Tuesday, August 9, 2011

.Dua Tahun Berkarier.

Sedar-sedar, 4 Ogos yang lepas, genap 2 tahun aku cari makan kat sini:


Syukur alhamdulillah, Allah masih bagi aku kudrat untuk terus mencari rezeki sara hidup. Rasa macam sekejap je dah dua tahun. Masih aku teringat waktu aku mula-mula attend interview dulu :)

Kebanyakan kawan-kawan dan saudara-mara aku masih confuse, bila aku sebut kerja CIMB, secara automatik diaorang fikir aku kerja bank merah tu, yang hari-hari orang dok keluar duit tu.

Tak, aku kerja kat CIMB Investment Bank, bukan CIMB Bank. Ramai yang tanya aku pasal loan rumah la, loan kereta la, personal loan lah, mana lah aku tau T_T

Tapi kalau korang tanya pasal pasaran saham, pasal settlement issue sekitar ASEAN dan beberapa negara luar, boleh la aku menjawabnya :D

Jadi, kalau ada siapa-siapa yang berminat nak start melabur duit untuk beli share, meh la bukak trading account dengan CIMB, most of the reliable and best broker in Malaysia :) *promote*

2 comments:

Ibu Ammar said...

hehe kak gha, samalah kita keje bahagian investment. tapi saya Ambank. selalu sangat orang duk tanya pasal nak buat loan. mmg tak dapatlah hahaha.

.Gha A. said...

hehe tau takpe. tanya pasal loan, ke laut jawabnya :p