Wednesday, August 10, 2011

.Bukan Musibah, Tapi Hikmah.

Assalamualaikum.

Sedang umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini, tapi ada segelintir manusia yang tidak takutkan Tuhan melakukan perbuatan keji.

Dukacita aku nak maklumkan, kereta Irwan hilang! Pagi tadi, waktu dia nak pergi kerja dalam pukul711 dia call aku. Terkejut aku! Terus melompat bangun dari katil.

Lepas mandi ala kadar, aku bawak dia pergi Balai Polis untuk buat report. Yang macam unbelievablenya adalah, dia parking tu sebelah kereta aku. Dan kereta dia di tengah-tengah di antara kereta aku dan kereta lagi satu. Tapi pencuri jahanam tu pilih kereta dia pulak.

Inilah dikatakan dugaan bulan Ramadhan kan. Dah lah nak raya pulak tu tak lama lagi. Mungkin ada kekhilafan yang kita buat, tapi kita tak sedar, maka didatangkan kita ujian sebegini supaya kita jadi lebih beriman kepadaNya. Bukankah Allah cakap dia hanya akan uji makhlukNya dengan ujian yang dia mampu sahaja.

Bila kereta sudah hilang macam ni, yang lecehnya adalah urusan-urusan berkaitan yang perlu diselesaikan. Buat police report, insurans, geran kereta, kena deal dengan banyak pihak dan bukan boleh selesai dalam satu hari! huhh~

Mungkin Tuhan tarik balik nikmat sekecil ini, untuk dia bagi rezeki yang lebih besar, mana tau kan? :) Amin! Tipulah kita tidak terkilan kan, tapi nak mengeluh panjang pun tak guna, bukan boleh ubah keadaan pun. Benda dah jadi. Yang penting kita kena positif untuk meniti hari yang akan datang pulak.

Apa pun aku bersyukur, sekurang-kurangnya kereta aku masih ada untuk bergerak ke sana sini. Walaupun kereta lama, boleh jugak membantu. Daripada takda kereta langsung kan, lagi haru!

Aku pandang segala kejadian ini ada hikmahnya. Hikmah hari raya mungkin.



p/s: Kalau lah ada sesiapa ternampak kereta Irwan, jenis Proton Wira Special Edition warna maroon, plat no JJW 6521, sila call aku ye 017 -763 7602. Terima kasih kawan-kawan.

6 comments:

Lawsonia said...

wah, bulan pose pun buat hal..hoho..sabar kak..mana thu lps ni, hilang wira, ganti harrier..hehe

atie lazis said...

Sabar gha..sure ader hikmah tuh..mne tau raya ni blk johor naik keta baru ;)

.Najihah A. said...

.Tika.

Haha Harrier tu tidaklah :P

.Najihah A. said...

.Atie.

Hehe takdenya raya ni kereta baru. Nanti tunggu baby keluar kot baru beli :)

NadShaf said...

Ni lah perkara yang menakutkan. Sabar ye. Lepas ni mintak jauh mintak simpang. Harap insuran leh cover tapi sementara tu kena bayar jugak bulan2 kan? Haish.

.Najihah A. said...

.Nadia.

yela kot..huhu. tak tanya details pun kat husband. harap2 semua akan okey la.