ku rupanya..
sama2..maaflah kalo saye tergarang..eheh~
oh...cikgu, suka karaoke, suke jahit tepi..mmm..complicated la..
cikgu? :p haah cikgu suka karaoke?jahit tepi?? tak paham saye..huhu
Post a Comment