Monday, February 16, 2009

.Heebie-Jeebies: Graduate's Nite cum V Days.

*tidak gemuruh lagi =)

ahah~ aku kembali akhirnya..
kali ini penceritaan mengenai Malam Pra-Graduan (MPG) yg aku janji nak update tu..
(walaupun keadaan diri saya adalah pada tahap ketidakstabilan level suku alfa)
tapi tak apalah..ini ku anggap terapi..gud~
:
14th february, di saat ketika para-para pemunya hati termiliki berkongsi rasa mencurah ayat2 cinta, aku dan efa dan zura menghadiri MPG at The Zon, JB..iaitu malam separa graduasi yang mana anda seharusnya merasai debaran ataupun mengabadikan momen-momen indah sebelum anda melangkahkan tapak kaki anda keuar dari UTM ini..

.Sebelum MPG.

petang itu, aku sampai agak lewat daripada masa yg aku sepatutnya jangkakan..biasalah, kalo dah gi umah mak noi, masa itu tidak berada pada garisannya~
janjinya, aku dan kawan2 ingin melakukan aplikasi make-up sebelum ke majlis..
tetapi kerana kelewatan itu, cancel..
ok, it's 18:15..dah seharusnya mandi kot..aisey, baju x iron baju plus dalam kepala masih lagi ketiadaan idea tentang bagaimana harusnya aku mengikat tudung..

ok, touch-up time..aku tidak punya kecukupan dana seperti kak ain, kak atie, aya, pae mahupun kak dila utk pergi ke salon dan mengupah seorang separa lelaki-wanita untuk mengoles wajah.."saya harus b'jimat" (dalam hati ku cuba berazam)..tak mengapalah, gunakan daya imaginasi sendirik..lagipon apa guna ko dah berabis beli M.A.C aritu, sengal! x ingat pesan cik ridhwan??ahahah~ tapi malam ni laen, tangan aku menggigil..apsal plak nih..another self-distraction lah..kerja-kerja mewarna tidak lancar..sabar najihah..selawat banyak2..haih~
okeh, siap jugak akhirnya..sepatutnya 730, tapi akibat ke'nervous'an aku yg melampau tuh, 740 baru gerak..sorry guys korang tunggu lama kt keta..(korang tau, sudahnya aku tak pakai heels 3inci baru tuh!)

.The Way to MPG.

hah, aku driver nye..start the engine, ol robots transformed! weee~ nervous masih tak ilang, namun pemanduan masih under control walaupun aku memang sudah terang melanggar papan tanda had laju sepatutnya..stay line kanan je beb, x hengat..malam ini fast furious, aku dah x pedulik, janji sempat sampai, kang tak pasal2 makan luar pintu..

.The MPG - Semasa.

ahah, kitaorg sampai jugak akhirnya..sekitar 815 (masa dicatatkan termasuk keberjayaan memarkir kereta)..gila betul nak capai parking tingkat 6 tuh..korg bayangkan setiap tingkat tuh ada A,B,C,D so kira la bape tingkat sebenarnya 20 pusingan naik-ke-naik..huh~ nasib abik keta auto!

olrite, (hati masih nervous) ktaorg carik tempat mendaftar..mak aihhh, ramai gile org..dgn kesemuanya baju amat glams! plus ada event lain kat The Zon tue, Valentine kate kan..Valentine?dun ask me..aku tiada kena mengena ya~

after registration, dapat lah goodie bag.."kak, saya nak kaler merah boley"..karena ku amat tidak suka kaler hijau..bergambar yang bukan di karpet merah dengan ihsan kamera yg kak ain pinjam dari aizam..amat kesiann kami~ (fyi: kamera saya ada pada my sister..uhuu~)
okeh, masuk dalam..mencari2 di mana lokasi tempatnya meja kami..ahah itu dia no 49..



*belongs to nobody~
menunggu ketibaan VIP, ktaorg mcm biasa m'buang masa ke tempat istirehat berlambang wanita..then masuk dewan smula..VIP dtg sharp, 815 (bagus2)..aku tak mau cita satu2 perihal MPG, cuma inilah konklusinya:

Dinner: 7/10 (hidangan 4combination menjadi penyelamat!)

Performance: 5/10 (penganjur harus lebih mempelajari lagu2 di era2 tertentu!)

Protokol: 6/10 (prom nite zaman skola lagi elok)

Audio & Teknikal: 5/10 (bingit, tak lancar, mengganggu situasi)

Montaj: 4/10 (ini aje dpt penganjur tunjukkan?)


Keseluruhan: 5/10

*harus diingat, rating tersebut adalah melalui perbincangan beberapa kepala.

aku takkan bagi lebih dari itu..tak dapat 4 dah cukup bagus..aku tidak kesal karena nasib baik ktaorg bayar harga separuh je..mmg out! tema masam-masam manis, busana tradisional, dinner chinese food, lagu2 dan performance dari zaman moden..cuba korang bayangkan?kecelaruan pemikiran kah??haih~ post mortem harus 3 bulan nih!

lupakan kecelaruan itu, yang menarik pastinya acara "mari mengambil gambar beramai-ramai"..sume pose keluar dan aku rasa malam itu tercungkillah bakat2 menjadi dewi remaja dan hero maskulin..ahahah~ dan kami?mcm biasa menumpang kamera org..mujur camera hs zura n efa jadi penyelamat..hs aku?aku tinggal..masuk air betul~ dan terima kasih kepada seorang Photographer yg baru dikenali karena sudi menangkap figura kami..nanti da siap proses gtau ya?=)

*the book and the menu..
(Penganjur nak sort nama dalam directory pon malas, cincai betol~)


*kami - selepas majlis

.Selepas MPG.

buang make-up, cuci muka, tak fikir ape dah, tido terus~ yg pasti MPG ini bukanlah momen terhebat untuk dikenangi bagi bakal2 graduat..dah, tido.

2 comments:

Betty A. said...

ala..kalau camera ko ada..bkn bole bwk pon..x cun aaa pkai dh ayu2 tetiba memegang sebuah slr?? hahaha

SiGedikDariScotland said...

ahahaha~ pandai la ko..itu ayat mengcover..haih~ but betol2..tapi x kesa lah..dpt kenal mamat photographer baru..huk~