Monday, November 22, 2010

.Tandas Pun Penting Juga.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi Isnin sudah suram, sebab hujan beserta angin menambahkan kemalasan untuk pergi menjalankan tugas, macam biasa.

Baiklah, mari bercakap tentang satu benda yang sedikit kotor, iaitu tandas. Tiba-tiba aku macam nak jadi wakil dari Organisasi Alam Sekitar mahu bercakap soal kebersihan. Maklumlah dulu zaman sekolah aku seorang Exco Kebersihan dan Keceriaan Asrama. Jadi jawatan tu memang kena sangatlah dengan aku yang seorang 'hygenic' ni.

Korang tahu tak yang 19 November yang lalu merupakan Hari Tandas Sedunia. Hari tersebut disambut pada setiap 19 November setiap tahun. Untuk keterangan lanjut, sila klik ini.

Kalau bercakap soal tandas, berapa banyak kali dalam hidup korang buat kerja mencuci tandas? Nak ke korang pegang berus jamban tu, sental mangkuk tandas tempat korang buang hajat?

Pada aku perkara yang mencerminkan peribadi pemilik sesebuah rumah itu adalah tandasnya. Bukan ruang tamu, bukan ruang makan mahupun dapur memasak yang dilengkapi dengan kabinet dapur yang wow.

Kalau kotor, berbau, dan hancing baunya macam tandas di stesen-stesen minyak (bukan semua stesen minyak, ada jugak yang bersih), maka memang sah-sah lah pemilik rumah tu pun pengotor orangnya. Sebabnya kau orang masuk tandas mesti paling kurang pun 5 kali sehari kan, memang tempat wajib lah senang cakap. Jadi kalau tak bersih, selera ke korang nak 'melepas' kat situ?

Memanglah dalam tandas tu banyak setan, jadi kalau tempat setan duduk biar kotor jelah? Korang pandai komplen kalau tandas kat R&R Plus kotor, tandas stesen minyak menggelikan, tandas kat shopping complex hancing, tapi cuba tengok balik tandas rumah korang. Agak-agak macam tandas hotel ke?Lebih-lebih lagi kalau rumah tu rumah sewa yang dikongsi dengan ramai penghuni. Memang aku jamin mesti ada kulat kat tandas diaorang tu.

Antara tandas di tempat awam yang paling terbersih aku pernah masuk adalah tandas di Phuket FantaSea, Phuket Thailand waktu aku berhoneymoon hari tu.

Cuba korang tengok gambar ni.

Siap ada mural yang melambangkan kecirian tradisional Thailand.

Dekat pintu tandas pun siap ada artwork.


Lagi mural pada dinding.

Untuk pengetahuan, Phuket FantaSea pasti dikunjungi beribu-ribu pengunjung dalam satu hari, jadi apabila mereka dapat mengekalkan kadar kebersihan tandas pada tahap CEMERLANG, aku memang kagum.

Serius, tiada bau yang kurang menyenangkan. Korang boleh duduk atas lantai tandas kalau korang nak. Oke aku bukan suruh duduk, tapi boleh nampak tak macamana bersihnya tandas diaorang?

Tandas di Malaysia pun apa kurangnya. Ada juga di beberapa tempat awam yang tandasnya memang terbaik.Tandas kat hotel lain ceritalah kan.

Tandas di lebuh raya juga semakin bagus dan bersih sekarang ini. Pada aku, ini semua mentaliti bangsa. Kalau kita sama-sama jaga, mesti semua dalam keadaan elok kan?

 Ini tidak, yang gatal tangan ramai sangat, lagi-lagi tukang conteng belakang pintu tandas. Kreatif betul lukis gambar-gambar tak senonoh, tak kurang yang promosi 'servis' diaorang dengan meletakkan nombor telefon.

Dulu masa aku jadi Exco Kebersihan, antara projek yang aku tinggalkan (sampai sekarang mungkin ada lagi) adalah mural yang aku dan AJK-AJK lukis pada setiap tandas dan bilik membasuh di asrama. Ada corak kulit kerang, corak bunga. Lepas siap mural tu, macam rasa semangat je bila masuk tandas, takde lah rasa macam 'seram' jebila masuk tandas asrama. hehe.

Sekarang aku dah jarang melukis. In fact, banyak hobi aku yang aku sudah lama tinggalkan. Mungkin aku semakin tua.

Tutup cerita pasal tandas. Hari ni aku asyik pergi tandas je. Penat.



ps: Dulu masa Form 1, aku selalu curik-curik nangis dalam shower waktu mandi bila aku homesick. Malu seh!

6 comments:

Rembo said...

how's phuket?
Its rock kan? Hotel mana aritu?

.Gha A. said...

.Rembo.

Phuket happening! hehe. ala gua dok hotel murah pun. save bajet! ;p

Unknown said...

ada gak hari tandas sedunia ek??

hadiah contest dah sampai?

.Gha A. said...

.Edy.

Ehh mesti ada :) dah sampai dah. thanks! suka sangat! hehe

amy said...

fuhyoo nice! boleh buat backdrop photoshoot lagi ehe

.Gha A. said...

.Amy.

Tu la, cantik dan halus sungguh seninya.hehe