tag ini ku jawab sebagai compliments kepada ElsaSoraya kerana mahu berkongsi impian perkahwinannya dengan aku..sungguh, saat ketika ini, aku menjawab sebagai seorang yang seperti tidak kenal apa itu cinta.Jujur.waktu ini, sebenarnya aku tidak terlibat dengan bualan-bualan seperti ini..he he
1. How old are you?
Dua puluh dua tahun (22) dan empat (4) bulan.
2. Are you single?
Iya..syurga ku masih di bawah tapak kaki ibu~
3. At what age do you think you’ll get married?
Kalau soalan ini di tanya pada zaman berkasih episod 1, maka jawapannya adalah 25..dan di episod 2, ia bertambah menjadi 27..dan kini pada episod masih mencari, aku tidak pasti.DIA lebih mengetahui.
4. Do you think you’ll marrying the person you are with now?
Bagaimana harus aku menjawab soalan ni?i am with nobody.any vacancies?ha ha
5. If not, who do you want to marry?
Aku tidak pasti..aku kini berada pada tahap tidak mencari.sesiapa yang datang itu, yg hatinya ikhlas, yg terima kekurangan & kelebihan, yg menyayangi, yg mampu melindungi, yg tidak menjerit padaku, yg mengambil hati – dan sebagainya. Namun, tidaklah aku mencari kesempurnaan itu dan semestinya faktor kebendaan aku letakkan pada baris terakhir.
6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Mulanya aku mahukan Along aku, tetapi pastinya saat perkahwinan aku dia sudah ada dua anak! Jadi, amatlah tidak sesuai beliau menjadi calonnya. Effa juga pastinya dalam keadaan yg sama. Begitu juga Zura, oleh itu mungkin aku meminta bantuan Ain Yusop, kerana kami membesar bersama. Dan juga uncle sewel aku, Farhan.he he
7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Kalau boleh ku gabungkan keduanya, pasti istimewa. Namun aku seorang yang mementingkan adat. Kemungkinan aku memilih tradisional kontemporari, adil kan?
8. Where do you plan to go on honeymoon?
Venice, Itali. Aku terlalu mengagumi seninya. kalau calon husband aku nampak ni, agak2 dia nak bawak tak?kalau lah.
9. How many guests do you think you’ll invite?
Itu ditugaskan kepada Ms. Betty A untuk dibuat perkiraan.
10. Will that include your exes?
Pastinya, mengapa perlu sengketa? Bukankah seharusnya dia gembira dengan kisah percintaan aku yang pengkahirannya seperti cerita dongeng,kan?
11. How many layers of cake do you want?
Cukuplah dua.aku setingkat dan dia setingkat.jikalau aku tempah kek maha bertingkat pun, belum tentu aku dapat memuaskan semua hadirin.
12. When do you want to get married, morning or evening?
Aku sukakan waktu pagi, kedinginan itu yang mungkin mampu melegakan debaran. Namun aku memikirkan bahawa pastinya aku tidak menikmati waktu tidur yang ideal, muka pasti sembab, jadi kemungkinan jadual akan ku tukar ke tengahari.
13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding?
Aku sukakan lagu tradisi perkahwinan, tetapi adunannya disuntik elemen kemodenan. Kalau boleh, aku mahukan Kenny G memainkan alunan irama “Selamat Berbahagia” pada hari itu. aku cukup menghargai jika lagu2 rock zaman penyanyi rambut panjang lebih paras bahu tidak dimainkan. Siapa pasang memang lah! huhu~
14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Sudu dan garfu itu pastinya normal lebih2 lagi ketika acara makan mengikut adab. Jangan bimbang, aku tidak menghidangkan steak atau makanan kebaratan sewaktu majlis, oleh itu, pisau itu tidak perlu. Pisau kek terkecuali ya!
15. Champagne or red wine?
Majlis aku dijamin 100% halal. Pastinya aku mahukan air kesukaan aku ada pada hari itu. Teh Bunga Chrysanthemum – akan ku letakkan bersama adik-beradik tiri air lain di sebuah stesen minuman.
16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Aku menyerahkan pada dia. Tapi ku ramalkan beberapa hari selepas majlis. Bagilah aku rehat kejap, untuk bukak hadiah sekurang-kurangnya?
17. Money or household items?
Ini tidak masuk dalam senarai “Perkara-perkara Yang Perlu DiFikirkan Semasa Hari Perkahwinan”. Aku cukup menghargai apa yang mereka diberi. it's thoughts that count right?
18. How many kids would you like to have?
4 orang, cukuplah. kerana aku tidak pernah duduk dalam famili dengan amaun yg besar. Cukup menyamai bilangan adik beradikkku. Tetapi kalau rezeki, mampukah aku menolak?
19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Nanti aku tanyakan dia. Buat masa ini, boleh aku jawab I Will?ha ha
20. Whose wedding plan would you like to know next?
Mereka-mereka ini, jangan cuba lari ya! He he
> Betty A (please, along)
> EfaNina (aku mau tau beb)
> Zura (kau saspek utama)
> aMy (kau tak mungkin terkecuali)
sesi terapi sudah tamat..aku gembira menyempurnakannya.impian aku, sikit masa lagi. tercapaikah?
2 comments:
:) the day will come babe, just believe in de miracle tau..
bercinta bagai nak rak, tapi tak jadi kawin, lagi sedey kan :(
insyaAllah..Amiin :) tah siapa calonnya..aha ha~
betul, lagi sedey..macam saye nih..hu hu
Post a Comment