Saturday, February 28, 2009

.Mengharapkan Sesuatu yang Baru, Itulah Impian Aku.

*memang aku lengahkan penyiaran entri ini.

Semua salah aku..kerana melengahkan masa penandaan kertas ujian pelajar-pelajar aku..dan hasilnya, aku hampir separuh sewel hari ini..aku tensi.

Sebenarnya aku lebih marah pada WIFIUTM yang tidak habis-habis nak cari pasal dengan aku..jangan sampai aku naik pejabat aduan ya!

Baiklah, aku cuba menyuntikkan cahaya dalam diri dan sedaya-upaya mencelikkan mata untuk melangsaikan hutang ini. Kerja aku ini dihitung bayarannya, semestinya yang terbaik itu balasannya. Keadaan bilik aku sudah seperti bilik kebal yang dipenuhi dengan kertas-kertas soalan SPM yang akan diedarkan sebentar lagi. Aku bingung, kaget, kacau apabila melihat jam yang kali ini gerakan jarumnya lebih pantas dari biasa.

Bisakah siap?kerana markah akan aku hantar pada hari esok?aku cuba..
Kau tahu apa perasaan aku?Disappointed..plus sedikit elemen sebak apabila aku melihat apa yang dicoretkan oleh anak murid aku dalam kertas jawapan mereka. Jangan ditanya soal markah, kerana pasti akan aku jawab “No Comment”. Salah siapakah ini?aku yang mengajar atau mereka yang tak belajar?sebenarnya pada aku, aku salahkan soalan itu..terlalu tebal, kau bayangkan ada dua-puluh-tujuh helai kertas soalan yang kau perlu bereskan dalam masa dua setengah jam! Soalan nya bukan sekadar “Ya” atau “Tidak” tapi penuh dengan arahan-arahan dan nota-nota kaki, atas dan bawah.

Mau nya budak-budak itu tidak bingung?mereka cuma pelajar tahun satu! Tidak seharusnya mereka disogokkan dengan soalan macam tu. Betul kata Dr, ini tidak adil untuk pelajar. Dan kalau aku sendiri pun, pastinya aku contengkan gambar rumah idaman atau kereta impian atas kertas jawapan bagi soalan-soalan yang sungguh ridikulus. Kita ini cuma manusia, tolonglah jangan anggap kami ini sebagai pencetak buku. Tidak mengapa, aku akan cuba membantu mereka-mereka itu.

:
Waalaikumussalam encik pengawal yang ramah menyapa aku pagi-pagi jumaat.
Dengan kaca mata hitam pagi-pagi ini?apa kes?dan yang penting lagak macho ala-ala pelakon siri Roda-Roda Kuala Lumpur yang ceritanya hits sewaktu aku di zaman Sekolah Pintas Puding.

Muka tak nak kekwat, kut iya nak tegur aku tak pakai kad pelajar (sebenarnya, aku memang tak suka nak pakai), cuba la manis sikit muka itu. Plus dipersoalkannya kenapa aku parking di tepi dewan kuliah itu. Pakcik tak nampakkah bahawa tiada lagi tempat memarkir?dan aku sorang saja kah yang bersalah dalam hal ini?sedang kereta-kereta lain yang bersidai di tepi dewan itu, tidak pulak diendahnya. Ini tidak adil! Aku alihkan kereta aku itu pun sebagai tanda hormat plus aku tidak hingin nak sedekah duit aku pada tabung universiti yang aku tidak pasti ke mana hala tuju duit itu.hampeh!
:

*kau menghilang, aku diam

Aku balik rumah, lagi. Seronok.. tengok Rado, teman mak shopping dan akhirnya ke pasar malam yang pengunjung di situ melihat kami seperti kami asalnya dari planet zuhal. Aku tidak faham wahai abang penjual apam balik, penjual VCD gelap, penjual kueh teow dan penjual fruit shake –apa yang kau cakapkan?aku rasa baik aku buat-buat tak dengar, malas melayan karenah kau orang. Biar aku beritahu, tidak sesuai untuk bicarakan soal cinta di pasar malam ya!

Dan malam, TV itu kewajiban. Mata aku hampir pinau(meminjam perkataan si pemberi semangat) semasa mengisi borang claim gaji. Kau tahu ajelah, aku cepat loya bila melibatkan diri dengan nombor-nombor yang banyak. Tak bolehkah bagi saja aku softcopy untuk borang ini?

Dan hari ini juga, aku bercakap dengan si Pemberi Semangat buat pertama kalinya. indah. Aku tersenyum =).

No comments: