Monday, August 15, 2011

.Sekejap Aje.

Assalamualaikum.

Lagu raya dah mula berkumandang di radio-radio. Maksudnya lagi dua minggu lagi, jika dipanjangkan umur oleh Tuhan, seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri sekali lagi.

Sekejap tak sekejap masa berjalan kan. Masa mula-mula nak start puasa dulu macam liat je kan. Baru puasa sehari dah sibuk menghitung hari bila nak lebaran -_- Tup tup dah separuh jalan Ramadhan, tapi amalan masih belum banyak T_T

Dan sekejap jugak aku rasa, si kaki kecil dalam perut aku ni dah berusia 23 minggu. Alhamdulillah, perkembangan dia berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekarang ni dia sudah 11 inci panjang, kira-kira sebesar buah mangga :)

Aku pun semakin merasakan perut aku makin penuh (kalau 8 bulan entah camna kan), dan kawan-kawan kat ofis asyik cakap perut aku dah besar ;) Mana tak besar, badan mummy dia pun makin besar, jadi perut pun haruslah besar kan.

Si kaki kecil ni sekarang makin peka terhadap bunyi. Contohnya kalau hari-hari dia dengar anjing menyalak ataupun bunyi vaccum cleaner, maybe lepas dia lahir dia tak kesah dah bila dengar bunyi tu. Dan dia pun macam faham je bila aku cakap-cakap dengan dia. Nanti dia tendang-tendang perut aku, tanda respon la tu :)

Aku pulak sekarang ni suruh Irwan selalu cakap-cakap dengan dia, jangan asyik melayan Facebook je, nanti bila lahir anak tak nak dengan dia jangan salahkan aku kan :P

Sepanjang 23 minggu aku pregnant ni:
  • Aku sangat suka makan ayam dan ikan di awal pregnant dulu. Sayur memang agak kurang, tapi aku ganti dengan buah. Entah kenapa aku macam loya bila tengok sayur, lagi-lagi sayur warna hijau! euuw~ Tapi sekarang boleh telan jugaklah :)
  • Aku takde alahan yang teruk. Tiada morning sickness. Yang ada hanyalah evening sickness. At least, takdelah sengsara sangat bila bangun pagi nak pergi kerja tu kan. Tapi after office hour, mula lah rasa mual tu datang dan uwekkkkkkkkkkkkkkkk! Tapi tu pun bukan hari-hari. seminggu dalam 3 kali je lah muntah.
  • Irwan pulak memang tak boleh tahan tengok aku muntah. Masa awal-awal ada jugak dia tepuk-tepuk dengan urut belakang aku, tapi lama-lama dia tak boleh tahan. Huhu siapa larat menghadap orang muntah kan. Dah bunyi time muntah pun dan macam dinosaur!   -_-
  • Dalam 3 bulan terawal, aku alah kepada beberapa bau. Tak boleh bau softener (Irwan pulak suka letak bila cuci baju T_T), tak boleh bau minyak wangi yang aku pakai hari-hari bila pergi ofis, dan aku sebenarnya tak boleh bau Irwan dan perfumenya (Aku tak pernah bagitau dia pun, huhu tahan jelah. takut dia kecik hati nanti)!
  • Jerawat di muka mula menunjukkan perkembangan yang pesat selepas trimester pertama. Sekarang ni jangan cakaplah, no comment! -_-
  • Aku macam tak boleh telan air liur aku sendiri dan tak boleh minum air masak. Rasa air liur tu sangat memualkan. Dan kerja aku asyik meludah jelah. Untuk hilangkan rasa yang tidak menyenangkan ni, aku minum 100plus. Boleh dikatakan setiap hari, sepanjang masa aku minum. Air masak pulak, aku kena minum yang panas. Kalau yang dah sejuk (bukan yang ada ais tu), gulppp!
  • Selera makan aku tiga kali ganda lebih daripada biasa. Mana tak badan gemuks macam ni T_T
  • Aku tak boleh minum ais sangat. Cepat je batuk-batuk teruk.
  • Baju-baju aku masih boleh dipakai, tapi bila part seluar atau kain, fail!
  • Memory aku memang sangat lemah. Ada tu, bila aku baca paper bila dah pindah ke next page, aku dah lupa apa yang aku baca sebelum tu. -_-
Oke dah panjang sangat dah ni. Nanti sambung ek :)

2 comments:

atie lazis said...

aku bnyk gak tableh bau dlu...belacan the big NO NO..lan siap bungkus bekas belacan ikat simpan..(alasan tak bleh msk :p)..

pastu perfume dier time hantran kawin mmg aku xleh bau lnsung...pas aniq lahir ni pn still fobia sket2..hehe

.Najihah A. said...

aku bab makanan tak alah :P hehe. tapi perfume tu memang lah tidak boleh.

mula-mula aku ingat nak dapat baby girl sebab alahan bau2 ni, rupanya dapat boy :)