Saturday, February 28, 2009

"I think about you all the time, but I don't need the same."

Februari datang, februari akan pergi..org ckp bulan ni bulan indah..mungkin kerana tipikalnya org membabitkannya sebagai bulan cinta..hidup aku indah, terlalu banyak pilihan warna yg mungkin tak termasuk pun dalam senarai color chooser jika anda menggunakan Photoshop..entri ini ditulis akhirnya, aku mengambil masa..aku mula dgn bahagian pertama, menceritakan mereka2 yang pernah, telah dan masih hadir dalam hidup aku:

.EPISOD 1.

Perkenalan ini tak disangka, masa itu aku tak tahu makna cinta.
Cuma bila dirasakan ikatan kimia itu terlalu kuat sehingga kami di label punyai iras muka,terciptalah cerita itu..pada aku, dia sempurna adabnya, sehingga aku sering merasakan lebih baik aku melepaskan pada org2 yg layak dengan dia..dia banyak ajar aku bagaimana sebenarnya anda harus hidup di dunia ini; bagaimana bertatasusila itu harus; bagaimana penghormatan itu perlu; dan banyak lagi ilmu2 yg aku yakin takde bukunya dijual di mana2 toko buku seMalaysia..yg indah itu banyak, yg pahit itu pun ada,kemestian..mustahil tiada pancaroba..ini tidak dapat diteruskan..aku harus berhenti,walau untuk sesuatu yg x pasti..Untuk melupakannya terus itu satu penipuan..tapi, kau terpaksa aku lepaskan..


.EPISOD 2.

Ini perhubungan yang tidak disangka..aku pun tak terfikir boleh sampai ke tahap ini..perkenalan yg membawa kepada kefahaman aku mengenai ‘best friend’..aku bersyukur, dia sentiasa ada..dia guru terbaik untuk mengajar subjek‘bagaimana anda harus menjadi org yg sgt rasional’, ‘kesabaran itu wajib pada paras delta’ dan ‘bertenang itu perlu’..untuk itu, terima kasih..ketidaksangkaan berlaku, apabila persahabatan itu dicubakan menjadi perhubungan walau tiada dalam bentuk ikatan..dia buat begitu, aku bertahan..nasihat dia, aku makan..walau aku sudah mencuba yg terbaik, namun mungkin tidak cukup untuk menaakul apa dalam minda dan hati dia..krisis saling tinggal dan ditinggal berlarutan..kau pulangkan aku karma itu..dan kau lepaskan aku..


.AKU & AIN.

Dia paling lama yg aku kenali sebagai label seorang sahabat..bermula darjah 1, walau x sekelas, masih mengenali..mungkin kerana aliran pekerjaan ibubapa kami yg serupa,dan hubungan kakak2 kami yg sekelas, menyumbang kepada perkenalan itu..aku ingat lagi, zaman kita tak nak pun makan makanan yg akak kantin jual utk student..kita beli makanan cikgu,bukankah perkongsian itu nikmat?aku x lupa, kita menjadi penyanyi utama dalam meng’conduct’ nyanyian setiap perhimpunan isnin..waktu kita sama2 bernasyid sedari darjah 4 dan dipakaikan baju seragam yg mungkin aneh utk dipakai diusia begini beserta solekan yg aku malu untuk mengenangkannya..kau ke asrama dahulu, aku ikut langkah itu..dan memang jelas, persahabatan itu diteruskan..ya, sehingga kini..kita semakin dewasa..aliran kita tidak sama, namun kau dan aku memahami apa yg sering difikirkan oleh kita..kita sama2 menjerit, sama2 ketawa, sama2 marah, sama2 memaki hamun golongan lelaki yg pengecut dan sama2 terkena sumpahan “Lelaki SMKAS yg stay dari Form1 smpai Form5”..namun kau masih tegar beri aku semangat..kita bergaduh?tak pernah..dan walau aku mati sekalipun, aku tau kau tetap ada sebagai sahabat yg akan mengkhabarkan ketiadaan aku dan pastinya aku mengenang kau sebagai salah seorang ‘Super Friend’..


.AKU & EFA.

Aku tak sangka aku jumpa kau..kali ini dalam figura aku yg lebih dewasa..dan sebagai rakan sebilik kau..iyalah,kau fikir, waktu diploma, boleh kira dengan sebelah jari aje berapa kali aku bertegur dgn kau..tak terfikir oleh kedua-dua kita kan..mana tidak, kau dengan rakan2 nutrimetics kau, dan aku waktu tu berkepit dengan dia aje..tak sangka,persahabatan ini boley terjadi..antara momen indah yg berlaku, kau antaranya..sebagai kawan yang memahami apa itu kedewasaan..tiada segan, tidak kalis..kami tahu apa yg kami buat dan apa yg kami hendak..aku amat kagum dengan kesetiaan kisah percintaan kau, sungguh..kau aku label sebagai tukang suntik ubat cinta..dan masih, kini, walau aku dan kau tidak lagi sebilik, kau masih kawan aku..sebagai pendengar, penasihat juga mungkin..dan bersama-sama bersesak otak mengharungi final semester yang menyesakkan ini..kita sabar ajelah..aku harap kau tak lupa aku bila kau tempah kad jemputan nanti..pastinya, aku amat gembira untuk kau dan dia.


.AKU & ZURA.

Aku sendiri tidak mempunyai idea bagaimana kita bermula. Aku masih ingat, saat student2 second intake masuk dalam seksyen 35 di UTMKL..impresi pertama, aku takut tengok kau..bukan kenapa, tapi pada muka kau yang garang macam cikgu fizik aku dulu..aku masih ingat, kalau bukan kerana kau sebilik dengan sepupu-baru-jumpa aku dan satunya kita dalam kumpulan projek kelas encik faizol, mustahil untuk aku tegur ataupun bercerita dengan kau..dan di Skudai, baru aku mengetahui warna sebenar kau, iaitu bukan merah. Tapi kau biru laut. Tenang dan tidak mudah kocak, tapi itu tidak termasuk perkara melibatkan si dia, kau terus menjadi warna pelangi. Seperti efa, aku juga kagum dengan kisah cinta-cinta kau..kau aku label sebagai penyembunyi emosi paling bijaksana, aku puji. Dan terus aku meletakkan kau sebagai sasaran paling teratas bagi penamatan zaman sendiri antara kami-kami ini. Tolonglah, jangan dihampakan. Untuk aku menjadi pengipas kau, tidak mungkin. He he.


"Without you, there'd be no sun in my sky, there would be no love in my life, there'd be no world left of me."- Leann Rimes

2 comments:

alifmimyanun said...

eh, kenapekah begitu melankolik sekali ? nak nangis ni. ( T ^ T )

SiGedikDariScotland said...

ahahaha~ saje untuk menimbulkan mood menangis..ehe~