Assalamualaikum.
Kira punya kira, kurang dua minggu lagi bulan Syawal akan tiba. Kalau nak dikira daripada waktu sebelum puasa, sehinggalah dah nak raya ni, macam-macam dugaan, rintangan dan cobaan yang datang melanda aku dan Irwan.
Bukan calang-calang punya dugaan, tapi diujinya sampai kadang-kadang kitaorang hampir tergelincir daripada landasan yang betul. Mungkin ini semua hendak menguji setinggi mana iman kitaorang, seteguh mana berpegang pada janji dan yang pasti, Allah amat amat sayangkan kami, maka itu ditimpakannya cabaran pada kami. Alhamdulillah.
Kalau hendak kira give up, merungut, mustahil tak ada kan. Tapi bila kita fikirkan yang kita ni bertuah sebab diuji, semangat tu datang semula dengan ampuhnya.
Bayangkan, sepanjang 9 bulan lebih kitaorang kahwin, dugaan dalam perhubungan datang tak pernah surut. Mujur sifat sabar masih menebal, dan berkat doa yang tidak pernah putus (doa oleh orang-orang sekeliling juga), maka semuanya dapat kembali ke asal. Alhamdulillah, syukur ya Tuhan.
Cukuplah dengan dugaan perhubungan, didatangkan pula dugaan material yang menguji sejauh mana akal mampu bertahan untuk menghadapi situasi yang sulit.
Kereta Irwan yang hilang, kereta akak dia yang dipinjam pula rosak, mujur kereta aku masih ada walaupun kadang-kadang keadaannya tidak menentu. Jadi segalanya jadi sangat mencabar.
Almaklumlah, dengan bulan puasa, tak lama lagi pulak nak raya. Duit pun dah tentu banyak nak pakai kan. Memang pening kepala jugak dibuatnya. Kalau orang yang cuma lihat keadaan kami dari luaran je, dia akan nampak macam kitaorang ni bernasib malang je sebab dapat musibah tak berhenti. Tapi. alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan.
Buku baru sudah dibuka. Kitaorang harapkan selepas ini, akan muncul pelangi rezeki dan tuah yang menyimbah hidup kami. Aku tetap percaya, apa yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan itu sudah aturkan kesemuanya dengan elok. Bila masanya perlu diuji, bila masanya perlu bahagia, semua skrip DIA sudah siap tulis.
Tuhan itu uji kita sebab DIA masih nak bagi perhatian pada kita. Tapi kalau DIA sudah tidak pedulikan kita, hidup kita akan kosong tanpa ada sebarang halangan, dugaan. Lantak kau lah kan!
Jadinya aku dengan Irwan tidak nampak ini semua satu musibah. Ini semua adalah tuah dan hikmah. Yelah, nak bahagia bukan senang. Kalau hidup semua lancar dan aman, tak adventurelah kan :)
Mana tahu, bila si kaki kecil ini keluar nanti, melimpah ruah rezeki dan kebahagiaan untuk kami kan :) InsyaAllah. Amin!
Semoga hari-hari yang akan datang lebih bahagia dan bersinar. Aku pun dah tak sabar nak beli baju raya ni, semangat raya terus datang semula lepas semua benda dapat diatasi.
Terima kasih kawan-kawan yang banyak mendoakan kami.
p/s: Kereta Irwan dah jumpa. Next entri aku cerita eh.
8 comments:
Gila lama tak masuk sini. Haha...TQ invite.
Haha takdehal. lu pun lama tak update belog lu kot :D
alhamdulillah :)
Tu lah, alhamdulillah sangat :)
alhamdulillah..kereta dah jumpa...tu la hadiah untuk org2 yang sabar...
xpe gha...aku doakan yang terbaik untuk ko & hubby...dan yang paling penting untuk baby boy dalam perut tu...;)
.Edy.
Alhamdulillah. Tu la, Allah tu Maha Mengetahui kan.
Thank you edy! :)
beb..aku follower ko ke 100..nk adiah! :p
.atie.
heheh aku bagi Aniq hadiah la, ko tak payah :P
Post a Comment