Monday, October 31, 2011

.Genap Setahun.

29 Oktober 2010, 10:10pm
.
Syukur Alhamdulillah, genap setahun usia alam rumahtangga aku dengan Irwan. Terasa kejap benar setahun berlalu. Rasa macam baru semalam berdebar-debar menanti diijabkabul. Macam baru semalam bertungkus-lumus membuat persiapan raja sehari. Macam baru semalam pergi honeymoon. Dan semuanya lah, macam baru berlaku semalam.

Setahun yang aku dan Irwan tempuhi dengan penuh adventurous. Setahun yang penuh dengan cabaran, halangan, suka-duka, tangisan, senyuman dan semua segenap perasaan yang terbit.

Dalam setahun inilah, baru mahu kenali identiti, personaliti dan tabiat masing-masing. Bila sudah duduk sebumbung, tidur sekatil, baru tahu diri masing-masing. Dan aku kira itu semua pembelajaran yang sangat menyeronokkan untuk dipelajari :)

Aku bersyukur sangat sangat pada Maha Pencipta, kerana dijodohkan aku dengan orang yang aku sayang dan cinta. Walau ada onak duri dalam hubungan ini, ada ranjau yang berliku, tapi alhamdulillah semua dapat diredahi dengan sejiwa, seia sekata.

Memasuki tahun kedua, hidup aku dan Irwan akan bertukar, dengan kehadiran si kaki kecil ini tidak lama lagi. Semoga ikatan yang kami bina kekal dirahmati dan dipelihara Yang Maha Esa.Amin!

Dan aku berazam, mahu menjadi isteri yang terbaik untuk Irwan dan mummy yang sempurna untuk Muhammad N nanti :)


To you my dearest;
Thanks for all your loves.
I'm very gratitude to God to have a life & soul-partner just like you.
I wish our relationship will be last till the end.
I love you so much!!



p/s: I'm so touched, when seeing Irwan has do lot of changes. Dia dah pandai tulis love words, dedicate love songs :) Sweet!! :)

Wednesday, October 26, 2011

.A Bad Dream.

Assalamualaikum.

Last night I had a very very bad dream, I guessed -_- Lately, those 'black' dreams come frequently, and I'm quite scared when I thinked about it.

About last night, yeah I dreamed that my husband cheating on me, and the worst part is cheating with one of my best friends! pffft. Apa punya mimpi lah!

In that dream, both of them do not have any guilty feeling in hurting my heart even an-inch. Geram betul i! Until I woke up and my whole body were sweating!

Fuhh, nasib baik it was just a dream! But how about if it really happen?

Oh NO NO! I cannot and I don't want to imagine about that thing. But if one day it really happen, I think I CANNOT FORGIVE THEM FOR THE REST OF MY LIFE. Sampai dekat Padang Masyar pun I cannot forgive them kot.

Yeah you maybe can live happily together after dumped me, but you'll never live peacefully. I guarantee lah. Yelah kan, what you give, you get back kan. You sakitkan hati orang, one day you kena balik ye tak. Nowadays kan Tuhan bayar cash :)

Iskk emo pulak, dah takmo fikir bukan-bukan dah :)

Tuesday, October 25, 2011

.Kesian Anak Sedara Mak Ngah.

Assalamualaikum.

Isnin semalam, balik je dari klinik (aku mc semalam), kakak aku telefon bagitahu yang anak dia admitted to Ampang Puteri disebabkan oleh keadaan kesihatan dia yang tidak memuaskan sejak sebulan yang lepas.

Anak sedara mak ngah yang sorang ni, Muhammad Al-Faatih dah sebulan lebih asyik dok batuk-batuk je, pergi klinik dah banyak kali, tapi tak baik-baik. Last-last doc tahan, kena admitted.

Lepas didiagnosis, kemungkinan disebabkan kahak yang terkumpul dalam badan dia (baby kan tak pandai lagi nak buang kahak), yang membuatkan batuk dia tak baik-baik. Jadi kena lah buat fisio (untuk keluarkan kahak) dan buat nebulizer (betul ke aku eja nih?) untuk buang kahak-kahak yang terkumpul tu.

Sebelum pergi fisio, darah Faatih kena ambil untuk dibuat test. Masa kena amik darah tu, dia menangis, meraung tak ingat. Sakit kot. Aku tengok pun macam kesian gila, yelah budak kan, apalah daya dia sangat. Aku tak tau macamana kalau anak aku yang sakit nanti, mau aku yang menangis kot.huhu.

Jom layan gambar budak sakit ni.

Panjang betul nama penuh Faatih, jenuh nak isi borang exam nanti :)

Kesian betul tengok Faatih masa ni, macam tak bermaya sangat.

Cian mak ngah tengok dia, kalau anak sendiri macamana tah.

Lepas buat fisio, baru ok sikit. Lepas tu terus jadi lapar, minum susu tak ingat dunia dah.

Malam tadi, muka sudah ceria sikit :)

Alolo si demok ni, panggil ibu dia "Abu", bukan ibu. hehe.

Tau aje mak ngah tengah amik gambar dia.

Muka hari ni, makin sihat.


Mak Ngah doakan Faatih cepat sihat ok. Lepas ni tak mau nakal-nakal dah, kena selalu dengar cakap ibu dengan ayah tau. Be strong ok, Faatih kan hero :)

Tak sabar mak ngah nak tunggu baby mak ngah keluar, nanti boleh main-main dengan Faatih kan. Masuk sekolah sama-sama, hehe.

Friday, October 21, 2011

.Cerita Birthday & Si Kaki Kecil.

Assalamualaikum.

Kalau Jumaat minggu lepas sibuk menghitung hari untuk birthday sendiri :P Kali ni nak cerita sikit pasal birthday aku tahun ni.

Macam yang aku bagitahu hari tu, birthday tahun ni aku sambut kat kampung, memandangkan Irwan jauh di benua sana -_- Alhamdulillah, kenduri doa selamat untuk aku melahirkan nanti berjalan dengan lancar. Atas permintaan aku, mak aku buat sekali dengan doa kesyukuran sempena hari lahir aku. Yelah daripada buat birthday party, baik buat doa selamat kan :)

Atas permintaan aku juga, mak aku buatkan aku bubur putih-bubur merah. Tak tau lah korang pernah dengar tak, tapi rupa dia macam ni.

Bubur merah tu beras yang dimasak dengan gula merah kalau tak silap. Yang putih tu pulak dimasak dengan santan. Bubur merah memang lebih banyak daripada bubur putih semasa dihidangkan.

Selalunya kalau kita berhajat, masa kenduri atau hari-hari biasa masaklah bubur ni dan jamu orang makan, dan sebelum makan baca selawat dan niatkan dalam hati hajat kita tu.

Dan yang paling buat aku terharu, mak aku tempahkan birthday kek untuk aku. Sayang mak!!! :)

Ini Blueberry Cheese Cake yang super sedap!! Serius tak tipu. Aku bukan penggemar cheese cake. Mula-mula macam tak mau makan, sebab dah confirm mesti muak punya nanti.

Tapi bila dah makan, memang sedap kot. Tak muak langsung dan banyak jugaklah aku makan. Baby kat dalam perut pun suka cheese cake ni :P

Walauapapun aku nak ucapkan terima kasih khususnya pada mak ayah aku yang buatkan kenduri untuk aku. Semoga semuanya dirahmati Allah.

Dan pada kawan-kawan yang wish birthday aku haritu, aku appreciate sangat. Thanks tau! Hadiah tak penting, yang lebih penting adalah ingatan korang :)

Tapi kalau hadiah daripada orang tersayang tu haruslah penting kan :P :)

Macam biasa dari tahun lepas, Irwan jadi orang pertama yang wish birthday aku. Dan ucapan birthday yang dia tulis kat FB aku, buat aku touching:

"Each year your birthday reminds me that i really want to say im very glad and happy i know you and i always think of you and our baby each time of my day. Happy birthday isteriku. : )"

InsyaAllah, seiring dengan usia, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik dan ibu yang sempurna pada zuriat dia. Amin.
.
.
Tinggalkan cerita birthday, mari aku tunjuk gambar si kaki kecil yang aku dah janji nak tunjuk dulu.

Ini gambar scan waktu minggu ke-28. Yang aku tanda bintang tu, itu otak dia. Dan yang bertanda segitiga tu adalah jantung dia :)

Ini yang paling latest, gambar minggu ke-32, aku check minggu lepas.


Mulai minggu lepas, aku dah mula daftar dekat hospital yang aku nak bersalin tu (sebenarnya agak lambat lah, tapi nasib baik diterima lagi). Gynae aku yang dekat hospital ni namanya Dr. Chew. Kalau jumpa kali pertama nampak macam sarcastic, tapi sebenarnya dia ok.

Dia sangat concern untuk kita yang baru pertama kali ada baby ni, jadi dia nak kita faham betul-betul apa yang dia terangkan. Aku rasa seronok masa buat check-up tu :)

Baiklah, ini ringkasan sepanjang 32 minggu aku menjaga si kaki kecil ni:

  • Masa mula-mula aku ingat baby aku ni tak normal, sebab bila perut aku makin membesar aku noticed dia kurang tendang. Baru aku tau sebab baby dah makin besar, ruang makin sempit, jadi dia dah kurang tendang. Tapi still ada movement lah, dan itu normal.
  • Aku rasa baby aku ni faham apa mummy dia cakap, dan aku harap dia menjadi anak yang baik nanti. Sebab bila aku cakap-cakap dengan dia, dia mesti tendang-tendang, kira dia faham lah tu kan :)
  • Baby aku tak suka makan kari (sama macam daddy dia), especially kari mamak, sebab bila aku makan je, mesti aku sakit perut dan cirit-birit serta muntah.
  • Berat badan aku dah makin kurang meningkat. Setakat minggu lepas sudah 81.5kg sahaja. Pertambahan berat dari minggu ke-28 ke hinggu minggu ke-32 cuma 600g sahaja.
  • Berat baby yang semakin meningkat sekarang ni. Sehingga minggu lepas sudah 1.886kg.
  • Sekarang gusi aku kerap berdarah lagi-lagi bila gosok gigi, pedih ulu hati memang setiap hari dan sekarang ni kesukaran untuk bernafas bila malam-malam. Mula-mula aku macam takut jugak, tapi bila baca rujukan, rupanya itu simptom biasa untuk ibu mengandung -_-
  • Bila perut makin membesar, badan pun rasa makin panas. Memang tak boleh tidur kalau takde kipas/aircond, confirm berpeluh. Bila berpeluh pulak, nanti kulit aku jadi gatal-gatal.
  • Selera makan aku tidak sedasyhat dulu. Sekarang aku dah tak ambil makanan berat untuk malam, makan roti, biskut dan minum susu dah cukup :)
  • Aku masih memandu ke tempat kerja, macam biasa. Kalau ikutkan tak berapa larat, especially bila waktu jammed, kejap-kejap kena tekan minyak dan brek, senak sikit perut ni. Tapi digagahkan diri jugak. Harap-harap Allah pelihara segalanya.
Rasanya tu je kot. Hari dah makin gelap, tanda hujan lebat akan melanda Kuala Lumpur lagi, seperti petang-petang sebelumnya.

Hujung minggu aku ni aku spend masa sendiri aja lah kat rumah. Irwan pun belum balik kan. Mungkin aku habiskan masa untuk mengemas rumah, cewah.

Wednesday, October 19, 2011

.Down.

Aku betul-betul sedih hari ni. Tapi aku tak boleh nak luah macamana. Cuma mampu menangis dalam hati. Sudahlah Irwan jauh, memang tiada pilihan selain tanggung semua seorang. Rasa nak pergi dari 'semua' ni. Kalaulah aku ada pilihan untuk berhijrah ke benua lain.

Tu lah, kadang-kadang dunia ni tak adil. Bila kita sudah dieksploitasi, segala ilmu dan tenaga kita sudah dikerah, senang-senang kita disingkir, tanpa ada sekelumit perbincangan sekalipun.

Betul cakap orang-orang tua, habis madu sepah dibuang,

Dunia oh dunia.

Tuesday, October 18, 2011

.Kurang Dua Minggu Lagi.


I'm trying to not counting the days, I know he'll be back very soon.
*miss you like hell*
:)

Monday, October 17, 2011

.Sedetik Lebih.

Khasnya untuk suamiku di benua sebelah sana;


Cuma mahu you tahu yang I sayang you sangat,
dan untuk selamanya.

Terima kasih untuk kasih sayang yang mencurah,
yang tidak terbelah.

Terima kasih untuk rindu yang menggebu,
sentiasa selalu.

Semoga segalanya kekal dipelihara Tuhan,
dan ditambahkan lagi kebahagiaan.

Amin.

Friday, October 14, 2011

.Hari Esok Hari Penting.

Assalamualaikum.

Tengok, sekejap je sudah Jumaat semula. Seminggu tu berlalu macam tak terasa, tapi sejak Irwan 'terbang', aku rasa nak menghabiskan setiap hari tu macam lama sangat :'(

Malam ni aku balik kampung dengan kakak aku. Sebab esoknya mak aku mahu buat kenduri doa selamat untuk aku bersalin nanti. Yelah, memandangkan aku sekarang sudah pun 7 bulan lebih (nak masuk 8 bulan dah), kan selalu orang Melayu buat upacara lenggang perut.

Tapi takdelah mak aku nak buat upacara tu, cukup dengan kenduri doa selamat agar aku selamat melahirkan nanti. Dan sekali buat juga kenduri kesyukuran sempena hari kelahiran aku :)

Kalau tahun lepas aku tak fikir sangat untuk sambut hari lahir (sebab sibuk sangat nak kahwin :P), tahun ni pulak kononnya aku berangan nak di celebrate oleh suami tercinta, nampaknya hajat tidak kesampaian lah jawabnya. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya masa hari lahir aku tu dikelilingi oleh kaum keluarga, jadi tak lah merasa sangat kesedihan tu kan.

Aku rasa sambutan hari lahir aku paling seronok sekali (yang mampu aku ingat lah), masa aku Tingkatan 3 kat SMKAS. Masa hari lahir aku jatuh pada tahun tu, masa tu jugak 27 Rejab. Hari Jumaat. Jadi malam hari lahir tu (tengah malam), aku pergi surau - dirikan solat-solat sunat dan bertafakur. Masa tu jugak hujan mencurah-curah turun, hujan rahmat aku kira. Rasa tenang menyelinap dalam jiwa, terasa 15 tahun umur aku hidup tu diberkati.

Bila aku balik semula ke dorm, aku tengok banyak gila hadiah bersusun kat katil. Terharu gila kot T_T Hadiah daripada kakak aku, daripada bestfriend aku, daripada adik angkat, daripada kakak angkat, daripada kawan kepada adik angkat, daripada secret admire dan daripada dormmates :)

Seronok betul bila malam tu dihabiskan dengan acara membuka hadiah, baca kad-kad ucapan. Macam-macam ucapan ada, dan sampai sekarang aku ada simpan semua kad ucapan dan hadiah tu tau :)

Esoknya pulak mak ayah aku datang asrama, diaorang bawak aku pergi outing. Bayangkan diaorang datang dari Batu Pahat ke Segamat, masa tu jalan nak ke Segamat bukan elok sangat, nak pergi sana pun makan masa dua jam lebih. Kalau naik bas Yow Hoe, dekat 3 jam baru sampai, panas pungkok duduk dalam bas.

Sampai kat bandar Segamat, mak ayah aku bawak pergi kedai kek, dia suruh pilih kek mana aku nak untuk hari jadi aku. Belilah yang besar sikit diaorang cakap, sebab nak makan dengan kawan-kawan kan. Lepas tu ayah aku tanya nak beli hadiah apa, masa tu tingkatan 3 kan, mana reti nak dmand nih, ayah aku bawak pergi kedai kamera. Lepas tu dia belikan aku kamera kompak Kodak (model jenis apa aku tak ingat, tapi masa tu, itu model yang latest jugaklah).

Aku rasa minat aku dalam bidang fotografi mula bercambah dari situ lah kot. Bila aku dah start ada kamera sendiri. Memang sayang sangat mak ayah sebab belikan aku kamera :)

Balik je asrama, rupanya kawan-kawan aku pun ada belikan aku kek jugak. Diaorang kongsi-kongsi duit. Terharu. tsk. Jadi aku ada dua kek untuk hari jadi ke-15 tu. Best. Best :)

Itulah kot sambutan hari lahir aku yang paling terkesan dalam diri aku. Gambar-gambar masa tu semua ada lagi aku simpan sampai sekarang.

Bila zaman makin maju, makin dewasa dah kuranglah celebrate-celebrate ni. Paling tidak pun sebelum kahwin dulu, family aku mesti bawak pergi makan-makan, tak kiralah pergi makan seafood ke, makan western ke. Walaupun takde kek, tapi at least adalah birthday treats kan :)

Dan esok, sambutan hari lahir aku lagi meriah kot, sebab diraikan oleh ramai orang (termasuk orang-orang jemputan kenduri), yang penting pada aku ia diberkati.

Cerita tentang hari lahir aku, akan aku cerita nanti lah ye :)

Cuma aku ada wishlist untuk birthday present (tak habis-habis dengan wishlist), walaupun aku tahu takde siapa nak bagi pun -_-

Aku memang teringin sangat nak Iphone. Haha saja nak bagi bold :P Kalau tak dapat, Ipad pun jadilah. Ada ke siapa-siapa nak sedekah kat aku? Second hand pun aku amik je wehh :) Hehe kalau tak dapat tahun ni, tahun depan lah aku berusaha keras bagi hadiah pada diri sendiri :) *sadis*

Tapi kalau tak dapat, aku akan cuba jugak bagi treat untuk diri sendiri, handbags pun jadik la. Longchamp or Coach pun jadik la. Kalau boleh nak LV, tapi itu macam mustahil je :P

Tapi kalau tak tau jugak nak bagi aku hadiah apa, bagi voucher or cash money pun boley, tahu lah aku nak spent nanti :)

Oklah aku nak balik dah. Esok aku nak pergi check-up baby, dan buat booking untuk bersalin. Doakan perjalanan aku selamat ya :)

Wednesday, October 12, 2011

.Dear Daddy.

Assalamualaikum.

Dear Daddy,
Hari ni dah masuk hari ke-4 daddy pergi outstation. Baru sekali baby dapat dengar suara daddy. Mummy kata tak boleh cakap dengan daddy selalu sebab nak call mahal kan. Takpelah, dapat tengok daddy update gambar-gambar and story daddy kat FB pun dah kira okey.

Daddy tahu tak, walau dah empat hari daddy pergi, tapi mummy still sedih. Lepas je balik dari hantar daddy kat KLIA tu kan, mummy dah start nangis semula. Nasib baik malam tu tok mak & tok ayah tido rumah temankan mummy, terpaksalah mummy cover line. Mummy buat-buat tabah and tak kesah kononnya daddy dah terbang.

Esoknya pagi-pagi tok ayah dengan tok mak dah balik Batu Pahat, sebabnya tok ayah ada mesyuarat tengahari tu. Tok ayah pun tak berapa sihat, dia asyik batuk-batuk je. Tapi diaorang datang jugak nak hantar daddy sebab diaorang cakap risau daddy nak pergi jauh. Bagus jugak diaorang datang, at least ada la orang temankan mummy malam tu kan.

Bila tok mak & tok ayah balik je, mummy dah mula menangis. Mummy cakap dia rindu sangat kat daddy. Dia rasa lain sangat daddy takde. Yelah selalu kan weekend mesti mummy pergi jalan-jalan dengan daddy. Daddy tahu tak, mummy kan dia masuk bilik baju daddy, pastu mummy amik baju Melayu yang daddy selalu pakai tu, dia cium baju daddy. Baby tau mummy rindu sangat kat daddy sebab tu dia macam tu.

Tengahari tu mummy pergi rumah mak long. Mummy ajak mak long pergi Carrefour sebab mummy kata dia nak beli barang sikit, sebab masa daddy takde mummy malas nak keluar rumah, dia nak makan roti and cereal je. Lagipun perut mummy dah makin besar, dah makin penuh, tak boleh makan banyak sangat.

Daddy nak tahu tak, mummy demam dengan batuk tak baik-baik since daddy pergi. Demam rindu kat daddy pun iye kot. Kesian baby tengok mummy, tiap-tiap malam mummy tak boleh tidur sebab batuk kuat sangat, sampai sakit perut mummy. Tapi baby tahu mummy tu kuat, dia tahan sakit sorang-sorang. Baby pun tak nak nakal-nakal dengan mummy sebab kesian nanti kalau mummy sakit takde orang dengan dia.

Mummy selalu cakap dengan baby, taknak baby nakal-nakal masa daddy takde. Mummy cakap daddy pergi kerja, daddy nak cari duit untuk baby. Sebab tu mummy cakap baby kena kuat, kena jadi anak yang baik. Mummy suruh doa supaya daddy balik dengan selamat nanti.

Dear Daddy,
Baby dengan mummy akan tunggu daddy balik. Minggu ni mummy nak balik Batu Pahat dengan mak long sebab tok mak nak buat kenduri doa selamat untuk mummy sempena mummy nak bersalin nanti. At least takdelah mummy boring sangat weekend ni kan.

Mummy cakap dia tulis-tulis kat FB bukan nak bagi daddy risau, mummy cuma nak express perasaan dia rindu sangat kat daddy je. Mummy tu luar je nampak kuat, tapi kat dalam dia fragile habis. Yelah, perut mummy makin besar, dia buat kerja pun cepat je penat, emosi pun asyik terganggu je, sebab tu mummy cepat emosi.

Dulu masa baru-baru kahwin mummy memang tak kesah duduk sorang-sorang sebab mummy dah biasa independent, tapi kali ni mummy sedih sangat sebab pembawakan budak kot. Baby tau, macam-macam yang mummy fikir, especially pasal daddy kat sana, tapi mummy tak tunjuk depan orang.

Malam tadi kan mummy tunjuk gambar kahwin dia dengan daddy. Daddy nampak hensem sangat masa tu, so baby harap bila baby besar nanti jadi hensem macam daddy lah jugak. Lama mummy peluk album tu tau, pastu mummy nangis. Kesian mummy, rindu sangat kat daddy. Mummy cakap dia sayang daddy sangat, sampai akhir hayat. Sayang ribu-ribu lemon mummy cakap.

Oklah daddy, dah panjang sangat ni. Mummy cakap tak boleh tulis panjang-panjang. Nanti kalau daddy terbaca daddy jadi makin risau. Mummy cakap dia tak kesah pun daddy pergi outstation, cuma dia emosi sangat sekarang ni sebab keadaan dia tengah macam ni. Lagipun ni first time daddy gi outstation jauh sejak kahwin kan. Mungkin pasni kalau daddy outstation lagi, mummy dah biasalah kot.

Mummy taknak daddy risau. Dia cakap dia akan jaga diri baik-baik. Mummy pun tak lupa minum susu and makan ubat macam yang daddy pesan. Mummy suruh daddy fokus pada kerja je. Mummy cakap dia mintak maaf sebab buat daddy risau, dia takde niat nak buat daddy risau.

Daddy take care tau kat sana. Jaga kesihatan daddy ok. Baby and mummy doakan daddy selalu sihat dan selamat balik nanti.

Bye daddy!


Always love you;
Baby & Mummy.

Friday, October 7, 2011

.Bermain Dengan Emosi.

Assalamualaikum.

Jumaat datang lagi. Waktu sekarang berlalu betul-betul macam kilat. Haih. Hari ni jugak Bajet 2012 dibentangkan. Aku tidak ambil pusing sangat, bukan tak ambil berat hal negara, tapi sebab aku dapat dengar pun melalui radio online yang didengar daripada PC ni, sambil tu tangan buat kerja. Jadi intipati yang dibentang tu tak dapat didengar dengan jelas butirnya.

Dulu masa belum kerja lain lah, bila balik rumah waktu pembentangan bajet mesti dah standby depan televisyen dengan mak ayah, dah siap buat air teh o dan paling tidak pisang goreng panas mesti ada. Sambil mengunyah sambil dengar bajet. Sekarang dah sibuk bekerja, mana ada masa nak berleisure ada waktu minum petang.

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal bajet. Biarlah, aku rasa kerajaan dah membuat pertimbangan yang cukup baik dalam melaksanakan bajet. Bukan senang nak bagi semua lapisan masyarakat puas hati kan. Jadi kalau dapat capai sasar 70% yang puas hati pun dah ok kot. Yang pasti kalau cukai rokok dinaikkan, aku antara yang menyokong :P *harapnya Irwan akan kuranglah merokok nanti kan*

Oh, ini masa pinggang masih bercutting. Sekarang? T_T

Bulan Oktober ni pada aku bulan untuk aku bermain dengan emosi. Perasaan ini betul-betul akan diuji. Bayangkan eh, esok Irwan akan terbang jauh meninggalkan aku dan baby ni. Sejauh mana? Sejauh route ini. Kuala Lumpur - Cape Town - Buenos Aires. Dan hanya akan pulang 3 minggu selepas itu, juga dengan route yang sama.

Bukan tak biasa berjauhan, sebelum ni pun kitaorang mengamalkan pernikahan-jarak-jauh, tapi entahlah mungkin disebabkan 'keadaan semasa' aku yang sedang begini, maka emosi tu cepat benar sentap. Yelah, daya pergerakan aku pulak semakin lemah, perut makin membulat, badan pula semakin berat, hendak buat apa-apa cepat pulak mengah.

Lagi-lagi pulak sejak kebelakangan ni aku asyik kena Braxton Hicks je. Adalah sudah 3 kali macam tu. Sakitnya? Boleh tahan. Tak tergambar dengan kata-kata. Sakit untuk beranak aku tak mau bayangkan, lebih daripada itu kot T_T

Dalam tempoh masa aku menjadi 'isteri tinggal' ni, ada dua tarikh penting dalam hidup aku. Satu tarikh adalah hari kelahiran aku, dan satu lagi adalah hari ulangtahun pertama kami! Hah, bertambahlah rasa sekejapnya setahun kan. Macam-macam dugaan dan cabaran sepanjang tempoh tu tahu. Bukan senang menuju ke arah perkahwinan setahun ni.

Nampaknya tiadalah celebration, tiadalah candle light dinner. Surprise flower lagilah tak ada. Tak apalah, dah dituliskan begini kan.

Aku cuma harapkan Irwan pergi dan pulang dengan selamat, itu sudah memadai untuk aku. Bukan apa, persediaan untuk menyambut si kaki kecil ni pun belum lengkap lagi. Perancangannya selepas dia balik baru pulun habis untuk beli itu ini.

Hari makin gelap, hujan kat luar tu masih belum mahu berhenti. Aku nak balik dulu. Malam ni kitaorang nak pergi tengok wayang, at least berdating lah sebelum dia 'terbang' kan :)

Tak dapat aku bayangkan, macamana kat KLIA esok. Rasanya perlu aku standby banyak tisu. Maklumlah aku kan wanita yang bersifat air, maka air mata tu murah sangat untuk tumpah!

Last but not least, untuk suami yang dicintai:




p/s: Mak ayah aku pun datang esok, nak hantar menantu 'terbang' katanya :)

Tuesday, October 4, 2011

.Impian.

Aku ada banyak impian dan wishlist yang masih belum tercapai, masih belum mampu untuk ditunai. Salah satunya;

Smartphone / Iphone.

Nak sangat! Entah bila aku boleh dapat.