Pagi Selasa yang mendamaikan, iya kerana aku melihat langit dan mentari yang mutual mahukan dirinya terserlah. Okey, seperti entri sebelum ini yg jelas aku amat marah dengan servis WIFI yang berada pada gred paling hancus, pagi ini pun sama. Tapi aku dah tak kuasa nak marah2 lagik, nanti kedut muka aku..he he.. dah lama aku tak update, kecuali melaksanakan tag2 yang tertunggak..dan ini perihalnya.
19 Februari
Di sinilah mulanya kelegaan tahap delta. Seperti aku mendapat nafasku kembali. Semua gara-gara PSM yang menyebabkan aku makan hati, tertusuk otak dan sebagainya. Namun seperti kata pemberi semangat, jalan buntu itu pasti ada cahayanya, dan akhirnya aku suarakan hasrat untuk extend masa short-sem. Jangan ditanya jika aku sudah memikirkan sehingga tahap apa, kerana pertimbangan yang dibuat sudah balance. Aku tidak kesah, asalkan aku dan kawan2 berkongsi pentas berjubah yang sama. Settle satu masalah.
Seperti bahagianya hari pernikahan, aku gembira kerana claim gaji aku dah masuk. Mustahil hidup ini terlalu burukkan? Sekurang-kurangnya itu membuatkan aku tersenyum. Pastinya malam menjanjikan mesyuarat bagi presentasi English. Kerana esoknya harus diceritakan segala usaha-usaha kami sebelum ini.
Aku ke bilik Pae setelah hatrik berulang-alik kerana ketiadaan dia yang baru sahaja pulang dari menikmati pesta laying-layang. Bukan apa, aku cuma nak tumpang Internet untuk pendaftaran Degree++, (thanx cik lisa inform kat aku!)yang akhirnya bukak jugak fakulti aku setelah menunggu sedari Januari. Internet masih dengan perangai lah. Shit!
20 Februari
Tak tergambar perasaan itu, iya perasaan “fuh, settle semuanya” setelah giliran aku dan budak2 group wat presentation. Aku nervous pada mulanya, bukanlah kerana aku gagal untuk berbahasa Inggeris, tapi memang itulah aku. Seperti adanya sang rama-rama di jantung. But, everything was being just fine dengan pengakhiran kata-kata baik oleh Madam Aida, kami tersangat lega!
Time to back home! Serius aku belom packing satu ape pun..alah, berapa banyak sangatlah masa untuk sekadar mengemas barang-barang perlu untuk pulang ke rumah yang perjalannya cuma sejam!
Ketenangan itu, setelah 2minggu tak balik, cuma aku yang tau. Banyak sungguh kisah yang nak dikongsi dengan mak.hu hu. Mak beritahu berita yang tak disangka. Dia akan dapat award Anugerah Kualiti Daerah esok. Walaupun Cuma daerah, namun aku berbangga kerana awardnya bukanlah taraf Anugerah Bintang Popular, tetapi taraf Anugerah Academy yang mana pemilihan dibuat melalui penjurian professional. Congratz Mak!
Salah satu tujuan utama aku pulang: teman mak tengok movie cerita Geng:Upin Ipin..walau ini menjadikan bilangan tontonan aku kepada 2, tapi aku tak kesah. Aku cuma berbangga dapat menyokong hasil seni anak Malaysia untuk kali kedua. Sekurang-kurangnya, aku menyumbang jugak dari hasil kutipan.ha ha
Aku dah book ticket, 755pm kat Summit (kami ada pilihan tempat lain kah?). you know what, sekali sekala keluar tgk movie dgn ibu kamu itu menjadi satu terapi yang sangat terbaik! Aku tak suka dengan pegawai tiket yang nak cek beg kitaorg before masuk. Kat tebrau tak payah pon nak cek, poyo betul lah. Kitaorang bukan bawak bom ke ape.
Cerita bermula, tetapi di pertengahan, kepala aku sakit sangat. Ini mungkin akibat tak cukupnya tidur plus bau busuk badan mamat yang dengan girlfren dia yang duduk belakang kitaorang. Civet! Tak mandi ke bang?? Bau macam tungkik.huh!~ aku sedar hal inipun mak yang bagitau. (akak, cmna la akak boleh tahan dengan boyfren akak tu??)
*lucky to have been where i have been, lucky to be coming home again
21 Februari
Pagi2 lagi si puppet mengejutkan aku dengan mesej bertanya jika aku ke pesta layang2..haish~
Tiada entri yang memanjangkan cerita. Aku cuma di rumah, melakukan rutin. TV TV TV. Dan pastinya match MU di malam Ahad. Tapi aku sempat tengok half-time je, kerana selepas itu, ZzZzZzZz.
22 Februari
Jika aku kekal dengan episode berkasih 1, hari ini akan menjadi ulangtahun yang ke 4 tahun 1 bulan. mengapa mesti ku nyatakan ini?
Hari ni aku balik awal berbanding waktu2 sebelum ini. Kerana aku amat bersemangat untuk ke Pesta Layang-Layang, tapi tapi…nak gi dengan sape?si puppet tak confirm lagi.
Aku sangka zura dating, bila aku mesej efa, diaorang kat bilik. Mulanya nak ke jusco taman u aje, tapi akhirnya kami bercadang ke pesta itu. Si puppet?ntah, MIA a.k.a masih tiduran. Bukan leh pakai sangat janji dia nih..hu hu
Sampai di pesta, mak aihh tak ramai pulang orang kan. Maksud aku, ramai lah. Dengan orang pelbagai bangsa, budaya. (boleh aku cakap, yang meramaikan adalah bangsa2 dari seberang?) last2 dapat parking kat tempat lecak. Cit!
Wah, amat kagum tengok layang2 yang macam2 bentuk, kaler, saiz. Dan menjadi persoalan aku, cmna mereka-mereka terbang walhal angin yang bertiup sepoi-sepoi aje?hurm..sedikit sebanyak, kekesalan ada kerana si puppet tak pegi. Kalo tak, boleh dapat shoot terbaik. Tak ape lah, kamera yang ada pon ok what? Aku dan budak2 ni sangat tak puas ati dan menyampah dengan sifat kerek pegawai2 RELA yang umurnya mungkin bawah kitaorg, alah, baru pakai uniform camtu dah macam bagus. Mintak tolong amik gambar pon nak poyo. Piirah! Dan di situ, sempat aku membeli satu layang2 (untuk prop bergambar je niat membeli itu).
*alah, 5inggit aje..he he
Kitaorang balik, sempat jugak round2 kat tasik yang zura cakap itu tempat first-date nye dgn encik harun.he he. Orang2 kat situ tgk orang macamlah kitaorang punya hidung ada tiga!
Jom balik, tapi hati terniat ke Tesco extra. Macam biasa, program Mari Bergambar belum selesai. Pedulik apa kalau orang nak cakap kitaorg macam org indon, kat Tesco pon nak amik gambar.ha ha. Kitaorang cuma beli brg2 dapur je, dengan keazaman yang tinggi dalam menghasilkan pelbagai jenis masakan.
Next Destination – Suara OK, Danga Bay..kegilaan berkaraoke sudah datang. Tapi kali ni 11 lagu je. Kitaorang pilih bilik VIP. Dan ini lagu2 nya:
Ayat-ayat Cinta – aku – akhirnya dapat nyanyi
Bagaikan Puteri – zura – sumpah aku geli tengok model video klip tu!
Di pintu Syurga – efa – sebagai meneutralkan sayang.
Kembali Lagi Di sisimu – aku – dah lama nak nyanyi, kena la dgn suara aku, kot.
Tercipta Untukku – zura – ini di rakam. namun masih malu2..hu hu
Kau Pergi Jua - efa – tidak dapat menahan kesedihan
Dua Insan Bercinta – aku – aiseh, aku bukan nak nyanyi lagu ni sebenarnya.
Salam sejahtera – zura – aku tak sangka ko tau lagu ni weh.
How Do I Live - efa – im touched!
Makin Aku Cinta - aku & efa – lagu wajib duet, terbaik! Aha ha
I Live My Life For You – aku – ku sering nyanyikan semasa episode berkasih 1.
Masing2 suara hampir tak de bila keluar dari situ. Ketegangan perhubungan mereka dapat diredakan sedikit2. Dan aku?alhamdulillah untuk mereka, aku tetap begini..hu hu..Kepada mereka yang berminat menonton video clip kami, boleh membuat request peribadi ya! Ahaha~
*friendship thru crowd
00:00 – 23rd February
Besday kawan yang aku tak penah jumpa, daOuZ..Happy 23th Birthday! Best kan, double 23rd in a year.
Aku masuk air, gi bilik diaorang tapi tak bawak kunci. Jawabnya, tido situ lah.tiduran amat nyenyak sekali, kerana kepenatan, kegembiraan, mungkin.tersenyum.
23 Februari
Arini diklasifikasi sebagai hari pembuangan waktu. Pagi2 dah jumpa Dr.Ito untuk amik test paper PT II untuk di tanda. “I want the marks and the report within this week” dush! Nasib baik dah drop psm, kalo tak mungkin menjejaskan markah mereka..ha ha
Kegilaan kami berterusan. Tak pergi kelas POI, sekali rupanya ada Quiz, ganti test. Mampus kitaorang! Ktaorang boleh je gi Karaoke kat U Mall, melepaskan lagi ketensenan yang ada..hu hu.apa alasan nak bagi nih?agak2 korang, alasan kereta aku rosak tak boleh start masa gi Taman U boleh pakai tak?eheh~
Malam aku lepak dengan Sab kat mapley (sesudah dia bertanyakan maksud mapley itu) hu hu. Biasalah mana lagi, Kedai Jalal. WIFI semakin hampeh. Aku ingat laptop aku yang problem, rupenye ramai yang merasainya. UTM harus berbuat sesuatu mengenai ini.
Before tido, aku wat revisión untuk kelas tutor yang aku nak ajar esok, Emacs Editor. Oke lah kot, kalau sempat aku masuk String. Shoutout si puppet menakutkan aku. Ape2 lah budak sorang nih. Dah aku nak tido, nitezZ.
No comments:
Post a Comment