Friday, August 12, 2011

.Oh Baru Perasan Takde Tajuk!.

Sementara tunggu masa untuk ke bazaar Ramadhan, baik aku sudahkan tag sebelum ni.


Day 11 – A picture of your favorite memory



Semestinya saat bercamwhore! Tapi sekarang mood pun dah kureng, dengan aku yang sudah gemuk, muka berjerawat, daya penarik pun sudah hilang, what do you expect? Kamera adalah musuh ketat sekarang ni.

Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

Ohh I'm married and currently waiting the moment to be a mommy! :) How sweet this life! Tapi biasalah rumahtangga ada turun naiknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Cewah!


Day 13 – A picture of your favorite band or artist

Tiada yang spesifik. Aku ambil tahu mengenai hiruk-pikuk dunia hiburan cuma sebagai mahu mengisi masa senggang je. Tiada yang istimewa pasal artis ni. Diaorang pun manusia biasa, bezanya diaorang popular, kita tidak.

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to

Daripada dulu sehingga sekarang, The Biggest Loser! :P Tapi jarang benar mengamalkan tips-tips yang diberikan :) Mana tidaknya, tengok Biggest Loser sambil bersandar dan mulut tak berhenti mengunyah. citt.


Day 15 – Something you don’t leave the house without

Handphone, purse, kunci kereta dan tudung.


Day 16 – Short term goals for this month and why

Dapat berhari raya dengan gembira dan bahagianya bersama keluarga kedua-dua pihak. Tidak aku minta lebih daripada kebahagiaan itu.

Day 17 – How you hope your future will be like

Peningkatan dalam karier, kestabilan ekonomi dan keluarga yang sakinah wa marhabah wa rahmah sehingga ke akhir hayat. Cukuplah tu.

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
  • Perempuan gedik.
  • Mereka yang tidak tahu menghargai pengorbanan seseorang.
  • Lelaki/perempuan yang tidak reti nak guna deodorant sehingga tidak sedar yang bau ketiak mereka sungguh memeritkan.
  • Mata duitan.
  • Orang yang berakap tak serupa bikin.
Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Tiada gambar. Aku cuma berharap dapat beribadah dengan secukupnya sebagai bekalan di 'sana' nanti. Semoga aku dimatikan dalam keimanan sebagaimana sewaktu dilahirkan.



Day 20 – The meaning behind your blog name

Mula-mula blog aku namanya "This Is My Wardrobe". Maksudnya macam aku umpamakan blog ini sebagai almari yang menyimpan segala macam benda pada aku. Kira blog aku ni menyimpan segala rasa dan benda mengenai aku.

Lepas tu aku rebranding nama kepada "Suka Membebel", sebab memang secara semulajadinya aku kuat membebel :P

Sehinggalah hari ni, ia menjadi "Muda dan Merbahaya", maksudnya diri aku ini masih muda dan yang bahayanya apa? Sebenarnya aku agak 'merbahaya' lagi-lagi kalau kau 'cucuh api' pada aku. Tapi kalau kau hulurkan tangan, padang bola aku tadahkan.



Ehh penat pulak menaip waktu bulan puasa ni. Oke nanti sambung lagilah. Selamat berbuka semua!

4 comments:

.nad. said...

ni kira bundle ni. hehe.

nice one!

.Gha A. said...

hehe thank u nadia! :)

atie lazis said...

palingg aku suke...

Day18-no5...haha..kite mmg anti org cenggitu dr dlu kn.. :p

.Gha A. said...

haha tau takpe. ko kan lebih kurang aku je :P