Wednesday, February 4, 2009

.Bila Saya Dalam Tempoh Menunggu, Ini Yang Saya Lakukan.

pukul 2:02 (iaitu semasa saya menulis ini)
seharusnya saya sedang lena bersama mimpi2 yg kdg2 saya tak ngerti maksudnya..
menculik idea "colour pendaflour" semasa menonton filem ayat2 cinta di bilik isnadora,
terpanggil utk saya melakukan hal serupa demikian..
hasilnya, nah..pencahayaan kelas pertama bg sebuah bilik kelas kedua rendah..
di tambah bauan mimpi beruang yg menggamit naluri kemengantukan..
dan inilah yg saya lakukan, mencipta penulisan yg sejujurnya..

kerana mengingatkan ini adalah minggu ke-6 dlm kalendar akademik UTM, memaksa saya dan rakan2 menemubual seorang usahawan; sume gara2 subjek "English for Career Search" - presentation date adalah week 8! interbiu dijalankan dalam suasana formal bergaya sempoi ditambah dengan beberapa watak tambahan yg ingin turut meyumbangkan suara, jadilah..
walaupun saya berperanan sebagai jurukamera yg mempunyai tangan yg berfungsi tripod,
saya masih sempat mencelah sebagai penyelamat penanya soalan..
hasilnya?kami akan bincangkan pada meeting malam ini..tunggulah~

kelas tutor saya berjalan seperti biasa..oleh kerana terputusnya komunikasi pada beberapa ketika mengakibatkan saya meneruskan mengajar Lab 2, tetapi kali ini sedikit relaks kerana saya hanya memberi anak2 tutor itu 2 latihan lab yg dikira tahap kesukaran bawah paras alfa, dan saya mengkehendaki mereka menghantar kepada saya sebelum pukul 12 tgh mlm esok..
sebenarnya, anda hanya memerlukan masa yg sama dengan masa ketika anda menikmati secawan teh tarik+roti pisang di kedai ayub utk menyiapkan assgmt itu, baikkan saya?
pemberian kertas Quiz 1 menyebabkan frekuensi kelas melonjak ke tahap 85% volume menggunakan speaker normal..bertenang..dari sini baru saya tahu siapa sebenarnya penyelamat dunia! sempat saya selitkan hadiah kapal bernilai seringgit pada pemenang kuiz berkenaan..

perlu diingatkan, bukan senang bila anda menjadi tutor lebih2 lagi bagi kelas yg baru meng'experiensi'kan diri mereka di latar kuliah..harus,semangat kesabaran yg afdhal dipupuk dlm diri..saya hanya berimankan buku makmal bernilai $18 utk pengajarn itu..bagai merasai ketidaksukaan sesetengah daripada mereka yg markahnya belum mencapai tahap "anda boleh tidur dalam kelas ini kerana anda terlalu bijak", saya akan memberi tambahan 3markah bagi sesiapa yg berjaya menghantar tugasa sebelum jam 6 petang..ya, waktu telah saya cantas supaya timbul perasaan utk bersungguh-sungguh itu..
dan akibatnya, penuh inbox kedua-dua email saya dengan asgmt2 tersebut selain daripada emel2 tipikal facebook, friendster ataupun lina jobstreet..
bila saya akan menyemaknya?nantilah..beri saya sedikit masa..

perasaan sakit kepala tidak dapat dibendung..
ditambah kegusaran memikirkan apakah reaksi supervisor apabila saya akan mengatakan "maaf dr.,saya masih berusaha utk memahami Matlab"..shit, tiada jalan keluar utk ini..
saya memrlukan antidot utk masalah ini..saya tidur dan sempat memasang alarm utk bangun menonton drama KuMilikmu, tapi bunyian mesej membangunkan saya..
MPG?terkulat2 saya berfikir dan saya dikehendaki utk memikir sepantas bukaan kulit kacang ngan yin padahal otak saya masa tu, liat..akhirnya, saya bersetuju walaupun masih mamai dengan tema & peraturan busana yg mengelirukan rata-rata pengingin hadirin majlis..
"bila lagi nak pakai heels 3inci yg ko beli tapi tersorok lagi dalam kotak?",iye tak ye..
ini mungkin akan mengakibatkan saya memohon sumbangan dari "bank peribadi" saya utk ke majlis itu..kewangan saya berada pada tahap suku genting, tepat mengikut ramalan Madam Zorra, tambahan berita buruk bahawa claim gaji saya hanya boleh di follow up selepas 2minggu..itu baru follow up, bukan confirmation..sabar jelah..

.kamu mungkin tidak akan sedar perkataan ini; kehilangan.selagi kamu tidak diberi pengajaran.

mujur ada badriah, dapat juga membantu memecahkan kebuntuan+kesempitan otak yg asik memikirkan pasal Matlab sedari taun lepas lagi..okey, saya dah dapat bayangannya..maceh~
lepaq kat bilik mereka, faezah cuba menjadi penanya soklan bagi segmen terjah..dan saya memberikan jawapan seperti artis yang dah 1000 kali ditanyakan soalan yg serupa oleh wartawan yg tak reti2 bahasa+tak penat2 menjaga tepi kain orang..
cerita bertunang tak habis lagi..untuk ini, saya hanya mampu menjadi pendengar setia..
saya menunggu awak untuk tidur, tapi reaksi dilihat berada pada bawah paras 0.009 nampaknya..kemungkinannya?ah..malas nak fikir..antibodi saya cukup kuat utk perkara seperti ini..akhirnya,tak pasal2 saya mencoret cerita-cerita begini-demikian..
dan saya rasa tiba masa tidur dah sampai, ape lagi..jom!

2 comments:

efanina said...

name faezah ade..name aku takde powwnn????hik3

SiGedikDariScotland said...

err..ada la kat entri lagi satu..huk~