Assalamualaikum.
Happy Tuesday peoples! :)
Tiba-tiba nak cakap omputih.hiks. Semalam aku cuti, jadi hari ini mood malas bekerja sangat menebal.Haih! Macam ni ke nak jadi pekerja contoh.
Baiklah baiklah jangan nak membebel panjang. Korang mesti tertunggu-tunggu entri kawin aku yang aku dah postponed hampir sebulan kan? :) Eleh kitew tau awak semua tunggu tapi taknak ngaku.
Sebelum baca pi basuh muka dulu, takut ngantuk pulak baca entri panjang berjela kang.
Sila nikmati dulu pos bermanja-manja di kebun orked :P
Ehemmmm ehemmm cerita bermula begini....
HARI PERSANDINGAN 30/10/2010
Untuk pengetahuan korang, hari pernikahan dan hari persandingan aku berlangsung pada hari berlainan. Aku nikah Jumaat malam, bersanding keesokannya pulak. Terpulang pada diri masing-masing, ada yang suka bernikah pagi, pastu tengahari hari yang sama pulak terus bersanding. Tapi aku lebih prefer bernikah dan bersanding berlainan hari. Jadi tak kelam-kabut sangat nak bersiap.Eceh.
Lepas tidur lambat malam tadi selepas majlis pernikahan selesai, pengantin sudah bangun sewal jam tujuh pagi. Ehh jangan nak ngengada dah tidur lambat lepas tu nak plan bangun lambat pulak sebab tak mau eyebag kelihatan jelas. Tak boleh okeyyy! Pengantin harus bangun awal, takkan tak malu kot tengok orang lain dah bertungkus-lumus buat persiapan awak masih nak bergelimpangan atas katil ewah-ewah banyak cantik.
Bila dah mandi wangi-wangi, sebelum tunggu makeup artist aku datang, aku pun pergi buat final-checking untuk keseluruhan majlis. Walaupun korang pengantin, tak boleh lepas tangan je, kalau nak rasa puas hati dengan majlis sendiri, better korang follow-up sendiri semuanya (mana yang terdaya lah).
Serius korang akan rasa perasaan tak lalu nak makan macam makanan tak boleh telan langsung. Tapi aku ingat tips-tips kawan-kawan aku yang dah kahwin dulu, diaorang cakap kena makan jugak walaupun sikit. So aku pun cuma jamah sikit nasi dengan lauk ayam masak marah sebelum bersiap untuk majlis. Serius tak kenyang, tapi perut rasa dah penuh je.
Make-up artist aku si Farell sangat punctual orangnya. Dia datang tepat pukul12 seperti yang telah dijanjikan. Paling tak sabar time muka nak kena makeup-lah. Kesian jugak kot Farell mesti harus berusaha keras untuk jadikan kitew cantik hari tu.
Nasib baik Farell tu terel, jadi segala jenis tompokan dan eyebag telah hilang dari pandangan mata kasar. Dan terhasil lah muka bride yang memang waaaa comelll sangat kot! hahahaha sila la muntah sekarang.
Masa waktu menunggu untuk bersanding tu u'olls memang rasa chuakk gila macam nak terkencing banyak kali, nasiblah dah pakai baju cantik rasa tak sampai hati nak kencing takut baju kotor dan berbau pulak nanti -_-
Majlis bersanding aku dijadualkan pukul dua petang. Tapi ada miscommunication dengan pasukan kompang. Jadi keadaan sedikit tegang di situ, last-last pukul2.05 petang baru orang suruh aku keluar ke pelamin.
Cewah cewah ni saat yang paling best ni. Masa tengah tunggu Irwan datang, aku kena duduk diam atas pelamin dan tunjukkan sikit sifat malu-malu tu. Muka siap kena tutup dengan kipas oleh pengapit, konon-konon tak mau bagi Irwan tengok dulu muka isteri dia yang chomell sangat nih :')
Kalau tak silap aku, Irwan kena melalui empat tol sebelum dibenarkan duduk atas pelamin. Ohh lupa nak cakap, adat tol ni memang adat orang Johor. So pada lelaki yang nak kawhin dengan orang Johor tu, kena sedia lah untuk terima adat ni. Ala untuk suka-suka jeww bukan kena letak seratus ringgit setiap sampul pun. Kecuali untuk duit bukak kipas, kena letak banyak sikit lah tapi tu pun tak sampai seratus. Tapi kalau korang memang kaya-raya dan berniat untuk sedekah apa salahnya kan letak lebih sikit.hehe
Bila korang dah duduk atas pelamin, jangan lupa untuk senyum memanjang walaupun dalam hati dan perut ada rama-rama yang tebrang banyak gila. Senyum je dengan senyuman paling manis dan ikhlas. Takkan pengantin nak muka masam kan, roak gambar sendiri nanti.
Trust me masa dah duduk atas pelamin dan acara tepung-tawar bermula, korang dah tak rasa debaran tu dah. Semua dah terbang jauh-jauh dan rasa excited berlebihan akan muncul. Masa tu akan rasa WAHH SERONOKNYA KAHWIN NI! Kalau tahu mesti dah kawin awal-awal lagi. Maklumlah Raja sehari kan, diraikan oleh semua orang dan menjadi tumpuan semua tetamu. Rasa malu ada jugak, tapi excited tu lebih lagi.
Time kahwin ni pun best sebab semua kehendak korang akan dilayan. Nak itu orang ambilkan, nak ini orang hulurkan. Best sangat ah. Tapi janganlah over mengarah itu dan ini pulak kan.
Masa makan beradab tu ececeh bestnya makan dapat suap-suapkan suami sendiri di khalayak ramai. Tapi tu la, makan tak kenyang sangat sebab kena control sikit yelah nanti orang cakap pengantin makan gelojoh pulak.
Lepas habis je majlis, kitaorang pergi outdoor photoshoot pulak kat Kluang. Siap buat aksi berbahaya melintas jalan raya yang sesak masa nak pegi satu tempat tu dengan memakai baju pengantin. Gila kau, kalau terpijak kain yang meleret tu, dah jadi tragedi. Nauzubillah!
Tempat outdoor lagi satu ada kat kawasan ladang. Gambar aku tak dapat lagi, jadi tak boleh lah nak tunjuk semuanya. Paling best, bila nak keluar dari ladang tu. Tiba-tiba Mak Guard tu tahan kitaorang. Ingatkan nak marah ke apa, sekali dia bagi aku bunga Orkid yang cantik gila kot, macam spesies kacukan siap wish SELAMAT PENGANTIN BARU lagi :) Terharu!
Secara keseluruhannya aku berpuas hati majlis perkahwinan aku berjalan lancar walaupun ada beberapa detik-detik cemas yang berlaku tapi semuanya dapat diatasi dengan baik.
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan aku yang sudi datang memeriahkan majlis. Kawan-kawan SKPP, SMKAS, UTM dan officemates aku. Banyak kawan-kawan yang aku tak sangka akan datang ke majlis aku, diaorang datang. Thanks guys. Walaupun dari jauh, korang sanggup datang.
Ada jugak yang datang sehari awal semata-mata nak hantar hadiah sebab tak dapat datang masa hari sebenar. Terharu lagi! Yang tak datang tapi dah janji nak pos hadiah pun, siap pos! Lagi terharu!
Thanks guys! Tak dapat aku nak balas jasa-jasa korang :) Pada siapa yang akan berkahwin tu, korang jemputlah aku, insyaAllah aku pergi pulak majlis korang eh. Sorry jugak untuk semua kekurangan dalam majlis aku.
Haaaa rasa best kan kahwin ni?Memang best! Baik korang kawin cepat! hehe.
2 comments:
mak aku xkasi kawen selagi tak habis belajar..huhu
.Edy.
Ko budak-budak lagi, tak boleh kawin.hehe
Post a Comment