sejujurnya, aku kehilangan semangat..selepas kejadian karma tinggal-ditinggal, aku jadi nanar seketika..mujur ramai yang menyuntik antidot keikhlasan dan kasih-sayang..aku masih lagi bertuah kerana di kelilingi mereka-mereka ini..dan aku tidak sekali-kali menyesal dengan penghidupan ini..iya, tidak~
hari ini besday sorang kawan, aku start kenal dia rapat kat UTM skudai nih..aMY..Happy Besday beb..semoga Tuhan sentiasa lindungi kamu~ aku menyalahkan tugas aku sebagai tutor kerana itu aku tak dapat nak teman amy di hari istimewa dia..sorry amy.. next time yah~
aku kebosanan..boring dan segala bagai perkataan yang berada dalam kategori itu..dan kerana terlalu banyak kerja aku, aku masih sempat menyenaraikan perihal mengarut ini: layan jelah~
- aku seorang yang berada dalam kategori gagal apabila melibatkan pembacaan graf, lebih-lebih lagi graf berselirat-bersimpul yang banyak aku jumpa dalam kelas POI..maap Dr.Ikhwan~
- elergi aku pada figura atau corak berbentuk bulat-bulat bukan dibuat-buat..biar aku perincikan: corak bulat2 yang rapat macam kat telur katak, biji terung dan sebagainya...sungguh..rasa merayap kat 1 badan..eiii~
- seperti ElsaSoraya, aku juga tidak boleh melihat lopak-lopak di jalan yang dah kering~ corak itu, tidakk!
- orang yang suka 'usha' org seperti dia sorang yang bagus dalam dunia ini memang termasuk dalam senarai "manusia yang tidak ingin aku lihat"..
- aku boleh makan Chinese Food, namun bukan pada resepi yang berlendir..
- hampir pasti tidak akan menggunakan akal aku di kala waktu Shopping~ what i see is what i bought.. jangan harap aku akan tawaf survey satu bangunan itu dan kembali hanya untuk mendapatkan sehelai baju!
- Bab kewangan tidak termasuk dalam kepakaran aku..aku sering gagal menaksir perbelanjaan~ saya memerlukan financial advisor yg baru!
- perlu tahu bahawa saya seorang yg teliti, perfectionist dan hygenic~
- aku tidak suka kepulan asap rokok~ sesakkan dada~ haih.
- bukan pengurus masa yang baik - aku orang minit akhir~
- jangan sogokkan aku dengan cerita-cerita seram..kerana perasaan itu pasti menjadi seperti aku menonton komedi Mr.Bean.
- aku menjadi pilihan virus untuk dibuat kawan~ apa2 jangkitan, pasti aku calon pertamanya..(Dugaan, alhamdulillah)
- pemegang lesen memandu kompeten..sungguh, cuba saya di litar kering~
- mengapa aku tidak suka nata de coco?ku rasakan ianya amat berjeli..errr~
- mustahil aku akan kata TDAK kepada Shoes, Bags & Dresses..ini fakta.
- kawan-kawan aku masa kat SMKAS slalu cakap aku pegang pen macam orang malas, tapi tulisan aku cantik..iyeke, aku poun tak perasan..
- mempunyai "nozzlephobia" - ntah kenapa, mesti berperasaan sesuatu bila nak isi minyak..isk, suka pikir bukan-bukan aku nih..
- sangat mudah jatuh cinta - ini kekurangan kah atau anugerah?
- aku tidak mempunyai masalah untuk memakan sebarang vitamin, ubat-ubatan, pati semangat atau apa sahaja~
- mengapa aku sering beranggapan diri aku gemuk walau pada hakikatnya BMI aku pada tahap terideal?(ElsaSoraya, saya mau jadi macam kamu ehe~)
- jika ada yang bertanyakan pendapat aku bagi beberapa hal terutama berkaitan sesuatu barang, pasti ayat pertama yang meluncur: "Ok, Chumel.." - aku suke pada ke'kiut'an..
- sebenarnya aku seorang yang kreatif - tapi, ke mana bakat itu hilang sekarang?
- aku pasti memerlukan tangan seseorang untuk melintas jalan - entahlah.
- perlu diakui, aku seorang yang sangat manja walau aku sering dikategori sebagai anak sulung..(itu adalah kerana faktor ketinggian aku..hee~)
ini je kot setakat ini, zura dah remind..kol doblas dah ni..kompem keta aku parking lua..(benci dgn peraturan K9 skg neh)..dah back to psm..aku sewel kembali~
2 comments:
hahahaha. funny you. oraaaaaaang nak gemokkkkkkkkkk laa. die nak kurus pulak, meh meh tukar suke same suke ;)
ahaha~ tu la..jom tukar, gha okey je sue! hee~ riso ni (gemokphobia) dh stg kot..uhuu~
Post a Comment